Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT KALI KE-3

Nama Program

: Kem Bestari Solat Kali Ketiga

Tarikh

: 5 September 2015

Hari/ Masa

: Sabtu (7.00 pagi 12 tengah hari)

Objektif

Tahap 1 :

1) Melakukan perlakuan dalam solat dengan betul.


2) Menghafaz bacaan dalam solat dengan betul dan lancar
Tahap 2 :
1) Melakukan amali solat secara berjemaah dengan sempurna
2) Melakukan amali masbuq ketika solat dengan betul.
Sasaran

: Semua murid islam SJK Chung Hua No. 3 ( Tahun 1 6 )

Jawatankuasa

Penasihat
Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
AJK

Butiran Aktiviti
0700 0730

:
:
:
:
:

Moh Fok Choi ( Guru Besar )


Ho Man Hwa ( Penolong Kanan Kokurikulum )
Fadzillah Bt Kader ( Guru Pendidikan Islam)
Wan Mohd Fauzi ( Pembantu Kewangan )
Fadzillah Bt Kader ( Guru Pendidikan Islam)
Luqmanul Hakim ( Guru Pendidikan Islam)

:
LAFAZ ASMAUL HUSNA
Murid dibahagikan kepada dua kumpulan
iaitu tahap 1 (Tahun 1-3) dan tahap 2

0730 0900

0900 0930
0930 1030
1030 1145
1145 1200
1200

(Tahun 4-6)
TAHAP 1:
Perlakuan dan Bacaan dalam Solat
TAHAP 2:
Amali Masbuq
MINUM PAGI
TAHAP 1:
Penilaian individu
TAHAP 2:
Solat Berjemaah
KUIZ PINTAR SOLAT
MAKAN TENGAHARI
BERSURAI

Analisis SWOT:
Kekuatan
1. Murid dapat menguasai dan solat secara menyeluruh dari segi teori dan
juga praktikal. Ini kerana murid-murid telah dinilai pencapaian mereka
pada kem bestari solat 1 dan 2 yang merangkumi wuduk, bacaan dalam
solat dan perlakuan solat.
2. Murid amat berminat menyertai kem bestari solat dan menunjukkan
kesungguhan dan memberikan perhatian yang tinggi terhadap perkara
yang diajarkan terutamanya sewaktu kuiz.
Kelemahan
1. Kekurangan kawasan yang kondusif untuk menjalankan aktiviti solat
berjemaah untuk semua murid.
2. Kemampuan murid untuk menghafaz adalah berada ditahap yang rendah
dan menyebabkan mereka memerlukan masa yang lama serta motivasi
yang tinggi untuk menghafal lafaz dan bacaan dalam solat seperti doa
qunut dan doa iftitah.
3. Kekangan masa disebabkan tahap kemampuan murid untuk menghafal
adalah rendah.
Peluang
1. Bilangan murid yang sedikit memudahkan guru mengawal murid dan
menjalankan penilaian.
2. Pihak sekolah memberikan kemudahan seperti pembiayaan makanan
untuk murid-murid.
Ancaman
1. Kebanyakan murid tidak bersolat di rumah menyebabkan mereka tidak
mempraktikkan apa yang dipelajari dalam kem ini.

Penutup:
Program Kem Bestari Solat Berjaya dijalankan dengan baik atas kerjasama
ibu bapa, guru dan pihak sekolah. Aspek solat perlu diterapkan dalam waktu
pembelajaran dan pengajaran agar murid lebih bersemangat untuk menjalankan
salah satu daripada rukun Islam ini.

Disediakan oleh,

(LUQMANUL HAKIM BIN MD SADAKAH)


Guru Pendidikan Islam SJK Chung Hua No.3

Disahkan oleh,

(MOH FOK CHOI)


Guru Besar
SJK Chung Hua No. 3

LAMPIRAN
Bukti Bergambar:

Murid menonton Lafaz Asmaul Husna

Amali Solat Berjemaah diajar oleh Ustaz Luqman.

Murid membaca doa sebelum memulakan


pengajaran Masbuq dan Muafiq

Murid menonton cara-cara mengambil


wudhu.

Permainan menyusun tertib mengambil wudhu

Murid mempraktikkan amali solat dengan bimbingan Ustazah Fadzillah

Suasana ketika Kuiz Bestari Solat dijalankan.

Murid menjawab soalan kuiz.

Murid-murid menunggu ibu bapa menjemput mereka sambil ditemani ustazah.

Anda mungkin juga menyukai