Anda di halaman 1dari 19

Tugasan HMBL 3403

Linguistik Dan Sosiolinguistik


MEI
2012

1 | P a g e


1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Halliday memberikan bahasa kepada beberapa fungsi iaitu fungsi deskritif
(menerang, menghurai), ekspresif (mengungkap) dan berfungsi di dalam bidang sosial.
Halliday (1978), juga menjelaskan bahawa bahasa berfungsi sebagai pencetus ideasional.
Manusia menggunakan bahasa untuk menata (mengorganisasikan) pengalaman penutur
atau penulis tentang dunia nyata atau dunia fantasi kepada pengungkapan. Bahasa
tersebut mengacu kepada barang, orang, tindakan, peristiwa, keadaan dan sebagainya di
dalam keadaan nyata atau yang dibayangkan. Bahasa mampu untuk menunjukkan,
membangun atau mempertahankan hubungan sosial antara manusia. Ini mencakupi
bentuk penyapaan, fungsi tutur, modalitas dan sebagainya. Di dalam hal ini, bahasa
mencipta teks bertulis atau lisan yang koheren di dalam dirinya dan yang sesuai bagi
sesuatu situasi atau lisan tertentu (Sumarsono,2004:49).
Secara umumnya, ramai berpendapat bahawa Ilmu linguistik hanya perlu dikuasai
oleh orang yang terlibat secara langsung dalam bidang bahasa. Salah tafsir mengenai
maksud linguistik juga merupakan punca masyarakat kurang prihatin tentang ilmu
linguistik ini. Sebenarnya linguistik merupakan satu sains yang menjadikan bahasa
sebagai objek kajian dan mencakupi pelbagai bidang untuk dikaji dan diteliti.
Secara tidak langsung, Bahasa memainkan peranan tersendiri dalam kajian ilmu
linguistik. Manakala, Bahasa merujuk lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa
sebagaisatu sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Asmah Haji Omar (1988),
seorang tokoh linguistik Melayu telah memberi pengertian tentang bahasa dalam erti kata
yang luas. Menurut beliau bahasa merupakan firasat atau petunjuk kepada sesuatu
kebudayaan. Dalam konteks ini, bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya, iaitu
cara hidup dan persekitaran fizikal serta sosial masyarakat tersebut. Bahasa penting
dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Inilah sebabnya
mengapa bahasa tidak kira bahasa apa pun menarik minat pelbagai golongan pengkaji
dan pemikir, tidak hanya ahli bahasa.

Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

2 | P a g e


1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kerja kursus ini adalah untuk mendedahkan perkara berikut:
i. Mengkaji konsep kajian linguistik dan sosiolinguistik serta kepentingannya dalam
kajian bahasa.
ii. Menjelaskan bahasa digunakan dalam masyarakat untuk melaksanakan fungsi-fungsi
sosial.
iii. Menghuraikan peranan dan kekuatan unsur stilistik dalam perspektif linguistik dan
sosiolinguistik.

1.3 KAEDAH KAJIAN
Kaedah yang diguna pakai di dalam menyiapkan tugasan ini ialah dengan
menggunakan kaedah keperpustakaan. Kaedah ini saya lakukan dengan membuat
rujukan di perpustakaan.
Kaedah yang kedua saya gunakan ialah kaedah ICT iaitu dengan melayari
internet. Tujuan saya menggunakan kaedah ini adalah untuk memudahkan saya
mencari maklumat yang lebih banyak mengenai petikan teks yang saya pilih dengan
mengakses maklumat dari internet.

1.4 BATASAN
Dalam penulisan kertas kerja ini penulis telah mengambil kira beberapa
batasan. Untuk memastikan bahawa kajian tidak terpesong dari batasan-batasan yang
telah ditetapkan penulis menumpukan perhatian kepada konsep kajian linguistik dan
sosiolinguistik serta kepentingannya dalam kajian bahasa dan menghuraikan peranan
dan kekuatan unsur stilistik dalam perspektif linguistik dan sosiolinguistik.

Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

3 | P a g e


1.5 DEFINISI KONSEP
Menurut David Crystal (1973), menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara
saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin
ilmu yang tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri. Istilah linguistik berasal daripada
perkataan Latin lingua yang membawa maksud "bahasa". Dalam bahasa-bahasa "Roman"
(iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan
lingua Latin itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa
Itali. Seterusnya, bahasa Inggers memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi
language. Istilah linguistik dalam bahasa Inggers adalah berkaitan dengan kata language
tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan dengan
language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu,
dan kata adjektifnya adalah linguistik atau "linguistik.
Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio+linguistik,
menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada pula
yang menyebutnya sebagai linguistik plus. Dengan itu, mudah untuk mengenal pasti bahawa
perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Kita boleh mengatakan
sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori
tentang perhubungan masyarakat dan bahasa.








Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

4 | P a g e


2.0 Definisi dan Konsep Kajian Linguistik dan Sosiolinguistik

2.1 Definisi dan Konsep Kajian Linguistik
Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa
maksud "bahasa". Dalam bahasa-bahasa "Roman" (iaitu bahasa-bahasa yang berasal
daripada bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu
langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya,
bahasa Inggers memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language.
Istilah linguistik dalam bahasa Inggers adalah berkaitan dengan kata language
tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan
dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi
bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik atau "linguistik".
Banyak definisi mengenai linguistik yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli
linguistik. Tafsiran-tafsiran mereka tertumpu kepada pengertian kata linguistik itu
sendiri. Menurut Prof. Madya Arbak Othman, linguistik merupakan kajian tentang
bahasa yang meliputi kajian tentang bunyi hingga kepada analisis bentuk pertuturan
(sintaksis) dan tulisan. Bila dikaitkan dengan masyarakat pengguna, bidang ini
dikaitkan juga dengan kebolehan manusia untuk berhubung, atau untuk melahirkan
perasaan dan fikiran (Edward Sapir). Jika dikaitkan dengan konsep bahasa sebagai
alat perhubungan, linguistik mengkaji struktur bahasa, kerana struktur bahasa yang
betul sahaja melahirkan fikiran yang betul (Ferdinand de Saussure).
Verhaar (1993) menjelaskan linguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa.
Menurut beliau, pengertian kata 'linguistik' merujuk kepada bagaimana suatu
kajianbahasa itu dilaksanakan. Berdasarkan pandangan tersebut, kajian ilmu bahasa
mencakupi bidang ilmu yang sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistik secara
khusus; iaitu linguistik sinkronik, linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan
linguistik preskriptif. Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa
dan masa tertentu. Linguistik diakronik pula menumpu kepada kajian yang dibuat
mengikut perkembangan masa dan perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif pula
menumpu kepada huraian beberapa kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa,
Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

5 | P a g e

tanpa penentuan betul dan salah. Manakala, linguistik preskriptif membentuk norma
atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian bahasa.
Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistik jati yang memberi huraian atau
deskripsi tentang sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik
terapan, iaitu mengkaji segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain.

2.1.1 Bidang Kajian Linguistik
Bidang kajian linguistik meliputi fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis,
leksikografi, semantik, pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik diakronik,
sosiolinguistik dan linguistik teoretis dan linguistik terapan. Daripada ke semua
bidang tersebut, terdapat tiga bidang utama yang penting dipelajari dan diketahui
secara mendalam iaitu bidang fonetik dan fonologi, bidang morfologi dan bidang
sintaksis. Bidang fonetik dan fonologi melibatkan pertuturan bahasa dengan bunyi-
bunyi bahasa iaitu cara sebutannya, sifat-sifat akuastiknya, fungsi, susunan dan
struktur. Bidang morfologi ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji struktur,
bentuk dan penggolongan kata yang menitikberatkan hubungan antara morfem dan
varian morfem. Manakala bidang sintaksis pula ialah bidang yang mengkaji bentuk,
struktur dan binaan ayat. Ia mengkaji konstruksi ayat iaitu mengkaji bagaimana ayat
dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan
seterusnya ayat. Sintaksis juga merupakan cabang ilmu linguistik yang membicarakan
tentang wacana, ayat, klausa dan frasa. Bidang linguistik ini menyelidik selok-belok
ilmu linguistik, dan meneliti pengaruh ilmu lain, dan pengaruh masyarakat terhadap
bahasa, seperti: kepercayaan, adat istiadat, dan pendidikan.
Kesimpulannya, pengertian linguistik bolehlah dirumuskan sebagai bidang
yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada
bidang kajian bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan ilmu
disiplin yang lain.




Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

6 | P a g e

2.2 Definisi / Konsep Sosiolinguistik
Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan
sosio+linguistik, menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi
dengan linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistik plus. Dengan itu,
mudah untuk mengenal pasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah
masyarakat dan bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu
interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan
masyarakat dan bahasa.
Bidang sosiolinguistik membincangkan pelbagai aspek hubungan bahasa
dengan masyarakat. Antara aspek tersebut ialah kedwibahasaan, kepelbagaian bahasa,
bahasa, kelainan bahasa, sikap terhadap bahasa, perancangan bahasa dan sebagainya.
Bidang sosiolinguistik terapan pula menggabungkan kajian sosiolinguistik dengan
kajian pendidikan. Bidang ini telah menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri.
Secara kasarnya, sosiolinguistik ialah bidang yang memperkatakan aspek-
aspek hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Mengikut Bright (1966), tugas ahli
sosiolinguistik ialah untuk memperlihatkan perbezaan-perbezaan yang saling
mempengaruhi antara struktur bahasa dengan struktur sosial. Hymes (1968)
mendefinisikan kegiatan bidang sosiolinguistik sebagai satu aktiviti disiplin di mana
ahli-ahli sosiologi, antropologi dan falsafah memainkan peranan penting masing-
masing, tetapi peranan yang penting ialah yang disumbangkan oleh ahli-ahli linguistik
(Wong Shek Seng, 1987: 1).
Sosiolinguistik sering ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang meneliti segala
macam aspek yang berkenaan hubungan antara bahasa dengan masyarakat.
Lingkungan hubungan antara bahasa dengan masyarakat adalah amat luas dan boleh
mengambil pelbagai bentuk atau manifestasi. Contohnya, gaya bercakap yang
berlainan antara masyarakat Timur dengan masyarakat Barat. Selain itu, terdapat
beberapa pengertian lain kepada konsep sosiolinguistik (Zulkifley Hamid, Ramli
Salleh dan Rahim Aman, 2006: 113).
Sosiolinguistik merupakan disiplin antara sosiologi dan linguistik, iaitu dua
bidang ilmu empiris yang mempunyai kaitan sangat erat. Sosiologi adalah kajian yang
objektif dan ilmiah mengenai manusia dalam masyarakat, dan mengenai lembaga dan
proses sosial yang ada dalam masyarakat. Sosiologi berusaha mengetahui bagaimana
Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

7 | P a g e

masyarakat itu terjadi, berlangsung dan tetap ada. Dengan mempelajari lembaga sosial
dan segala masalah sosial dalam satu masyarakat, akan diketahui cara manusia
menyesuaikan diri dengan lingkungannya, bagaimana mereka bersosial dan
menempatkan diri dalam tempat masing-masing dalam masyarakat.
Dari segi definisi juga terdapat pengkaji yang menggunakan ungkapan
sosiologi bahasa untuk merujuk kepada sosiolinguistik. Jika ditinjau kita dapati
istilah sosiolinguistik itu bermakna disiplin ilmu yang mengkaji sifat dan
pertumbuhan masyarakat dan segala aspek kehidupan mereka. Apabila dikaitkan
dengan bahasa maka dapatlah dikatakan bahawa sosiologibahasa merupakan satu
bentuk disiplin gabungan yang mengkaji hubungan antara masyarakat dengan bahasa
yang digunakan oleh masyarakat tersebut.
Jadi, kedua-dua ungkapan, sosiolinguistik dan sosiologi bahasa nampaknya
bersinonim atau membawa pengertian yang lebih kurang sama. Walaupun membawa
pengertian yang sama, kedua-dua ungkapan ini masih dapat dibezakan berdasarkan
dua aspek, iaitu penekanan dan sifat kajian. Dengan demikian, kesimpulannya ialah
sosiolinguistik itu adalah bidang ilmu disiplin yang mempelajari bahasa dalam
kaitannya dengan penggunaan bahasa itu dalam masyarakat (Noriah Mohamed, 1998:
2).














Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

8 | P a g e

2.3 Kepentingan I lmu Linguistik dan Sosiolinguistik Dalam Kajian Bahasa

Linguistik adalah ilmu mengkaji bahasa. Kajian linguistik pula untuk melihat
bentuk bahasa bahasa dan ada juga kajian yang meliputi perkaitan antara bahasa dan
penutur serta masyarakat sekeliling. Jadi semestinya linguistik mempunyai
kepentingan dan memberi sumbang yang tersendiri kepada masyarakat, lebih-lebih
lagi kepada pengguna sesuatu bahasa. Bidang linguistik dan Sosiolinguistik adalah
merupakan disiplin kajian menyeluruh tentang bahasa. Kerangka linguistik melihat
teori secara keseluruhan tentang kajian bahasa, manakala kerangka sosiolinguistik
pula melihat tentang kedudukan bahasa dan gejala yang berlaku dalam kepenggunaan
bahasa dalam lingkungannya. Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji
bahasa sebagai bentuk-bentuk lisan dan tulisan. Ia memiliki rumus-rumus yang
menjelaskan sistem, rasional, empirikal, dan kesimpulan-kesimpulan sebagai
pemerian daripada kenyataan struktur, peggolongan, dan rumus-rumus bahasa,
termasuklah pernyataan kekecualiannya. Dan bahasa itu sendiri adalah alat untuk
berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian secara formal dan
abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik). Oleh
sebab bahasa-bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks sosial dan oleh kerana
masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan simbol)
interaksi yang diamati, dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya yang
diperhatikan itu, perilaku bahasa dan perilaku sosial, akan banyak saling berhubungan
dalam banyak cara yang teratur (Fishman 1968).
Antara kepentingan dan sumbangannya adalah seperti berikut:
1. Kegunaan ilmu linguistik ialah untuk menghuraikan segala aspek bahasa
terutama sekali berkaitan dengan struktur dan sistem dalam sesuatu bahasa.
2. Kajian linguistik memberi pemahaman kepada masyarakat tentang ciri- ciri
bahasa dan peranan yang boleh dimainkannya. Contohnya untuk
pembangunan sesebuah negara yang akan atau baru merdeka, satu bahasa
perlu diangkat sebagai bahasa rasmi untuk berfungsi sebagai bahasa
pembangunan dan pembagunan. Dalam hal ini juga,bahasa tersebut dapat
digunakan sebagai alat untuk menyatu padukan rakyat yang bersifat pelbagai
kaum.
Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

9 | P a g e

3. Seorang kaunselor, selain memerlukan pengetahuan yang baik dalam bidang
tersebut, mereka perlu mahir dan mengetahui selok belok ayat dan perkataan
yang sesuai bagi mempengaruhi pesakit atau pelanggan mereka.
4. Kepada juru bahasa ataupun penterjemah, mereka perlu mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang baik dalam bidang linguistik. Ini kerana
penterjemahan akan melibatkan faktor bahasa dan kebudayaan. Untuk itu,
kedua faktor ini mesti dipertimbangkan supaya hasil terjemahan dapat
disampaikan dengan maksud yang sejelas-jelasnya.
5. Kajian linguistik berguna secara khusus kepada orang-orang yang terlibat
dengan bahasa, seperti guru dan perancang bahasa. Kepada guru-guru bahasa,
pengetahuan tentang ciri-ciri bahasa seperti struktur dan sistemnya akan
memudahkannya memberikan huraian serta penjelasan aspek-aspek bahasa
yang diajar kepada parapelajar. Umpamanya dalam struktur susunan bunyi,
aspek sebutan, perkataan atau ayat bahasa Melayu. (Nor Hisham Osman,
2001).
6. Bagi sasterawan, linguistik akan membantunya memahami karya
kesusasteraan dengan berkesan kerana bahasa menjadi wadah penglahiran
karya.
7. Bagi penyusun kamus, pengetahuan linguistik dapat membantu dalam
penghasilan kamus yang baik. Antara pengetahuan yang perlu ialah penentuan
fonem, penentuan ejaan, pemahaman kata, struktur bahasa, makna (leksikal,
gramatikal, kontekstual ,idiomatikal), sosiologi bahasa, budaya bahasa,
falsafah bahasa dan perbaikan bahasa.
8. Bagi penyusun buku teks, pengetahuan linguistik juga perlu, terutama dari
aspek penyusunan ayat yang tepat, dan pemilihan leksikon yang sesuai
mengikut konteks.
9. Bagi negarawan, penguasaan linguistik akan membantunya memperjuangkan
ideologi dan konsep kenegaraan, di samping meredam gejolak sosial akibat
perbezaan dan pertentangan bahasa.
Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

10 | P a g e

10. Bagi semua pengguna bahasa, linguistik akan menambahkan wawasan dalam
bidang ilmu masing-masing.


2.3.1 Pemupukan nilai

Ilmu lingustik sangat memainkan peranan penting terutama dalam usaha
memupuk nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti kejujuran, kerjasama, keihklasan
dan seumpanya. Ahli bahasa bertanggungjawab membimbing masyarakat dan ia
tuntutan kepada ilmuwan. Begitu juga dalam pendidikan, kita mengajar bahasa bukan
sekadar untuk membolehkan anak didik cekap berkomunikasi. Kecekapan
berkomunikasi tidak sepatutnya dinilai semata-mata daripada sudut kepetahan
berbicara. Ada aspek nilai, budaya dan agama yang mesti ditekankan.
Linguistik adalah bahagian penting dalam diri manusia dan letaknya pada
akal. Tingkah laku dapat diperoleh kemahirannya melalui latihan berulang kali tetapi
ilmu linguistik bukan saja membabitkan latihan fizikal seperti bertutur dan menulis
dengan betul, malah membabitkan penyemaian sistem nilai, budaya dan persepsi. Isu
ini sebenarnya adalah salah satu isu yang tercakup dalam kajian falsafah bahasa.

2.3.2 Mengangkat Martabat bahasa

Ilmu Linguistik yang dipelajari secara bersungguh-sungguh dan mendalam
mampu mengangkat martabat bahasa kebangsaan kita. Persatuan Linguistik Malaysia
(PLM) berkongsi pandangan dan bersetuju sepenuhnya dengan rencana Datuk Rejal
Arbee dalam Berita Harian, Khamis 23 September 2010. Itulah juga sebenarnya
pendirian PLM sejak sekian lama penubuhannya dan tanpa bermusim. Perlu diingat
bahawa bahasa Melayu bukannya bahasa kebangsaan orang Melayu seperti tanggapan
pihak tertentu seperti zaman sebelum merdeka tetapi bahasa kebangsaan bagi negara
Malaysia yang sudah 53 tahun merdeka.
Sememangnya apa saja acara atau majlis peringkat kebangsaan dan
membabitkan mana-mana pemimpin korporat, hatta menteri sepatutnya menghormati
bahasa kebangsaan dengan menggunakan bahasa Melayu dalam ucapan, atur cara,
buku program, bahan cetakan, pengumuman dan sebagainya.
Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

11 | P a g e


2.3.3 Proses Mendapatkan Ilmu

Yang terpenting daripada segala peranan ilmu linguistik ialah peranannya
sebagai wahana pemerolehan dan pengembangan ilmu. Tamadun atau peradaban
timbul hanya dalam kalangan bangsa yang berilmu dan menghormati serta
mengamalkan ilmu. Al-Farabi, al-Ghazali dan beberapa ahli falsafah Islam yang lain
menegaskan peranan ilmu linguistik dalam proses pemerolehan ilmu. Apabila kita
menerima gagasan bahasa merentas kurikulum yang diketengahkan oleh ahli
pendidikan Barat, sebenarnya itulah gambaran mengenai peranan linguistik dalam
soal pemerolehan dan pengembangan ilmu.
Maka itu, pendidikan ilmu linguistik perlu dipertalikan dengan tujuan itu,
bukan semata-mata pemberian kemahiran tanpa pengayaan ilmu anak didik. Demikian
pula, proses pendidikan keseluruhannya perlu dapat memanfaatkan ilmu linguistik
untuk memberi ilmu secara berkesan dan selanjutnya membolehkan pelajar menjadi
pengembang ilmu yang berkesan.

2.3.4 Kepentingan Ilmu Linguistik kepada Para Pendidik.

Para pendidik berperanan sebagai penyampai ilmu. Penguasaan ilmu
linguistik sangat penting. Bagaimana seorang guru boleh mendidik anak muridnya,
andainya guru sendiri tidak mengusai bidang tersebut. Profesion keguruan yang
berteraskan kepada ilmu memerlukan guru memupuk minat diri sendiri untuk
mencintai ilmu pengetahuan dan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Revolusi yang berlaku dengan begitu pesat dalam pelbagai bidang termasuklah
pendidikan dan perguruan, menuntut para pendidik supaya peka dan menyiapkan diri
dengan pelbagai ilmu terutamanya ilmu linguistik.

Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkan sekiranya guru tidak
mempunyai minat dan kecenderungan untuk meningkatkan pengetahuan dan
menjadikan budaya belajar serta membaca sebagai satu amalan yang penting bagi
mengukuhkan imej dan memartabatkan profesion perguruan (Abd. Rahim, 2005).
Seseorang guru itu boleh mengumpul maklumat mengenai pengajarannya dan
Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

12 | P a g e

mengambil usaha menambahbaikan sesetengah daripada aspek pengajarannyanya
setiap kali mengajar (Khairulniza, 2007). Melalui cara ini guru-guru dapat
memperbaiki banyak kelemahan dan menambah resepi dalam pengajarannya agar
lebih baik dan menarik.

2.4 Fungsi Bahasa dalam masyarakat untuk melaksanakan fungsi-fungsi sosial.
Bahasa mempunyai peranan yang sangat penting dalam hidup manusia.
Manusia sudah menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi antarbsesamanya sejak
berabad-abad silam. Bahasa hadir selaras dengan sejarah sosial komuniti-komuniti
masyarakat atau bangsa. Pemahaman bahasa sebagai fungsi sosial menjadi hal pokok
manusia untuk mengadakan interaksi sosial dengan orang ramai. Sebagai alat
komunikasi, bahasa mempunyai fungsi sosial dan fungsi budaya.
Bahasa sebagai fungsi sosial adalah sebagai alat perhubungan antaranggota
masyarakat. Sedangkan sebagai aspek budaya, bahasa sebagai sarana pemuliharaan
budaya dari satu generasi ke generasi seterusnya. Hal ini meliputi segala aspek
kehidupan manusia yang tidak terlepas dari peranan kehidupan manusia yang tidak
terlepas dari peranan bahasa sebagai alat untuk melancarkan proses sosial manusia. Di
sinilah fungsi bahasa sangat diperlukan sebagai alat integrasi sosial.
Bahasa disebut sebagai alat adaptasi sosial apabila seseorang berada di suatu
tempat yang mempunyai perbezaan adat, tata krama, dan aturan-aturan dari tempatnya
berasal. Proses adaptasi ini akan berjalan baik apabila terdapat sebuah alat yang
membuat satu sama lain mengerti, alat tersebut disebut bahasa. Dari huraian ini dapat
kita simpulkan bahawa bahasa merupakan sesuatu yang sangat penting bagi manusia.
Ragam bahasa mengikut topik perbincangan merujuk kepada pemakaian
bahasa dalam bidang tertentu, seperti, bidang jurnalistik (persuratkabaran),
kesusasteraan, dan pemerintahan.
Ragam bahasa menurut hubungan pelaku dalam perbincangan atau gaya
penuturan menunjuk pada situasi formal atau tidak formal. Medium perbincangan
atau cara pendedahan dapat berupa sarana atau cara pemakaian bahasa, misalnya
bahasa lisan dan bahasa tulis. Sehingga masing-masing ragam bahasa mempunyai
ciri-ciri tertentu, sehingga ragam yang satu berbeza dengan ragam yang
Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

13 | P a g e

lain.Penggunaan ragam bahasa perlu penyesuaian antara situasi dan fungsi
pemakaian. Hal ini sebagai indikasi bahawa keperluan manusia terhadap sarana
komunikasi juga bermacam-macam. Untuk itu, keperluan sarana komunikasi
bergantung pada situasi pembicaraan yang berlangsung. Dengan adanya kepelbagaian
bahasa di dalam masyarakat, kehidupan bahasa dalam masyarakat dapat diketahui,
misalnya mengikut jenis pelajaran atau jenis pekerjaan seseorang, bahasa yang
digunakan memperlihatkan perbezaan. Sebuah komunikasi dikatakan berkesan
apabila setiap penutur menguasi perbezaan ragam bahasa. Dengan penguasaan ragam
bahasa, penutur bahasa dapat dengan mudah mengungkapkan idea-idea melalui
pemilihan ragam bahasa yang ada sesuai dengan keperluannya.
Secara umumnya, bahasa berperanan sebagai Alat komunikasi, Alat ekspresi
diri, Alat kawalan sosial dan Alat perakam. Keupayaan berbahasa seseorang individu
akan dapat menghubungkannya dengan individu lain. Hal ini juga akan membolehkan
seseorang bertukar-tukar fikiran dan dapa tmeluahkan perkara yang dihajati kepada
teman yang lain. Kepentingan ini menjadikan manusia lebih proaktif kerana adanya
idea-idea yang tidak hanya datang daripada diri sendiri sebaliknya idea-idea yang
datang daripada individu lain yang lebih mempunyai kepakaran dalam sesuatu
perkara. Penelitian bahasa dalam sosiolinguistik melibatkan percubaan mengaitkan
variasi bahasa dengan konteks sosial seperti kelas, jantina, geografi dan sebagainya
dalam masyarakat.
Sosiolinguistik menjelaskan bagaimana menggunakan bahasa itu dalam aspek
atau segi sosial tertentu yang boleh dijadikan panduan dalam berkomunikasi dan
berinteraksi. Ia memberi pedoman kepada kita dengan menunjukkan bahasa, ragam
bahasa atau gayabahasa apa yang harus kita gunakan semasa berbicara dengan orang
tertentu. Bahasa mempunyai pelbagai fungsi, iaitu penggunaan bahasa untuk pelbagai
tujuan seperti untuk menggambarkan sesuatu suasana atau fungsi perwakilan; untuk
menyampaikan maklumat antara penutur dengan pendengar, untuk menjadikan
pendengar menyambut, untuk mempernyatakan atau mengujarkan perasaan dan untuk
pentaakulan intelektual. Ada empat golongan fungsi bahasa iaitu :
a. fungsi kebudayaan,
b. fungsi kemasyarakatan,
Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

14 | P a g e

c. fungsi individu,
d. fungsi pendidikan.

Dalam fungsi kebudayaan, bahasa itu menjadi saranan untuk
memperkembangkan sesuatu kebudayaan yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. Bahasa
berfungsi sebagai jalur, relung, atau laluan untuk meneruskan dan memelihara sesuatu
kebudayaan dari satu tahap ke satu tahap dan dari satu generasi ke satu generasi.
Fungsi kemasyarakatan pula terbahagi kepada dua iaitu yang mengikut ruang lingkup
dan yang mengikut bidang pemakaian. Dalam ruang lingkup terdapat dua jenis iaitu
bahasa kebangsaan dan bahasa kelompok. Fungsi individu pula terbahagi kepada
beberapa fungsi seperti fungsi instrumental, fungsi menyuruh, fungsi interaksi, fungsi
keperibadian, fungsi khayalan dan fungsi maklumat. Manakala fungsi pendidikan pula
dikatakan sebagai tujuan penggunaan bahasa dalampendidikan dan pengajaran.
Seterusnya fungsi pendidikan terbahagi kepada empat iaitu fungsi integratif, fungsi
instrumental, fungsi budaya dan fungsi penalaran. Dengan keadaannya di atas,
masyarakat juga mempunyai pelbagai ciri. Bahasa yang digunakan dalam sesebuah
masyarakat ditentukan oleh norma-norma sosial. Masyarakat berubah dari semasa ke
semasa yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Ini memberi kesan kepada bahasa yang
mengembangkan masyarakat tersebut. Dalam masyarakat melayu, pangkat dalam
pentadbiran atau dalam hubungan kekeluargaan bahkan di kalangan adik beradik
sangat dibezakan seperti Kak Long, Abang Ngah, Pak Uda, Mak Alang dan
sebagainya. Seseorang itu juga mestilah memastikan samaada kata-kata yang dipakai
sesuai dengan kedudukannya. Misalnya antara rujukan kehormat dengan pangkat atau
gelaran peribadi yang disapa.






Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

15 | P a g e

2.5 Peranan dan kekuatan unsur Stilistik dalam perspektif linguistik dan
sosiolinguistik.

Peranan dan kekuatan unsur stilistik dalam prespektif linguistik dan
sosiolinguistik ialah pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang
sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. Namun, penelitian
menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-
ayat yang membina keseluruhan karya. Pentafsiran makna ayat melibatkan makna
yang mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna
simbolik.
Penggunaan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang
penulis Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya
istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi sertastruktur
kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya. Penulis
mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya
pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis..
Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis
dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. Pengetahuan dan ilmu yang
bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan
dialektologi perlu dikuasai oleh pengkajiatau peneliti.
Pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang
sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. Pengaplikasian kata
dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di
samping merupakan satu gaya ataustail bagi seseorang penulis.
Pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah
karya. Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan
rangsangan yang berlaku di sekelilingnya. Penelitian yang dilakukan dengan
menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat
unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.
Pendekatan stilistik jugadigunakan untuk menganalisis proses penghasilan
sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan
Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

16 | P a g e

pembaca atau khalayak terhadapsesebuah karya. Aspek bahasa dapat menjelaskan
kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan
keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada
penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan
pemikiran, mesej atau idealisme pengarang
Berdasarkan berbagai huraian di atas dapat dirumuskan bahawa stilistik adalah
ilmu disiplin linguistik dengan sastera. Stilistik adalah ilmu tentang pemakaian bahasa
dalam karya sastera. Stilistika juga adalah ilmu gaya bahasa yang digunakan dalam
wacana sastera. Stilistika adalah mengkaji wacana sastera dengan orientasi linguistik.























Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

17 | P a g e

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengertian linguistik bolehlah dirumuskan sebagai bidang yang
memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada bidang kajian
bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain. Bidang
sosiolinguistik pula itu adalah merupakan satu bidang yang membabitkan kajian bahasa dan
masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ahli-ahli sosiolinguistik banyak memperkatakan
mengenai cakupan bidang sosiolinguistik ini. Disiplin ini banyak menawarkan pelbagai isu
menarik yang berhubungan antara bahasa dengan masyarakat. Kebanyakan ahli
sosiolinguistik mengaitkan takrifan mereka dengan subbidang sosiolinguistik yang mereka
kaji dengan fokus sama ada kepada aspek bahasa atau aspek masyarakat bahasa berkenaan.
Walau bagaimanapun, hubung jalin antara aspek bahasa dengan masyarakat itu masih dapat
dilihat dengan jelas, terutamanya apabila kajian membabitkan latar belakang masyarakat dan
kaitannya dengan pelbagai pola penggunaan bahasa (Nik Safiah Karim, 1981: 4).
Sosiolinguistik mempelajari dan membahaskan aspek-aspek kemasyarakatan bahasa,
khususnya perbezaan-perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan
fakta-fakta kemasyarakatan. Selain itu, banyak fungsi yang dimainkan oleh bahasa.
Fungsinya sebagai alat perhubungan. Tetapi ada juga aspek-aspek lain yang disumbangkan
oleh bahasa, peranannya yang dimainkan selari dengan fungsi utamanya. Aspek-aspek ini
menjadi antara bidang yang dicakupi oleh sosiolinguistik. Berdasarkan berbagai huraian di
atas dapat dirumuskan bahawa stilistik adalah ilmu disiplin linguistik dengan sastera. Stilistik
adalah ilmu tentang pemakaian bahasa dalam karya sastera. Stilistika juga adalah ilmu gaya
bahasa yang digunakan dalam wacana sastera. Stilistika adalah mengkaji wacana sastera
dengan orientasi linguistik dan memainkan peranan dalam perspektif linguistic dan
sosiolinguistik.





Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

18 | P a g e

BIBLIOGFARI

Abdullah Yusof. (2010). Linguistik dan Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Open Universiti
Malaysia.

Awang Sariyan, (2001). Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia: Pemenuhan Suatu
Idelisma. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik
Malaysia.

Awang Sariyan. (2002). Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia.

Awang Sariyan. ( 2004 ). Strategi Memartabatkan Bahasa Melayu. Kertas edaran dalam
Mesyuarat Memartabatkan Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran, 21 Disember
2004.

Nik Safiah Karim. ( 1992). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majalah Pelita bahasa Mac 2000. Dewan Bahasa dan Pustaka

Majalah Dewan Budaya November 1999. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Modul BHML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik, Open Universiti Of Malaysia, MeteorDoc.
Sdn. Bhd, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Cetakan Keempat 2010.

Zalina Yahya . Petikan Akhbar.Bahasa Baku Pastikan Keseragaman Penyampaian Ilmu. 5
Januari2000.

Zalina Yahya. Petikan Akhbar Berita Harian.Memasyarakatkan dan Menghayati Sastera
Kita.3 Jun 2000
Tugasan HMBL 3403
Linguistik Dan Sosiolinguistik
MEI
2012

19 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai