Anda di halaman 1dari 1

Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-tumbuhan,dan bukit-bukau.

Kita
perlu memelihara keseimbangan alam sekitar.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan
kita lebih baik.

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam sekitar yang terpelihara akan dapat
mendamaikan jiwa kita.Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal.Selain itu,alam
sekitar yang tidak tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.

Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam keseimbangan


alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluar kan gas oksigen.Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk
pernafasan.Haiwan juga memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan suber makanan.

Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal yang menghijau
dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai jenis haiwan
seperti harimau,singa dan gajah.Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak
menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu dipelihara.Sungai yang
bersih merupakan sumber air kepada kita.Lautan yang terbertang luas menjadi tempat nelayan
menangkap pelbagai jenis ikan.Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya
pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran.Alam sekitar yang bersih
akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.Alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang
tidak ternilai kepada generasi akan datang

Anda mungkin juga menyukai