Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK PENAJIS KALI KE 38

Kasihnya ibu membawa ke syurga Kasihnya ayah dan ibu berkorban nyawa Kasihnya guru mencurah ilmu Pemacu segala pelita dan lampu Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat Seribu tahun menjadi hikmat

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia. Yang Berbahagia Dato Dr Hj Awaludin b Said, ADUN Kawasan Kota. Yang Berusaha, Puan Hjh Naripah bt Othman, Guru Besar Sekolah Keb Penajis Yang diPe rtua PIBG SK Penajis, En Rahmad b Alias dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Penajis.

Yang Dihormati lagi dikasihi, guru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian. Pada petang yang permai ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 SK Penajis.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato Dr Hj Awaludin kerana sudi ke majlis perasmian Mesyuarat Agong PIBG ke 38 ini.

Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah.

Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyakalau kita dapat satukan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput, EN. Mohd Nori b. Hamzah untuk memimpin bacaan doa.Di persilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Mohd Nori b. Hamzah atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Kepimpinan diteladani, Program dirancang dan direalisasikan, Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi

Bukan keris tanpa ulunya Bukan majlis tanpa ucapannya.

Tanpa melengahkan masa lagi, Majlis pada petang ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang di Pertua PIBG, En. Rahmad b, Alias untuk menyampaikan ucapan . Dengan hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas ucapan En. Rahmad b. Alias YDP PIBG SK Penajis sebentar tadi.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berusaha Puan Naripah bt Othman Guru Besar SK Penajis untuk menyampai ucapan. Majlis mempersilakan.

Demikian tadi ucapan oleh Guru Besar SK Penajis. Majlis merakamkan ribuan terima kasih .

Sidang hadirin yang budiman,

Kalau Dato pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada Dato ruang diberi, Mohon rasmikan majlis kami

majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato Dr Hj Awaludin b Said , ADUN Kawasan Kota bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Penajis kali ke-38.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dengan Bismillah kita mulai, Alhamdulillah wassola tannabi, Dengan takdir Ilahi Rabbi, Selesai sudah upacara merasmi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato DR HJ Awaludin b. Said atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Orang berbudi, Kita berbahasa.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Pn Hjh Naripah bt Othman,diringi oleh YDP PIBG SK Penajis Encik Rahmad b. Alias untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato Dr Awaludin b Said atas kesudian Dato menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK PENAJIS ke 38 tahun 2012.

Tinggi bukit silang-gemilang, Air pasang tenang-tenangan, Budi sedikit takkan hilang, Dalam hati kenang-kenangan.

Seterusnya ,majlis dengan berbesar hati menjemput sekali lagi Yang Berbahagia Dato Dr Awaludin b Said, di iringi oleh Pn Guru Besar SK Penajis untuk menyampaikan Anugerah Kecemerlangan UPSR 2011 .

Majlis menjemput adik : a) b) c) d) e) f) g) Putera Firdaus b. Yuzaimi ( 5A) Muhammad Nur Fauzan b. Roshimi ( 4A) Mohd Husni b Kamaruzaman ( 4A) Nurul Dalilla bt Mohd Yunus ( 3A) Airil Izwan b Abidin (2A) Muhammad Nuriman b. Mansor ( 2A) Mohd Haikal Alfiq b. Shamsul ANuar ( 1A)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Dato; untuk menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK Penajis 2012. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Dr Hji Awaludin dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SK PENAJIS kali ke 38 akan dipengerusikan oleh Yang DiPertua PIBG SK PENAJIS,EN. RAHMAD B. ALIAS.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai