Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2023

JKKK KAMPUNG BAWANG HULU, MATU

BIL PERKARA CATATAN


1 Ketibaan warga penduduk

Selamat datang diucapkan kepada semua hadirin hadirat semua


penduduk kampung bawang. Jemput2 dan boleh ambil tempat
duduk masing-masing ya. Kita masih lagi menunggu ketibaan Yang
berhormat kita, YB Tuan Haji Ahmad Johnie bin Hj. Zawawi.

2 Ketibaan para jemputan khas

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie


bin Hj. Zawawi, Ahli Parlimen P.207 Igan ke Majlis Ramah Tamah
Aidilfitri bagi tahun 2023/. Yang Berhormat dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum wbt.


Selamat datang diucapkan sekali lagi kepada semua hadirin dan
hadirat dan kepada tetamu jemputan kita pada hari ini, YB Ahmad
Johnie bin Hj. Zawawi ke Majlis Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri
peringkat kampung bawang bagi tahun 2023.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana kita semua


dapat berkumpul pada hari ini bagi meraikan majlis ramah tamah
yang boleh dikatakan disambut sekali setahun. Makluman kepada
semua, majlis ramah tamah kita pada hari ini merupakan anjuran
JKKK Kampung Bawang Hulu.

3 Bacaan doa
Hadirin sekalian, baiklah, bagi memberkati majlis kita pada hari ini,
majlis dengan ini menjemput mantan Penghulu Kampung Bawang,
encik Khalil @ Othman Manan untuk memimpin bacaan doa selamat.
Dipersilakan.

Amin amin YRB alamin..Majlis mengucapkan terima kasih kepada


mantan penghulu, encik Othman Manan atas bacaan doa sebentar
tadi. Diharapkan majlis kita pada hari ini diberkati dan berjalan
dengan lancar mengikut kehendakNya. Insha Allah, AAmin.

4 Ucapan aluan
Baiklah, majlis kita pada hari ini akan diteruskan lagi dengan
ucapan aluan oleh pengerusi pengelola majlis ramah tamah aidilfitri
kita iaitu Encik Salim Bin Kep. Dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada pengerusi pengelola, Encik Salim.

Segak bergaya ya ngah alim kita pada hari ini. Masih hensem
lagi.

5 Ucapan dan Amanat YB Tn. Hj. Ahmad Johnie Bin Hj. Zawawi

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi sebab rasanya, semua kita


sudah mula cium2 bau makanan ni, majlis dengan ini menjemput
YB. Tn. Hj Ahmad Johnie bin Hj. Zawawi untuk menyampaikan
ucapan dan amanat. Mana tahu ada masyuk dan ada rezeki
untuk kampung bawang pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada YB Ahmad Johnie atas ucapan


sebentar tadi.

6 Penyerahan cenderahati

Hadirin dan hadirat sekalian, majlis kita akan diteruskan lagi


dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kita.

Bagi menyempurnakan acara, majlis menjemput


__________________________ diiiringi oleh
_______________________ untuk naik ke pentas.

Majlis mempersilakan YB kita Tuan HJ. Ahmad Johnie untuk


menerima cenderahati daripada kami.

Terima kasih YB.

Seterusnya, dijemput mantan penghulu kampung Bawang, Encik


Khalil @ Othman Manan untuk menerima cenderahati sebagai
tanda penghargaan dan terima kasih atas sumbangan beliau yang
telah menjadi penghulu kampung.
Dijemput juga Mantan Ketua Kaum, encik Mohd Rashid @ Hamdan
Smain.

Terima kasih semuanya.

7 Majlis Ramah Tamah dimulai Yang berhormat

***

***

8 Acara-acara selingan

Cabutan bertuah,

Karaoke terbuka

9 Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai