Anda di halaman 1dari 16

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH


Tarikh
: 23 April 2014
Masa
: 10.30 pagi
Tempat
: Dewan Seri Setia, SK Kota Setia
PERKARA/
PEMBACA

BUTIRAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Ketibaan
Tetamu

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis


kita akan bermula sebentar lagi.

Hariff
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdul
Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani
bt. Muhali dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke
dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat.
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Sanjungan Budi,
Lambaian Kasih sempena persaraan En. Abdul Karim
b. Munok , Guru Besar SK Kota Setia.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Difdif kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)
Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.
Bacaan Doa
Jue

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam


sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya dan
Salam SK Kota Setia Terus Maju.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan

CATATAN

mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al


Fadil Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Ucapan
Alu-aluan
Hariff

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang atas
bacaan doa itu tadi.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh
Rashid
Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah
Yang Diraikan
En Abdul Karim b. Munok
Guru Besar SK Kota Setia
Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt Shaari
Penolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia
Yang Berusaha Pn. Rozita bt Abas
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid
Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. Marzuki
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK
Kota Setia
Yang Dihormati En.Abdul Razak b.Hj. Adam
YDP Majlis Guru Besar, Daerah Perak Tengah
Yang Dihormati
Barisan Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah


Yang Dihormati
Pegawai-pegawai di JPN dan PPD
Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, ibu bapa, murid-murid, hadirin dan hadirat
yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena
persaraan Yang Diraikan En Abdul Karim b.
Munok,Guru Besar SK Kota Setia.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur
Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya
maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini
untuk meraikan En. Abdul Karim b.Munok dalam Majlis
Sanjungan Budi, Lambaian Kasih
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti
dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En.
Abdul Karim b. Munok sepanjang perkhidmatan beliau
di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru
Besar di SK Kota Setia
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Ucapan Ketua
Murid
Jue

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis menjemput adik Mohd Izudin b. Nor Azman,
Ketua Murid SK Kota Setia bagi mewakili murid-murid
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan PK1

Terima kasih diucapkan kepada adik Mohd Izudin b. Nor

Hariff

Azman atas ucapan sebentar tadi.


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang
Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, SK Kota Setia. Dipersilakan

Ucapan
Jue

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cik


Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang


Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota
Setia untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Ucapan YDP
MGB
&
PPD
Hariff

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En.


Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterus menjemput dan mempersilakan En. Abdul
Razak b. Hj Adam, YDP MGB Perak Tengah bagi
menyampaikan ucapan, dengan segala hormat
dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Razak b. Hj.
Adam atas ucapan sebentar tadi.
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan
kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron
Noh Rashid
Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Persembahan
Multimedia

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En.


Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Jue

Para Hadirin yang kami muliakan,


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan

Tapi kaki tetap mengorak jalan


Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul
Karim b. Munok.
Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai En. Abdul
Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani
bt. Muhali untuk naik bersemayam di atas singgahsana.
Dipersilakan.
*** Persembahan multimedia
Ucapan
Yang Dirai
GB
Hariff

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul
Karim b. Munok . Terima kasih kepada team unit ict
SKKS dan individu yang menjayakan persebahan
tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi
buat kita semua.
Hadirin yang dihormati,
Majlis seterusnya adalah upacara menepung tawar.
Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh
Rashid, Penolong PPD Perak Tengah dan Yang
Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP
PIBG dengan diiringi oleh Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas bagi
menyempurnakan upacara tersebut.Dipersilakan.
Terima kasih Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b.
Haron Noh Rashid dan Yang Dihormati En. Mohd
Azahari b. Hj Mohd Nor yang sudi menyempurnakan
upacara tersebut.
Hadirin yang dimuliakan,
Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok adalah hari
ulang tahun kelahiran Tuan Guru Besar.
Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu
selamat hari jadi untuk beliau.
Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput Tuan
Guru Besar dengan diringi oleh isteri tampil ketengah
pentas untuk memotong pulut kuning sebagai simbolik

menyambut ulang tahun kelahiran dan persaraan.


Dipersilakan.
Hadirin yang dimuliakan,
Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi buat
cikgu Karim.
Selamat hari jadi, selamat hari jadi cikgu Karim, selamat
hari jadi
Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Karim b.
Munok yang sudi menyempurnakan majlis. Terima kasih
kepada semua hadirin.
Seterusnya,
Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim
b. Munok dan isteri turun dari singgahsana mengambil
tempat di hadapan dewan. Dipersilakan.
Hadirin yang dimuliakan,
Persembahan
Khas
Gurindam
Jiwa

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu


ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

Jue
***Ucapan GB
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok atas ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada
murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang berjudul Gurindam
Jiwa. Dipersilakan.
**** persembahan

Semoga kita terhibur dengan persembahan khas


Gurindam Jiwa yang cukup istimewa sebentar tadi.
Terima kasih diucapkan.Kumpulan ini dibimbing oleh
Pn. Ida Rohayu bt. Hussin.
Penyampaian
Watikah
Hariff

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di
pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,
Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan
yang akan disampaikan oleh Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah Perak Tengah kepada En. Abdul
Karim b. Munok.
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati En.
Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai
Pedidikan Daerah Perak Tengah naik ke pentas
utamauntuk menyempunakan penyampaian watikah
tersebut. Dipersilakan.
Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim
b. Munok untuk menerima watikah daripada Penolong
PPD. Dipersilakan.
Seterusnya Majlis mempersilakan En. Abdul Karim b.
Munok menyampaikan cenderamata kepada Yang
Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh
RashidPenolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak
Tengah.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan
Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok

Penyampaian
Hadiah &
cenderamata
Jue

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah


dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini iaitu En. Abdul
Karim b. Munok.
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru

Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia mengiringi


Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata
daripada wakil-wakil kelas.
Rujuk senarai hadiah
Penutup

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang


kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdul Karim
b. Munok

Hariff
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas kesudian
menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan
ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Cik
Norsalmi bt. Shaari mengiringi Yang Diraikan En. Abdul
Karim b. Munok sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua penyampai cenderamata sebentar tadi.
Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk cikgu Karim.
Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.


Penutup
Jue

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan En. Abdul Karim b. Munok kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdul
Karim b. Munok bertambah ceria dan bahagia di dalam
kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis Sanjungan Budi,
Lambaian Kasih ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Majlis menjemput Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok dan isteri serta semua tetamu, hadirin dan hadirat
untuk menjamu selera di khemah utama bersebelahan
dengan kantin sekolah.
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq
walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dirai Pn Hjh. Azizah Bt. Jusoh,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Lati, Yangberusaha Penolong
Kanan Pentadbiran PN. Hjh Peridah binti Che Mat,Penolong kanan kokurikulum, En.
Norazmi Nordin, guru-guru dan rakan-rakansekalian. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih
kerana telah memberi peluangkepada saya selaku ketua murid untuk berucap sempena
majlis persaraan PK HEM yang kita sayangi pada pagi yang bersejarah ini.Hadirin yang
saya hormati,Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir buatPN.
Hjh Azizah untuk berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Lati. Mulai esokbeliau akan
bersara daripada jawatannya selaku seorang PK HEM. Kita akanterasa kehilangan
seorang penolong kanan yang sangat disegani. Sebelumterlambat, saya mewakili rakanrakan yang lain ingin meluahkan rasa sedihdan sayu kerana terpaksa berpisah dengan
puan.Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, PN. Hjh Azizah telah berkhidmatdi
sekolah ini selama lebih kurang lapan tahun. Untuk pengetahuan murid-murid, sekolah

kita banyak menempa kejayaan sepanjang penglibatan beliausebagai PK HEM sekolah


ini. Antaranya, kantin sekolah kita telah mencapai 5bintang dalam Juara Keceriaan antara
Sekolah. Beliau juga dapat mengurusdengan baik dan jayanya dalam hal-hal berkaitan
kewangan kepada pelajar-pelajar miskin . PN. Hjh Azizah seorang guru yang sangat
cekapmelaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.Kami semua berharap agar
puan tidak melupakan kami di sekolah ini.Segala kenangan pahit, manis yang telah kita
lalui bersama puan akan kamipahatkan di dalam hati. Cikgu, tiada satu hadiahpun yang
dapat kamihulurkan untuk menggembirakan hati cikgu kecuali kejayaan kami di sini.Oleh
itu, kami berjanji akan menghadiahkan keputusan yang cemerlangdalam UPSR nanti.
Hanya itulah yang paling berharga dapat kami berikankepada cikgu. Insyaallah.....Di
majlis ini, kami murid-murid Sekolah Kebangsaan Lati mendoakan agarpuan sentiasa
berjaya dalam hidup dan mendapat keberkatan dari-Nyadalam setiap perkara yang
dilakukan.Akhir sekali, saya mewakili rakan-rakan yang lain ingin memohon maaf
atassegala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang cikguberkhidmat
di sekolah ini. Sebelum saya mengundur diri, saya akhiri ucapansaya dengan dua rangkap
pantun:i. Pulau pandan jauh di seberang, ii.Naik rakit bersama kemudi,Tempat bermain si
ikan haruan, Kemudi di bawa di dalam peti,Jasamu Puan akan kami kenang, Banyak budi
perkara budi,Menjadi ingatan sepanjang zaman . Budi mu puan kami hargai.Sekian,
terima kasih.....

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat sejahtera.Terima Kasih


Saudari Pengerusi Majlis~Yang Berhormat Dato Mohd Azhar b Jamaluddin ,Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Changkat Jong, Yang Berusaha Tn Hj Zainal Abiddin b
Osman Pegawai Pendidikan daerah Hilir Perak, Yang berusaha En Zainal b Bahari, Yang
dipertua Majlis Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak,Yang Dikasihi dan
Diraikan Puan azizah bt Ramli Guru Besar SK Convent, Yang dihormati Pn Hjh Rabiah
bt jauhari penolong kanan HEM, Pn Krishna Kumari a/p Krisnasamy Pk Kokurilum, Pn
hjh Noor azwa bt Abdul Pk Petang ,Yang dihormati En Mohd Nizam b Hj Yahya Naib
Yang Dipertua PIBG Sk Convent, Pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Hilir
Perak, Barisan Pengetua dan Guru Besar dari sekolah-sekolah rendah daerah hilir perak,
pegawai2 teknologi Pendidikan dari pusat Kegiatan Guru Teluk Intan, guru-guru sk
convent, Barisan ahli jawatankuasa PIBG , tuan2, puan2 dan anak didik yang dikasihi.

Alhamdulilah dan syukur kepada ALLAH S.W.T. dengan izin dan hidayahnya dapat kita
berkumpul pada pagi ini dalam majlis perpisahan Puan Azizah bt Ramli Guru Besar SK
Convent. Seterusnya saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Berhormat Dato, Pegawai Pendidikan Daerah dan rakan-rakan guru
Puan Azizah diatas kehadiran kita bersama bagi meraikan beliau mengakhiri
perkhidmatan perguruan beliau hari ini. Kepada guru-guru SK Convent, terima kasih di
atas kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan majlis ini, juga tidak ketinggalan
kepada barisan AJK PIBG seterusnya ibu bapa sekalian. Terima kasih sekali lagi kepada
semua yang hadir bagi menjayakan majlis ini.
Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan dan ruang
untuk berucap sepatah dua kata. Di kesempatan ruang ini, saya ingin menyatakan rasa
syukur saya dan jua rakan-rakan guru serta seluruh warga Sekolah Convent kerana dapat
bernaung khidmat di bawah pimpinan Tuan guru besar yang cukup hebat, Pn azizah bt
Ramli. Sukar untuk saya nyatakan di sini, betapa kami amat menghargai segala ruang,
peluang serta khidmat bakti yang Tuan guru besar taburkan kepada kami di sekolah ini .
Hadirin-hadirat yang dimuliakan, Tuan Guru besar yang kami kenali, seorang yang
tenang dalam apa jua keadaan dan mempunyai wawasan yang jelas untuk melestarikan
kecemerlangan pendidikan para pelajar, jua menyemai benih-benih kerohanian di jiwa
warga SK CONVENT. Selain mengejar ilmu keduniaan untuk kejayaan di dunia,
BELIAU tidak lupa menekankan aspek-aspek kerohanian kerana pada hemat beliau,
kejayaan di dunia tidak akan dapat diraih andai tidak seiiring dengan kejayaan akhirat.
Sahsiah serta moral yang tinggi akan menjamin kejayaan pelajar dalam kehidupan di luar
kelak. Banyak gagasan minda BELIAU yang telah mencetuskan percambahan fikiran jua
program dalam merealisaikan misi dan visi sekolah. Dalam kelembutan tutur bicara dan
kejernihan air muka beliau, tidak dinafikan ketegasan beliau dalam menjalankan tugas.
Tegur serta nasihat yang disalurkan kepada kami semua penuh berkias, tapi cukup jelas,
memaparkan betapa BELIAU cukup bijak dalam komunikasi bersama guru dan
kakitangan. Beliau yang tidak lokek dengan ilmu, malah sentiasa memanfaatkan masa
untuk berkongsi apa jua ilmu serta pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di sini.

Tuan guru besar yang diraikan; Saya mewakili seluruh warga Sk Convent ingin
mengambil kesempatan di kala hening cuaca ini, menyusun sepuluh jari memohon
kemaafan dari Tuan andai kami tersilap bicara, terkhilaf kata dan tersalah tingkah laku.
Selaku insan yang lemah tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, kami amat berharap
agar segala perlakuan dan tutur bicara yang menyinggung perasaan Tuan tidak disimpan
dalam hati. . Segala bakti dan jasa Tuan sepanjang berkhidmat di sekolah ini akan
sentiasa kami kenang. Amat bertepatan dengan Majlis Sekalung Budi Setulus hati, kami
amat berbangga atas kerja buat tuan selama ini merupakan Sekalung Budi tuan bersama
kami , akan diabadikan setulus hati kami dan Tuan selagi hayat dikandung badan. Janji
kami pada Tuan , kami akan teruskan kerjasama serumpun bagai satu keluarga demi
mencapai moto sekolah Sk CONVENT BOLEH dan meneruskan wawasan serta gagasan
Tuan . Patah tumbuh hilang berganti, Yang datang sama pekerti,.Itu harapan kami disini.
Kami akan tetap berjuang dan menabur khidmat bakti demi membuktikan perjuangan
menjadi realiti.

Hadirin yang dimuliakan, Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada Tuan guru besar yang kami sanjungi. Kami akan sentiasa mendoakan
kesejahteraan dan kebahgian Tuan walau di mana sahaja Tuan berada. Persaraan Tuan
bukannya menjadi jarak pemisah kepada hubungan silaturrahim yang sudah terjalin
antara kita.
Saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun,
Membawa dulang beralas sutera
Berisi hadiah buat pemenang
Selamat istirehat selamat bersara
Moga bertuah hatipun senang
Jejaran mengkudu berbias kesuma

Di celah angsana di Pulau Bali


Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali
Salam kasih abadi dari kami guru-guru disini
Sekian, wassalamualaikum wbt.

Berbagai cerita suka duka Cikgu Abu Naim sepanjang menjadi Guru biasa (kecik)
sehinggalah menjawat jawatan Guru Besar. Dari berjalan kaki, naik basikal, naik sampan
dan menaiki motosikal kesekolah. Mungkin tidak dirasai oleh guru-guru baru hari ini.
Walaubagaimanapun itu adalah tinggalan sejarah menjadi kenangan sepanjang
hayat.Biarpun berkhidmat disini hanya persinggahan akhir perkhidmatan. Tugas dan
tanggungjawab tidak sesekali terabai. Murid menjadi aset atau keperluan sekolah untuk
guru menjalankan tugas. Sepanjang berada di sekolah banyak suka dan duka dilemparkan
kepada murid dan guru. Saya juga kehilangan seorang rakan guru yang sentiasa berkongsi
cerita gelak tawa. Guru-guru juga mungkin rasa kehilangan ketua yang disegani
sepanjang beliau berada disini.Tanpa murid mana mungkin ada guru. Ada guru pasti
murid menjadi liabiliti kejayaan. Guru dan murid saling memerlukan.
Di dedikasikan khusus buat Puan azizah Ramli :Sepanjang berada disini tiada cacat
celanya empunya diri.Hadir ke sekolah mengikut hari.Jasa dan pengorbanan disanjung
tinggi.Pohon kemaafan warga sekolah disini.Yang pergi tetap pergi.Yang datang kami
nanti .Kami disini menunggu pengganti.Yang datang sama pekerti .Itu harapan kami
disini.Agar perjuangan menjadi realiti.Bukan dibiar melangkah kaki.Budi baik tetap
disanjungi.Menjadi kenangan kami disini.Ada masa ada umur sila kemari Kami disini

menyambut diri .Jauh bukan halangan hati. Silaturrahim kita tetap abadi.Syurga pasti
menanti. Salam kasih abadi dari kami guru-guru disini, mendoakan agar Puan azizah
sentiasa diberkati ALLAH S.W.T. dalam kehidupan beliau dengan ibadah tuntutan,
dikurniakan kesihatan yang baik , dapat berkasih sayang kepada keluargai tercinta dan
anak-anak serta cucunda tersayang.
Akhir kata saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah
wasaalam mu alaikum warah matullah hiwabaraktuh

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam sejahtera dan selamat pagi
Terima kasih pengacara majlis
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Yang Berbahagia, Tuan Hj Baharuddin bin
Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che
Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah dan isteri Yang Berbahagia Tn Hj Abdul
Rashid b Awang , Yang Dipertua PIBG SMK Permaisuri Nur Zahirah Pengetua-pengetua,
Guru-guru Besar, Rakan-rakan Penolong Kanan, Ahli Jawatankuasa PIBG,Dif-dif
Jemputan,Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, kaunselor Sekolah, rakan-

rakan guru, kakitangan sekolah dan para pelajar yang dikasihi sekalian. . Pertama sekali,
saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya , saya diberi kesempatan
dan ruang untuk berucap sepatah dua kata. Di kesempatan ruang ini, saya ingin
menyatakan rasa syukur saya dan jua rakan-rakan guru serta seluruh warga SMKPNZ
kerana dapat bernaung khidmat di bawah pimpinan Tuan Pengetua yang cukup hebat, Tn
Hj Md Ramli bin Che Mat. Sukar untuk saya nyatakan di sini, betapa kami amat
menghargai segala ruang peluang serta khidmat bakti yang Tuan Pengetua taburkan
kepada kami di SMKPNZ ini . Hadirin-hadirat yang dimuliakan, Tuan Pengetua yang
kami kenali, seorang yang tenang dalam apa jua keadaan dan mempunyai wawasan yang
jelas untuk melestarikan kecemerlangan pendidikan para pelajar, jua menyemai benihbenih kerohanian di jiwa warga SMKPNZ. Selain mengejar ilmu keduniaan untuk
kejayaan di dunia, Tuan Pengetua tidak lupa menekankan aspek-aspek kerohanian kerana
pada hemat beliau, kejayaan di dunia tidak akan dapat diraih andai tidak seiiring dengan
kejayaan akhirat. Sahsiah serta moral yang tinggi akan menjamin kejayaan pelajar dalam
kehidupan di luar kelak. Banyak gagasan minda Tuan Pengetua yang telah mencetuskan
percambahan fikiran jua program dalam merealisaikan misi dan visi sekolah. Dalam
kelembutan tutur bicara dan kejernihan air muka beliau, tidak dinafikan ketegasan beliau
dalam menjalankan tugas. Tegur serta nasihat yang disalurkan kepada kami semua penuh
berkias, tapi cukup jelas, memaparkan betapa Tuan Pengetua cukup bijak dalam
komunikasi bersama guru dan kakitangan. Beliau yang tidak lokek dengan ilmu, malah
sentiasa memanfaatkan masa untuk berkongsi apa jua ilmu serta pengalaman beliau
sepanjang berkhidmat di sini. Tuan Pengetua yang diraikan; Saya mewakili seluruh warga
SMKPNZ ingin mengambil kesempatan di kala hening cuaca ini, menyusun sepuluh jari
memohon kemaafan dari Tuan Pengetua andai kami tersilap bicara, terkhilaf kata dan
tersalah tingkah laku. Selaku insan yang lemah tidak pernah lari dari melakukan
kesilapan, kami amat berharap agar segala perlakuan dan tutur bicara yang menyinggung
perasaan Tuan Pengetua tidak disimpan dalam hati. Bak kata pujangga : Adat nan baharu
berubah-ubah Adat manusia mengandung salah Segala bakti dan jasa Tuan pengetua
sepanjang berkhidmat di SMKPNZ ini akan sentiasa kami kenang. Amat bertepatan
dengan Majlis Tautan kasih Selingkar Kenangan, kami amat berharap kerja buat kami
selama ini merupakan satu Tautan kasih kami bersama Tuan Pengetua, akan diabadikan
dalam Selingkar Kenangan kami dan Tuan Pengetua selagi hayat dikandung badan. Janji
kami pada Tuan Pengetua, kami akan teruskan kerjasama serumpun bagai satu keluarga
demi mencapai moto sekolah Aspirasi Intelek Gemilang dan meneruskan wawasan serta
gagasan Tuan Pengetua. Patah tumbuh hilang berganti, kami akan tetap berjuang dan
menabur khidmat bakti demi membuktikan Sekolah itu Mulia. Hadirin yang dimuliakan,
Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan pengetua
yang kami sanjungi. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahgian Tuan
Pengetua walau di mana sahaja Tuan berada. Persaraan Tuan Pengetua bukannya menjadi
jarak pemisah kepada hubungan silaturrahim yang sudah terjalin antara kita. Saya akhiri
ucapan saya dengan dua rangkap pantun, Membawa dulang beralas sutera Berisi hadiah
buat pemenang Selamat istirehat selamat bersara Moga bertuah hatipun senang Jejaran
mengkudu berbias kesuma Di celah angsana di Pulau Bali Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali Sekian, wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai