Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Gambar di atas menunjukkan kepentingan menjaga alam sekitar. Menjaga alam sekitar merupakan
tanggungjawab kita bersama.

Alam sekitar yang bersih akan menarik para pelancong. Kedatangan para pelancong akan
memajukan sektor perniagaan negara. Selain itu, kita dapat menghirup udara yang segar dan bersih.
Dengan menjaga alam sekitar, pencemaran air dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana sungai
merupakan sumber air kita. Di samping itu, menjaga alam sekitar juga dapat mencantikkan
pemandangan. Sebagai contoh, kita boleh menanam pokok bunga di kawasan perumahan.

Kesimpulannya, kita harus menjaga alam sekitar kerana alam sekitar ialah sumber keperluan hidup
kita.

Anda mungkin juga menyukai