Anda di halaman 1dari 4

Majlis Mengumumkan ketibaan perasmi jemputan,

Yang Berbahagia Tn Hj

Sallehen bin Muhyi, Mudir Pusat Assolihin Panchang Bedena, Tn Hj Hamsudin


Bin Othman,Yang Dipertua PIBG SRAI Muhammadiah dan
en Zakiuddin Bin Ahmad,Guru besar SRAI Muhammadiah serta guru2 SRAI
Muhammadiah
Hadirin diminta berdiri...
Hadirin diminta duduk..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Melayang serindit di atas permatang
Merbau berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab AlFatehah..
Alhamdulillahirobil alamin wasolatu wassalamu ala................
Yang Berbahagia Tn Hj Sallehen bin Muhyi
Mudir Pusat Assolihin Panchang Bedena
Juga selaku perasmi majlis pada petang ini
............................................................................................................
Yang Berbahagia,
Tn Hj Hamsudin Bin Othman,
Yang Dipertua PIBG SRAI Muhammadiah

Yang Berusaha Encik Zakiuddin Bin Ahmad,


Guru Besar Srai Muhammadiah Pekan Sabak
Yang dihormati
Pn Ros Anizah Bt Hamzah
Guru Penolong Kanan Kurikulum
En Asmawi bin Basar
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En Muhammad Ezwan Bin Hj Tarli
Guru penolong Kanan Kokurikulum

kepada perasmi Jemputan kita pada hari ini,


Yang Berbahagia Tn Hj Sallehen bin Muhyi
Mudir Pusat Assolihin Panchang Bedena
selaku perasmi majlis pada petang ini
kerana sudi hadir, dalam majlis Mesyuarat Agung Tahunan Srai Muhammadiah
Pekan Sabak, pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu,
ibu2 bapa2 serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka
segala perancangan akan dapat dilaksanakan dan menjadi lebih bermakna dan pada
masa akan datang.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu,
majlis mempersilakan Al Fadhil Us Mohd Najib Bi Ahmad Khairi untuk
meminpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Us Mohd Najib Bi Ahmad
Khairi atas bacaan doa sebentar tadi.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Tirai majlis pada petang ini, dimulakan dengan ucapan Yang Di Pertua PIBG Srai
Muhammadiah . Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berbahagia, Tn Hj Hamsuddin Bin Othman, untuk menyampaikan ucapan. Majlis
mempersilakan dengan segala hormatnya.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia,
Tn Hj Hamsuddin Bin Othman , atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar

tadi.

Hadirin sekalian.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Guru Besar Srai Muhammadiah.
Untuk Itu Majlis dengan segala Hormatnya mempersilakan En Zakiuddin Bin Ahmad
Untuk Menyampaikan Ucapannya.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha,


En Zakiuddin Bin Ahmad atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur salam diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Kini tibalah kita kepada ucapan perasmian .Maka majlis dengan penuh hormat
mempersilakan
Yang Berbahagia Tn Hj Sallehen bin Muhyi
Mudir Pusat Assolihin Panchang Bedena
,untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan
Srai Muhammadiah Pekan Sabak, bagi tahun 2013. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang berbahagia
Tn Hj Sallehen bin Muhyi
Mudir Pusat Assolihin Panchang Bedena
atas ucapan serta perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Srai Muhammadiah Pekan
Sabak, bagi tahun 2013 sebentar tadi.
Hadirin sekalian

Sebagai penghargaan dan penghormatan dari pihak Majlis.


Sukacita Majlis mempersilakan Tn Hj Hamsudin Bin Othman dan Diiringi Olah En
zakiuddin Bin Ahmad untuk menyampaikan cenderahati kepada perasmi.
Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Selaki lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


Yang berbahagia Tn Hj Sallehen Bin Muhyi kerana sudi hadir pada petang ini
Hadirin sekalian
Majlis berehat seketika untuk memberi laluan kepada hadirin menikmati sekit
minuman..
Diminta kepada Yg Dipertua PIBG dan Guru Besar untuk mengiringi perasmi
menjamu selera.
Diharap semua hadirin tidak meninggalkan dewan kerana mesyuarat akan bermula
10 minit dari sekarang

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai