Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH 2021


SK KUNAK 2
TARIKH: 25 OGOS 2021
BIL PERKARA CATATAN
Salutasi
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Salam


SK Kunak 2, Bangkit Cemerlang’.

Yang Berusaha Encik Salim bin Samai,


Guru Besar SK Kunak 2,

Yang dihormati Puan Hjh Zahria binti Saming,


Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang dihormati Encik Amadun bin Sawanun, Penolong


Kanan Kokurikulum

Seterusnya, Yang diraikan Puan Hjh Salbiah binti


Osman, Guru Besar SK Bakapit Lahad Datu, selaku
mantan Penolong Kanan HEM SK Kunak 2 dan Puan
Everilda Stanislaus

Seterusnya barisan guru dan AKP yang dihormati dan


dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis Sanjungan Budi, Lambaian


Kasih sempena pertukaran 2 orang rakan guru yang
dikasihi.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin sekalian,
Bacaan Doa
marilah sama-sama kita menadah tangan memohon
doa agar majlis dikurnia barakah.
Dengan itu, majlis dengan menjemput Al-Fadhil Ustaz
Tn. Hj. Ahmad Shafie bin Mamat untuk memimpin
bacaan doa.
Dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Hj.


Ahmad Shafie atas pimpinan doa itu tadi.
TEKS PENGACARA
MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH 2021
SK KUNAK 2

Ucapan Aluan Tuan-tuan dan Puan-puan,


Guru Besar
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang
Berusaha En. Salim bin Samai, Guru Besar SK. Kunak
2. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru
Besar atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin sekalian,


Yang Dirai
Merpati putih dari Lingga,
Mencari pasangan sampai ke Melaka,
Dirimu tuan laksana zamrud dewangga.
Disimpan bertuah dilepas berduka

Seterusnya, majlis mempersilakan Pn. Hajah Salbiah


binti Osman, mantan Penolong Kanan HEM SK Kunak
2, merangkap Guru Besar SK Bakapit, Lahad Datu
untuk menyampaikan ucapan.
*************UCAPAN**************

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hjh Salbiah


binti Osman atas ucapan yang disampaikan itu
tadi.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Sudah Biasa Kita Dengari


Patah Tumbuh Hilang Berganti
Namun Tak Sama Dengan Yang Ini
Tak Mungkin Ada Galang Ganti.

Seterusnya, majlis menjemput Cikgu Everilda


Stanislaus untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
**********UCAPAN*****************
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada Cikgu Everilda atas ucapan yang telah
disampaikan.

Malam hari berlagu unggas


Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budimu teman dalam ingatan.
TEKS PENGACARA
MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH 2021
SK KUNAK 2

Kain songket cantik kilauan


Ditenun oleh orang kemaman
Tak terbalas budimu teman
Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan.

Tayangan Tuan-tuan dan Puan-puan,


Montaj Kita saksikan seketika tayangan montaj video ini.

Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan,


Cenderahati
Bagi menghargai jasa dan sumbangan insan-insan
yang kita raikan pada hari ini, majlis menjemput Tuan
Guru Besar En. Salim bin Samai untuk menyampaikan
cenderamata. Dipersilakan Pn. Hajah Salbiah binti
Osman dan Pn. Everilda untuk menerima cenderamata
kenang-kenangan daripada pihak sekolah.

*****************
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan
Guru Besar atas kesudian menyempurnakan acara
sebentar tadi.

Penutup Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Usah di simpan di dalam hati.

Buat rakan-rakan guru yang akan pergi meninggalkan


kita di SK Kunak 2 ini,

Jelinglah kami jika rindu masih bertamu


Sapalah kami andai mesra akrab berpadu
Selamat bertugas di tempat yang baharu
Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi langkahmu.

Sekian sahaja, salam hormat, Assalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai