Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PELANCARAN SAMBUTAN

BULAN KEBANGSAAN KE-64 PERINGKAT SK KUNAK 2


______________________________________________________________

01. Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


dan Salam SK Kunak 2 Bangkit Cemerlang. Yang saya hormati Pn Hajah
Zahria binti Saming GPK Pentadbiran, Pn Hajah Salbiah binti Osman GPK
HEM, En Amadun bin Sawanun GPK Kokurikulum, barisan guru SK.Kunak 2
serta semua murid dan warga ibu bapa SK Kunak 2 yang dikasihi sekalian.

02. Penetapan tema “Malaysia Prihatin” sebagai tema Hari Kebangsaan ke-
64 pada tahun ini adalah bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan
ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan pandemik
COVID-19 yang melanda negara sehingga ke hari ini.

03. Semangat “Malaysia Prihatin” ini dizahirkan bukan sahaja oleh mereka
yang bertugas di barisan hadapan, malahan rakyat daripada pelbagai lapisan
masyarakat juga merupakan wira yang tidak didendang. Mereka tampil untuk
memberikan bantuan dan sokongan tanpa mengira kaum dan agama.
Justeru, ini menjadi petanda baik yang membuktikan kita sebagai rakyat
Malaysia boleh bersatu tidak kira di saat susah mahupun senang.

04. Warga SK.Kunak 2 yang dikasihi sekalian,


Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat menjalani kehidupan dalam
keadaan yang aman dan harmoni. Pada hakikatnya, semangat “Malaysia
Prihatin” ini perlu kita semarakkan dalam segenap segi kehidupan
masyarakat, dengan mengukuhkan kembali asas-asas perpaduan,
keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Kita perlu melakukannya
bersama-sama dan dengan keazaman dan usaha yang bersungguh-sungguh.

05. Justeru saya mengajak warga komuniti SK Kunak 2 untuk terus


menyemarakkan keharmonian yang dikecapi selama ini demi Negara yang
tercinta dan sekali gus memartabat agenda untuk memelihara negara yang
makmur dan sejahtera.
TEKS UCAPAN PELANCARAN SAMBUTAN
BULAN KEBANGSAAN KE-64 PERINGKAT SK KUNAK 2
______________________________________________________________
06. Setelah sekian lama kita menikmati kebebasan dan kemerdekaan ini,
amalan mengibar Jalur Gemilang seharusnya sudah dibudayakan dalam
kehidupan seharian kita. Sewajarnya, kita semua dengan rela hati
mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang tahun, tanpa perlu menunggu
adanya program sambutan Bulan Kebangsaan. Apabila kesedaran ini sudah
ada dalam diri setiap orang, maka ia bermakna kita telah berjaya menjiwai
kemerdekaan negara ini.

07. Sebagai seorang guru dan ibu bapa, kita tentu berasa berbangga setiap
kali ada anak-anak kita yang berjaya menjulang nama sekolah dalam bidang
akademik mahupun sukan dan kokurikulum. Terkadang walaupun kejayaan
itu bukan milik anak kita, tetapi kita turut sama bergembira meraikan kejayaan
yang mengharumkan nama SK Kunak 2.

08. Hadirin sekalian, Sedarilah bahawa perasaan yang penuh emosi ini
sebenarnya lahir daripada rasa cinta dan ikhlas kita terhadap keharmonian
masyarakat dan negara. Kita mengenepikan sama ada anak itu berlainan
bangsa atau agama dengan kita. Yang penting, mereka berjaya
mengharumkan nama sekolah sama ada di peringkat daerah, negeri
mahupun kebangsaan.

09. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan
tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus membuat segala
perancangan dan persediaan acara pada hari ini serta program-program bagi
mengisi sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini. Saya berpesan kepada
anak-anak murid di SK Kunak 2 supaya sentiasa bersemangat untuk
menyertai dan melibatkan diri dalam setiap program menarik yang telah
dirancang oleh pihak sekolah.

10. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya dengan ini


melancarkan program Bulan Kebangsaan Peringkat SK Kunak 2 bagi tahun
2021. Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah, assalamualaikum warahamtullahi..

Anda mungkin juga menyukai