Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021


SK KUNAK 2
TARIKH: 11 MAC 2021
BIL PERKARA CATATAN
Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila ambil
tempat tempat masing-masing kerana majlis akan bermula
sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-
tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan
terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Salim


bin Samai, Guru Besar SK.Kunak 2, diiringi oleh Tn. Hj
Hussein bin Ibnu Hassan, Yang Dipertua PIBG SK.
Kunak 2. Hadirin dimohon berdiri.

NYANYIAN Hadirin yang dihormati,


LAGU Marilah sama-sama kita berdiri dan menyanyikan Lagu
NEGARAKU Negaraku.
*************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu
tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Encik Salim bin Samai, Guru Besar SK


Kunak 2,

Yang Berusaha Tuan Hj. Hussein bin Ibnu Hassan,


Yang Dipertua PIBG SK. Kunak 2,

Yang Dihormati, En. Rosman Rayman, Naib Yang


Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kunak 2,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hjh Zahria


binti Saming,
Guru Penolong Kanan HEM, Puan Hjh Salbiah binti
Osman
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Encik Amadun
bin Sawanun,

Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Kunak


2, barisan guru, tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian.
TEKS PENGACARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG 2021
SK KUNAK 2

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya jua maka kita diberikan kelapangan waktu,
dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-
sama berkumpul bagi menjayakan MESYUARAT
AGUNG PIBG Sekolah Kebangsaan Kunak 2 bagi
tahun 2021.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa
marilah sama-sama kita menadah tangan memohon
doa agar majlis dikurnia barakah.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput
dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Tn. Hj. Ahmad
Shafie bin Mamat untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Hj.


Ahmad Shafie atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-
mudahan majlis yang berlangsung akan beroleh
keberkatan dari Ilahi.

Warga dewan yang dimuliakan,


Ucapan Aluan
YDP PIBG Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang
Berusaha Tuan Haji Hussein bin Ibnu Hassan, Yang
Dipertua PIBG SK. Kunak 2. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

**************UCAPAN YDP*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj
Hussein atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
TEKS PENGACARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG 2021
SK KUNAK 2

Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini,


majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
En. Salim bin Samai, Guru Besar SK. Kunak 2 untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
MESYUARAT AGUNG PIBG SK Kunak 2 bagi tahun
2021. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan GB*******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik


Salim bin Samai atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan,


Cenderahati Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa
Jawatankuasa PIBG SK. Kunak 2 sesi 2019/2020, majlis berbesar
PIBG hati menjemput dan mempersilakan
- Perasmi __________________________________________
untuk menyampaikan cenderahati dan sijil
penghargaan. Dipersilakan.

Dipersilakan....

AJK IBU BAPA

1.
2.
3.
4.

AJK GURU:
1.
2.
3.
4.

Penutup Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Saya mewakili AJK PIBG dan warga SK Kunak 2,


merakamkan penghargaan terima kasih kepada tuan-
tuan dan puan-puan atas kesudian meluangkan masa
pada petang ini untuk menjayakan Mesyuarat Agung
PIBG pada kali ini.

MESYUARAT Seterusnya, saya serahkan majlis


AGUNG PIBG kepada_____________________________________
2021 untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK
TEKS PENGACARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG 2021
SK KUNAK 2

Kunak 2 bagi tahun 2021.

Anda mungkin juga menyukai