Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT 2/2018

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TITINGAN, TAWAU

TAJUK PROGRAM KEM BESTARI SOLAT SIRI 2

TARIKH
28 JULAI 2018 (SABTU)
DILAKSANAKAN

TEMPAT Dewan Serbaguna SK Kg Titingan Tawau

KUMPULAN SASARAN Semua murid Tahun 2 dan 3, SK Titingan dan guru Pendidikan
Islam dan Bahasa Arab

OBJEKTIF 1. Murid dapat menunjukkan cara berwuhuk dengan betul


2. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu
3. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta
bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
4. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama
ada secara bersendirian dan berjamaah.

AKTIVITI 1. Pendaftaran peserta program dan taklimat (murid-murid


tahun 1-3).
2. Slot 1 – Guru memberi penerangan awal berkaitan dengan
wuduk (niat wuduk, anggota wuduk dan doa selepas
wuduk) dan solat (niat solat dan bacaan dalam solat.
3. Slot 2 – Ceramah daripada Ustaz jemputan Ustaz Mohd
Amin Japar tentang perlaksanaan solat:
- Tahyat awal
- Tahyat Akhir
4. Penceramah melakukan demonstrasi solat bersama dengan
murid-murid.
5. Kuiz Solat

PERBELANJAAN Rujuk Lampiran 1.

SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan diperolehi daripada Panitia Pendidikan Islam


mengikut peruntukan yang telah ditetapkan.

KEKUATAN 1. Aturcara majlis diurus dengan baik.


2. Kerjasama semua guru dan murid menjayakan program ini.
3. Murid-murid memberi perhatian dengan soalan dari
penceramah dan bersemangat untuk mendengar
penerangan dari penceramah.

KELEMAHAN Keadaan hujan yang tidak dapat diramalkan serta lokasi program
yang terbuka menyebabkan suara tidak dapat didengar dengan
jelas pada awal program.

PENAMBAHBAIKAN Pembesar suara perlu dilaraskan dengan lebih baik agar gangguan
luar seperti hujan dapat di atasi.

PENGHARGAAN Ahli jawatan kuasa merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
warga sekolah yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan dalam
menjayakan dan melancarkan majlis ini.

IMPAK Harapan daripada Panitia Pendidikan Islam agar murid-murid akan


dapat melaksanakan ibadah solat fardhu dengan betul agar
mencapai kesempurnaan ibadah yang dilakukan sehari-harian.

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh,

……………………………….. ………….……………..
( UMAIRA BINTI RAMLEE ) ( HASAN BIN KADIR )
Setiausaha Program Kem Besatari Solat II Guru Besar Cemerlang,
SK Kg. Titingan, SK Kg. Titingan,
Tawau. Tawau.
DOKUMENTASI BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai