Anda di halaman 1dari 18

1.

0 Pengenalan

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap
daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana
hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini
termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus
diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang
demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh
nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan
permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah
sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara
permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk
nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di
antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong,
dan lain-lain.
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika dan Arab, bergantung kepada teori yang
kami percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh
Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari
bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini
tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang - pedagang Arab. Di Asia Tenggara,
congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat
perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak.
Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali
sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama Congklak, di Filipina,
Sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang
berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang
di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan
diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet segalanya tentang
permainan tradisional congkak.
Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak.
Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara
biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya.
Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi
14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak.
Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan
lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan
sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan
sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

























2.0 PERSEDIAAN SEBELUM PERTANDINGAN

2.1 CADANGAN

i. Tarikh : 28 Februari 2012
ii. Jumlah Peserta : 22 orang ( 5/6 orang wakil setiap kumpulan )
iii. Masa : 8.00 pagi 12.30 tengah hari
iv. Tempat : Kantin Sekolah
v. Guru Terlibat : 4 orang ( termasuk guru kelas )
vi. Dif Jemputan : Guru Besar SAIR
vii. Tentatif program ( seperti lampiran 2 )

2.2 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

Bil Perkara Amount
1 Peralatan
Papan Congkak
Buah guli


RM 50 X 4
RM 10 X 4 bungkus

RM 200
RM 40
2. Hadiah dan saguhati
Hadia kepada pemenang
dan saguhati berupa
hamper
Cenderahati kepada guru
adalah sehelai sejadah

Johan = RM 35
Kedua = RM 25
Ketiga = RM 20
Saguhati = RM 15 x 4
Cenderahari = RM 15 x 4

RM 200
3. Tapak Pertandingan
Menggunakan kawasan kantan
sekolah


4. Promosi
Kain rentang
Poster
Cat warna

Rm 10

RM 10
RM 450


2.3 Sumber Pendapatan

2.4 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

Jawatankuasa Induk

Penaung : Tuan Pengarah
Pensyarah Pembimbing : Tuan Haji Yacob bin
Pengerusi : Azaizuddin bin Ismail
Naib Pengerusi : Mohd. Zaki Bin Hamidun
Setiausaha : Raslamiah binti Othman

Penasihat-penasihat
Setiausaha Agung : Encik Razani bin
Bendahari Agung : Masliza binti Mohamed
AJK Urusetia : Sharifah Ajar binti Syed Endut
: Siti Syafiqah binti Ismail
AJK Pengadil : Kang Yin Hui ( Ketua )
: Chew Sook Wei
AJK makanan dan minuman : Nor Azwa binti Zainal Abidin ( Ketua )
: Zuhaila binti Rubani
AJK Juri : Aliff bin Omar ( Ketua )
: Mohd. Hafiezu bin Zainal Abidin
AJK Sambutan : Anis Huda binti Amir Hamzah ( Ketua )
: Fatin Nadzurah binti Mohamad
AJK Teknik dan Pertandingan : Siti Aisyah binti Ismail ( Ketua )
: Noor Syahieda binti Mohamad
AJK Pendaftaran : Shahrulnor bin Sulaiman ( Ketua )
: Hamka bin Ilyas
: Khairul Fadhly bin Zulkiflie
AJK Pengurus Peserta : Fara Azira binti Md. Kassim ( Ketua )
: Aqilah Nadhirah binti Mazhanash
AJK Serantau dan Publisiti : Hafiz bin Chemiran ( Ketua )
: Goh En Hoe
: Murugadas a/l Kuhan
AJK Keselamatan : Muhammad Fitri bin Ramli ( Ketua )
: Iza Khairunnisa binti Kasmijan
: Noor Liyana binti Abdullah
AJK Hadiah dan Cenderamata : Fatin Azreen binti Ponajan ( Ketua )
: Izzati binti Jamaluddin
AJK Kewangan : Siti Hajar binti Kasim ( Ketua )
: Mohd. Luqman bin Ramli





LAMPIRAN 3
PERATURAN PERMAINAN CONGKAK
ANJURAN
______________________________________________________________
1 KELAYAKAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahun 3,4,dan 5 Sekolah Rendah Islam Al-
Islahiyah .

2 YURAN PENYERTAAN
Yuran akan dikenakan ke atas setiap pasukan. Jumlah yuran adalah sebanyak RM10 setiap
pasukan.
Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama borang penyertaan dan diserahkan sebelum
tarikh tutup penyertaan. Tarikh tutup akan ditentukan oleh Jawatankuasa Karnival.

Borang penyertaan yang tidak disertakan dengan bayaran penyertaan akan ditolak.

3 PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN
Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 5 orang peserta dan seorang peserta
simpanan.

Bagi setiap perlawanan, setiap apsukan dibenarkan menurunkan seramai 4 orang pemain dan
seorang pemain simpanan.

4 PENGADIL
Pihak penganjur akan menyediakan empat orang pengadil dan seorang ketua pengadil dalam
setiap perlawanan.

Setiap keputusan pengadil adalah muktamad.


5 PERATURAN PERTANDINGAN
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-
dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi
satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung
lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung
kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau
mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan
kampungnya iaitu mengaut kesemua buah ( jika ada ) di dalam kampung tersebut, hanya selepas
membuat satu pusingan.


Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah
terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil
buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung
pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.

Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada di
pihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.


Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah
congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak
boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua dan pusingan penentuan.




6 SISTEM PERTANDINGAN
Pertandingan ini akan dijalankan secara kalah mati.
6.1 Pusingan Awal
6.1.1 Setiap unit akan menurunkan empat orang pemain sebagai satu pasukan di
mana akan menentang dengan pasukan lawan yang terdiri daripada empat
orang anggota juga. Pertandingan ini akan dibahagikan kepada 2 buah
kumpulan iaitu Kumpulan A terdiri daripada 5 pasukan dan Kumpulan B terdiri
daripada 6 pasukan.

6.1.2 Setiap pasukan akan diundi untuk menentukan giliran dalam kumpulan. Salah
satu pasukan dalam kumpulan A akan mendapat bye pada pusingan pertama
apabila melalui undian nanti.

6.1.3 Pemenang akan ditentukan apabila terdapat hanya dua pasukan dalam setiap
kumpulan. Dua pasukan dalam kumpulan tersebut akan ke peringkat separuh
akhir untuk menentukan Johan dan Naib Johan dalam kumpulan.

6.1.4 Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana mana kumpulan dengan hanya
dua (2) pasukan sahaja yang mengambil bahagian dalam pasukan berkenaan,
maka pasukan terakhir dalam kumpulan lagi satu secara automatik
dipindahkan ke dalam kumpulan yang kurang.









6.2 Pusingan Separuh Akhir
6.2.2 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan dalam
dua kumpulan iaitu kumpulan X dan Y seperti berikut:
6.2.3
KUMPULAN X KUMPULAN Y
Johan Kumpulan A
Naib Johan Kumpulan B
Johan Kumpulan B
Naib Johan Kumpulan A

6.2.4 Pertandingan dijalankan secara Kalah Mati

6.3 Pusingan Akhir
6.3.1 Pemenang kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y
untuk menentukan Johan dan Naib Johan.




















Carta aliran pertandingan






















Pasukan A
Pasukan B
Pasukan C
Pasukan
D
Pasukan E
Pasukan A
Pasukan B
Pasukan C
Pasukan
D
Pasukan E
Pasukan F
Johan B
Johan A
Johan

7 TEMPOH PERLAWANAN
7.1 Perlawanan akan dilangsungkan selama 15 minit dengan 7 minit untuk setiap
separuh masa ( 7 x 1 x 7 ) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.

7.2 Perlawanan separuh akhir dan akhir di peruntukan masa perlawanan selama 10
minit pada setiap separuh masa ( 10 x 1 x 10 ) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.

8 BANTAHAN
8.1 Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat-lewatnya 5 minit
selepas perlawanan tersebut tamat.

8.2 Setiap bantahan mestilah disertakan dengan borang bantahan rasmi yang
disediakan oleh urusetia.

8.3 Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.

9 PAKAIAN PEMAIN
9.1 Setiap pasukan diwajibkan memakai pakaian sukan.

9.2 Setiap pemain hendaklah memakai kain batik sebagai tema pakaian pada hari itu.

10 KECEDERAAN
10.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang
kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa pertandingan berlangsung.
11 PERINGATAN
11.1 Jawatankuasa pengelola pertandingan adalah berhak dan berkuasa menambah,
meminda, menolak dan menerima atas sebarang perkara yang dinyatakan di dalam
peraturan di atas.

11.2 Setiap pasukan dan pemain DILARANG merusuh atau melakukan perkara yang
bertentangan dengan undang-undang semasa berlangsungnya kejohanan.
































Nama Pasukan : _____________________________________________________
Kelas : ________________________________________
Tahun : 3 / 4 / 5

Bil Nama No.K/p Catatan

Ketua Kumpulan





Nama Guru Kelas :

No. H/P :

Tarikh :

Tandatangan :


Borang Penyertaan
Pertandingan Sukan Rakyat (Congkak)
Sekolah Agama Al-Islahiyah (Rendah)
Lampiran 2

















PERLAKSANAAN SEBENAR PERTANDINGAN


























REFLEKSI KENDIRI SELEPAS PERTANDINGAN

PENGENALAN
Pertandingan Permainan Tradisional bagi pelajar-pelajar darjah 4 dan 5 Sekolah Rendah Islahiyah
(Rendah) telah diadakan pada 3 dan 4 Februari 2014 di Sekolah Rendah Islahiyah (Rendah), Bohor
Mali, Perlis secara tertutup. Sebanyak empat buah kelas telah diberikan tugasan untuk menganjur
dan mengelolakan pertandingan ini.
Pelajar-pelajar dari kelas kami seramai 20 orang telah dibahagikan kepada empat buah kumpulan
yang terdiri daripada lima orang ahli dimana setiap satu kumpulan dikehendaki menganjurkan satu
jenis permainan seperti yang dinyatakan diatas. Kumpulan saya terdiri daripada diri saya sendiri,
Nurulain Fazillah, Nurul Hidayah Ismail, Nur hafiza Rumli serta Muhamad Irrwan Zakaria dan kami
telah memilih permainan tarik upih untuk dianjurkan.
Bagi permainan ini, kami sepasukan telah menetapkan agar ianya diadakan di kawasan padang
bola jaring IPG Kampus Darulaman, yang bertentangan dengan Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan dan Kafeteria Sri Lawang. Tujuannya ialah kerana permukaan padang yang berumput
lembut dan adalah amat sesuai bagi peserta untuk menarik upih selain faktor keselamatan kepada
peserta.
Kami telah menyediakan lima buah lorong yang panjangnya 10 meter bagi lima buah pasukan
dimana setiap pasukan adalah terdiri daripada 6 orang peserta. Disebabkan permainan ini
memerlukan dua orang pemain pada satu masa iaitu seorang pemain akan bertindak sebagai
penarik dan seorang lagi akan duduk di atas upih untuk ditarik maka kami telah meminta supaya
setiap pasukan menyediakan tiga pasangan. Pasangan yang pertama akan bergerak dari kawasan
permulaan ke kawasan pertukaran dan mereka akan bertukar peranan daripada penarik kepada
orang yang ditarik dan sebaliknya sehinggalah kepada pasangan kedua diikuti oleh pasangan yang
ketiga. Pemenang akan ditentukan melalui bendera yang diangkat oleh pengadil lorong sebaik
pasangan ketiga tersebut sampai ke garisan penamat.
Tempoh yang telah ditetapkan bagi permainan ini adalah selama 45 minit dan ia menggunakan
sistem pertandingan menyerupai sistem kalah mati. Ini kerana permainan ini tidak sesuai dijalankan
secara liga kerana ia merupakan sejenis permainan yang melibatkan stamina serta kerahan
kekuatan fizikal dari peserta. Disebabkan bilangan peserta adalah sebanyak 10 pasukan, maka
kami telah pecahkan kumpulan tersebut kepada dua buah kumpulan yang sama banyak iaitu
kumpulan A dan kumpulan B dimana kumpulan A terdiri daripada lima buah pasukan, begitu juga
dengan kumpulan B. Mengikut kesesuaian, jadual perlawanan pun diatur dimana hanya akan
terdapat tiga perlawanan sahaja bagi permainan tarik upih ini termasuk perlawanan akhir. Lima
pasukan dari kumpulan A akan memulakan perlawanan pertama, diikuti lima pasukan daripada
kumpulan B sebagai perlawanan kedua. Kemudian, dua buah pasukan dari kumpulan A dan
kumpulan B iaitu johan dan naib johan kumpulan akan dipilih sebagai empat pasukan yang layak ke
perlawanan akhir dan merupakan perlawanan ketiga. Melalui jadual ini, keputusan pemenang
tempat pertama, kedua dan ketiga akan dapat ditentukan dengan mudah dan cepat.

KEKUATAN/ KELEBIHAN
Semasa menganjurkan permainan tradisional tarik upih ini, antara kelebihan yang kami
dapati ialah cara bermain permainan ini telah diketahui oleh kebanyakan pelajar-pelajar PISMP
semester lima. Justeru, ia akan memudahkan kami dari segi penerangan cara bermain dimana kami
hanya perlu menetapkan peraturan yang sesuai untuk menjadikan permainan ini lebih menarik.
selain itu, kami dapat menjimatkan masa tanpa perlu memberikan penerangan panjang lebar
tentang cara bermain kepada para peserta.
Kelebihan kedua yang kami dapati semasa menganjurkan permainan ini ialah para peserta berasa
seronok semasa bermain permainan tradisional tarik upih ini. Ini amat penting kerana permainan
kami merupakan acara yang terakhir bagi sesi pagi Pertandingan Permainan Tradisional PISMP
semester 5 dimana pada waktu tersebut, semua peserta telah pun keletihan, malah terdapat peserta
yang jatuh pengsan. Namun, para peserta masih mampu berseronok semasa bermain permainan
tarik upih ini selain memberikan penuh kerjasama kepada kami pihak penganjur. Melihatkan peserta
berasa seronok, matlamat kami boleh dikatakan 80% tercapai walaupun dari aspek afektif.
Kelebihan yang ketiga ialah peralatan yang diperlukan bagi menganjurkan permainan tarik upih ini
senang didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Antara alatan yang kami gunakan ialah skitel
dan tepung sebagai penanda kawasan permainan dan lorong peserta, bendera bagi menentukan
kemenangan dan juga upih. Bagi peralatan seperti skitel, dan bendera, kami mendapatkannya di
setor alatan Pendidikan jasmani dan tepung pula kami beli di kedai manakala upih pula kami
dapatkannya secara percuma hasil bantuan daripada bapa angkat ahli kumpulan kami iaitu
Nurainfazillah yang merupakan penduduk dari kampong berdekatan IPG Kampus Darulaman. Selain
itu, kawasan gelanggang bagi permainan ini adalah di atas padang rumput yang lembut sekaligus
mampu mengurangkan risiko kecederaan dan memudahkan peserta untuk menarik pasangannya di
atas upih.
Kelebihan yang terakhir ialah masa bagi permainan ini adalah sangat singkat dan boleh
menjimatkan masa selain tidak memerlukan susun atur jadual perlawanan yang banyak.





KELEMAHAN
Sepanjang permainan ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang timbul. Pertama,
dari segi pengurusan masa. Pada sesi pendaftaran peserta, terdapat segelintir pelajar yang datang
lewat. Ini menimbulkan masalah bukan sahaja kepada pihak urusetia, malahan kepada peserta-
peserta lain juga. Akibatnya, perjalanan pertandingan pada pagi 3 Mei terganggu dan menjejaskan
para peserta sendiri dimana peserta tidak mendapat rehat yang mencukupi dan terpaksa bermain
sehingga ke tengahari dan waktu permainan bagi trik upih ini juga terpaksa disingkatkan.
Kelemahan kedua yang kami dapati daripada pemilihan permainan ini ialah masalah dalam
kumpulan. Maksudnya, bilangan ahli perempuan dan lelaki tidak seimbang diantara setiap
kumpulan. Bagi permainan yang memerlukan kudrat dan tahap kecergasan yang tinggi, masalah
akan timbul apabila ahli perempuan terpaksa menarik ahli lelaki untuk mencukupkan pasangan
bermain seperti yang dinyatakan di atas. Begitu juga apabila terdapat kumpulan yang kesemua
ahlinya merupakan lelaki ataupun sebaliknya, maka keputusan permainan akan menjadi tidak adil.
Selain daripada masalah di atas, masalah saiz badan turut mempengaruhi dan menimbulkan rasa
tidak puas hati dikalangan peserta. Memang mudah bagi ahli yang besaiz badan besar untuk
menarik ahli yang bersaiz badan kecil, tetapi apabila tiba waktu untuk brtukar peranan maka
masalah mula timbul.
Kelemahan yang ketiga pula ialah dari segi kawasan gelanggang. Disebabkan permainan
tarik upih dijadualkan sebagai permainan penutup untuk sesi pagi, 3 Mei 2010 maka kami
sekumpulan telah berpakat pada hari sebelumnya untuk menandakan dahulu kawasan gelanggang
dengan menggunakan batu dan tali. Kawasan gelanggang sepatutnya ditandakan dengan skitel dan
tepung namun setelah mengambil kira banyak faktor dan risiko contohhya, apabila hujan turun dan
kawasan padang menjadi becak, maka akan sia-sialah usaha kami menyiapkan kawasan
gelanggang tersebut. masalah timbul pada hari pertandingan dimana para peserta dengan sengaja
memasuki atau melintasi kawasan gelanggang kami yang telah ditanda dengan tali dan batu tadi
lalu menyebabkan ukuran yang telah dibuat sebelum ini menjadi kucar-kacir. Setiap kali peserta
bergerak untuk bermain permainan tradisional yang lain, mereka akan melintasi kawasan yang
sama sehingga ahli kumpulan kami terpaksa membetulkan semula ukuran yang telah dibuat.



CADANGAN
Penyelesaian adalah perlu bagi mengelak masalah-masalah seperti yang disebutkan
daripada berulang pada masa hadapan. Berikut merupakan antara cadangan penambahbaikan
yang boleh dilakukan oleh pihak pengelola pada masa hadapan iaitu, yang pertama hal berkaitan
pengurusan masa. Pihak peserta mungkin datang lewat pada awal pagi kerana bersarapan, maka
pihak pengelola harus melihat kepada perkara ini dan melakukan sesuatu mengenainya. Sebagai
cadangan, pihak pengelola boleh memberitahu dan menyediakan sarapan kepada peserta di tempat
pertandingan. Bagi peserta yang sengaja datang lewat pula, wujudkan satu peraturan tegas dan
nyatakan di dalam borang peserta bahawa peserta yang lewat mendaftarkan diri akan dibatalkan
penyertaan kumpulannya. Ini akan menyebabkan setiap ahli rasa bertanggungjawab tentang
kumpulan dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja.
Cadangan kedua ialah berkenaan dengan masalah dalam kumpulan. Pihak pengelola
sepatutnya sedar dan harus mengambilkira akan faktor perbezaan individu seperti jantina, saiz dan
bentuk badan peserta. Mungkin peserta tidak patut ditentukan kumpulannnya dan dibiarkan
bertanding mengikut kelas mereka. dengan ini, peserta akan memilih calon yang sesuai dari segi
jantina dan saiz badan sebagai wakil bagi permainan seperti tarik upih ini. Selain itu, pastikan
bilangan ahli wanita dan lelaki adalah seimbang bagi mengelakkan sebarang bentuk bantahan
samada sebelum, semasa dan selepas pertandingan dijalankan.
Cadangan seterusnya ialah berkenaan dengan kawasan gelanggang. Bagi mengelakkan
kawasan permainan dilintasi atau dirosakkan oleh peserta, tandakan pita keselamatan disekeliling
kawasan gelanggang dan letakkan notis atau tanda peringatan yang bertindak sebagai amaran
kepada para peserta melainkan pihak penganjur sahaja
kesimpulannya, sesuatu projek mahupun pertandingan itu memerlukan perancangan yang
rapi dimana ia merupaka elemen terpenting dalam bidang pengurusan terutamanya dalam dunia
sukan. Setiap kelemahan yang timbul selepas sesuatu pertandingan itu harus diperbaiki dimana ia
akan bertindak sebagai sebuah panduan agar perjalanan pertandingan pada masa akan datang
akan berjalan dengan lebih lancar.
################################################################################
###

Anda mungkin juga menyukai