Anda di halaman 1dari 2

Ruj Tuan : SKTH/HT.

800-2/1/1 ( )
Ruj Kami : (01/2017) MKLSB/SCSD/VISIT-SCH/SKTAPAH
Tarikh : 02 Oktober 2017

Sekolah Kebangsaan Tapah


21700 Kuala Berang
TERENGGANU
(U/P: En. Kamarauddin Bin Said)

Tuan,

RE: LAWATAN BERMAKLUMAT MURID PRASEKOLAH

dan Salam 1Malaysia dari Menara Kuala


Lumpur, menara telekomunikasi yang ketujuh tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara.

Perkara diatas adalah dirujuk.

Pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur berbesar hati untuk menerima lawatan dari pihak
Tuan ke Menara Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2017 bersamaan hari Khamis, jam 11:30
pagi seramai 23 pelajar serta 24 guru pengiringdan ibu bapa / penjaga.

Berikut adalah cadangan aturcara lawatan:

11:30 pagi: Ketibaan Di Menara Kuala Lumpur


11:35 pagi: Taklimat Ringkas Dan Sesi Dokumentari
12:00 tengahari: Lawatan Ke Sky Deck & Sky Box
01:15 petang: Lawatan Ke Pelantar Pemandangan
02:15 petang: Tamat Lawatan
02:30 petang: Bersurai

*Lawatan ke Sky Deck dan Sky Box adalah tertakluk kepada keadaan cuaca semasa pada hari lawatan.
Lawatan ke Sky Deck dan Sky Box akan ditangguhkan sementara jika keadaan cuaca tidak
mengizinkan (hujan lebat / ribut petir / angin kencang) dan akan disambung setelah keadaan cuaca
kembali pulih.

603 2020 5093 +6012-288 1131


Tawaran harga adalah seperti berikut:

Pakej Lawatan: Sky Explorer B SK Tapah, Kuala Berang


(Lawatan ke Sky Deck+Sky Box & Pelantar Pemandangan) Terengganu

Tarikh 12 Oktober 2017

Hari Khamis

Masa 11:30 pagi

Bayaran Tiket Masuk


Pelajar Tadika 21 Orang X RM25.00 = RM525.00
Pelajar Sekolah Rendah 02 Orang X RM28.00 = RM56.00
Guru Pengiring dan Ibu Bapa (berbayar) 22 Orang X RM38.00 = RM836.00
Guru Pengiring (Percuma) 02 Orang X PERCUMA = RM00.00

RM1,417.00

Jumlah Bayaran Keseluruhan RM1,417.00

Untuk makluman, SATU (01) tiket percuma akan diberikan kepada guru pengiring / pegawai
pengiring bagi setiap SEPULUH (10) pelajar yang membayar tiket masuk ke Menara Kuala
Lumpur. Harga pakej yang ditawarkan ini adalah termasuk 6% Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST).

Keselamatan dan pergerakan pelajar sepanjang program lawatan berlangsung adalah


dibawah pemantauan dan kawal selia guru pengiring. Pihak pengurusan Menara Kuala
Lumpur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan atau kehilangan harta
benda yang mungkin berlaku semasa program lawatan sedang berlangsung.

Adalah diharapkan lawatan ini akan dapat memberikan satu pengalaman menarik serta
memberikan manfaat kepada para peserta. Sekiranya pihak Tuan memerlukan maklumat
lanjut sila hubungi saya di talian 03-2020 5093 / 012-288 1131.

Sekian. Terima kasih.

MENARA KUALA LUMPUR SDN BHD.

Wan Ashraff Bin Wan Ismail


Koordinator Jualan

s.k: Salina Muhamad


Pengurus Besar Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan

603 2020 5093 +6012-288 1131

Anda mungkin juga menyukai