Anda di halaman 1dari 6

FAEDAH MENABUNG (TAHUN 6)

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang berusaha tuan guru besar, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi
ini ialah ‘Faedah Menabung’.

Hadirin sekalian,
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk
keperluan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang
perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan
yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai perkara yang penting pada
masa hadapan.

Hadirin sekalian,
Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan.
Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan
sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka
kekurangan wang dan sebagainya.

Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan
merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan
menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan
sesuka hati.

Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu


peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman
yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu
mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama diidamkan sedangkan
pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk membelinya.

Hadiri yang dihormati sekalian,


Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung
akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan awal
menguruskan wang perbelanjaan. Ini sudah pasti mengelakkan pembaziran kerana
mereka hanya berbelanja untuk perkara-perkara yang betul-betul perlu sahaja.

Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru
kepada rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kerana
banyak faedah yang boleh kita diperolehi daripada amalan ini. Sekian, terima kasih.
MENGHORMATI GURU AMALAN MULIA (TAHUN 6)

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang berusaha tuan guru besar, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi
ini ialah ‘Menghormati Guru Amalan Mulia’.

Hadirin sekalian,
Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang yang berjasa
kepada kita semua. Gurulah yang mendidik kita sehingga kita pandai membaca, menulis
dan mengira. Mereka telah mendidik kita tanpa mengenal erti penat dan lelah agar kita
menjadi insan yang berguna. Mereka juga banyak memberi dorongan kepada kita agar
terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran dan sebagainya.

Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa. Ini kerana
hampir separuh masa seharian kita bersama mereka. Merekalah yang menjaga, memberi
nasihat, tempat kita mengadu dan sebagainya sepanjang kita berada di sekolah.

Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Antaranya mereka sanggup
mengajar lebih masa atau hadir ke kelas tambahan untuk mengajar secara sukarela demi
memastikan kita berjaya dalam pelajaran.

Hadirin sekalian,
Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan sahaja malah haruslah
dibuktikan antaranya dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita berjaya, guru
pasti akan gembira. Doakanlah moga guru-guru kita dilimpahi segala kebaikan seperti
dimurahkan rezeki dan sebagainya.

Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh itu, kita harus
mengingati jasa-jasa mereka dengan menghormati mereka seumur hidup agar kita terus
mendapat keberkatan daripada Allah.

Setakat ini sajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada
rakan-rakan supaya menghormati guru-guru dengan seikhlas hati kerana kejayaan
seseorang itu pastinya hasil daripada didikan para guru.

Sekian ,terima kasih.

FAEDAH-FAEDAH KITAR SEMULA (TAHUN 5)

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang berusaha tuan guru besar, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah "Faedah-faedah Kitar Semula".

Hadirin sekalian,
Pelbagai bahan terbuang seperti tin minuman, surat khabar dan sebagainya boleh
dikitar semula menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh yang demikian, kita
seharusnya tidak membuang bahan-bahan yang telah digunakan tersebut begitu sahaja
untuk mengelakkan pembaziran. Bekas yang diperbuat daripada plastik, kaca atau
alaminium yang telah digunakan boleh dikumpul dan dijual semula untuk diproses
menjadi bahan baharu.

Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung akan
juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Ini akan dapat
mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk berlonggokan di sana-sini yang
menyakitkan mata. Kesannya alam sekitar kita menjadi lebih bersih, berudara segar dan
dapat mengurangkan masalah kesihatan kita semua.

Hadirin sekalian,
Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat
khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak akan membantu
menampung perbelanjaan kita seharian. Kita boleh menyimpan wang tersebut untuk
wang simpanan bak kata pepatah “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”.

Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan kawasan yang
luas bagi tujuan perlupusan sampah-sarap. Dengan kitar semula, kita dapat menjimatkan
ruang kawasan perlupusan sampah. Kawasan itu sebaliknya boleh dibangunkan untuk
perkara lain seperti dijadikan kawasan perumahan dan sebagainya.

Oleh sebab itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barang-
barang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama mengitar
semula bahan-bahan yang kita telah digunakan dengan mengumpul barang-barang
tersebut supaya dapat dikitar semula menjadi bahan yang lebih berfaedah serta dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Sekian, terima kasih.


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PENCEMARAN ALAM
SEKITAR. (TAHUN 5)

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang berusaha tuan guru besar, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah "Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam
Sekitar".

Hadirin sekalian,

Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah


menguatkuasakan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang telah diperuntukkan.
Pihak berkuasa mestilah mengenakan tindakan yang tegas dan berat terhadap pencemar
alam sekitar supaya mereka serik untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen ini
boleh disiarkan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio. Kempen-
kempen ini akan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Hadirin sekalian,

Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab


menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotong-royong dapat membantu orang
ramai menjadi lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.

Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap perihatin dan


bertanggungjawab. Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, mereka
perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat
diambil.

Hadirin sekalian,

Tanggunjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Alam


sekitar yang terpelihara atau dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih selesa
dan sihat.

Sekian, terima kasih.

CARA-CARA MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN JALAN RAYA


(TAHUN 4)

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang berusaha tuan guru besar, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi
ini ialah "Cara- cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya di Negara Kita".

Hadirin sekalian,

Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita dengan
mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti tidak menggunakan
telefon bimbit semasa memandu, mematuhi lampu isyarat dan sebagainya lagi. Ini
kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga keselamatan para pengguna
jalan raya itu sendiri. Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengurangkan
kosentrasi. Ini tentu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum pemanduan. Antara


yang mesti diperiksa ialah tayar, enjin dan lain-lain lagi. Ini kerana banyak kemalangan
yang berlaku akibat kerosakan kereta semasa dalam pemanduan.

Hadirin sekalian,

Pihak-pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat tentang keadaan


struktur jalan raya. Ini kerana, keadaan struktur jalan raya yang teruk juga banyak
menyumbang kepada kemalangan.

Di samping itu, pemandu juga haruslah memandu dengan had laju yang
ditetapkan. Memandu kenderaaan dengan laju boleh menyebabkan kita hilang kawalan
terutama apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak disangka atau mencemaskan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya
sentiasalah berwaspada semasa memandu di jalan raya. Bak kata pepatah, "Biar lambat
asalkan selamat".

Sekian, terima kasih.


“CARA-CARA MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN KANAK-
KANAK”. (TAHUN 4)
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkan
kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya
ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “Cara-cara
memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak”.
Hadirin yang dihormati,
Kanak-kanak seperti kain putih. Terpulanglah kepada cara didikan ibu bapa untuk
membentuk anak mereka. Jika ibu bapa ingin melihat anak mereka minat membaca buku,
maka biasakanlah diri mereka dengan buku-buku. Ibu bapa mestilah memperuntukkan
sejumlah wang pada setiap bulan untuk membeli buku bagi anak-anak mereka.
Penuhkanlah bilik mereka dengan pelbagai jenis buku. Ibu bapa juga boleh membawa
anak-anak mereka ke kedai buku atau ke pameran buku jika berkesempatan.
Selain itu, ibu bapa dan anggota keluarga yang lain juga perlu menjadi contoh
kepada anak mereka dalam semua perkara. Jika anggota sesebuah keluarga suka
membaca buku, maka tidak hairanlah jika anak mereka juga akan suka membaca buku.
Ibu bapa mestilah mengurangkan hobi lain dan serlahkan minat membaca buku atau
majalah agar anak-anak meneladani tabiat suka membaca buku yang ditonjolkan oleh ibu
bapa.
Bagi ibu bapa yang prihatin terhadap perkara ini, mereka bolehlah mengambil
inisiatif untuk menanam minat membaca pelbagai bahan bacaan dalam kalangan anak
mereka. Bacakan buku untuk anak mereka sebelum mereka tidur. Hal ini demikian
kerana anak-anak akan dapat menyimpan perkara terakhir sebelum mereka tidur.
Selain itu, ibu bapa atau orang yang terdekat boleh member hadiah atau pujian
kepada kanak-kanak sebagai galakan. Hal ini akan merangsang minat kanak-kanak untuk
membaca dengan lebih kerap lagi. Hadiah yang diberi semasa menyambut keramaian
seperti hari jadi juga mestilah berupa buku yang menjadi idaman atau kegemaran anak-
anak. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyatakan bahasa ‘jika hendak
melentur buluh, biarlah daripada rebungmya”.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai