Anda di halaman 1dari 2

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua,

para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan

yang dikasihi sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera.

Berdirinya pokok kerana batangnya,

Berdirinya bangunan kerana tiangnya,

Tetapi berdirinya saya pada pagi yang mulia ini tidak lain tidak bukan

untuk menyampaikan syarahan saya yang bertajuk “Langkah-langkah

Menjaga Alam Sekitar”.

Hadirin sekalian,

Dalam mengecapi kemajuan di persada global, pelbagai masalah

timbul di negara kita terutamanya masalah yang berkait rapat dengan

alam semula jadi. Pada hari ini, kita dapat lihat sendiri dengan

pancaindera kita bahawa pencemaran alam sekitar seringkali berlaku.

Persoalannya, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menjaga dan

memelihara alam sekitar?

Antara cara yang boleh dilakukan ialah kita mestilah

membudayakan amalan kitar semula. Contohnya, kita boleh

mengasingkan barang buangan mengikut jenis seperti kaca, kertas dan

tin. Dengan ini, sampah-sarap dapat dikurangkan. Alam sekitar juga akan

menjadi lebih bersih.


Selain itu, pihak kerajaan perlulah mengadakan kempen kesedaran

seperti kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam

dan sebagainya. Dengan ini, masyarakat akan buka mata tentang

pentingnya kepentingan menjaga alam sekitar.

Di samping itu, pihak sekolah haruslah menerapkan nilai menjaga

alam sekitar kepada murid sejak kecil seperti pepatah melentur buluh

biarlah dari rebungnya. Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan

aktiviti menanam pokok, aktiviti mewarna dan sebagainya.

Hadirin sekalian,

Ringkasnya, kebersihan alam sekitar ialah tanggungjawab bersama.

Oleh itu, kita haruslah bekerjasama menjaga kebersihan dan keindahan

alam sekitar agar kehidupan kita sentiasa aman dan harmoni.

Pohon ubi tegak berdiri,

Apatah lagi pohon keladi,

Jika ingin dunia berseri,

Jagalah alam semula jadi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai