Anda di halaman 1dari 35

Psikolinguistik & semantik

SOALAN TUGASAN
SOALAN 1 :(LINGUISTIK)

tanggapan umum mengatakan bahasa ilmu linguistik hanya perlu bagi mereka yang terlibat
dalam bidang bahasa sahaja. Dalam konteks kehidupan umum, manusia menggunakan bahasa
untuk tujuan tertentu. Hal ini bermakna keperluan bahasa dalam kehidupan manusia sangat
besar (Arbak Othman: 2009).
Berdasarkan kenyataan tersebut, hasilkan kertas kerja ilmiah berdasarkan tajuk Kepentingan
ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat.
(15 markah)

SOALAN 2 : (SOSIOLINGUISTIK)

Hubungan bahasa dan masyarakat sangat erat. Bahasa adalah cerminan budaya dan akal
budi manusia dan penuturnya. Bahasa bukan sekadar media komunikatif semata-mata tetapi
bahasa adalah lambang jati diri bangsa (Arbaie Sujud :2009).
Berasaskan pernyataan tersebut, hasilkan satu kajian ilmiah berhubung tentang keprihatinan
rakyat Malaysia terhadap penggunaan bahasa Malaysia. Laporan kajian perlu mengambil kira
beberapa perkara antaranya:
(i) Pengenalan dan latar belakang kajian
(ii) Objektif Kajian
(iii) Sampel/ responden kajian
(iv) Hasil/ dapatan kajian
(v) Cadangan dan rumusan
(15 markah[Jumlah: 30 Markah]
TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN

Ilmu linguistik terus diberi perhatian walaupun kerajaan memberi perhatian terhadap bidang
teknologi ekoran daripada ilmu linguistik turut membantu mengimbangi keperluan rohaniah
dalam kalangan rakyat. Ilmu linguistik merupakan ilmu yang bersifat umum , bidang kajian ilmu
linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik kepada bahasa-bahasa tertentu
sahaja. Ilmu linguistik sebenarnya merujuk kepada bahasa secara umum. Ini bertepatan dengan
pandangan Ferdinand de Saussure (1857) yang merumuskan bahawa ilmu linguistik tidak hanya
meneliti salah satu langue sahaja, tetapi merangkumi bahasa atau language secara umum. Selain
itu, kajian ilmu linguistik meliputi bahasa-bahasa di dunia yang berbeza sifatnya. Dengan
wujudnya kelainan bahasa-bahasa tersebut, maka bidang kajian linguistik dikatakan bersifat
umum. Kelainan bahasa-bahasa ini merupakan bidang kajian ahli linguistik. Selain itu, linguistik
juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik. Ini bermakna bidang kajian linguistik, seperti
juga disiplin ilmu yang lain, mempunyai sistem yang teratur bagi merealisasikannya sebagai
salah satu bidang ilmu yang dipelajari. Di samping itu, ilmu linguistik dikaitkan juga dengan
ilmu yang bersifat empiris. Ini bermakna ilmu linguistik dan bidang ilmu yang lain dikaitkan
dengan fakta dan data yang dapat diuji kesahihannya oleh ahli-ahli tertentu dan semua ahli yang
lain. Oleh itu, tanggapan umum mengatakan bahasa ilmu linguistik hanya perlu bagi mereka
yang terlibat dalam bidang bahasa sahaja adalah tidak benar . Menurut Arbak Othman:2009
Dalam konteks kehidupan umum, manusia menggunakan bahasa untuk tujuan tertentu. Hal ini
bermakna keperluan bahasa dalam kehidupan manusia sangat besar . Pernyataan ini
menjelaskan kepada kita bahawa ilmu linguistik penting dalam kehidupan masyarakat.




1.1 KEPENTINGAN ILMU LINGUISTIK DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT

Menurut Langacker, linguistik adalah kajian terhadap bahasa manusia. Ini bermakna linguistik
mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang
membawa pelbagai makna. Memandangkan linguistik adalah ilmu mengkaji bahasa, sementara
kajian linguistik pula untuk melihat bentuk bahasa dan ada juga kajian yang meliputi perkaitan
antara bahasa dan penutur serta masyarakat sekeliling. Jadi semestinya linguistik mempunyai
kepentingan dan memberi sumbangan yang tersendiri kepada masyarakat, lebih-lebih lagi kepada
pengguna sesuatu bahasa.
Antara kepentingan dan sumbangan ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat adalah menjadi
alat komunikasi untuk manusia berinteraksi antara satu sama lain sama ada secara lisan mahupun
bahasa tulisan. Bahasa merupakan alat yang paling berkesan dalam proses komunikasi berjalan
lancar. Melalui komunikasilah masyarakat hari ini mempelajari dan mewarisi semua yang pernah
dicapai oleh nenek moyang dan orang orang yang sezaman dengannya. Bahasa juga merupakan
saluran perumusan maksud, melahirkan perasaan dan memungkinkan kita menciptakan kerja
sama yang mewujudkan pelbagai aktiviti, merencanakan dan mengarahkan masa depan (Gorys
Keraf, 1997:4). Semasa menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi , kita sudah memiliki
tujuan tertentu antaranya ingin difahami oleh orang lain (Sumarsono, 2004:143).Justeru , dengan
adanya ilmu linguistik kita dapat mempertimbangkan bahasa apa yang ingin digunakan apabila
berkomunikasi dengan orang tertentu sama ada golongan berpendidikan atau masyarakat amnya.
Ilmu linguistik turut digunakan untuk menghuraikan segala aspek bahasa terutama sekali
yang berkaitan dengan struktur dan sistem dalam sesuatu bahasa yang sememangnya amat
penting dalam kehidupan masyarakat terutama untuk mengkaji kewujudan pelbagai aspek bahasa
yang harus dibuktikan dangan hasil kajian yang konsisten atau tidak bercanggah .Bertepatan
dengan bahasa merupakan alat komunikasi yang terhimpun berbagai bagai aspek bahasa bagi
membolehkan manusia berhubung, melahirkan perasaan, fikiran, dan kehendak dan sebagainya
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998), bahasa adalah satu struktur yang unik daripada bunyi-
bunyi ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya untuk dipakai oleh sesuatu
masyarakat sebagai alat berkomunikasi.
Ilmu linguistik sebagai alat perpaduan . Berdasarkan kajian linguistik dapat memberikan
penjelasan kepada masyarakat tentang ciri- ciri bahasa dan peranan yang boleh dimainkannya.
Dapatan kajian Ilmu linguistik membentuk keyakinan dalam kalangan masyarakat khasnya
dalam pembangunan sesebuah negara yang akan atau baru merdeka, satu bahasa perlu diangkat
sebagai bahasa rasmi untuk berfungsi sebagai bahasa pembangunan dan dalam hal ini juga,
bahasa tersebut dapat digunakan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat yang bersifat
pelbagai kaum.Tanpa bahasa sesuatu masyarakat itu tidak dapat bekerjasama,Arbak Othman
(1986). Dengan mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan membolehkan
masyarakat menggunakan bahasa sesuai dengan situasi. Mercu ketinggian sesebuah tamandun
dan bangsa turut diukur dari segi kemantapan bahasanya. Sesuatu bangsa akan berada di puncak
kegemilangannya jika bahasanya mantap. Tinggi rendah sesebuah tamadun dan bangsa turut
diukur dari segi bahasanya. Masyarakat yang memiliki jati diri yang unggul akan sentiasa
memupuk pengguna bahasa yang cemerlang. Dalam konteks ini, bahasa Melayu amnya, dan
pendidikan bahasa Melayu khususnya , berupaya menyampaikan buah fikiran dan perasaan yang
tinggi dan dan mantap, serta seni yang tinggi mutunya. Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan diiktiraf secara rasmi selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan(Munira Latip :
52-53). Kewujudan satu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi sesebuah negara yang
didiami oleh masyarakat yang berbilang kaum amat penting. Masyarakat Malaysia menyokong
penuh terhadap usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ( Markus Lim :
57). Jelaslah kepada kita bahawa kajian ilmu linguistik bukan sekadar ilmu yang mengkaji
bahasa malah mampu menyatupadukan rakyat dan menentukan tamadun sesuatu bangsa.
Kepentingan Ilmu linguistik turut dilihat dalam bidang psikiatri. Seseorang kaunselor, selain
memerlukan pengetahuan yang baik dalam bidang tersebut, mereka perlu mahir dan mengetahui
selok belok ayat dan perkatan yang sesuai bagi mempengaruhi pesakit dan pelanggan mereka.
Mereka juga seharusnya sentiasa menggunakan bahasa yang ringkas, mudah dan tepat semasa
sesi kaunseling diadakan. Jika perlu kaunselor perlu mencelah dan membantu klien menyatakan
apa yang tersembunyi di hati klien. Kadangkala sesetengah perkataan yang klien sampaikan
susah difahami oleh kaunselor. Oleh itu seseorang kaunselor perlu peka dan cepat memahami
penggunaan bahasa atau perkataan dalam konteks sesi perbincangan yang hendak disampaikan
oleh seseorang klien . Dengan adanya ilmu linguistik dapat membantu memperolehi kebolehan
menggunakan kata-kata (bahasa) dengan berkesan dan kebolehan mengingat maklumat,
meyakini orang lain, serta bercakap tentang bahasa sendiri. Sementara bagi ahli psikolinguistik
mereka mahu tahu proses yang berlaku dalam minda serta proses yang berlaku dalam minda atau
otak manusia apabila dia mengeluarkan atau mengucapkan bahasa dan memahami bahasa.
Kajian ini menumpukan perhatian kepada proses pemikiran yang berlaku apabila orang
menggunakan bahasa.
Kemahiran dan pengetahuan yang baik dalam bidang linguistik amat diperlukan oleh juru bahasa
dan penterjemahan. Penterjemahan melibatkan faktor bahasa dan kebudayaan . Oleh itu kedua-
dua faktor ini mesti dipertimbangkan supaya hasil terjemahan dapat disampaikan dengan maksud
yang sejelas-jelasnya. Setiap negara mempunyai bahasa rasmi tetapi di setiap daerah negara itu
mempunyai loghat yang berbeza. Contohnya di Malaysia ada loghat Kelantan atau Perak yang
perlu juga juru bahasa kuasai. Juru bahasa yang baik mampu mentafsir dalam tempoh kurang
dari satu saat dan perlu sentiasa menjelajah dunia ilmu kerana pemahaman berhubung sesuatu isu
serta ketepatan mentafsir merupakan antara aspek utama . Jurubahasa mahkamah hanya perlu
mengkaji kes-kes mahkamah serta perlu menguasai terma yang terdapat dalam dunia kehakiman
serta aspek teknikal perundangan sementara juru bahasa sidang antarabangsa pula mesti
mengetahui kepelbagaian bahasa dan tahap profesional lebih tinggi kerana persidangan itu
melibatkan negara berlainan yang mempunyai ideologi berbeza-beza. Seorang jurubahasa boleh
menjadi seorang penterjemah tetapi sebaliknya bagi seorang penterjemah. Ini kerana
penterjemah cuma menterjemah sesuatu karya teks. Kemahiran dalam ilmu linguistik dapat
membantu seseorang juru bahasa dalam soal ketepatan kerana kesilapan mentafsir walaupun
cuma satu perkataan ,boleh menimbulkan konflik besar antara negara. Memahami isu terjemahan
ibarat kita bercinta dengan seseorang yang memerlukan kita mengenali hati budinya dengan
lebih dekat. Jurubahasa turut bertindak sebagai badan penapis kerana ada perkataan yang
dituturkan mampu mencetuskan konflik dan membabitkan kedaulatan sesebuah negara yang
mampu mencetuskan perang dingin.
Kajian linguistik juga berguna secara khusus kepada orang-orang yang terlibat dengan bahasa,
seperti guru dan perancang bahasa. Pengetahuan tentang ciri-ciri bahasa seperti struktur dan
sistemnya akan memudahkan guru-guru bahasa memberikan huraian serta penjelasan aspek-
aspek bahasa yang diajar kepada para pelajar. Umpamanya dalam struktur susunan bunyi,aspek
sebutan, perkataan atau ayat bahasa Melayu (Nor Hisham Osman, 2001). Penggunaan linguistik
dalam pengajaran selalunya dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini termasuklah kajian
fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, dan kadang-kadang termasuk juga tajuk-tajuk
lain seperti psikolinguistik dan sosiolinguistik yang masing-masing memberi tumpuan kepada
teori pemerolehan dan keadaan bahasa. Ada banyak cara linguistik itu boleh menjadi berguna
kepada seseorang guru bahasa. E. Roulet (1975: 65-75) memberikan enam kegunaan linguistik
dalam pengajaran bahasa:
a. Teori linguistik memberikan maklumat tentang struktur dan fungsi sistem bahasa itu
secara umum kepada guru bahasa. Hal ini mungkin memainkan peranan penting dalam
menentukan tujuan, isi, dan pendekatan sesebuah kursus bahasa.
b. Teori linguistik juga memberikan suatu bahasa perantaraan kepada guru. Ini ialah
kesejagatan bentuk seperti jenis-jenis rumusan yang berlainan dalam tatabahasa transformasi
generatif (rumus penyingkiran, rumus transformasi, dan sebagainya) dan keseragaman kategori-
kategori seperti Frasa Nama, Frasa Kerja, atau ciri-ciri nahuan kata, seperti: + animat, + statif,
dan seterusnya. Semua perkara ini boleh dipakai oleh guru dalam pengajaran bahasa.
c. Sama ada secara langsung atau tidak, teori linguistik tentang pemerolehan bahasa
mempengaruhi perkaedahan pengajaran bahasa, lebih-lebih lagi bagaimana kursus-kursus bahasa
diajarkan.
d. Sebuah deskripsi bahasa akan menyedarkan guru tentang struktur bahasa yang akan
diajarkan, dan dengan itu dapat meningkatkan kualiti isi linguistik dalam kursus bahasa.
e. Deskripsi bahasa juga memberi guru bahasa itu suatu pengetahuan tentang unit-unit unsur
seperti fonem, morfem, tagmem, dan sebagainya. Ia juga memberikan senarai struktur atau suatu
sistem rumusan bagi sesuatu bahasa yang boleh digunakan dalam kursusnya.
f. Suatu deskripsi bahasa memberikan satu sistem rumusan yang berentetan. Ini boleh
digunakan untuk membentuk bahan mengajar. Kadang-kadang rentetan itu tidaklah perlu dituruti
secara rapi.
Guru bahasa memang memerlukan linguistik. Oleh itu mereka hendaklah tahu hubungannya
antara linguistik dengan pengajaran bahasa. D.A. Wilkins (1972) menyatakan ada tiga jenis
hubungan tersebut. Pertama, linguistik memberikan deskripsi yang lengkap tentang bahasa,
tetapi tidak memberikan cara mengajar yang paling baik. Kedua, sebarang perkembangan dalam
bidang linguistik itu, janganlah disalahmengertikan sebagai suatu sebab untuk membuat
perubahan. Banyak daripada maklumat demikian yang akan dipakai untuk mengajarkan bahasa.
tetapi seseorang guru bahasa itu hendaklah menyesuaikan maklumat tersebut untuk tujuan dan
kepentingannya. Ketiga, linguistik memang mempengaruhi pengajaran bahasa, tetapi tidaklah
pula selalunya begitu, tetapi biarlah dihadkan kepada keperluan semasa.
Ilmu linguistik juga amat berfaedah kepada penyusun kamus. Pengetahuan linguistik dapat
membantu dalam penghasilan kamus yang baik. Antara pengetahuan yang perlu ialah penentuan
fonem, penentuan ejaan, pemahaman kata, struktur bahasa, makna (leksikal, gramatikal,
kontekstual, idiomatikal), sosiologi bahasa, budaya bahasa, falsafah bahasa dan perbaikan
bahasa. Secara keseluruhannya, cabaran dan isu berkaitan bidang perkamusan (leksikon dan
korpus) juga wujud dalam memenuhi keperluan bidang sains komputer berkaitan linguistik
(linguistik terkomputasi). Namun apa yang penting kita dapat mengetahui dan memahami
bahawa keperluan bidang perkamusan dan perkembangan bidang linguistik Melayu amnya tidak
hanya berkait soal bahasa, tetapi juga mempengaruhi perkembangan bidang lain yang berkaitan.
Seandainya bidang perkamusan Melayu mantap, maka mudahlah untuk memantapkan bidang
lain yang bergantung kepadanya. Oleh sebab itu, ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat
dalam era globalisasi ini menjadi satu keperluan bagi melengkapkan diri dalam menghadapi
cabaran-cabaran yang mendatang dalam pelbagai bidang.
Ilmu linguistik atau ilmu bahasa memainkan peranan penting sebagai alat politik. Ahli
antropologi budaya bahasa cuba mengkaji hubungan genetik atau budaya antara budaya dan
bahasa atau kumpulan etnik yng menggunakan bahasa. Jadi, mereka mahu tahu setakat mana
bahasa menandakan jati diri (identiti) bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa
aslinya . Dari sini timbul pula soal nasionalisme bahasa yang termasuk dalam kajian sains
politik. Soal yang dikaji ialah peranan bahasa sebagai alat politik. Bahasa mampu
membangkitkan kesedaran bahawa bahasa penting sebagai pembentuk kesatuan politik yang
disebut negara ataunegara bangsa. Politik bahasa menyebabkan sesebuah negara menggubal
dasar atau membuat undang-undang mewajibkan warganegara menggunakan satu-satu bahasa
yang dipilih sebagai bahasa rasmi negara itu. Dasar ini terdapat di kebanyakan negara, terutama
di negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan pelbagai bahasa umpamanya negara
kita Malaysia.
Ilmu linguistik menjadi subjek kajian dan renungan ahli falsafah. Soal yang dikaji
selalunya bersifat abstrak dan logikal: Bagaimana kita tahu bahawa satu-satu ayat atau perkataan
itu, yang disebut `proposisi, benar atau tidak benar. Misalnya, bagaimana kita hendak
memastikan dalam minda atau otak kita, bahawa perkataan `meja benar-benar melambangkan
benda yang disebut `meja itu. Orang yang mengkaji soal semiotik, iaitu kajian tentang `tanda
atau `lambang, juga menanyakan soal yang sama. Manakala ahli semiotik menggunakan kaedah
hermeneutik, pragmatisme dan sosiologi untuk mengkaji makna pada tanda atau lambang
dalam teks tertentu, ahli falsafah pula lebih mementingkan kaedah logik untuk mengkaji
hubungan antara bahasa dengan makna.
Bahasa adalah objek kebudayaan yang sangat berkesan (Kress:1996). Antara lain, bahasa adalah
prasyarat penting bagi kebanyakan aktiviti kehidupan manusia .Melalui bahasa manusia mampu
menguasai dan dikuasai, memimpin dan dipimpin, mendidik dan dididik, memulakan dan
menamatkan perang, menghukum dan dihukum, berjanji, berdagang dan sebagainya. Malah
kejayaan atau kegagalan manusia berkait rapat dengan bahasa.Menurut Foucault (1979) ,
kepentingan teknologi dalam zaman moden ini jelas didahului oleh bahasa. Habermas (1984)
pula menegaskan tentang penguasaan kehidupan di dunia oleh sistem ekonomi adalah melalui
penggunaan bahasa secara strategik . Oleh itu , ahli linguistik berpendapat, bahasa merupakan
sebahagian daripada kehidupan sosial yang tidak boleh dinafikan lagi, secara dialektik
bersaling-jalinan dengan unsur kehidupan sosial lain (Fairclough 2003).
Dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan pula, linguistik merupakan sebahagian daripadanya.
Perkara-perkara berkaitan bahasa diletakkan di bawah disiplin linguistik. Perkara berkaitan
kemasyarakatan dan kemanusiaan lain, seperti kepimpinan lazimnya diserahkan di bawah
disiplin psikologi atau pembangunan manusia, hal-hal berkaitan pendidikan di bawah pengajian
pendidikan, peperangan dan strategik di bawah pengajian politik atau strategi, pemasaran dan
perdagangan di bawah pengajian ekonomi, dan seterusnya.









1.2 KESIMPULAN
Ilmu linguistik adalah ilmu kajian bahasa. Bahasa penting dalam segala aspek
kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Oleh itu, tidak kira bahasa apa pun, menarik minat
pelbagai golongan pengkaji dan pemikir dan khasnya ahli bahasa. Pakar-pakar sosioloinguistik
mengkaji tentang fungsi sosial bahasa iaitu bagaimana bahasa digunakan dalam kehidupan
masyarakat seharian dan bagaimana manusia membentuk makna berdasarkan konteks sosial.
Berdasarkan huraian kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat yang telah
dibincangkan di atas, dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa bahasa tidak hanya bererti
sistem linguistik semata-mata. Sistem linguistik ialah soal nahu atau tatabahasa, istilah, ejaan,
sebutan baku dan sebagainya. Tetapi ilmu bahasa mencakupi keseluruhan hidup manusia sebagai
alat pemikiran, alat budaya, sebagai sumber kemajuan dan tamadun serta sumber kestabilan
masyarakat dan negara. Di samping itu, ilmu bahasa juga sebagai pembentuk keperibadian dan
nilai manusia. Oleh itu, apa yang penting bukan hanya bahasa itu sebagai sistem linguistik
semata-mata tetapi sebagai sitem nilai.
SOALAN 2 : (SOSIOLINGUISTIK)


1.0 PENGENALAN

Bahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapi cabaran dalam
memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Bahasa sebagai salah satu tonggak
tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh
dan diperluas peranannya.
Hubungan bahasa dan masyarakat sangat erat. Bahasa adalah cerminan budaya dan akal
budi manusia dan penuturnya. Bahasa bukan sekadar media komunikatif semata-mata tetapi
bahasa adalah lambang jati diri bangsa (Arbaie Sujud :2009).
Berdasarkan pernyataan di atas keprihatinan rakyat masyarakat Malaysia dalam penggunaan
bahasa Malaysia akan melahirkan masyarakat yang mempunyai harga diri serta lambang jati
bangsa. Kita sedia maklum bahawa bahasa melambangkan keagungan sesebuah bangsa dan
lemahnya sesebuah bangsa tersebut sehingga sanggup menggadaikan bahasanya sendiri demi
mengagungkan bahasa lain.
Dewasa ini penggunaan bahasa rojak semakin berleluasa dan dikhuatiri akan menjejaskan
usaha kerajaan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Isu bahasa rojak
membimbangkan ramai pihak, terutama pejuang dan peneliti bahasa Melayu sehingga ada
cadangan sesetengah pihak agar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diletakkan di bawah Jabatan
Perdana Menteri (JPM), berbanding Kementerian Pelajaran. Kerajaan juga diminta memberi
kuasa penguatkuasaan kepada DBP bagi membolehkannya mengenakan tindakan kepada pihak
tidak mematuhi Akta Bahasa Kebangsaan 1963. Walau bagaimana pun , rasa sayang perlu
ditanam dalam jiwa setiap anggota masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul
kerana jika ada undang-undang sekalipun sekiranya masyarakat kita tidak prihatian, usaha ini
tidak berkesan juga. Masyarakat kita didapati lebih mementingkan bahasa Inggeris daripada
bahasa Melayu. Apa yang menyedihkan penggunaan bahasa rojak bukan sekadar digunakan
apabila berbual dengan rakan atau anggota keluarga malah turut digunakan pada majlis rasmi
seperti mesyuarat. Keprihatinan anggota masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang
betul dan sesuai dengan keadaan sewajarnya dimulakan dengan teladan yang baik oleh pemimpin
negara. Jika pemimpin negara mampu menggunakan bahasa Melayu dengan baik, ia bakal
menambat hati anggota masyarakat untuk mencontohinya. Hal ini membawa kepada
pembentukan masyarakat Malaysia yang menghormati dan berbangga menggunakan bahasa
Melayu.

1.2. LATAR BELAKANG KAJIAN
Istilah bahasa rojak sebenarnya tidak terdapat dalam bidang linguistik atau ilmu bahasa.
Istilah ini wujud oleh sejumlah orang yang melihat adanya fenomena bahasa yang bercampur-
baur antara bahasa Melayu dengan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris, daripada sudut
pandangan orang awam. Mereka mengaitkan sesuatu yang bercampur-campur itu sebagai rojak,
sejenis makanan daripada bahan-bahan yang bercampur-campur. Dalam hal ini, bahasa yang
bercampur-campur itu pun dikaitkan oleh mereka dengan rojak, lalu timbullah istilah bahasa
rojak. Namun bahasa rojak membawa konotasi yang tidak murni. Ringkasnya, istilah bahasa
rojak bukanlah istilah ilmu. Dalam ilmu linguistik tidak ada istilah itu, tetapi istilah itu dihasilkan
oleh orang yang perihatin akan nasib dan maruah bahasa Melayu. Apabila mereka menyaksikan
fenomena percampurbauran unsur-unsur bahasa asing dengan bahasa Melayu secara yang tidak
bersistem atau tidak teratur, timbul rasa bimbang pada mereka akan maruah bahasa Melayu yang
sejak ratusan tahun telah bermartabat tinggi.
Dalam linguistik percampuran dalam penggunaan bahasa merupakan satu ragam bahasa . Salah
satu ragam bahasa tersebut , disebut bahasa pijin dan ragam ini sudah sekian lama ada dalam
sejarah pertumbuhan bahasa manusia. Percampuran bahasa tersebut terdapat dalam masyarakat
Cina Baba . Mereka menuturkan satu ragam bahasa Melayu yang memperlihatkan percampuran
unsur bahasa Melayu dengan bahasa Cina. Walau bagaimanapun, ragam bahasa masyarakat
Baba ini masih dapat dianggap sebagai variasi bahasa Melayu.
Terdapat istilah peralihan kod (codeswitiching)dalam linguistik, iaitu penggunaan unsur bahasa
asing pada tempat-tempat tertentu, sama ada dalam bentuk kata, frasa dan bahkan ayat dalam
suatu wacana yang diujarkan oleh seseorang. Dalam bahasa Melayu, peralihan kod memang
kerap berlaku, bukan sahaja dalam perbualan, bahkan dalam mesyuarat, kuliah, ucapan dan
beberapa wacana rasmi yang lain. Unsur bahasa asing yang lazimnya dicampurbaurkan dengan
bahasa Melayu ialah bahasa Inggeris. Ahli bahasa melihat bahasa yang bercampur-baur ini
sebagai salah satu ragam bahasa basahan, iaitu bahasa yang digunakan untuk urusan yang tidak
rasmi, seperti dalam perbualan, gurau senda dan sebagainya. Malah, Za'ba dalam buku Ilmu
Mengarang Melayu ada menghuraikan perbezaan antara bahasa surat (bahasa persuratan) dengan
bahasa mulut (bahasa pertuturan) yang sememangnya berlainan.
Bahasa rojak bolehlah dirumuskan sebagai satu variasi atau satu ragam bahasa basahan yang
sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi. Walau bagaimanapun, apabila bahasa ini digunakan
dalam urusan yang rasmi, maka timbullah masalah kesalahan pemilihan ragam bahasa dan secara
khusus masalah itu berkaitan dengan masalah kerancunan atau kesalahan bahasa dan juga isu
kesantunan bahasa. Hal ini disebabkan bahawa penggunaan bahasa berkaitan dengan adab. Adab
bermakna bahawa sesuatu hendaklah diletakkan pada tempatnya yang betul. Oleh yang
demikian, bahasa hendaklah digunakan sesuai dengan konteks dan keperluannya.
Pendek kata dalam urusan rasmi dan untuk keperluan mengungkapkan ilmu serta pemikiran,
bahasa yang sesuai digunakan ialah bahasa yang baku, bukan bahasa basahan atau bahasa pasar.
Selagi bahasa yang bercampur-baur itu digunakan dalam bahasa pertuturan biasa seperti dalam
perbualan dengan rakan atau anggota keluarga, tidak timbul isu kerana kita faham bahawa dalam
perbualan biasa yang tidak rasmi, memang mungkin sahaja timbul pelbagai unsur bahasa,
misalnya slanga, lingo, dialek dan bahkan ideolek. Namun, disebabkan unsur bahasa yang
sepatutnya terbatas dalam suasana tidak rasmi itu tampaknya telah melarat dalam bidang yang
rasmi seperti dalam mesyuarat, penyiaran dan penulisan, maka memang dapat kita rasakan
fenomena itu sebagai suautu yang menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Sememangnya bahasa basahan atau bahasa pasar
selama ini tidak pernah diangkat menjadi bahasa ilmu, pemikiran, pentadbiran, undang-undang
dan budaya tinggi dalam mana-mana tamadun manusia. Bacalah Sulalatus Salatin, Tajus Salatin,
Bustanus Salatin, 'Aqaid al-Nasafi, Mutla'al Badrain, Siratus Salikin, Tuhfat al-Nafis, Kitab
Pengetahuan Bahasa, Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan ribuan karya
klasik dalam bahasa Melayu; kesemuanya menggunakan bahasa Melayu yang baku pada zaman
itu. Bahasa pasar hanya digunakan dalam urusan asas sehari-hari.
Bahasa Melayu sebagai warisan bangsa seharusnya tidak diwakili oleh ragam bahasa yang tidak
menentu walaupun kita tidak perlu menafikan kewujudannya dan keperluan menggunakannya
dalam suasana tidak rasmi. Bahasa yang menjadi warisan bangsa ialah bahasa persuratan, iaitu
bahasa yang menjadi tonggak tamadun seperti yang tercermin dalam bidang ilmu, pemikiran,
undang-undang, sastera dan sebagainya. Tradisi bahasa persuratan sebagai tonggak tamadun
Melayu telah wujud sejak ratusan tahun lampau, khususnya di pusat-pusat tamadun Melayu
seperti Melaka, Aceh, Pasai, Patani, Banjarmasin, Riau Johor dan yang lain-lain di bawah
kesultanan Melayu. Apabila kita bercakap tentang bahasa Melayu dalam konteks warisan
bangsa, rujukan utamanya adalah kepada bahasa persuratan atau bahasa baku dengan tidak pula
menafikan kewujudan dan peranan ragam-ragam yang lain dalam konteks kehidupan
bermasyarakat. Justeru itu tidak wajarlah kita membiarkan sahaja masyarakat kita leka dengan
penggunaan bahasa rojak tanpa mengambil suatu tindakan untuk menyelamatkan bahasa Melayu
dari terus tergadai. Fenomena bahasa rojak ini adalah sebahagian daripada budaya generasi kini,
yang susah untuk dikekang, disebabkan pengaruh teknologi dan pendedahan kepada budaya
asing. Namun langkah-langkah tetap perlu diambil agar ada kesedaran di kalangan generasi
muda untuk tidak melupakan bahasa dan budaya mereka yang sebenar dan tidak seharusnya
pupus pada masa hadapan.
Kita perlu akur, kualiti bahasa Melayu yang dituturkan kini semakin lama semakin berkurang.
Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya peranan media terutamanya media elektronik. Selain itu,
bahasa Melayu kurang dituturkan oleh bangsa India dan Cina untuk tujuan
bersosialisasi.Program realiti dan program siaran langsung tanpa suntingan awal,
mendedahkan penonton dan pengacara atau artis-artis pujaan kepada penggunaan bahasa rojak
ini sehingga bertembunglah bahasa pasar dengan bahasa rojak menjadikan ia satu kebiasaan dan
akhirnya satu ikutan yang gelombangnya susah disekat lagi.
Pada kalangan murid-murid Cina dan India juga kebanyakannya masih kurang menguasai
Bahasa Melayu. Ini ditambahlah jika mereka bersekolah di sekolah venakular seperti SJK( C )
dan SJK ( T ).Apatah lagi soalan aras Bahasa Melayu UPSR lebih rendah dari sekolah
kebangsaan.Dengan itu, kajian ini akan dapat mendedahkan kepada kita sejauh mana
keprihatinan masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu dan signifikannya dalam mencari
satu pendekatan untuk mengatasi gejala ini sekaligus meningkatkan martabat bahasa Melayu.

2.1 OBJEKTIF KAJIAN

a.. Mengenalpasti bahasa yang digunakan semasa berkomunkasi dan penulisan.

b. menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat menggunakan bahasa rojak
dan kesan kesan penggunaan bahasa rojak terhadap bahasa Melayu.

c. mengenalpasti dan menghuraikan langkah-langkah meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu
dalam kalangan masyarakat.


2.2 SAMPEL / RESPONDEN KAJIAN

Sampel kajian melibatkan penduduk yang tinggal di kawasan perumahan Muara Tuang
Park Kota Samarahan . Dalam kajian ini saya telah mengkaji 10 orang responden yang terdiri
daripada 5 lelaki dan 5 perempuan. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang , umur,
jantina, bangsa dan sebagainya .Responden terdiri daripada 2 orang guru, 1 orang peniaga, 2
orang pelajar, 3 orang awam, dan 2 orang remaja lepasan sekolah. Rasional pemilihan responden
mengikut pelbagai lapisan masyarakat ini dibuat berdasarkan keperluan kajian .

2.3 DAPATAN/ KAJIAN
Hasil dapatan kajian menumpukan perbincangan berdasarkan maklumat maklumat yang
diperolehi melalui 10 orang responden yang dipilih bagi menjawab soal selidik. Kesemua data
dan maklumat yang diperoleh daripada responden dikumpulkan, disemak dan dianalisis secara
deskriftif iaitu dalam bentuk peratusan serta dibentangkan dalam bentuk jadual.
2.3.1 Profil sampel
Jadual 1 : Profil responden mengikut jantina
Jantina Melayu Iban inac Lain-lain
Lelaki
Perempuan
2
2
1
2
1
1
1
0
Jumlah 4 3 2 1

Bilangan sampel ialah 10 orang yang dipilh secara rawak . Bilangan reponden lelaki berbangsa
Melayu ialah 2 orang, Iban 1 orang, Cina 1 orang dan kaum lain 1 orang. Sementara responden
perempuan yang berbangsa Melayu 2 orang , Iban 1 orang dan Cina 1 orang. Penduduk yang
tinggal di kawasan perumahan Muara Tuang Park majoriti penduduk berbangsa Melayu diikuti
Iban , Cina dan lain-lain.
Jadual 2: Profil responden mengikut keturunan
Keturunan Kekerapan Peratusan
Melayu
Iban
Cina
Lain-lain
4
3
2
1
40%
30%
20%
10%
Jumlah 10 100%

Sampel yang dipilih dari pelbagai kaum . Ini bertujuan untuk melihat dan membuat satu tinjauan
tentang penggunaan bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawassan kajian . Kajian akan
membuktikan sama ada wujud penggunaan bahasa rojak dalam kalangan mereka.

Jadual 3 : Profil responden mengikut Pekerjaan
Pekerjaan Melayu Iban Cina Lain-lain
Guru
Peniaga
Penjawat Awam
Pelajar
Remaja lepasan sekolah
1
-
1
1
1
1
-
1
1
-
-
1
-
-
1
-
-
1
-
-
Jumlah 4 3 2 1


Jadual 3 menunjukkan pekerjaan responden. Responden terdiri daripada kakitangan awam ,
peniaga dan remaja yang masih bersekolah dan lepasan sekolah. Terdapat 2 orang guru di
kawasan kajian kerana kawasan kajian berdekatan dengan sekolah rendah dan sekolah
menengah. Seorang peniaga berbangsa cina yang membuka kedai runcit bagi keperluan
penduduk di kawasan perumahan tersebut. Penjawat awam 3 orang , sementara pelajar 2 orang
dan remaja lepasan sekolah 2 orang. Pekerjaan responden turut mempengaruhi penggunaan
bahasa Melayu sama ada sepenuhnya atau bahasa rojak. Persekitaran atau situasi di tempat kerja
memungkinkan penutur menggunakan bahasa yang difikirkan sesuai digunakan apabila
berkomunikasi dengan orang tertentu tanpa memikirkan kesan penggunaan bahasa rojak terhadap
Bahasa Melayu

Jadual 4: Profil responden mengikut bahasa Ibunda

Bahasa
Ibunda
Kaum

Melayu

Cina

Iban

Lain-lain
Melayu
Iban
Cina
Lain-lain
4
-
-
1
-
-
2
-
-
3
-
-
-
-
-
-
jumlah 5 2 3

Merujuk kepada jadual 4 di atas, sebahagian daripada responden menggunakan bahasa ibunda
masing-masing seperti bahasa ibunda Melayu, bahasa Iban dan bahasa Cina kecuali kaum lain-
lain yang menggunakan bahasa ibunda Melayu sebagai bahasa pertamanya. Ini bertepatan
dengan tujuan kajian untuk mengenalpasti kesan penggunaan bahasa ibunda sebagai salah satu
faktor mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu baku semasa berkomunikasi atau dalam
penulisan.

Jadual 5: Bahasa yang digunakan semasa mesyuarat atau berucap

Bahasa



Kaum
Bahasa
Melayu
Bahasa
Melayu dan
Bahasa
Inggeris
Bahasa
Melayu dan
bahasa pasar
Bahasa
Melayu dan
Dialek
tempatan
Melayu
Iban
Cina
Lain-lain
2
1
-
-
1
1
1
1
-
-
1
-
1
1
-
-
Jumlah 3 4 1 2

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan hanya 3 orang responden yang menggunakan bahasa
Melayu yang sepenuhnya dalam mengendali atau berkomunikasi dalam sesebuah mesyuarat atau
ucapan berbanding dengan 7 orang responden menggunakan bahasa campuran atau dikenali
sebagai bahasa rojak. Hal ini disebabkan penutur berasakan bahawa bahasa rojak lebih mudah
dalam konteks memberi kefahaman kepada orang lain tanpa menyedari merendahkan keupayaan
bahasa Melayu standard.

Jadual 6: Bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran


Bahasa

Kaum
Bahasa
Melayu
Bahasa
Melayu
dan
Bahasa
Inggeris
Bahasa
Melayu
dan
bahasa
pasar
Bahasa
Melayu
dan
Dialek
tempatan
Melayu
Iban
Cina
Lain-lain
2
2
1
-
2
1
1
1
-
-
-
-
-
-
-
-
jumlah 5 5 0 0

Penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran sama banyak
dengan penggunaan bahasa rojak. Terdapat 2 orang responden yang menggunakan bahasa
Melayu sepenuhnya dalam pembelajaran dan pengajaran sementara 5 orang lagi menggunakan
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang dicampuradukkan ketika penyampaian pengajaran. Hal
ini disebabkan oleh masalah kecelaruan lebih jelas apabila bahasa kedua (bahasa Inggeris)
digunakan sebagai alat pemikiran yang utama. Pada waktu yang sama mereka menggunakan
bahasa Melayu sebagai `bahasa terjemahan.' Bahasa Melayu digunakan tidak lebih untuk
`menterjemahkan fikiran' yang dibentuk dalam bahasa Inggeris. Dalam keadaan itu peraturan
sistem bahasa Inggeris yang mewakili cara berfikir dan budaya pengucap asli bahasa itu cuba
digunakan atau ditiru dalam bahasa Melayu. Jika tidak dibendung pasti Menjejaskan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa
panjang.

Jadual7: Bahasa yang digunakan dalam perbualan harian

Bahasa

Kaum
Bahasa
Melayu
Bahasa
Melayu
dan
Bahasa
Inggeris
Bahasa
Melayu
dan
bahasa
pasar
Bahasa
Melayu
dan
Dialek
tempatan
Melayu
Iban
Cina
Lain-lain
1
-
-
1
1
1

-
-
1
-
2
2
-
1
Jumlah 1 3 1 5

Secara keseluruhan dalam perbualan harian , responden menggunakan bahasa rojak. Hanya 1
orang yang menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan harian , 3 orang responden lagi
menggnunakan bahasa campuran Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan 1 orang yang
menggunakan bahasa pasar dan bahasa Melayu dalam komunikasi harian iaitu kaum cina.
Penggunaan bahasa Melayu dan Dialek tempatan paling ramai iaitu 5 orang. Keadaan ini wujud
disebabkan oleh bahasa rojak mempunyai sifat memudahkan dan gemar dituturi oleh masyarakat
Malaysia menyebabkan ia dianggap sebagai bahasa sebenar masyarakat Malaysia. (sumber:John
Lee Ming Keong, "Proud to be a Malaysian",2010)

2.3.2 Analisis Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Masyarakat

Jadual 8. Peratusan persepsi sampel tentang penggunaan Bahasa Melayu semasa di
kaunter perkhidmatan


Skala

Sangat
setuju

Setuju

Tidak
pasti

Tidak
setuju
Sangat
tidak
setuju
Penggunaan bahasa Melayu
sepenuhnya kurang
dipraktikkan di kaunter
perkhidmatan.

20%

50%

30%

-

-

Dapatan mendapati sampel bersetuju dengan sikap masyarakat Malaysia yang masih kurang
mempraktikan penggunaan Bahasa Melayu semasa berurusan di mana mana jabatan
perkhidmatan awam. Sebanyak 70 % responden bersetuju dengan pernyataan tersebut sementara
30% lagi tidak pasti kerana masih ada penjawat awam yang menggunakan Bahasa Melayu
sepenuhnya ketika berkomunikasi dengan pelanggan atau pegawai-pegawai di jabatan masing-
masing.

Jadual 9. Peratusan persepsi sampel tentang penggunaan Bahasa Melayu semasa urusan
jual beli


Skala

Sangat
setuju

Setuju

Tidak
pasti

Tidak
setuju
Sangat
tidak
setuju
Penggunaan Bahasa Melayu
sepenuhnya semasa urusan
jual beli

-

-

30%

50%

20%

Hasil dapatan membuktikan bahawa masih ada masyarakat yang tidak menggunakan Bahasa
Melayu sepenuhnya ketika urusan jual beli. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah masyarakat
lebih banyak menggunakan bahasa rojak dalam urusan ridak rasmi seperti membeli-belah. 30 %
responden tidak pasti tantang jawapannya sementara 70% peratus tidak bersetuju bahawa
pengguna bahasa menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam urusan jual beli tetapi
sebaliknya.

Jadual 10. Peratusan persepsi sampel tentang penggunaan Bahasa Melayu pada papan
tanda


Skala

Sangat
setuju

Setuju

Tidak
pasti

Tidak
setuju
Sangat
tidak
setuju
Kebanyakan papan tanda
menggunakan bahasa
Melayu sepenuhnya

-

20%

20%

30%

30%

Berdasarkan jadual 10 di atas, didapati 20% sampel bersetuju kebanyakan papan tanda
menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya , 20% lagi tidak pasti dan 60 % tidak setuju. Ini
menunjukkan bahawa masalah penggunaan bahasa rojak pada papan tanda masih berlaku
meskipun pihak Pantau Tegur Bahasa (PBT) telah menjalankan operasi memantau dan menegur
kesalahan penggunaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Ini amat ketara
pada papan tanda kawasan kajian yang menyalahi penggunaan bahasa Melayu iaitu Taman
Muara Tuang Park. Penggunaan bahasa Melayu digandingkan dengan bahasa Inggerispark
yang juga membawa maksud taman.








Jadual 11. Peratusan persepsi sampel tentang penggunaan Bahasa Melayu dalam media
penyiaran


Skala

Sangat
setuju

Setuju

Tidak
pasti

Tidak
setuju
Sangat
tidak
setuju
Media-media penyiara
menggunakan Bahasa
Melayu sepenuhnya

20%

20%

20%

30%

30%

Dapatan kajian tentang penggunaan bahasa Melayu dalam media-media penyiaran didapati 60 %
responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut, 20% tidak pasti dan 40 % bersetuju
dengan pernyatan tersebut. Meskipun terdapat media penyiaran yang menggunakan bahasa
Melayu dalam penyampaian media mereka, namun ini belum memadai. Kerajaan digesa
memperluaskan arahan menghapuskan penggunaan 'bahasa rojak' di semua stesen penyiaran
sama ada milik kerajaan atau swasta.Menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), A. Aziz Deraman hal ini perlu dilakukan secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh
bagi memastikan keberkesanannya.Penggunaan bahasa yang baik dan kemas tidak akan
menjejaskan sesuatu rancangan, sebaliknya akan mengangkat martabat bahasa dan
penggunanya.Tambahan pula penggunaan bahasa yang betul penting memandangkan bidang
penyiaran boleh mempengaruhi dan mendidik khalayak.



Jadual 11. Peratusan persepsi sampel terhadap pemimpin berucap dalam Bahasa Melayu


Skala

Sangat
setuju

Setuju

Tidak
pasti

Tidak
setuju
Sangat
tidak
setuju
Kebanyakan pemimpin
berucap dalam Bahasa
Melayu

-

30%

20%

40%

10%

30 % sampel bersetuju terdapat pemimpin yang berucap menggunakan bahasa Melayu
sepenuhnya, 20 % lagi sampel tidak pasti dan 50 % tidak bersetuju kerana masih terdapat
pemimpin tidak berucap dalam bahasa Melayu sepenuhnya sebaliknya mencampuradukkan
bahasa asing dalam ucapan mereka. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa menggunakan
bahasa rojak merupakan cara yang lebih efektif dalam menyampaikan mesej .Menurut Dr. Rais,
dalam usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu itu, pihak panel telah memutuskan
supaya setiap pemimpin bercakap bahasa Melayu dengan betul dan tugas membuat alur aturnya
telah diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Berikut hasil dapatan daripada temubual yang dilakukan ke atas responden terhadap
kesan-kesan penggunaan bahasa rojak dalam komunikasi dan penulisan :

i. Menjejaskan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki
bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik.


ii. Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus
menimbulkan salah faham.


iii.. Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal
ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa
undang-undang, dan budaya.


iv. Menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan
kesan negatif dalam jangka masa panjang.


v. Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Bahasa Melayu
adalah warisan karya yang menandai ketinggian pemikiran dan estetika
bangsa kita.
2.4 CADANGAN DAN RUMUSAN

Berdasarkan dapatan yang telah diperoleh menerusi soal selidik, temubual dan pemerhatian,
dapatlah disimpulkan bahawa masyarakat Malaysia masih prihatin terhadap penggunaan Bahasa
Melayu meskipun masih terdapat beberapa pihak yang tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan
sendiri kerana beranggapan Bahasa Melayu tidak sesuai dan tidak layak menggantikan bahasa
Inggeris sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah, bahasa Melayu tidak
mempunyai standard , hanya sesuai digunakan oleh golongan bawahan serta bahasa Melayu
tidak sesuai digunakan di dalam bidang kehakiman dan pendidikan (Abullah yusuf: 2010).
Berikut beberapa cadangan bagi mengatasi masalah-masalah kemelut penggunaan
bahasa rojak dalam kalangan masyarakat sehingga menjejaskan usaha-usaha memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu:
2.4.1 Peranan Pemimpim masyarakat.
Selaku pemimpin masyarakat, golongan berpendidikan harus mengawal diri dalam
menggunakan bahasa supaya mereka sentiasa menggunakan bahasa yang betul, baik semasa
menggunakan bahasa Melayu, mahupun Inggeris. Jika mereka menggunakan bahasa Melayu,
biarlah sepenuhnya digunakan perkataan-perkataan Melayu. Begitu juga apabila berbahasa
Inggeris. Sesungguhnya mengelakkan bahasa rojak memerlukan disiplin, komitmen dan latihan
diri yang bersungguh-sungguh. Alasan yang menyatakan bahasa Melayu tidak mempunyai
perbendaharaan kata yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea tidak boleh diterima. Ini
kerana bahasa Melayu bersifat terbuka dan sanggup menerima perkataan-perkataan Inggeris bagi
menambahkan perbendaharaan katanya. Namun begitu, perkataan-perkataan Inggeris itu
hendaklah diterjemahkan atau disesuaikan menurut kaedah yang teratur seperti mana telah
ditetapkan oleh pakar-pakar bahasa. Sikap pemimpin dan pegawai kerajaan perlu diubah bagi
meletakkan bahasa Melayu di martabat yang tinggi. Penguatkuasaan undang-undang bukan jalan
penyelesaian jika konsep 'Kepimpinan Melalui Teladan' tidak diamalkan oleh barisan
kepimpinan di sektor kerajaan, swasta dan institusi kewangan.Oleh itu,Kementerian perlu tegas
dan teliti dalam menangani perkara ini demi kepentingan bahasa Melayu.

2.4.2 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
DBP perlu memainkan peranannya memantau penggunaan bahasa Melayu Rojak di media
elektronik. Bahasa Melayu tidak kurang keindahan, bentuk dan larasnya jika digunakan dengan
kreatif malah ia akan jadi lebih menarik dan menawan. Penggabungan tiga elemen penting iaitu
bahasa yang betul, tepat dan indah akan menjadikan bahasa Melayu itu bahasa ilmu, sains dan
teknologi.Usaha perlu ditingkatkan bagi memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri terutama
media elektronik mempunyai tanggungjawab bagi mengembangkan dan memajukan bahasa
Melayu.

2.4.3 Peranan ibu bapa
Ibapa perlu menerapkan budaya penggunaan bahasa Melayu yang betul terhadap anak-anak.Hal
ini perlu dilakukan dari peringkat awal iaitu semasa anak-anak masih kecil. Penggunaan bahasa
Melayu yang betul daripada ibu bapa akan dapat mengelak penggunaan bahasa rojak dalam
kalangan anak-anak daripada terus berleluasa. Keadaan ini dapat ditafsirkan melalui pepatah
melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya".Oleh itu,bahasa Melayu yang betul tanpa
dirojak dapat diterapkan terhadap anak-anak melalui paranan ibu bapa.
2.4.4. Penegasan dasar bahasa dan penguatkuasaan dasar bahasa secara bersepadu
Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi hendaklah ditegaskan semula
supaya semua urusan rasmi dan majlis rasmi di peringkat negara mengutamakan penggunaan
bahasa Melayu, selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa
Kebangsaan. Semua peruntukan tentang bahasa kebangsaan yang terdapat dalam undang-undang
negara hendaklah bukan sahaja dihormati malah dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur oleh
semua lapisan, daripada pemimpin negara hingga penjawat awam dan masyarakat umum.
Usahlah ada sebarang tindakan yang melemahkan undang-undang tersebut, sama ada melalui
pengenalan dasar baru, pernyataan atau tindakan yang bercanggah dengan undang-undang itu.
2.4.5 Pindaan dan perluasan peruntukan akta yang berkaitan
Pindaan Akta Bahasa Kebangsaan yang memberikan cakupan lebih luas penggunaan bahasa
Melayu, pindaan akta-akta yang sudah tidak kemas kini atau tidak jelas tentang penggunaan
bahasa Melayu seperti Akta Jalan, Parit dan Bangunan, Akta Pertubuhan, Akta Pendaftaran
Perniagaan, Akta Syarikat, Akta Cap Dagang, Akta Industri Pelancongan dan beberapa yang lain
perlu disegerakan. Selain itu, akta yang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Penyiaran dan
Undang-Undang Kecil Pengiklanan mestilah dikuatkuasakan pelaksanaannya secara tegas.
2.4.6 Pengayaan khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu
Usaha ini perlu ditingkatkan supaya nilai bahasa Melayu menjadi lebih tinggi sebagai bahasa
budaya tinggi, melalui penerbitan bahan ilmiah dan rujukan umum dalam pelbagai bidang untuk
pelbagai peringkat dan dalam pelbagai media (bercetak dan elektronik). Agenda pengayaan
khazanah ilmu dan persuratan Melayu mesti dimasukkan dalam agenda pembangunan negara
melalui Belanjawan Negara.

2.4.7 Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan
Usaha ini perlu dimantapkan semula, dari peringkat prasekolah hingga peringkat pengajian
tinggi. Kerajaan perlu memberikan penegasan yang lebih berat kepada usaha pembudayaan
bahasa Melayu sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Malaysia dalam dua aspek yang
penting. Yang pertama ialah pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama
dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan yang dilakukan
oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak
Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan
1996. Sebarang usaha berundur daripada keputusan yang penting dan bijaksana serta telah
membuktikan kejayaan dalam proses pembinaan negara hendaklah dielakkan. Kejayaan
Universiti Kebangsaan Malaysia dan universiti-universiti lain dalam pelaksanaan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu untuk pelbagai bidang ilmu tidak harus direncatkan. Aspek yang kedua ialah
pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan
pengajaran dan pemelajaran, sukatan pelajaran, buku teks dan bacaan tambahan serta melalui
pelbagai kegiatan kokurikulum. Dengan demikian diharapkan landaan pelbagai ragam bahasa
tidak rasmi, sama ada bahasa sembang Internet, bahasa SMS atau yang lain tidak akan sampai
menggugat bahasa yang mewakili budaya teras.
2.4.8. Program pemasyarakatan bahasa kebangsaan bertarafkebangsaan
Kerajaan, melalui semua kementerian, jabatan dan agensi serta perbadanan dan pihak swasta
hendaklah secara aktif dan terancang menyertai program pemasyarakatan bahasa kebangsaan di
seluruh negara yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,
khususnya Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang dilaksanakan setiap tahun selama sebulan.
Selain itu, setiap jabatan kerajaan dan swasta hendaklah diminta merancang dan menganjurkan
kegiatan yang dapat menyemarakkan pembudayaan bahasa Melayu dari waktu ke waktu dalam
perancangan tahunan supaya bahasa dan persuratan Melayu tidak terpinggir dalam sektor di luar
lingkungan orang atau institusi khusus dalam bidang bahasa dan sastera.
Antara lain, kerajaan juga harus memberi insentif kepada penulis yang menghasilkan buku
atau sebarang aksara dalam Bahasa Melayu yang berbentuk ilmiah.Sebagai contoh, kerajaan
memberikan wang atau kemudahan pemasaran kepada penulis-penulis seperti ini.Buku-buku
seperti ini dapat dijadikan rujukan kepada umum dan terutamanya kepada para penuntut
ilmu.Sebagai galakan, kerajaan diminta memberikan ganjaran kepada penulis yang berjaya
menghasilkan karya-karya dalam Bahasa Melayu. Anugerah Penulis Terbaik, misalnya.Hal ini
dapat memberikan motivasi kepada para penulis untuk menghasilkan lebih banyak lagi hasil
penulisan yang bermutu tinggi.
Kesimpulanya, pihak kerajaan dan masyarakat sendiri haruskan sama-sama bergerak untuk
manangani masalah penggunaan bahasa rojak yang makin meruncing ini.Semua pihak harus ada
rasa tanggungjawab untuk memelihara dan melindungi kesucian Bahasa Kebangsaan kita,
Bahasa Melayu. Janganlah kita menjadi sebagai gunting dalam lipatan dengan menjadi perosak
bahasa sendiri.Ingatlah bahawa, Bahasa Menunjukkan Bangsa.



BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim dan Mashudi Kader,1989. Kesalahan Bahasa
Dalam Bahasa Malaysia.Kuala umpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Yusuf,2010. HBML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik. Selangor: Meteor
Doc. Sdn. Bhd.
Arbak Othman,1983. Permulaan ilmu linguistik. Selangor: Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Awang Sariyan,1984. Isu-isu Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Jhn Lyons,1994. Bahasa dan Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Langacker,R.W.(1972). Fundamentals of linguistics .New York: Harcourt, Brace
Jovanich.

Nik Safiah Karim,1980. Bahasa Melayu Teori dan aplikasinya.Kuala Lumpur: Sarjana
Enterprise.

Nor Hisham Osman ,2001. Perancangan Bahasa. Shah Alam : Al-Hikmah

Jurnal
Markus Lim.(2008). Bersangka baik Terhadap Bahasa Kebangsaan.Jurnal Dewan Bahasa,8,8:56-
7.

Munira Latip .(2008). Membentuk Jati Diri Bangsa Melalui Pendidikan Bahasa Melayu. Jurnal
Dewan Bahasa,8,8:52-5.

Wan Robiah Meor Osman.(2010). Bahasa Slanga Parasit Bahasa Melayu. Jurnal Dewan
Bahasa,10,10:32-5..

Retrieve(online)http://pinkymeriza.blogspot.com/2009/08/bahasa-rojak-bahasa-
hmaburger.html 5.11.2010

Reteive(online)http://www.dailybust.com/PERANAN-BAHASA-DALAM-PEMBINAAN-
INSAN-DAN-PEMBANGUNAN-MASYARAKAT-....html 6.11.2010

Retrieve(online)http://www.scribd.com/doc/38615463/Linguistik10.11.2010






LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK TENTANG LATAR BELAKANG RESPPONDEN
BAHAGIAN A
Tandakan (/) pada petak yang disediakan dan isi tempat kosong , mengikut keutamaan
anda.

1. Jantina Lelaki
Perempuan
2. Keturunan Melayu
Iban
Cina
Lain-lain

3. Umur ...
4. Pekerjaan ...

7. Bahasa Ibunda Melayu
Iban
Cina
Lain-lain
Nyatakan bahasa yang anda gunakan . Anda boleh menyatakan lebih daripada satu bahasa sama
ada Bahasa Melayu sepenuhnya atau bahasa campuran ( Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,
Bahasa Melayu dan dialek tempatan, Bahasa Melayu dan bahasa pasar)

8.. Bahasa yang digunakan semasa mesyuarat ..
atau berucap

10. Bahasa yang digunakan dalam Pengajaran
dan pembelajaran

11. Bahasa yang digunakan dalam perbualan
harian.










BAHAGIAN B

BORANG SOAL SELIDIK TENTANG PENGGUNAAN BAHASA MELAYU
Bagi setiap soalan dibawah , isikan tempat-tempat kosong itu dengan membulatkan
nombor-nombor yang tersedia serta mengikut keutamaannya.
5 Sangat setuju
4 setuju
3 Tidak pasti
2 Tidak setuju
1 Sangat tidak setuju
NO PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SEMASA
BERKOMUNIKASI ATAU PENULISAN
SKALA
1. Penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya kurang
dipraktikan semasa berurusan di kaunter
pekhidmatan awam
5 4 3 2 1
2. Penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya
digunakan semasa urusan membeli belah
5 4 3 2 1
3 Kebanyakan papan tanda menggunakan bahasa
Melayu sepenuhnya.
5 4 3 2 1
4. Media-media penyiaran menggunakan bahasa
Melayu sepenuhnya
5 4 3 2 1
5 Kebanyakan pemimpin berucap dalam bahasa
Melayu
5 4 3 2 1

SOALAN TEMU BUAL:

1. Apakah masyarakat Malaysia perlu diberi pendedahan penggunaan Bahasa Malaysia

2. Bersetujukah anda , penggunaan bahasa rojak mencemarkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan

3. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi sikap masyarakat suka
mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa asing semasa berkomunikasi atau
dalam tulisan.

4. Perlukah kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap media massa yang
menggunakan bahasa rojak

Anda mungkin juga menyukai