Anda di halaman 1dari 2

Karangan UPSR " Cara-cara menjaga kebersihan dan keindahan tempat tinggal kita"

Karangan Perbincangan

Soalan:

Alam sekitar yang bersih dan indah menjamin hidup kita sentiasa sihat dan ceria.

Bincangkan cara-cara menjaga kebersihan dan keindahan kawasan tempat tinggal kita.

Kebersihan dan keindahan kawasan tempat tinggal kita sememangnya hal yang perlu diberi
perhatian agar hidup kita sentiasa sihat dan ceria. Sekiranya tempat tinggal kita kotor dan tidak ceria
maka masyarakat yang mendiaminya mudah diserang pelbagai penyakit yang berbahaya. Banyak
cara yang boleh kita lakukan agar kebersihan dan keindahan kawasan tempat tinggal kita terjaga.

Untuk menjaga kebersihan dan keindahan tempat tinggal, kita mestilah sentiasa mengamalkan
sikap kerjasama dengan masyarakat yang tinggal di kawasan yang sama. Hal ini demikian kerana
tanpa kerjasama anggota masyarakat maka sukarlah untuk menjaga kebersihan dan keindahan
persekitaran tempat tinggal kita. Amalan bergotong-royong membersihkan dan menceriakan
kawasan taman atau kampung perlu selalu dilakukan.

Selain itu, Semua orang yang tinggal di sesuatu kawasan perlu sentiasa menjaga kebersihan dan
keindahan rumah masing-masing. Setiap orang perlu membuang sampah di tempat yang disediakan
untuk memudahkan pihak bertanggungjawab memungut sampah-sarap dan dibawa ke tapak
pelupusan. Sekiranya hal ini diamalkan, maka sesuatu kawasan tempat tinggal akan sentiasa bersih
dan ceria.

Amalan mengitar semula bahan buangan juga salah satu cara menjaga kebersihan dan
keindahan tempat tinggal. Bahan buangan seperti botol, tin aluminium,kertas dan besi-besi lama
boleh dikitar semula. Bahan-bahan ini boleh kita bawa ke pusat kitar semula. Amalan kitar semula
sebenarnya sangat baik diamalkan kerana selain daripada menceriakan kawasan tempat tinggal kita
ia juga membantu kita menjaga kelestarian alam negara kita.
Penanaman pokok-pokok hiasan juga adalah cara menjaga keindahan kawasan tempat tinggal.
Pokok-pokok hiasan yang hidup subur dan menghijau sudah tentu menyejukkan mata yang
memandang. Hal ini pastinya mewujudkan kawasan tempat tinggal berudara bersih , nyaman dan
ceria.

Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjaga kebersihan dan keindahan tempat
tinggal kita. Walaubagaimanapun pelibatan seluruh anggota masyarakat yang tinggal di sesuatu
kawasan sangatlah mustahak untuk mewujudkan kawasan tempat tinggal yang bersih dan indah.

Anda mungkin juga menyukai