Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN RASMI KEJOHANAN MEMANAH MSSJ TAHUN 2023

(PERSEDIAAN
AHLI Dipersilakan semua pelajar dan pengurus pasukan setiap daerah agar dapat
KONTIGEN) bersedia kerana majlis penutupan rasmi dan penyampaian hadiah kejohanan
memanah MSSJ 2023 akan bermula sebentar sahaja lagi.

PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat majlis, ENCIK MUSA BIN ATAN,
KETIBAAN VVIP KETUA PENOLONG PENGARAH, SEKTOR PEMBANGUNAN BAKAT
MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR diiringi Tn. Hj. Abdul Rahman Bin
Kechik, Pegawai Pendidikan Daerah Segamat serta para tetamu jemputan.

NYANYIAN Hadirin yang dihormati,


LAGU BANGSA Majlis pada hari ini dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor. Semua
JOHOR hadirin dipersilakan berdiri.

***LAGU BANGSA JOHOR.

Mohon semua hadirin dipersilakan duduk…

(UCAPAN ALU- Bismilahhirahmannirahim….assalamualaikum…. Salam sejahtera


ALUAN
PENGACARA Yang berusaha,
MAJLIS) Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Kechik,
Pegawai Pendidikan Daerah Segamat

Yang dihormati,
Encik Musa Bin Atan,
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Bakat Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Yang dihormati,
En. Nukman Bin Nasir,
Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, JPN Johor.

En. Hazmi Bin Osman,


Timbalan PPD, Pembangunan Bakat Murid

Yang dihormati,
Cikgu Azlan Bin Aris, Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Memanah,
Majlis Sukan Sekolah negeri Johor.

Yang dihormati
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Ketua-ketua Kontigen, pengurus-pengurus Pasukan, Pegawai-pegawai
Kejohanan, guru-guru, para atlet memanah, tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin dan hadirat sekalian.

Pihak majlis mengalu-alukan kedatangan Encik Musa Bin Atan, tuan-tuan dan
puan-puan ke Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan memanah, Majlis Sukan
Sekolah negeri Johor tahun 2023

Bandar Kulim nun di utara,


Tempat kenangan sejarah tersirat.
Salam takzim pembuka bicara,
Mengalukan kedatangan hadirin hadirat.
BACAAN DOA Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kalau pergi ke tanjung keramat,


Anak manis jangan di angkat.
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan
limpah kurnianya, marilah kita sama-sama bermunajat menadah tangan
memohon taufik dan hidayah agar majlis kita pada hari ini diberkati dan
dirahmati Allah SWT. Dengan segala hormatnya dipersilakan ………………….
……………………………………………………………………… untuk memimpin
bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

BACAAN DOA

Pihak majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada …………………...


………………………………………………………………………. atas kesudian
memimpin bacaan doa sebentar tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada petang
ini mendapat rahmat sehingga ke penghujungnya.

UCAPAN Hadirin sekalian,


ALUAN KPPD
Majlis pada petang ini dimulakan dengan mempersilakan Tn. Hj. Abdul
Rahman Bin Kechik, Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Penutupan Rasmi
Kejohanan memanah Majlis Sukan Sekolah negeri Johor Tahun 2023.
Dengan segala hormatnya dipersilakan..

UCAPAN KPPD

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj. Abdul Rahman Bin
Kechik, atas ucapan yang disampaikan.

PERSEMBAHAN Sebagai meneruskan agenda Majlis pada petang ini, marilah kita sama-sama
MULTIMEDIA menyaksikan persembahan multimedia sepanjang berlangsungnya
Kejohanan Memanah MSSJ tahun 2023 selama 4 hari ini. Dipersilakan….

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan multimedia


sebentar tadi. Sebagai makluman semua, persembahan sebentar tadi telah
disediakan oleh ………………………………………………..

UCAPAN Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dikasihi,


PERASMIAN
PENUTUPAN Daun semulur di pekan sari
Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami
Tanpa melengahkan masa, pihak majlis dengan sukacitanya ingin menjemput
tetamu kehormat majlis, Yang dihormati, Encik Musa Bin Atan, Ketua
Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan
Negeri Johor. untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutuprasmi
Kejohanan memanah, Majlis Sukan Sekalah negeri Johor bagi tahun 2023.
Dengan segala hormatnya mempersilakan..

UCAPAN PERASMI

Demikian tadi ucapan perasmian Penutupan Kejohanan memanah, Majlis


Sukan Sekalah negeri Johor bagi tahun 2023 yang telah disempurnakan oleh
Encik Musa Bin Atan. Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi terima kasih.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


HADIAH
Inilah masa yang ditunggu-tunggu.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk keputusan bagi SESI
6, 7, DAN 8, Keputusan Keseluruhan Individu dan Berpasukan serta
Pengumuman Johan Keseluruhan bagi Kejohanan Memanah MSSJ tahun
2023.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, pihak majlis dengan


segala hormatnya, menjemput Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Kechik untuk
mempersila dan mengiringi Encik Musa Bin Atan ke hadapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan....

LIHAT SENARAI NAMA PEMENANG

Pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan atas kesudian Encik Musa


Bin Atan bagi menyempurnakan penyampaian hadiah dan piala pusingan
kepada para pemenang. Majlis mengucapkan syabas dan tahniah kepada
para peserta dan daerah yang berjaya.

PENGUMUMAN Hadirin hadirat yang saya hormati sekalian,


ATLET
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya ingin menjemput Cikgu Azlan Bin Aris,
Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Memanah, Majlis Sukan Sekolah
negeri Johor ke hadapan untuk mengumumkan senarai nama atlet yang
terpilih untuk mewakili negeri Johor ke Kejohanan Memanah MSSM tahun
2023. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

PENGUMUMAN ATLET

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Azlan Bin Aris
atas pengumuman sebentar tadi. Tahniah kepada atlet yang telah terpilih.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


CENDERAMATA
Sebagai tanda penghargaan daripada pihak pengelola atas kesudian YANG
DIHORMATI, meluangkan masa untuk hadir pada petang ini, Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Kechik, Pegawai
Pendidikan Daerah Segamat untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang Dihormati Encik Musa Bin Atan, Ketua Penolong Pengarah, Sektor
Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Dengan segala
hormatnya dipersilakan….

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. Abdul Rahman
Bin Kechik katas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

NYANYIAN Majlis diteruskan lagi dengan Nyanyian lagu Negaraku. Diminta para hadirin
LAGU dan kontigen berdiri tegak untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku
NEGARAKU dengan penuh semangat. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU


PENUTUP Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih. Dengan nyanyian lagu
MAJLIS Negaraku itu tadi, maka berakhirlah Kejohanan memanah, Majlis Sukan
Sekolah negeri Johor bagi tahun 2023.

Pihak majlis sekali lagi merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada semua tetamu kehormat majlis, Pegawai Pendidikan
Daerah Segamat, Tuan-tuan Pengetua dan Guru-guru Besar, Ketua-ketua
kontigen, Pengurus-pengurus pasukan, pegawai-pegawai kejohanan, guru-
guru, para atlet, tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin dan hadirat yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan
memanah MSSJ pada tahun ini.

Sekian, terima kasih... kami sudahi dengan wabillahitaufik w.k.t

*** SESI FOTOGRAFI

Semua tetamu dijemput untuk menikmati HIDANGAN minum petang.


Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai