Anda di halaman 1dari 3

SKRIP MC PROGRAM ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK

BIL PERKARA TINDAKAN


1 KETIBAAN TETAMU
UCAPAN ALU-ALUAN
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara
, Selamat datang untuk semua.

Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berusaha Puan Hasiah Bt Gidir Guru Besar sk tm
Mengalu-alukan kehadiran
Yang dihormati,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran Cg Hamsah Bin Long
Guru Penolong Kanan Hem Puan Abidah Bt Jamai
Guru Penolong Kanan Kokurikulum En Norizan Bin Jaidi
Penceramah jemputan
Puan Wan Hayati binti Wan Wahed (guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SMK Sebuyau.
Puan Sharifah Farhana Binti Wan Kassim Guru Kaunseling SMK
Sebuyau.
Barisan Ahli jawatankuasa program Anak Baik LAgi Cerdik
Para jemputan, ibu bapa
Barisan guru-guru sktm
Murid-murid sktm
Seterusnya Tuan-tuanPuan-puan hadirin sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi ,wabaarakatuh... Salam sejahtera


dan salam Malaysia madani. Alhamdulillah bersyukur kita pada pagi ini
dengan izin serta limpah rahmat-nya dapat kita berkumpul dalam
majlis program Anak Baik LAgi Cerdik
anjuran sktm. Pihak majlis serta seluruh ,warga SK tm turut sama
merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh
hadirin dan hadirat kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama
menjayakan program Anak Baik LAgi Cerdik yang kita rencanakan pada
hari ini
2. BACAAN DOA
830PG Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

B a g i m e m b e r k a t i m a j l i s k i t a
p a d a p a g i i n i . m a r i l a h s a m a -
s a m a k i t a m e n a d a h tangan dengan penuh

1
inayah untuk mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh ustaz
Mohd Hafidz Bin Md Amin. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz Mohd Hafidz Bin Md
Amin atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
3 NYANYIAN LAGU NEGARAKU, IBU PERTIWIKU & LAGU SEKOLAH
Hadirin yang dihormati sekalian, dijemput semua hadirin dan
jemputan untuk berdiri tegak bagi menyanyikan lagu Negaraku, Ibu
pertiwiku dan lagu sekolah.
4 UCAPAN ALU-ALUAN PUAN HASIAH BT GIDIR (GB SKTM)
Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam

Siding hadirin,
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Puan Hasiah Bt Gidir GB SKTM untuk ucapan aluan. Majlis
dengan segala hormatnya dipersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Hasiah Bt Gidir GB


SKTM di atas ucapan aluan itu sebentar tadi.

5 CERAMAH PERTAMA PROGRAM ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK


Baiklah, tuan-tuan & puan – puan, majlis kita diteruskan lagi dengan
ceramah ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK. Majlis dengan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan Puan Wan Hayati binti Wan Wahed
(guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sebuyau.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada _ Puan Wan Hayati binti Wan
Wahed (guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sebuyau. di atas
kesudian beliau untk menyapaikan ceramah itu sebentar tadi. Di harap
semua murid dapat mengambil iktibar dan manfaat daripada ceramah
sebentar tadi.
6 REHAT
Baiklah,aturcara program kita, berehat sebentar.
Aturcara seterusnya akan bermula pada jam 1045 pagi.
Terima kasih.

Untuk itu, dijemput Puan Hasiah GB SKTM untuk


mengiiringi_____________________ ke bilik jamuan

7 CERAMAH KEDUA PROGRAM ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK


1045 Baiklah, tuan-tuan & puan – puan, majlis kita diteruskan lagi dengan
PG ceramah ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK. Majlis dengan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan Puan Wan Hayati binti Wan Wahed
(guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sebuyau.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada _ Puan Sharifah Farhana Binti

2
Wan Kassim Guru Kaunseling SMK Sebuyau. di atas kesudian beliau
untk menyapaikan ceramah itu sebentar tadi. Di harap semua murid
dapat mengambil iktibar dan manfaat daripada ceramah sebentar tadi.
8 PENYAMPAIAN KEPUTUSAN PBD KEPADA IBU BAPA
1200 Berkebaya batik berwarna merah
PM Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian hadiah
Penerima teruja menunggu giliran

Baiklah, untuk menyempurnakan penyampaian hadiah, dijemput Puan


Hasiah Gidir GBSTM diringi oleh Cikgu Hamsah Bin Long GPK
pentabiran & Puan Abidah Jamai GPK Hem untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.

9 MAJLIS BERSURAI
1200 Tenang-tenang air di kali
PM Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Dengan itu maka berakhirlah Program 3K bagi Tahun 2023. Majlis


mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, dalam majlis
ini. Saya juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang
kekurangan semasa mengacarakan majlis.

Seterusnya majlis mempersilakan _______________________ diringi


oleh GB,para Jemputan dan hadirin sekelian untuk menjamu selera.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasssalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai