Anda di halaman 1dari 2

http://ellepunye.blogspot.my/2011/04/teks-ucapan-mc-anti-dadah.

html

Pembuka kata Melati kuntum tumbuh melata Sayang merbah dipohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata Saya sembah pembuka bicara Sirih junjung penyeri majlis
Seminar MAWADAH kita raikan Selamat datang tamu ke majlis Semoga ia mendapat
keberkatan Tuan tuan dan puan-puan sekalian Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada puan-puan kerana dapat hadir pada hari ini. Kehadiran puanpuan
sekalian amat saya sanjung kerana ia menggambarkan semangat kerjasama yang tinggi &
sokongan padu daripada puan-puan terhadap aktiviti yang dilaksanakan oleh kerajaan
walaupun sibuk dalam menjalankan tugas seharian. Bagi memberkati majlis kita pada pagi
ini, marilah sama-sama kita membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.. Ceramah I Tuan-tuan dan
Puan-puan sekalian.... Majlis Seminar Mawadah kita pada hari ini akan dimulakan dengan
ceramah yang pertama yang akan disampaikan oleh penceramah kita yang disegani iaitu
Ustaz Hj Che Kamarudin bin Muhammad, Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pengurusan
Masjid daripada Jabatan Agama Negeri Terengganu. Tanpa membuang masa lagi majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan penceramah kita untuk menyampaikan ceramahnya
yang bertajuk Wanita Wadah Perjuangan.... Harapan Insan Mencipta Kegemilangan
Dipersilakan...... Sungguh merdu suaramu ustaz Kata-katamu manis berunsur nasihat Terima
kasih atas setiap amanat Semoga ia mendapat berkat Minum pagi Sungguh indah bunga
kemboja Di bawah atap tepi halaman Juadah sudah terhidang di atas meja Sudilah santap
peserta sekalian Tuan-tuan dan puan-puan sekalian Majlis berehat seketika untuk kita
menikmati minuman pagi dan akan disambung semula pada jam 10.30 pagi. Ceramah II
Ceramah satu sudah berlalu Taklimat MAWADAH menyusul pula Dipersilakan Puan
Normahani kita Dadah Durjana..... Hapuskan Segera! Majlis dengan hormatnaya
mempersilakan...... Terima kasih diucapkan kepada Puan Normahani bt Mohd Hanip
Pengawai Antidadah AADK Negeri Terengganu di atas taklimat yang disampaikan sebentar
tadi. Semoga para peserta dapat mengetahui serba sedikit mengenai apa yang dikatakan
DADAH dan MAWADAH itu sendiri. Bicara Hati Para hadirin sekalian Sekarang kita
dengarkan pula kisah benar iaitu bicara hati daripada Penghuni Pusat Pemulihan Narkotik
(PUSPEN) Wanita Bachok, Kelantan mengenai kisah hidupnya. Semoga pendedahan yang
diluahkan dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua. Untuk pengetahuan semua puan
sudah pun tahun berada di PUSPEN Bachok. Berumur tahun dan telah mempunyai keluarga.
Tanpa membuang masa lagi saya mempersilakan puan untuk menyampaikan kisah hidupnya
untuk kita semua.... dipersilakan... Terima kasih diucapkan kepada Penghuni Pusat Pemulihan
Narkotik di atas Bicara Hati tadi. Sekali lagi perhatian para hadirin.... diminta untuk
meneruskan kerjasama anda bagi upacara Majlis Perasmian Penutup yang dijangkakan
bermula pada jam 12.30 tengahari. Sekian dulu sesi taklimat pada pagi ini. Saya sudahi
wabillahhitaufik walhidayah wassalamualaikum warohmatullahhiwabarokatuh..... Majlis
Perasmian Penutup Hadirin sekalian..... Mengumumkan ketibaan Yg Berbahagia Pn Hjh
Rosnani bt A. Rashid, Pengarah AADK Negeri Terengganu dengan diiringi oleh Pn.............. ,
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. LAGU NEGARAKU
BERKUMANDANG Pembuka kata Majlis Penutup Ke Pekan Kuala membeli bingka Sayang
pesanan terlupa sudah Majlis bermula tirai dibuka Dengan alunan madah yang indah Indah
berbalam si awan petang Berarak dicelah pepohon ara Pemanis kalam selamat datang Awal
Bismillah pembuka bicara Para hadirin sekalian Segala puji dan syukur ke hadrat Allah
Subhanahuwataala yang telah mengurniakan rahmatNya untuk kita dapat berkumpul dengan
aman & kebahagiaan. Selawat & salam ke atas junjungan dan Rasulullah Nabi Muhammad
Salallahu Alaihi Wassalam, kaum keluarga para sahabat & pengikut2 baginda yang terbilang
hingga ke akhir zaman. Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah dan
kurnianya maka Seminar pada hari ini berlangsung dengan jayanya. Majlis merakamkan
setinggi penghargaan di atas kehadiran Yang Berbahagia Pn Pengarah AADK Negeri
Terengganu, Pn Hjh Rosnani bt A. Rashid di atas kelapangan masa untuk bersama-sama
memeriahkan upacara Majlis Perasmian Penutup Mawadah pada hari ini. Bacaan Doa Para
hadirin sekalian Untuk keberkatan & kesejahteraan, majlis menjemput Ustaz Faizal bin
Hashim, Pen Pegawai Hal Ehwal Islam AADK Neg Trg untuk menyempurnakan bacaan doa.
Dipersilakan.... Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Faizal bin Hashim di atas
bacaan doa itu tadi. Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpahan kurnia & rahmat
Allah S.W.T Ucapan Aluan Bukan rumput sebarang rumput Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput Jemput memohon kata aluan Sudilah tuan jalan berlapan Jalan
berlapan di malam kelam Sudilah tuan beri ucapan Kata aluan pemanis kalam Seterusnya
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Penolong Pengarah Pencegahan untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya mempersilakan..... Penolong Pengarah
Memberi Ucapan Aluan Terima kasih diucapkan kepada En Arzmi bin Abdullah di atas
ucapan alu-aluan sebentar tadi. Ucapan Perasmian Kalau tuan pikat kenari Jangan patahkan
batang jerami Kepada puan sembah diberi Mohon rasmikan majlis kami Para hadirin sekalian
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Hjh Rosnani bt A. Rashid Pengarah
AADK Neg Trg untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Seminar
Masyarakat Wanita Antidadah. Dengan segala hormatnya mempersilakan..... Pengarah
Memberi Ucapan Perasmian Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan &
terima kasih kepada Yg Berbahagia Puan Pengarah di atas ucapan tadi. Penyampaian
Cenderahati Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan hormatnya menjemput Penolong
Pengarah Pencegahan untuk menyampaikan cenderamata kepada Yg Berbahagia Pn Hjh
Rosnani bt A. Rashid Pengarah AADK Neg Trg. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan di atas penyampaian cenderamata itu tadi. Cenderahati diberikan
Pohon berangan tempat bertemu Girangnya rasa si anak dara Baliklah hadirin membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara Bunga dedap di atas para Anak dusun pasang pelita Kalau
tersilap tutur bicara Jemari disusun maaf dipinta Para hadirin sekalian Selesailah sudah majlis
kita pada hari ini. Oleh itu pihak majlis menjemput tetamu khas & jemputan serta para peserta
untuk menikmati jamuan tengahari yang telah disediakan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmayullahiwabarokatuh.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Anda mungkin juga menyukai