Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK PERINGKAT SK LEPAR

2022

Minta perhatian. Hadirin diingatkan supaya mematikan telefon bimbit


semasa majlis sedang berlangsung. Hadirin dipersilakan berdiri sebaik
sahaja ketibaan tetamu diumumkan. Terima kasih.

UCAPAN ALU-ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Indah bersinar seri bintang,


Tampak dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka bicara.

Yang berusaha,
Tuan Guru Besar, En Arman Bin Mohamad Husin

Yang dihormati,
Barisan juri pertandingan serta guru-guru dan murid-murid yang dikasihi
sekalian

Selamat datang diucapkan kepada semua dalam Pertandingan Nyanyian


Lagu Patriotik peringkat Sekolah Kebangsaan Lepar tahun 2022

Sebelum kita menyaksikan pertandingan ,izinkan saya memperkenalkan


barisan hakim yang akan menjurikan pertandingan pada hari ini.

Memperkenalkan...
1.

Selaku ketua juri. Seterusnya

2.
3.

Selaku pembantu juri


PERTANDINGAN

Siti Wan Kembang perintah kelantan


Nama termasyur zaman dahulu kala
Saat yang dinanti telahpun datang
Pertandingan nyanyian akan bermula.

PERTANDINGAN NYANYIAN PATRIOTIK PERINGKAT SK LEPAR


dimulakan dengan menjemput peserta pertama DARIPADA
(NAMA)____________________________
DARI KELAB____________________ Dengan lagu
berjudul________________ DIPERSILAKAN!

Demikianlah tadi persembahan dari KELAB___________________


Dengan LAGU ________________________.
Terima kasih atas persembahan yang cukup menarik sebentar tadi ULANG 11 KALI

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada (SAMBUNG)


_____________________________
DIPERSILAKAN!

Kini tibalah masanya majlis menjemput peserta terakhir iaitu


(NAMA).......................................
Dari kelab.................................................
Dengan lagu ................................................
Hadirin sekalian, terimalah persembahan ini.

Demikian tadi persembahan NYANYIAN LAGU PATRIOTIK PERINGKAT SK


LEPAR . Debaran kian memuncak untuk mengetahui peserta dan
persatuan manakah yang akan terpilih dalam kalangan 5 terbaik yang
akan ke peringkat akhir

Sidang hadirin sekalian,kita akan berehat seketika untuk memberi laluan


kepada barisan juri bagi pengiraan markah.

Sidang hadirin sekalian,bagi memberi laluan kepada barisan juri bagi


pengiraan markah, kita akan dipersembahkan dengan satu persembahan
nyanyian daripada kelab KKM. Dipersilakan
____________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,


.Kini tiba detik yang dinantikan, iaitu pengumuman keputusan yang
sudah pun berada di tangan saya.

Sebelum pemenang diisytiharkan, bagi pihak majlis dengan sukacitanya


mempersilakan …………………………………………………………………………….

mengiringi …………………………………………………………………………………….. ke
pentas bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata dan hadiah.

Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak akan


dapat dijalankan. Sebagai menghargai kesudian mereka meluangkan
masa, pihak penganjur menyediakan cenderamata yang tidak sepertinya
untuk para hakim kita pada hari ini. Dipersilakan

Terima kasih daun keladi. Jika diundang, harap datanglah lagi.

Cue
Selesai penyampaian sagu hati kepada hakim, dan mereka selamat
turun pentas

Debaran peserta bakal bertemu titik noktah. Diumumkan pemenang


tempat ke 5 ialah
_________________________________________________
Dipersilakan naik ke pentas.

Pemenang tempat ke-4 jatuh kepada


________________________________________

Pemenang tempat ke-3 jatuh kepada


________________________________________

Johan ………pertandingan Nyanyian lagu patriotic peringkat SK Lepar


disandang oleh
_______________________________________________
Syabas dan tahniah diucapkan.

Terima kasih kepada


…………………………………………………………………………………………….. Tahniah
kepada semua pemenang, dan tahniah juga kepada peserta yang lain
yang telah berusaha gigih dan memberi saingan. Jadikan pengalaman ini
satu kenangan manis yang pernah kalian lalui.
Majlis berakhir di sini. Bagi pihak majlis dan Jawatankuasa Pengelola
pertandingan, saya memohon maaf andainya terdapat kesilapan dan
kekurangan yang berlaku.

Kalau tiada jarum yang patah


harap simpan di dalam peti
kalau benar madah dan tingkah
harap sematkan di dalam hati

segala kelemahan dan kekurangan mohon dimaafkan yang benar itu


datangnya daripada Allah SWT, silap dan salah adalah kelemahan diri
kami sendiri

Akhirul kalam ...semoga kita berjumpa lagi...wabillahi taufiq wal


hidayah.....assalamualaikum WBT...

Anda mungkin juga menyukai