Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar.

Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai, tumbuh-tumbuhan,dan bukit-
bukau.Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih
akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita. Alam sekitar yang terpelihara
akan dapat mendamaikan jiwa kita. Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan
tempat tinggal. Selain itu,alam sekitar yang tidak tercemar akan dapat menarik
kedatangan ramai pelancong.

Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam


keseimbangan alam. Tumbuh-tumbuhan mengeluarkan gas oksigen.Gas oksigen ini
diperlukan oleh manusia untuk pernafasan.Haiwan juga memerlukan tumbuh-tumbuhan
untuk dijadikan sumber makanan.

Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal yang


menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan. Kawasan hutan menjadi habitat
pelbagai jenis haiwan seperti harimau, singa dan gajah. Aktiviti pembalakan dan
pertanian perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu
dipelihara. Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita. Lautan yang
terbentang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan. Kita perlu
memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat
terus membiak.

Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran. Alam


sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Alam sekitar yang
terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai