Anda di halaman 1dari 7

PENGALAMAN BERCUTI BERSAMA-SAMA KELUARGA

Nur Alia Nabilah binti Azmi,


No. 39, Jalan Kejora 2,
Taman Kejora Utama,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

4 Januari 2017.

Ke hadapan sahabatku Saidatul Nisha binti Rusdinaidi yang diingati selalu, semoga saudari
sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat walafiat.

Terlebih dahulu, saya dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu
2017 buat saudari sekeluarga. Apakah azam saudari pada tahun ini? Bagi saya, tahun ini merupakan
tahun yang paling penting untuk mencipta sejarah diri sendiri dengan memperoleh pencapaian
cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan datang.

Sahabatku Saidatul Nisha yang diingati selalu,

Isi surat saya kali ini mengandungi cerita tentang pengalaman manis percutian saya
sekeluarga di Tanah Tinggi Cameron. Percutian di kawasan tanah tinggi selama tiga hari dua malam
ini kami lalui pada cuti hujung tahun yang lalu.

Saya menginap di sebuah hotel di Brinchang. Semasa berada di sana, saya telah berkunjung
ke beberapa buah tempat yang menarik. Saya berpeluang melawat Ladang Teh, Ladang Limau,
Taman Ros, Taman Kaktus, Ladang Strawberi, Ladang Bunga, kebun sayur-sayuran dan Hutan Lipur
Tanah Rata.

Tempat yang paling menarik hati saya ialah Ladang Strawberi. Di situ, saya berpeluang
memetik sendiri buah strawberi masak yang segar. Saya juga membeli beberapa bungkus buah
srawberi untuk dibawa pulang. Cuaca di Tanah Tinggi Cameron agak sejuk. Saya berasa seolah-olah
berada di luar negara yang beriklim sejuk. Saya begitu gembira dapat bercuti di sana.

Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudari. Semoga dipanjangkan usia
agar kita berjumpa lagi. Sekian, wassalam.

Sahabatmu yang benar,

Nur Alia Nabilah


PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR

Ahmad bin Samad,


Sekolah Kebangsaan Seri Perli,
Jalan Raja Syed Alwi,
01000 Kangar,
Perlis Indera Kayangan.

26 Mei 2017.

Ke hadapan saudari Nurin Izzrina binti Kamarulzaman yang saya ingati, dengan iringan himpunan doa
semoga saudari sekeluarga berada dalam situasi sihat sejahtera hendaknya. Saya sekeluarga di sini
sentiasa sihat dan ceria.

Saudari Nurin Izzrina yang saya ingati,

Bagaimanakah dengan perkembangan saudari sekarang? Saya kini agak sibuk mengulang kaji
pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Surat
saudari telah selamat saya terima seminggu yang lalu. Terima kasih saya ucapkan atas ingatan
tersebut.

Pada minggu lepas, saya telah mengikuti program Motivasi Kemerlangan Akademik anjuran
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Program ini telah diadakan di Universiti Teknologi Mara (UITM),
Arau.

Melalui program ini, sya telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman yang
berguna. Selain daripada ceramah yang dikendalikan oleh pakar motivasi, kami juga didedahkan
dengan teknik menjawab soalan, tips peperiksaan dan tips pengurusan masa.

Saya pasti bahawa saudari juga ada mengikuti program seperti ini. Saya berharap semoga
kita akan menggapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR itu nanti.

Sampai di sini dahulu untuk kesempatan kali ini. Sehingga kita bersua lagi, sambutlah salam
hormat daripada saya untuk saudari sekeluarga. Wassalam.

Sahabatmu,

Ahmad
PENGALAMAN SEMASA BERADA DI MUZIUM MELAKA

Haikal bin Ramli,


No.23, Jalan Imperium,
Taman Desa Permai,
47610 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

25 Julai 2016.

Ke hadapan sahabatku Lisa, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan
keluarga sihat sejahtera.

Saudari,

Baru-baru ini, saya telah pergi ke Muzium Melaka. Muzium Melaka merupakan
sebuah bangunan yang sangat cantik dan besar. Saya telah mempelajari pelbagai perkara
termasuk asal usul nama Melaka, iaitu daripada nama pokok.

Terdapat juga sebuah bilik pameran yang menunjukkan sumber ekonomi masyarakat
di Melaka. Rupa-rupanya, suatu masa dahulu Melaka merupakan sebuah tempat yang kaya-
raya disebabkan kegiatan perdagangan dengan pedagang asing.

Muzium Melaka juga mempamerkan kebudayaan masyarakat di Melaka dengan


pelbagai tarian keramaian, baju-baju dan sebagainya. Di satu sudut muzium tersebut,
terletak sebuah replika istana tua Melaka. Unik sungguh rekaannya.

Saya juga mendapat banyak maklumat tentang faktor-faktor kejatuhan Melaka dan
negara-negara yang pernah menjajah Melaka.

Saya rasa, sampai di sinilah dahulu surat saya. Akhir kata, saya mengesyorkan agar
saudari juga melawat Muzium Melaka bersama-sama keluarga. Sekian.

Sahabatmu,
Haikal
MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN UPSR

Alisa binti Abdul,


No.2, Jalan Sepah Puteri,
Taman Sri Mawar,
08100 Bedong,
Kedah Darul Aman.

4 Disember 2016.

Menemui sahabatku Anisa binti Karim yang berada di Kampung Kuala Peram, semoga
berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kami sekeluarga sihat sejahtera.

Saudari,

Pada akhir bulan November yang lalu, keputusan UPSR telah diumumkan. Semasa
hendak mengambil keputusan, jantung saya berdegup dengan kencang.
Walaubagaimanapun, perasaan gemuruh mulai reda setelah melihat slip keputusan saya.
Saya telah mendapat 6A!

Saudari tentu dapat bayangkan perasaan ayahanda dan bonda saya pada ketika itu.
Ucapan tahniah tidak putus-putus saya terima daripada guru, rakan-rakan dan ahli keluarga.

Kejayaan ini sebenarnya hasil nasihat dan teguran mereka terutamanya Pak Usu.
Nasihat dan dorongan mereka merupakan inspirasi untuk saya belajar lebih tekun.

Akhir kata, salam mesra dan salam kasih daripada kami sekeluarga.

Sahabatmu,
Alisa
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BANDAR TAIPING

Persatuan Kajian Tempatan,


Sekolah Kebangsaan Sri Selama,
34100 Selama, Perak.
_________________________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sri Selama,
Jalan Sir Chulan,
34100 Selama,
Perak. 7 MEI 2017

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Bandar Taiping

Sukacita saya maklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk pengetahuan tuan, Persatuan Kajian Tempatan ingin mengadakan lawatan


sambil belajar ke bandar Taiping. Taiping mempunyai pelbagai warisan sejarah yang
menarik di negeri Perak.

3. Butiran tentang lawatan sambil belajar adalah seperti:

Tarikh lawatan : 27 Mei 2017 (Sabtu)


Masa lawatan : 7.30 pagi 9.30 malam
Peserta : 44 orang (4 orang guru dan 40 orang murid)

4. Beberapa lokasi lawatan telah kami pilih, iaitu Muzium Perak, Zoo Taiping, Taman
Tasik Taiping, Hutan Kayu Bakau Matang dan Bukit Larut. Bersama-sama ini juga saya
lampirkan salinan atur cara lawatan berkenaan untuk rujukan dan penilaian tuan.

Besarlah harapan saya agar permohonan ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang
sewajarnya daripada pihak tuan. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,


Saidatul Nisha
(SAIDATUL NISHA BINTI ADNAN)
Setiausaha,
Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Sri Selama.
MELAWAT KILANG NANAS

Persatuan Sains,
Sekolah Kebangsaan Sungai Cempedak,
85000 Segamat,
Johor, Darul Takzim.
_________________________________________________________________________

Tuan Pengurus,
Kilang Nanas Sweets Tins
85000 Buluh Kasap,
segamat,
Johor, Darul Takzim 12 MAC 2017

Tuan,

Memohon Kebenaran Melawat Kilang Sweets Tins

Sukacita saya maklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk. Persatuan Sains, Sekolah
Kebangsaan Sungai Cempedak ingin memohon kebenaran untuk membuat lawatan sambil
belajar ke kilang tuan.

2. Seramai 42 orang ahli termasuk dua orang guru pengiring akan menyertai lawatan
ini. Lawatan kami dijadualkan pada hari Khamis, 24 April 2017. Kami dijangka tiba pada
pukul 11.00 pagi.

3. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada pemprosesan dan
pengetinan buah nanas sebagai salah satu eksport utama negara kita.

4. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan maklum balas sebelum 10 April
2017.

Semoga permohonan kami ini mendapat kebenaran tuan. Sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,


Farah Daisuki
(FARAH HAJI DASUKI)
Setiausaha,
Persatuan Sains,
Sekolah Kebangsaan Sungai Cempedak.
MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Persatuan Kajian Tempatan,


Sekolah Kebangsaan Tunku Munawir,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus,
_________________________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tunku Munawir,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan, Darul Khusus 12 FEBRUARI 2017

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Merujuk perkara di atas, salah satu aktiviti Persatuan Kajian Tempatan pada tahun ini ialah
mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Selangor. Tempat-tempat yang akan dilawati
ialah Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Muzium Negeri dan juga Bukit Melawati. Persatuan
juga bercadang untuk melawat ke Putrajaya.

2. Lawatan tersebut akan diadakan pada 26 hingga 27 Februari 2017. Seramai 36


orang murid akan diiringi oleh dua orang guru penasihat, iaitu Cikgu Abdul Razak bin
Hassan dan Puan Rasmin binti Hashim.

3. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan di samping


mengurangkan tekanan murid-murid selepas menduduki peperiksaan akhir tahun dan
peperiksaan UPSR.

4. Saya berharap agar pemohonan untuk mengadakan lawatan ini akan mendapat
maklum balas daripada pihak tuan secepat mungkin. Kerjasama daripada tuan saya dahului
dengan ucapan terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,


Adlina Najwa Afrina
(ADLINA NAJWA AFRINA BINTI ROSLAN)
Setiausaha,
Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Tunku Munawir

Anda mungkin juga menyukai