Anda di halaman 1dari 10

CONTOH KARANGAN DIARI SEHARI.

Pengalaman Hari Pertama di Sekolah Baharu.


Isnin, 7 Januari 2013
8.00 pagi -

Sudah lebih setengah jam saya bersama ayah duduk di kerusi di depan
bilik Guru Besar. Orang yang ditunggu masih berucap di perhimpunan
rasmi.Hati saya agak gelisah seperti duduk di atas duri.

8.15 pagi -

Guru Besar, Cikgu Razali menghulurkan tangannya kea rah ayah. Mereka
berbual-bual dengan begitu mesra.Kemudian, ayah memperkenalkan saya
kepada Guru Besar.

8.30 pagi Saya dibawa oleh kerani sekolah masuk ke kelas 6 Harapan.Saya duduk
dibarisan tengah, di sebelah Jacinta.Sementara guru kelas menulis
sesuatu, saya sempat bersembang dengan Jacinta.
10.10 pagi Apabila loceng berbunyi, saya bersama Jacinta ke kentin.Selepas
itu, Jacinta membawa saya ke taman sains. Saya berasa seronok melihat
banyak burung dan ayam hutan yang terdapat di taman sains.
11.50 pagi Sementara menanti guru masuk, saya sempat berkenalan dengan muridmurid sekolah ini.Mereka melayan saya dengan baik.Hati saya yang sedih
kerana meninggalkan kawan lama sedikit terhibur.
1.50 tengah hari Rakan-rakan beratur menaiki bas sekolah.Saya melihat kereta
ibusedah tiba.Saya melangkah ke kereta ibu dengan perasaan
gembira.

CONTOH KARANGAN DIARI BEBERAPA HARI.

Air Mata Menyambut Kepulangan.


Selasa, 16 April 2013
Alangkah gembiranya saya apabila saya menerima surat daripada abang long. Abang
long belajar di Universiti Tokyo selama lima tahun dalam bidang Linguistik Bahasa
Jepun. Sudah terlalu lama saya menanti kepulangannya.
Emak meminta saya mengemas bilik abang long.Ayah yang terlalu gembira menelifon
rakan-rakannya untuk bercerita tentang kepulangan abang long.Emak memberitahu
jiran tentang rancangan untuk mengadakan kenduri kesyukuran.
Khamis, 17 April 2013
Pak su yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia telah tiba. Pak su berjanji
akan bersama-sama menyambut kepulangan abang long. Pak su yang sudah bertunang
tidak sabar ingin mengetahui tentang buah hati abang long.
Jumaat, 18 April 2013
Saya kehairanan melihat emak yang tiba-tiba menangis, manakala ayah pula tiba-tiba
murung.Tuk tam dan Nek Ju meminta saya banyak bersabar. Begitu ramai orang
mengunjungi rumah saya seperti ada kematian.
Sabtu, 19 April 2013
Saya bangun awal kerana ingin menjemput abang long. Apabila saya mengatakan tidak
sabar kepada emak, emak menangis.Teka-teki yang menyelubungi perasaan saya
terjawab apabila sebuah kereta jenazah tiba di perkarangan rumah.
Jam 5.15 petang, jenazah abang long yang meninggal dunia kerana terlibat dalam
kemalangan jalan raya di Tokyo di masukkan ke liang lahad. Pada mulanya, saya cuba
untuk bertenang. Akhirnya, saya menangis bersungguh-sungguh.

CONTOH KARANGAN LAPORAN.


Laporan Tahunan Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.
Penaung
Penasihat
Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Ahli Jawatankuasa

:
:
:
:
:
:

En Mohd Zanafi bin Zakaria


Puan Nooraini binti Mohd Ali
Muhammad Irfan Hadi bin Mohd Zanafi
Nur Illya Maisara binti Mohd Zanafi
Nurin Izzaty binti Mohd Zanafi
Azhar bin Seman
Zainal bin Husain
Aslina binti Ahmad
Chan Wei Meng
S. Sundralingam

Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 telah ditubuhkan sejak tahun 1996.
Sepanjang penubuhannya, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk menarik minat ahli terhadap
mata pelajaran Sains. Kelebihannya, Persatuan Sains menjalankan aktiviti pada waktu petang.
Pada tahun 2013, jumlah ahli persatuan ini seramai 128 orang. Menerusi bimbingan guru
penasihat, pelbagai aktiviti diadakan seperti minggu Sains, mewujudkan taman sains, lawatan
sambil belajar ke Pusat Sains Negara, dan melukis mural. Sasaran aktiviti adalah murid-murid
Tahap Dua.
Setiap aktiviti mendapat sambutan yang baik daripada ahli. Pertandingan anjuran
Jabatan Pelajaran Daerah juga kami sertai. Salah seorang daripada ahli kami, Nurul Hidayah
binti Halim telah Berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan mendeklamasikan
sajak berunsur sains.
Bagi memudahkan persatuan menggerakkan aktiviti, setiap ahli dikenakan yuran
tahunan sebanyak RM0.50. Aktiviti lain untuk mengisi tabung ialah jualan kad hari raya. Kami
juga menjual buku-buku terpakai semperna sambutan hari keluarga.
Pada hujung tahun, iaitu 5 November 2013, kami bercadang untuk menganjurkan jamuan
perpisahan. Penaung, guru penasihat, dan semua ahli dijemput hadir. Majlis tersebut
merupakan majlis perpisahan untuk ahli tahun enam.
Kami berasa bangga terhadap kerjasama yang diberikan oleh semua pihak demi
memajukan persatuan ini. Kami berharap agar persatuan ini dapat mengadakan lebih banyak
aktiviti dengan barisan ahli jawatankuasa yang baharu yang bulat hati untuk memajukan
persatuan. Semoga ahli-ahli lebih berminat terhadap pelajaran Sains di dalam kelas.
Laporan disediakan oleh,

______________________
(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)
Setiausaha,
Persatuan Sains,
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.

25 OKTOBER 2013

CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI.

Persatuan Bahasa Malaysia,


Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung,
49300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
________________________________________________________
Pengurus Penerbitan,
Wira Buku,
Taman Seri Gombak,
69100 Bati Caves,
Selangor Darul Ehsan.

6 MEI 2013

Tuan,
Kebenaran Lawatan Sambil Belajar kSyarikat Wira Buku.
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah
Kebangsaan Bukit Beruntung 1 telah merangka satu rancangan untuk mengadakan lawatan
sambil belajar ke syarikat penerbitan tuan yang menerbitkan majalah Cahaya Mataku.
2.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menggelakkan ahli seperti katak bawah
tempurung. Segala pengetahuan tersebut diharap dapat dimafaatkan di sekolah.
3.
Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan butir-butir lengkap untuk makluman
pihak tuan.
Tarikh
:Sabtu, 25 Mei 2013
Waktu
:9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Peserta
:40 orang murid dan empat orang guru pengiring
4.
Walau bagaimanapun, jika tarikh lawatan tersebut tidak bersesuaian, kami tidak
menghadapi masalah sekiranya tuan memindanya kepada tarikh yang lain. Kami berharap agar
pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Kerjasama pihak tuan kami dahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
___________________________________
(MOHD AZRUL BIN MAHADI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.

CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI.


No. 74, Taman Seri Merapoh,
27210 Merapoh,
Kuala Lipis,
Pahang. Darul Makmur.
26 Januari 2011
Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang, semoga
dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Sahabatku,
Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk
menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk
pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan
tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00
malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.
Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya
terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya akan segera bertanya
guru supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya.
Selain itu, ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak
dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima
kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak
menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.
Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam
Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan
Awam Merapoh pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh
berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota.
Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita
akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita
berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya
berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali,
sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga.
Sahabatmu,
.............................
(Khairi bin Zaideen )

CONTOH KARANGAN UCAPAN.


Ucapan Perpisahan Guru
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Ramli bin
Abu Bakar, Yang diraikan dan dikasihi, Cikgu Kamal, guru-guru yang disayangi dan rakanrakan sekalian.
Saya mewakili rakan-rakan sedarjah ingin menyatakan perasaan amat sedih dan pilu
kerana terpaksa berpisah dengan seorang guru yang kami sayangi. Beliau yang saya maksudkan
ialah Cikgu Kamal.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Cikgu Kamal akan menjalankan tugas sebagai pendidik di sekolah baharunya iaitu
Sekolah Kebangsaan Tawau, Sabah mulai minggu hadapan. Kami suka akan sikap Cikgu Kamal
kerana beliau seorang yang baik hati dan bertanggungjawab. Di samping itu, beliau pandai
ambil hati murid-murid di dalam kelasnya. Beliau seorang yang berdedikasi.
Pengorbanan cikgu sungguh besar ertinya kepada kami. Cikgu mengajar kami sehingga menjadi
murid yang cemerlang. Kami boleh membaca dan menulis dalam pelbagai mata pelajaran
dengan baik dan lancar.
Kami berdoa semoga cikgu dapat menjalankan tugas di sekolah baharu dengan lebih
cemerlang lagi. Jangan lupakan kami, anak-anak didik cikgu.
Sekian, terima kasih.

CONTOH KARANGAN UCAPAN.


Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Faedah Bergotong-royong.
Hadirin sekalian,
Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau
mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja
yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.
Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah
dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah
untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain
menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat
pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan
yang murni ini.
Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini.
Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan
perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln
bergotong-royong ini dilakukan.
Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di
negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya
satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama
ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.
Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya
mengundurkan diri dahulu.
Sekian, terima kasih.

CONTOH KARANGAN BERITA.


Seramai 14 Orang Murid Keracunan Makanan
KLUANG, 7 Jun Seramai 14 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu telah
mengalami keracunan makanan. Kejadian telah berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika muridmurid makan nasi lemak di kantin sekolh. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa dihantar ke
Hospital Kluang.
Menurut guru besar sekolah tersebut, Encik Irfan Hadi, pda awalnya hanya tiga awal
murid sahaja yang muntah. Beberapa minit kemudian, jumlah murid yang muntah semakin
bertambah. Tanpa berfikir panjang, beliau melarng murid supaya tidak memakan nasi lemak
yang sudah dibeli.
Murid yang disyaki keracunan makanan telah dibawa kebilik kesihatan. Oleh sebab
kejadian tersebut agak serius, pihak hospital telah dihubungi. Kira-kira 20 minit kemudian,
ambulan telah dating dan mangsa yang seperti ayam berak kapur segera dikejarkan ke hospital.
Tiga orang pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan telah memeriksa kantin
sekolah. Menurut pegawai yang membuat pemeriksaan, keadaan tempat memasak kantin
sangat kotor. Mereka mengarahkan kantin mentup peniagaan selama dua minggu untuk tujuan
pembersihan.
Mangsa yang dihantar ke hospital telah ditahan di wad. Ibu bapa mereka telah dihubungi.
Doktor yang bertugas telak membuat pemeriksaan rapi terhadap setiap mangsa.
Ekoran kejadian tersebut, ramai murid yang bercadang membawa bekal ke sekolah. Cara
ini bukan sahaja dapat memastikan kesihatan terjamin, tetapi dapat menjimatkan wang. Kini,
murid-murid semakin sedar bertapa pentingnya menjaga kebersihan.

CONTOH KARANGAN PERBAHASAN.


Kawan Yang Rapat Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang
adil, barisam pembangkang, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat
sejahtera. Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan perbahasan saya yang bertajuk
Kawan yang Rapat Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan.
Kawan merupakan orang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kita. Seseorang
kawan itu menjadi rapat dengan kita apabila mempunyai hobi, cita-cita, dan cara berfikir yang
sama dengan kita. Sesungguhnya, mempunyai ramai kawan yang akrab lebih banyak
mendatangkan kebaikan kepada kita.
Hadirin yang dimuliakan,
Hujah saya yang pertama ialah kawan rapat dapat membantu kita apabila kita berada
dalam kesusahan. Sebagai contoh, jika kita tertinggal wang saku, kita boleh meminjamkan wang
daripada rakan kita yang rapat dengan kita. Kesannya, kita dapat mengelak daripada berada
dalam keadaan kelaparan, sekali gus mengelak daripada belajar dalam keadaan yang tidak
selesa.
Hujah saya yang kedua ialah kawan yang rapat penting untuk kita bertukar-tukar nota
pelajaran. Malahan, kita dapat membentuk kumpulan belajar yang terdiri daripada rakan-rakan
yang rapat dengan kita. Oleh sebab minat dan impian yang sama untuk berjaya dalam UPSR,
akhirnya 5A dalam UPSR akan menjadi kenyataan.
Hadirin yang dikasihi,
Hujah saya yang ketiga ialah kawan yang rapat dapat menjadi tempat untuk kita
mencurahkan perasaan kerana menghadapi masalah dengan adik-beradik ataupun dalam
pelajaran. Apabila kita dapat luahkan apa-apa yang terbuku dalam hati kita, perasaan kita yang
sakit bagai dihiris dengan sembilu akan hilang.
Berdasarkan hujah-hujah yang diberi, jelaslah kepada kita bahawa kawan yang rapat
lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada kita. Sebelum saya mengakhiri hujah saya ini,
terimalah serangkap pantun yang berbunyi:
Selalulah kita memperteguh persahabatan,
Keakraban terjalin tidak tersasar,
Perlu cerdik memilih kawan,
Pilihlah kawan berjiwa besar.
Sekian, terima kasih.

CONTOH KARANGAN DIALOG.


Dini : Helo, boleh saya bercakap dengan Abu ?
Abu : Helo, Abu di sini. Boleh saya tahu siapa yang bercakap di sana ?
Dini : Saya Dini. Apa khabar ?
Abu : Dini rupanya. Saya sihat. Sudah lama kita tidak berjumpa.
Dini : Ya. Saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan kamu memperoleh keputusan 5A
dalam peperiksaan UPSR yang lalu.
Abu : Terima kasih. Saya bersyukur kerana dapat merealisasikan impian saya dan keluarga.
Saya berpendapat kejayaan ini wajar dikongsi bersama-sama dengan ibu bapa, guru-guru dan
rakanrakan. Bagaimanakah kamu tahu saya mendapat 5A ?
Dini : Petang tadi kawan baik kita Amirul telah memaklumkan kejayaan kamu kepada saya.
Saya berasa bangga dengan kejayaan kamu. Walaupun kamu seorang murid yang aktif dalam
bidang kokurikulum dan menyandang banyak jawatan, kamu tetap cemerlang dalam pelajaran.
Abu : Dini juga boleh berjaya jika ada kemahuan. Walaupun kita aktif dalam bidang
kokurikulum, kita perlu bijak membahagikan masa. Kita perlu mempunyai jadual belajar
sendiri dan memberikan fokus ketika guru yang sedang mengajar di dalam kelas.
Dini : Terima kasih, Abu kerana sudi memberikan nasihat dan panduan berguna kepada
saya.Adakah kamu telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh ?
Abu : Belum lagi. Saya berhasrat untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara. Sekolah ini
menjadi pilihan saya kerana sekolah ini telah melahirkan banyak pemimpin negara.Saya sendiri
bercita-cita menjadi salah seorang pemimpin negara.
Dini : Syabas, Abu kerana mempunyai cita-cita tinggi. Saya berharap kamu akan berjaya
merealisasikan impian kamu itu.
Abu : Saya juga mendoakan agar Dini mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR pada
tahun hadapan.
Dini : Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk berbual dan memberi kata-kata
semangat kepada saya.
Dini : Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai