Anda di halaman 1dari 3

DAIE CILIK MQSS ZON PINAWANTAI 2020 (PEREMPUAN – GILIRAN 03)

Bidang : Ibadah
Fokus : Tanggungjawab Muslim
Tajuk : “Solatlah sebelum kamu disolatkan”

Bil Perkara Isi


1. Kisah teladan /contoh Kisah kematian Allahyarham Ashraf Sinclair
/pengalaman /isu semasa /analogi dan Allahyarham Syed Umar Mukhtar.
2. Fakta/sirah Pengertian:
Solat yang dilakukan oleh orang Islam yang
hidup terhadap orang Islam yang telah
meninggal dunia.

Hukum :
Hukum melakukannya ialah Fadhu Kifayah

Cara melaksanakan:
Sunat dilakukan secara berjemaah dan sah
dilakukan secara bersendirian.
3. Dalil Naqli Sabda Nabi SAW:
‫صلوا على صاحبكم‬
4. Sumber Dalil Naqli Riwayat Bukhari dan Muslim
5. Terjemahan Dalil Naqli Sembahyangkanlah jenazah sahabat kamu
ini…
6. Kupasan Dalil Naqli Rasullullah saw menuntut kita agar
menunaikan tanggungjawab solat jenazah
keatas muslim yang telah meninggal dunia.
7. Pengajaran/Ibrah Kematian itu pasti berlaku dan bersamalah
kita mengambil iktibar dari kematian yang
berlaku di sekeliling kita.

DAIE CILIK MQSS ZON PINAWANTAI 2020 (PEREMPUAN – GILIRAN 03)

Solatlah sebelum kamu disolatkan.


(Nasyid)

Bila Izrail datang memanggil…jasad terkujur di pembaringan…


Seluruh tubuh akan menggigil…sekujur badan kan kedinginan…

(Salutasi)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh hadirin hadirat yang dimuliakan


Allah..kaifa haalukum?..khoir?..Alhamdulillah..
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas nikmat iman dan nikmat islam yang kita miliki
hari ini.

(Kisah teladan /contoh /pengalaman /isu semasa /analogi)

Berdasarkan dendangan nasyid sebentar tadi, pada hikmat tuan puan hadirin hadirat
sekalian..apakah yang ingin saya kongsikan pada hari ini?...
Ya…saya ingin berkongsi tentang sesuatu yang begitu dekat dengan kita iaitu kematian
dan apakah tanggungjawab kita apabila kematian berlaku pada insan-insan di sekeliling
kita?...

Dalam beberapa minggu yang sudah, kita menerima perkhabaran kematian beberapa
insan yang bergiat aktif dalam bidang seni antaranya Allahyarham Ashraf Sinclair dan
Allahyarham Syed Umar Mukhtar yang juga dikenali sebagai Abam. Kedua-dua insan ini
pergi dalam usia yang masih muda dan mereka pergi secara tiba-tiba tanpa diduga.

(Fakta/Sirah)

Saya yakin dan percaya, setiap daripada kita pastinya pernah berhadapan dengan
kehilangan insan-insan yang kita sayangi. Apabila sebuah kematian berlaku, kita sebagai
seorang muslim mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
keatas jenazah antaranya adalah menyembahyangkan jenazah.

Ya..solat jenazah pada pengertiannya ialah solat yang dilakukan oleh orang Islam yang
hidup terhadap orang Islam yang telah meninggal dunia.

Hukum melaksanakan solat jenazah adalah fardhu kifayah dan sunat dilakukan secara
berjemaah. Walaubagaimanapun, ianya tetap sah jika dilakukan secara bersendirian.

(Dalil Naqli/Sumber/Terjemahan/Kupasan)

Rasullullah saw bersabda:


‫صلوا على صاحبكم‬...
- ‫ رواه البخاري ومسلم‬-

Maksudnya:
…sembahyangkanlah jenazah sahabat kamu ini..

Begitulah betapa Rasullullah menuntut kita agar melaksanakan kewajipan solat jenazah
keatas saudara muslim yang telah meninggal dunia.

(Pengajaran/Ibrah)

Sesungguhnya, melaksanakan solat jenazah mampu menimbulkan keinsafan dalam hati


kita dan sentiasa memberi peringatan bahawa kematian itu adalah suatu yang pasti
berlaku keatas setiap insan yang bernyawa. Bila, dimana, mengapa dan bagaimana
kematian itu menjengah?..hanya Allah Rabbul Izzati yang mengetahuinya. Semoga kita
semua beroleh husnul khotimah.

(Penutup)

Perkongsian saya berakhir disini…


Moga tersemat di dalam hati…
Terima kasih daun keladi…
Salah dan silap harap dimaafi…

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah..wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai