Anda di halaman 1dari 18

Main peranan dan simulasi

Definisi: kaedah kumpulan berorientasikan proses, di mana pelajar berlakon atau simulasikan situasi kehidupan sebenar. (satu situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu peranan samada sebagai dirinya sendiri atau individu yang lain.

Lebih memberikan penekanan kepada kualiti atau mutu aksi yang dihasilkan oleh setiap peserta serta kepekaan peserta itu terhadap keperluan peranannya. Boleh dijalankan di dalam bilik darjah dengan melibatkan kesemua pelajar atau sebahagian pelajar. Pelajar yang tidak melakonkan watak menjadi pemerhati situasi yang dilakonkan.

Tujuan:

Memberikan peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam lakonan dan perbincangan. Melatih mereka untuk melakonkan pelbagai watak dan mengalami sendiri sesuatu situasi (akan dapat memahami tingkah laku orang lain). Menguasai kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa dan sebutan.

Matlamat:

Membantu pelajar yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main peranan. Membina keyakinan pelajar Memupuk sifat-sifat sosial Berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan Melatih pelajar untuk mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai emosi.

Prinsip-prinsip:

Senario,peranan dan taklimat latar hendaklah dipadankan supaya main peranan lebih menyeronokkan. Guru pastikan pelajar memahami situasi dan peranan (peranan peserta hendaklah jelas). Mengambil masa antara 15-20 minit. Pemerhati mencatat pandangan selepas main peranan dijalankan.

Jenis-jenis:

Memerihal Demonstrasi Latihan Cerminan Kepekaan

Satu cara komunikasi di mana peserta memerihal sesuatu situasi. Contoh: pelajar meminta kebenaran daripada GB untuk menganjurkan lawatan sambil belajar.

Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar pelajar lain boelh mencontohi. Contoh: Guru perlu menunjukkan kemahiran saintifik dan nilai-nilai murni semasa eksperimen dijalankan supaya murid dapat mencontohinya

Melatih pelajar tentang penguasaan kemahiran tertentu seperti kemahiran memberikan pendapat, kemahiran berhujah. Contohnya: Guru memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi pembentang

Pelajar ditunjukkan bagaimana tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain. Contoh: Bagaimana seorang pelajar berkolaborasi dengan rakan sekumpulan mengenai keputusan eksperimen yang telah dilaksanakan. Pelajar-pelajar sendiri akan saling mempelajari sifat-sifat tersebut melalui rakan yang lain.

Cara untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang perasaan mereka terhadap satusatu situasi atau orang lain. Contoh: Pelajar memainkan peranan bagaimana hendak bertindak apabila sesuatu kecemasan di makmal berlaku.

Percubaan untuk menyamakan keadaan ynag sebenar supaya pelajar dapat menguasai konsep ynag diajar serta berupaya untuk memindahkanya ke situasi sebenar. Dalam membentuk mainan permasalahan, berberntuk persaingan dan koperattif

4 fasa: 1. Orientasi Guru mengemukakan topik yang ingin di ajar, menerangkan konsep dalam simulasi serta gambaran umum permainan tersebut 2. Latihan peserta Pelajar mula simulasi dan guru perkenalkan peraturan, peranan, prosedur, cara mendapat skor dan matlamat simulasi. Guru agih peranan pelajar supaya mereka faham arahan dan perjalanan permainan

3. Proses simulasi Pelajar terlibat dalam permainan atau simulas, guru sebagai pengadil dan jurulatih Permainan boleh dihentikan untuk memperoleh maklum balas, menilai prestasi dan memperjelas salah tanggapan 4. Perbincangan Pelajar berbincang selepas simulasi tentang hasil pembelajaran, proses simulasi dan banding beza dengan dunia sebenar.

Contoh simulasi yang boleh dijalankan: 1. Pemusatan kepada masalah Pelajar berbincang tentang masalah, buat keputusan dan menyelesaikannya. 1. Pemusatan kepada penerbitan Pelajar berbincang tentang sesuatu rancangan untuk menghasilkan satu projek atau penerbitan.

Peniruan melalui main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi.Oleh yang demikian, main peranan dalam situasi bilik darjah perlu menggunakan situasi realistik. Peranan guru sebagai role model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya. Antara ciri yang perlu ada pada guru termasuklah cara pertuturan, cara berpakaian, ketepatan masa, personaliti, dan

Peniruan juga boleh dilakukan secara tidak langsung melalui televisyen dan filem. Maka, guru boleh menasihati pelajar tentang program yang sesuai ditonton oleh mereka.

Anda mungkin juga menyukai