Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS HIGH TEA KUIM DAN MEDIA

MASA CUE ANN

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Kerk Chee Yee Exco Komunikasi,


Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka.diiringi oleh
2.30 Ketibaan
tetamu-teamu kehormat.
PM NC
Hadirin diminta berdiri.

Majlis diminta bersedia bagi menyanyikan kita menyanyikan lagu Negaraku, lagu
Melaka Maju Jaya dan lagu Kolej Universiti Islam Melaka
lagu
Hadirin dipersilakan duduk

Sebagai pembukaan tirai majlis, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


menari
tarian tradisional dari kumpulan Cemara Tari kuim, dipersilakan.

Salutasi *seperti di lampiran


2.35 Ucapan
PM alu- Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam Melaka Berwibawa Pintar, Hijau,
aluan Bersih.
pengaca
ra majlis Sirih berlipat sirih pinang,,
Sirih dari pulau mutiara,,
Pemanis kata selamat datang,
Awal BismilLah pembuka bicara.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring ditepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu ilahi.

Alhamdulillah, marilah sama- sama kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah


SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, maka dapat kita berkumpul
dalam satu majlis pada petang ini. Saya mengucapkan selamat datang ke majlis
high tea dan ramah mesra kolej university islam Melaka bersama pengamal
media.

Majlis merakamkan setinggi-timggi ucapan terima kasih atas keprihatinan dan


1
kesudian YB Kerk Chee Yee kerana sudi hadir memeriahkan majlis pada hari ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada yang diraikan sahabat-sahabat
media dan para hadirin yang hadir bersama- sama menjayakan majlis kita pada
hari ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,


Majlis pada petang ini bertujuan, untuk menunjukkan rasa berterima kasih kami
kepada pihak media yang telah menyokong dan sentiasa membantu pihak kuim
dalam membuat rangkuman berita yang secara tidak langsung dapat membantu
mempromosikan kuim dimata masyarakat, kami berharap agar hubungan yang
terbina ini akan terus terjalin erat.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz bismillah memperkukuh tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini. Majlis menjemput dan mempersilakan
2.40 Bacaan yang berusaha ustaz mohd hakim bin mokhtarijan, pensyarag fakulti keilmuan
PM doa islam kuim untuk mempimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

Amiin...amiin ya rabbal alamin...

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ustaz hakim di atas bacaan doa
sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan tayangan video montaj kuim.


video
begitulah tadi tayangan montaj kuim.

Hadirin sekalian,

Majlis kita diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan yang berbahagia


Ucapan
2.50 TN HJ Zamzuri bin Abdul Majid Timbalan Naib Canselor Pengurusan Korporat
alu-
PM mewakili yang berbahagia datuk naib canselor untuk menyampaikan sekapur
aluan NC
sireh dan kata-kata aluan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ybhg tnc di atas ucapan aluan
sebentar tadi.
2.50 Ucaptam Hadirin sekalian,
PM a&

2
Marilah mari menyorong papan,
papan disorong ke pohon kuini,
marilah tuan mari ke depan,
melafaskan rasmi majlis ini.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang


Berhormat Kerk Chee Yee Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan
Belia dan Sukan Negeri Melaka untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
perasmi
merasmikan majlis kita pada petang ini.
an
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berhormat diatas ucapan
perasmian sebentar tadi.

dipohon yang berhormat kekal berada diatas pentas

Hadirin sekalian,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Kerk Chee
Yee diiringi oleh yang berbahagia tn hj zamzuri bin abdul majid dan yang
Gimik berbahagia tn azrin bin abdul majid untuk memotong pulut kuning sebagai
perasmi simbolik perasmian majlis high tea ramah mesra kuim bersama pengamal
an media. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berhormat diatas


penyempurnaan gimik perasmian itu tadi.

Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada para
penaja.

Majlis mempersilakan yang berhormat kerk chee yee untuk menyampakan


cenderamata kepada para penaja.
penaja
Dipersilakan wakil dari d’ceria chalet pengkalan balak untuk menerima
cenderamata,

Seterusnya dipersilakan yang berbahagia prof datuk drhj baharudin bin hj puteh
penegerusi koperasi kuim untuk menerima cenderamata.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berhormat diatas kesudian
menyampaikan cenderamata itu tadi.

3
Hadirin sekalian,

Sebagai tanda ingatan dan terima kasih di atas kehadiran Yang Berhormat Kerk
Chee Yee, Majlis dengan segala hormatnya majlis menjemput yang berbahagia
cendera tn hj Zamzuri bin Abdul Majid untuk memberikan cenderamata kepada Yang
mata Berhormat. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas penyampaian cenderamata itu


tadi.

Dipersilakan yang berbahagia En. Zamzuri bin Abdul Majid mengiringi Yang
gambar
Berhormat Kerk Chee Yee untuk kebawah pentas untuk sesi fotografi.

Sungguh indah bunga kemboja


Di bawah atap tepi halaman
Juadah sudah letak di meja
Makan
Sudilah santap tuan budiman

Dipersilakan yang berhormat dan para hadirin untuk menjamu selera


.

sambil tuan-tuan menjamu selera kita akan teruskan majlis kita pada petang ini.
Disini ada sedikit jajan ya untuk dibawa pulang atau hadiah cabutan bertuah.
Untuk sesi pertama ni 10 nombor akan kami cabut. Dan kita tgk sisapa yang
kena.

Dipersilakan yang berbahagia tn hj zamzuri bin abdul majid untuk mencabut


nombor. Dan menyampaikan hadiah.
Cabutan
bertuah
Baik selesai sesi yang pertama, jangan risau ada sesi kedua nanti. Tapi sebelum
itu marilah kita saksikan persembahan tarian oleh kumpulan cemara tari kuim.

Terima kasih diatas persembahan itu tadi.

Kita teruskan dengan sesi cabutan hadiah yang kedua pula.

Dipersilakan _________________________ untuk mencabut 10 lagi nombor


Bersurai
Hadirin sekalian

Dengan ini berakhirlah majlis kita pada hari ini. saya bagi pihak majlis

4
merakamkan sekalung apresiasi kepada Yang Berhormat Kerk Chee Yee dan
semua tetamu jemputan yang hadir pada majlis ini.
Saya bagi pihak jawatankuasa memohon maaf sekiranya terdapat sebrang
kekurangan semasa majlis berlangsung.

Kalau ada sumur di ladang


Izinkan saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Insya Allah kita jumpa lagi

Sekian wabillahitaufiq wal hidayah, wasslamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai