Anda di halaman 1dari 2

Teks MC Program Perkongsian Amalan Terbaik

Assalamualaikum w/b dan salam sejahtera.

Yang berusaha En. Sawing Anak Kedit,


Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No. 5

Yang dihormati Pn. Saadiah Anak Sila,


Penolong Kanan Satu.
Yang dihormati En. Steward Anak Rayong ,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Yang dihormati Pn. Benetta Adaline Anak Ahtim,
Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Barisan guru, ibu bapa & penjaga serta murid-murid Tahun 6 yang
dikasihi sekalian.

KATA-KATA ALUAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana dipertemukan dalam majlis yang indah


ini. Untuk makluman hadirin sekalian, pihak sekolah telah mengadakan
PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK MURID TAHUN 6 yang telah
dijalankan pada 17 Julai hingga 21 Julai 2017. Sebagai
kesimpulannya, program ini telah berjaya dilaksanakan.

NYANYIAN LAGU

Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,
lagu Ibu Pertiwiku dan lagu Sekolah. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan semua hadiri berdiri dan menyanyikan lagu
dengan penuh semangat.

Lalalalalalalalalalalalalalalalalalala...................

Hadirin dipersilakan duduk. Majlis mengucapkan terima kasih atas


nyanyian sebentar tadi.

BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput cikgu Muhammad Hafiz Bin Hassan untuk memimpin
bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN GB

Hadirin hadirat yang dihormati,

Seterusnya, majlis dengan segala hormat dan penuh takzimnya


mempersilakan Yang berusaha En. Sawing Anak Kedit, Guru Besar SK
Kelapa Sawit No. 5 untuk menyampaikan ucapan sekali gus menyampaikan
Rumusan Program dan Dialog Prestasi Bersama Ibu Bapa Murid Tahun 6.

Dipersilakan.

Begitulah tadi ucapan dan rumusan yang telah disampaikan oleh tuan
Guru Besar SK Kelapa Sawit No. 5.

PENUTUP

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat


sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan
majlis pada pagi ini. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa
yang sudi hadir ke majlis pada pagi ini.

Dengan itu, maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Apa yang
baik itu dijadikan teladan dan yang buruk itu dijadikan sempadan.
Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai