Anda di halaman 1dari 2

Aku sebuah komputer riba. Aku berjenama Acer.

Aku
berwarna putih.
Aku sebuah komputer yang canggih dan unik
sekali.
Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam.
Kilang tersebut amat besar dan cantik. Aku telah mengenal
banyak kawan di kilang tersebut. Aku dipasang dengan teliti lalu
dimasukkan ke dalam sebuah kotak dengan kenalan baharu aku.
Selepas itu, kotak tersebut diletakkan ke dalam sebuah lori
dengan berhati-hati. Satu jam kemudian, aku dan rakan-rakanku
tiba di sebuah kedai komputer riba. Aku dan kenalan baharu aku
dipamerkan di sebuah almari kaca. Aku berharga RM1499.
Pada satu hari, seorang pemuda menjejakkan kaki ke dalam
kedai tersebut. Dia hendak membeli sebuah komputer riba.
Setelah pilih-memilih, dia terpesona dengan kecanggihan dan
keunikan aku. Justeru, dia membuat keputusan untuk membeli
aku. Dia membayar aku dengan harga yang ditetapkan lalu
membawa aku pulang
ke rumahnya.
Tuan aku bernama Jason. Tuan aku seorang pelajar universiti.
Tuan aku selalu menggunakan aku untuk menyiapkan
tugasannya. Selain itu, tuan aku sering menggunakan aku untuk
medengar muzik di internet buat halwa telinganya. Muzik dapat
menenangkan fikirannya apabila tuan aku menghadapi masalah.
Tuan aku menjaga aku bagai menatang minyak yang
penuh.Tuan aku menghiasi aku dengan pelekat-pelekat yang
berwarna-warni. Setiap kali selepas menggunakan aku, tuan aku
akan memersihkan aku dengan sehelai kain yang lembut. Tuan
aku juga menyimpan aku ke dalam sebuah beg. Aku masih
kelihatan cantik dan bersih walaupun tuan aku telah
menggunakan
aku
selama
2
tahun.

Kini, aku telah menjadi rakan karib tuan aku. Tuan aku
masih sayang akan aku. Aku amat bersyukur kerana mempunyai
seorang tuan yang baik dan penyayang. Mudah-mudahan aku
dapat menemani tuan aku buat selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai