Anda di halaman 1dari 7

Isnin 21.7.

2014
SOALAN : Kamu dan abang kamu sedang
menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru.
Sedang asyik membuat kerja sekolah tiba-tiba
kamu terdengar satu letupan yang amat kuat.
Apabila kamu menjengok ke luar rumah kamu
dapati rumah jiran kamu Hj. Malik terbakar.
Ceritakan tindakan-tindakan yang akan kamu
ambil untuk membantu memadamkan kebakaran
tersebut.



Ahad 20.7.2014
SOALAN : Kamu dan rakan-rakan kamu sedang
menyiapkan tugasan di Bilik Kemahiran Hidup.
Tiba-tiba salah seorang daripada rakan kamu
tercedera kerana terkena benda tajam. Ceritakan
tindakan-tindakan yang kamu lakukan.

Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan sedang
mengikuti kelas Kemahiran Hidup. Tiba-tiba
seorang rakanku tercedera akibat terkena pahat.
Pada waktu itu, Cikgu Ali iaitu guru Kemahiran
Hidup kami pergi ke tandas.
Justeru, aku terus ke bilik guru untuk
memberitahu guru tentang kejadian itu. Aku
turut mendapatkan peti pertolongan cemas yang
terletak di situ. Kami bergegas ke bilik
Kemahiran Hidup.
Pada mulanya aku menyapu ubat antiseptik
untuk membunuh kuman yang terdapat pada
luka tersebut. Kemudian, aku membalut luka
tersebut mengikut cara yang aku pelajari semasa
aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah
pada tahun lalu.
Selepas itu, aku dan guruku memapah
rakanku ke bilik rehat dan menelefon kedua-dua
ibu bapa rakanku untuk memaklumkan mereka
tentang peristiwa tersebut. Kemudian, kami
membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.
Beberapa minggu kemudian, luka rakanku
semakin pulih. Dia berterima kasih atas
pertolongan yang aku berikan semasa dia
tercedera di Bilik Kemahiran Hidup tempoh hari.
Aku bersyukur kerana luka kawanku tidak serius
dan sudah semakin pulih.
Dia berjanji akan mematuhi segala peraturan
semasa berada di Bilik kemahiran Hidup dan
berhati-hati ketika menggunakan benda-benda
yang tajam semasa pengajaran dan
pembelajaran.

Contoh 2
Ketika kamu dan rakan-rakan bersiap-siap untuk
melakukan aktiviti kokurikulum, tiba-tiba kamu
ternampak asap keluar dari sebuah bilik bangunan
sekolah.
Terangkan usaha kamu untuk memastikan
kemusnahan harta benda dapat dielakkan.

Rangka karangan
Pendahuluan
Aktiviti pada hari Rabu.
-Memasuki pasukan Pengakap.
-Ke kentin untuk minum.

Idea
1)Menuju ke kantin
melalui Blok Bestari
-Ternampak asap hitam
dari atas Block Bestari.
-Blok sudah dijilat api.

2)Perlu bertindak cepat.
-Yakin terdapat
kebakaran di tingkat atas.
-Berlari menuju ke
pejabat sekolah.

3)Cikgu Azmi keluar dari
kereta.
-Menerangkan kejadian
yang berlaku.
-Memberitahu Guru
Besar.

4)Guru Besar melihat
kebakaran.
-Menghubungi pasukan
bomba.
-Murid berhimpun di
kawasan lapang.

Penutup
Bomba tiba 20 minit kemudian.
-Kerja memadamkan kebakaran dimulakan.
-Bersyukur kerana barang penting tidak terbakar.

Mengarang karangan berdasarkan peta minda di
atas.

Tajuk: Sebelum Api Merah Menyala.
Akiviti pasukan beruniform dijalankan pada setiap
hari Rabu, jam 3:00 petang hingga 4:30 petang.
Saya memasuki unit beruniform Pasukan Pengakap.
Sambil menanti aktiviti bermula, saya dan rakan-
rakan menuju ke kentin untuk alas perut.
Dalam pejalanan ke kentin, kami melali Blok
Bestari. Tiba-tiba saya ternampak kepulan asap
hitam di atas Blok Bestari. Saya yakin blok yang
menempatkan pusat sumber sudah dijilat api dan
jika lambat bertindak, satu blok mungkin akan
terbakar.
Nampaknya blok ini dijilat api! Kita perlu
bertindak cepat! saya menuding ke atas. Raju dan
Kim Boon melihat keatas, kemudian mengiakan
kata-kata saya bahawa terdapat kebakaran di
tingkat atas.Tanpa berlengah lagi, saya berlari
menuju ke pejabat sekolah.
Sebelum sampai ke tempat yang dituju, saya
terserempak dengan Cikgu Azmi yang bru keluar
dari kereta Wajanya. Saya menerangkan kejadian
yang saya lihat, kemudian saya bergegas ke
pejabat. Saya ternampak Guru Besar ada di
pejabatnya, lalu saa menerangkan secara cepat dan
tepat kejadian yang berlaku.
Guru Besar terus keluar dari pejabatnya.
Dari pejabat, kami nampak kepulan asap hitam dari
hujung Blok Bestari. Guru Besar segera menelefon
Pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum
mengarahkan murid-murid berhimpun di kawasan
lapang di depan pejabat.
Kira-kira 20 minit kemudin, Pasukan Bomba
dan Penyelamat tiba.Kerja-kerja memadamkan
kebakaran dimulakan. Saya berasa bersyukur
kerana harta benda sekolah seperti buku dapat
diselamatkan daripada musnah dijilat api.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Alas perut - Bermaksud makan sedikit untuk
menahan lapar.

Anda mungkin juga menyukai