Anda di halaman 1dari 15

Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat

Agung PIBG
1.
2.
3.
4.
5.
6.

SKRIP PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SK CLIFFORD KALI KE-35


TAHUN 2012
PEMAKLUMAN: ( 15 MINIT SEBELUM ACARA BERMULA )
Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera
Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke MESYUARAT
AGUNG PERSATUAN IBU DAN GURU SK CLIFFORD TAHUN 2012.
Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para
hadirin.
Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program.
Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan UNTUK MATIKAN TELEFON
BIMBIT atau sediakan dalam silent mode.
Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan
SKRIP PENGACARAAN
BI
AGENDA
SKRIP
TINDAKAN
L
1
Ketibaan
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik
tetamu
Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus
kehormat
Cyber Bang ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa Dan Guru Sk Clifford Kali Ke-35 Tahun
2012.
2

Protokol

Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolati
wassalamu ala ashrafil anbia iwalmursalin.
Waala alihi wa ashabihi ajmain
Assalamualaikum whb, salam sejahtera, Salam 1
Malaysia dan Salam Perak Amanjaya
Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin
Ahmad Turki,
Pengurus Cyber Bang
Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil,
Guru Besar Cemerlang SK Clifford
Yang Dihormati Encik Kamaruddin b Sulaiman,
Yang Dipertua PIBG, SK Clifford
Puan Rashadah bt Othman,
Penolong Kanan Pentadbiran
Tuan Haji Ali Othman bin Dayon,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Zaleha bt Abdul Hamid
Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan ahli jawatankuasa PIBG,
Guru-guru, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan
hadirin sekalian.

Faridah

Alu-aluan

Bulat Air Kerana Pembentung


Bulat Manusia Kerana Muafakat
Faham Sesuai, Benar Seukur
Bulat Segolek, Pipih Selayang
Rundingan Jangan Selisih
Muafakat Jangan Bercanggah
Tuah Pada Sekata
Berani Pada Seia
Ibarat Labu Menjalar Ke Hulu
Ibarat Kundur Menjalar Ke Hilir
Pangkalnya Sama Dipupuk
Pucuknya Sama Digentis
Yang Jauh Dijemput Dengan Desta
Yang Dekat Dijemput Dengan Tepak
Berhimpun Dan Bermuafakat
Bagi menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SK Clifford kali ke-35.

Faridah

Bacaan doa

Sidang hadirin,

Ustaz Wan
Azizan

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah
sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan mendapat
rahmat. Oleh itu, majlis mempersilakan Al-fadhil
Tuan Haji Ahmad Hisham bin Zainal untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.....
- Bacaan Doa
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Al-fadhil Ustaz atas bacaan doa itu tadi.
5

Ucapan Alualuan YDP


PIBG

Warga dewan yang mulia.


Encik Kamaruddin YDP PIBG,
Segak orangnya kemas bergaya;
Dijemput ke pentas tampilkan diri,
Memberi ucapan pembuka bicara.
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Encik
Kamaruddin bin Sulaiman, Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Cllifford untuk

Ustaz Wan
Azizan

memberikan ucapan.
Dengan sukacitanya dipersilakan....
- Ucapan YDP PIBG
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas
ucapan sebentar tadi.
6

Ucapan Guru
Besar

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Ustaz Wan
Azizan

Seorang pemimpin hebat,


Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.
Justeru, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar
Cemerlang merangkap Penasihat PIBG SK
Clifford untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan....
- Ucapan Guru Besar
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Tuan Guru Besar atas ucapan sebentar tadi.
7

Ucapan
Perasmian

Sidang warga dewan sekalian,


Sirih junjung penuh bererti,
Indahnya adat tidak terperi;
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin
Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SK Clifford Kali KE-35 BAGI TAHUN
2012.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.....
- Ucapan Perasmian
Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi;

Faridah

Dengan takbir llahi Rabbi,


Selesailah sudah upacara merasmi.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad
Turki atas ucapan dan kesudian
menyempurnakan majlis perasmian sebentar
tadi.
8

Penyampaia
n Sijil dan
cendera-hati

Beli keladi di Pekan Lidup,


Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil
kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2011/2012.
Justeru, sekali lagi majlis menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia Encik Ahmad
Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber
Bang diringi oleh Yang Berusaha Encik Roslan
bin Kechil, Guru Besar Cemerlang SK Clifford
untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan
majlis penyampaian sijil kepada Ahli
Jawatankuasa PIBG SK Clifford sesi 2011/2012.
Dengan segala hormatnya dipersilakan....
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Dijemput..............(rujuk senarai nama)
Dijemput..............
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin
Ahmad Turki kerana sudi menyempurnakan
majlis sebentar tadi.
Sebagai tanda terima kasih, dipersilakan Encik
Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang SKC
untuk menyampaikan cenderahati tanda ingatan
daripada warga PIBG SK Clifford kepada tetamu
istimewa kita pada hari ini.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru

Ustaz Wan
Azizan

Besar.
9

Penutup

Dengan berakhirnya majlis penyampaian sijil dan Faridah


cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah majlis
perasmian Mesyuarat Agung kita pada hari ini.
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-35 merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang
memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis
pada hari ini.
Dari mana asalnya, usah diusul,
Molek budinya menambat hati;
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.
Bintang barat terbitnya petang,
Bintang timur terbitnya pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Tersisa umur bertemu lagi.
Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan
majlis.
Untuk makluman hadirin sekalian, majlis berhenti
rehat dan dijemput kepada semua hadirin di
dewan ini untuk mengambil minuman yang
disediakan di belakang dewan dan majlis akan
bersambung semula pada pukul........
Sekian, wabilahitaufik wal hidayah
wassalamualaikum warahmatullah hi
wabarakatuh.

Teks Pengacara Perasmian Mesyuarat Agung PIBG


TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG
SK BINJAI KERTAS.
Pengacara Majlis:Abdullah Mohd Zin/Nuriah Abdul Halim

PENGUMUMAN KETIBAAN.
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Hj Zawawi b Ismail ADUN Kuala
Berang diiringi oleh dif-dif kehormat.
Bagi memberkati majlis kita marilah kita sama-sama membaca ummu kitab. Al fatihah.
Bismillah..Alhamdullilahi-rabbilalamin,Wassalatuwassa-mualaashrafil-ambia
iwalmursalin waala alihi wasahbihi ajmain.Rabbishrahli sodri wayassirli amri wahlu uqdatam
millisani yafqahul qauli.
Yang Berhormat ,Tuan Haji Zawawi bin Ismail,ADUN kawasan Kuala Berang,

Yang Berusaha
Tn Hj Mohd Noor bin Abdul Samad ,Yang Dipertua PIBG SK Binjai Kertas.
Yang Berbahagia En Raseli bin Ismail Guru Besar SK Binjai KertasYang dihurmati,
En Mohhidin bin Mohamad,Naib YDP SK Binjai Kertas,Para AJK PIBG,Guru-guru
penolong Kanan,guru-guru dan kakitangan SK Binjai Kertas,ibubapa,seterusnya hadirin dan
hadirat sakalian.
Assalamualaikum.w.h.w.
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
SudilahTuan ke majlis kami
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmatnya ,kita
diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG SK Binjai Kertas Tahun 2012.Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
sakalian dapat mengceriakan lagi majlis kita pada petang ini.

Saya bagi pihak ahli jawatankuasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat
Tn Hj Zawawi bin Ismail ,ADUN Kuala Berang,YDP PIBG,AJK PIBG,Guru-Gur dan
Kakitangan Sekolah serta para ibu bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2012.
Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada
petang ini.Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran
membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita
khususnya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum serta sahsiah bagi anak-anak dan
seterusnya.menjulang nama SK Binjai Kertas . Tanpa kehadiran dan sokongan dari tuan-puan
sakalian,siapalah kami di SK Binjai Kertas ini.Kami selalu mengharapkan sokongan padu
dari tuan-tuan dan puan-puan sakalian dalam apa jua sekali aktiviti murid-murid di sekolah
ini.
BACAAN DOA
Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon
keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmatnya. Untuk itu, majlis dengan
hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Kamrul Arifin bin Said bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Kamrul Arifin bin Said atas bacaan
doa itu tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Berat Sama di pikul
Ringan sama dijinjing
Kita umpama aur dengan tebing
itulah yang ibaratkan
Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan.
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Jika kita bersatu hati.
UCAPAN ALUAN PENASIHAT
Bukan keris tanpa ulunya
Bukan majlis tanpa ucapannya.
Majlis pada petang ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berberusaha En
Raseli bin Ismail,merangkap penasihat PIBG SK Binjai Kertas untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Dengan hurmatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha En Raseli bin Ismail,merangkap penasihat
PIBG SK Binjai Kertas. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Pergi ke kedai membeli gula
Gula di bawa berhati-hati
Yang Dipertua kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati.
UCAPAN YDP PIBG
Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Tn Hj Mohd Noor bin Samad,YDP PIBG
Sk Binjai Kertas untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan.
Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG Tn Hj Mohd Noor b Abdul Samad. Terima
kasih diucapkan.
UCAPAN PERASMIAN
Menjemput YB untuk berdiri,
Memberikan ucapan kepada kami
Kepada YB ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami
Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Tn Haji Zawawi
bin Ismail merangkap ADUN kawasan Kuala Berang bagi menyampaikan
ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK
BINJAI KERTAS 2012.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.
Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato .,
kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.
PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Orang berbudi,
Kita berbahasa.
Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berhormat TN HAJI
ZAWAWI BIN ISMAIL ADUN KUALA BERANG UNTUK MENERIMA CENDERAHATI
DARI KAMI.Majlis mempersilakan.
.
Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong SK BINJAI KERTAS 2012. Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato.. dan
para jemputan sekalian,
Majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat dan para tetamu jemputan khas diiringi Tuan
Guru Besar, Yang Berusaha En Raseli bin Ismail , untuk menikmati juadah yang disediakan
di Bilik Jamuan.Dipersilakan.
Para ibu bapa diminta tunggu kerana majlis mesyuarat akan dimulakan sebentar lagi.
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan didalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan didalam hati.
Sebelum menyerahkan majlis ini kepada pengerusi mesyuarat saya menyusun sepuluh jari
memohon kemaafan seandainya ada kata bacara dari saya menyentuh perasaan hadirin
sakalian.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikumwhwt.
CABUTAN BERTUAH
Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tungguiatu acara
cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan En untuk menyempurnakan acara.
Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini mewakili barisan jawatankuasa pelaksana
majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya
majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan
majlis.
Kalau ada sumur di ladang
Dapat kita menumpang mandi
Kalau ada umur panjang

Tahun depan berjumpa lagi.

Posted by Pendita lara at 7:55 AM

Bil
1.

2.

3.

AGENDA

TEKS

Ketibaan para
jemputan dan ibu
bapa

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari


bin Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Batang
Kali) dengan diiringi En. Mahmud bin Karim (Yang
Dipertua PIBG), En. Mohamad Akhwan bin Jamil (Guru
Besar), Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG
Sekolah Kebangsaan Batang Kali.

Nyanyian Lagu
Negeri Selangor dan
Lagu Negaraku

Sidang Hadirin yang dihormati,


Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyayikan lagu negeri Selangor dan lagu Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

Kata Alu-aluan
Pengacara Majlis

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.
Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan
Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali
Yang Berbahagia
_________________________________
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor
Yang Berusaha En. Mohamad Akhwan bin Jamil
Guru Besar SK Batang Kali
Yang Dihormati En. Mahmud bin Karim
Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali
En. Azhar bin Jusan
Naib Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali

Barisan Guru Penolong Kanan


Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan
selamat pagi.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin
serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 tahun 2014 ini.
Pihak majlis serta seluruh warga SK Batang Kali, turut
sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya
kepada Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad
Dahlan kerana sudi meluangkan masa bagi bersamasama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita
rencanakan pada hari ini.
Bacaan Doa
4.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah


tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan bin Ismail.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
.......................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd
Irwan bin Ismail atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset
yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera
kehidupan yang semakin mencabar ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh
guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan
murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang
akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang
cemerlang.

5.

Ucapan Alu-aluan
oleh Guru Besar

Seterusnya, majlis menjemput En. Mohamad Akhwan bin


Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.


Mohamad Akhwan bin Jamil atas ucapan alu-aluan itu tadi.

6.

Ucapan Perasmian
ADUN Batang Kali

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan


ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat Tn.
Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK
Batang Kali kali ke 39 bagi tahun 2014.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin
Ahmad Dahlan atas ucapan dan perasmian itu tadi.
Semoga segala amanat dan ucapan YB itu tadi dapat kita
hayati dan ambil tindakan bersama.

7.

Majlis Penyampaian
Cenderahati AJK
PIBG sesi 2013/2014

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati


kepada AJK PIBG sesi 2013/2014. Untuk itu, majlis
menjemput YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan,
dengan diiringi En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk
menyampaikan cenderahati tersebut.
Dipersilakan....
En. Mahmud bin Karim YDP PIBG
En. Mohamad Azhar bin Jusan NYDP PIBG
Pn. Shafiah binti Hussain Setiausaha
Pn. Suriha binti Shamsuddin Bendahari
AJK Ibu Bapa
En. Muzammil bin Mohd Nor
En. Abd Rani bin Napi
En. Sharizal bin Shahidin
Pn. Faridah Hanim binti Mohd Ali
Pn. Zarina binti Marjunit
Pn. Norashikin binti Jumaan
AJK Guru
En. Hamka bin Ramlan
En. Mahadi bin Omar
En. Afifuddin bin Mohamad

En. Norsalawati binti Shafie


Pn. Israhana binti Mohd Shahril
Pn. Maria Wan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB Tn. Mat


Nadzari bin Ahmad Dahlan atas penyampaian cenderahati
itu tadi.
Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan,
dipersilakan En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk
menyampaikan sedikit cenderahati kepada YB Tn. Mat
Nadzari bin. Ahmad Dahlan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.
Majlis Penutup
8.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi,


maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Kami mewakili AJK PIBG dan SK Batang Kali,
merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Tn.
Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas kesudian meluangkan
masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-39. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa,
guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Seterusnya, kami serahkan kepada En. Mahmud bin Karim
untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK
Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.

Anda mungkin juga menyukai