Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan : Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah warisan yang berharga bagi kita semua. Kehidupan kita
bergantung pada keadaan alam sekitar yang baik. Oleh itu, adalah penting untuk
menyedari keperluan kita untuk menjaga alam sekitar bagi menjaga keseimbangan
ekosistem.

Alam sekitar menyediakan sumber daya alam yang penting bagi kelangsungan hidup
manusia. Hutan memberi kita oksigen dan melindungi kepelbagaian biologi. Sungai
dan tasik adalah sumber air yang penting untuk kehidupan manusia dan haiwan. Tanah
yang subur adalah asas pertanian dan penghasilan makanan. Jadi, kita perlu menjaga
alam sekitar agar sumber daya ini tidak habis dipergunakan.

Selain itu, menjaga alam sekitar juga membantu mengekalkan keseimbangan


ekosistem. Setiap makhluk hidup dalam ekosistem mempunyai peranan dan interaksi
yang penting. Jika terdapat gangguan dalam ekosistem, seperti pencemaran air atau
penebangan hutan yang tidak terkawal, kesan negatif akan dirasai oleh semua
makhluk hidup. Oleh itu, kita perlu menjaga alam sekitar untuk memastikan
kelestariannya.

Tindakan kecil seperti membuang sampah dengan betul, mengurangkan penggunaan


plastik, dan menjaga kebersihan sungai dan tasik boleh memberi impak besar terhadap
alam sekitar. Selain itu, penyusunan semula dan pengurusan sumber daya secara
lestari juga penting. Kita perlu mengamalkan penggunaan sumber tenaga yang
mampan dan mengurangkan penggunaan bahan kimia berbahaya.

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, adalah tugas kita untuk menjaga alam
sekitar bagi generasi akan datang. Kita harus membina kesedaran di kalangan
masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan melibatkan diri dalam aktiviti
pemuliharaan alam sekitar. Hanya dengan usaha bersama kita dapat memastikan
kelestarian alam sekitar dan keseimbangan ekosistem.
Punca-punca pemcemaran alam sekitar

Pendahuluan

Dalam meniti kerancakan arus pemodenan pada era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi
yang serba mencabar akal dan minda ini telah membuatkan kita alpa akan tanggungjawab kita
menghargai serta memelihara keindahan alam semula jadi. Dewasa ini, kita boleh lihat hampir
setiap hari buletin di televisyen menyiarkan bencana-bencana alam yang menimpa manusia tidak
kira di dalam mahupun luar negara. Jadi adakah kita sedar bahawa sebahagian daripada musibah
ini berpunca daripada kegagalan kita menjaga habitat alam yang kita diami bertahun-tahun
lamanya. Alam sekitar yang dahulunya merimbun memayungi lapisan bumi semakin lenyap dek
kerakusan manusia.

Punca utama dalam berlakunya pencemaran ini adalah sikap tidak bertanggungjawab individu mahupun
sesebuah organisasi dalam pencemaran. Sebagai contoh, aktiviti ekonomi seperti pembukaan kawasan
perumahan dan perindustrian yang baru diperlukan tetapi, ekosistem sesebuah kawasan tersebut perlu
dipelihara. Penebangan hutan dan penarahan bukit tanpa ada tindakan pemuliharaan seperti penanaman
semula pokok telah menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat mereka. Hal ini menyebabkan berlaku
bencana seperti tanah runtuh dan banjir kilat kerana ketiadaan pokok-pokok yang selama ini menjadi tunjang
utama kekuatan tanah di kawasan tersebut.

Isi 2 Dalam pada itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga antara punca berlakunya pencemaran
yang semakin menjadi-jadi hari ini. Peranan pihak berkuasa dilihat semakin kurang dan pemantauan yang
tidak konsisten menyebabkan ramai individu yang tidak bertanggungjawab membuat onar dan
mengendahkan kedaulatan undang-undang. Intergriti pihak berkuasa perlu dipersoalkan lantaran kes-kes
penerimaan rasuah yang dikaitkan dengan penjawat-penjawat awam. Hal ini berlaku kerana tekanan
ekonomi dan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menawarkan wang haram tersebut hanya kerana
ingin melepaskan diri daripada tindakan undang-undang. Pihak kerajaan sewajarnya lebih menumpukan
perhatian dalam bab kebajikan pegawai-pegawai yang bertugas menegakkan kedaulatan undang-undang
negara.

Isi 3 Pada masa yang sama, antara dimensi lain yang menyebabkan pencemaran ini adalah kelonggaran
dasar atau polisi kerajaan dalam kepentingan alam sekitar. Kerajaan telah mengimplementasikan Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal
pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan daripada pencemaran meliputi pencemaran air,
udara, bunyi, tanah dan laut, Namun pencemaran masih berlaku secara berleluasa. Bak kata peribahasa
Melayu, seperti melepaskan batuk ditangga yang bermaksud perlakuan kerja yang dilakukan secara sambil
lewa. Jikalau kita lihat, kepupusan haiwan semakin menjadi-jadi, pembangunan secara lestari tidak
dilaksana sehinggakan berlaku pencemaran yang memakan diri.

Isi 4 Selain itu, punca pencemaan alam sekitar adalah penggunaan sumber tenaga yang mencemarkan alam
seperti diesel dan bahan bakar yang lain. Faktor perindustrian dan pengangkutan yang bergantung pada
bahan bakar petrol dan diesel menyumbang kepada pencemaran udara dan bunyi. Gas-gas karbon dioksida
yang dilepaskan ke udara oleh kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, dan motosikal secara berlebihan
telah menyebabkan indeks udara berada pada tahap yang membimbangkan bagi kesihatan marhaen dewasa
ini. Pendekatan teknologi dan sistem yang mesra alam perlulah digalakkan agar kita dapat bersama-sama
mencegah pencemaran ini daripada terus berleluasa.

Kesan Pencemaran Kepada Manusia Dan Alam Sekitar

Marcapada ini, nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
global. Pembangunan yang pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan berlaku di
hampir setiap sudut sesebuah negara sehingga menyebabkan pencemaran terhadap
alam sekitar. Dalam dunia yang kaya dengan kajian sains dan teknologi, kebanyakan
manusia memilih untuk mengejar kekayaan daripada memelihara satu-satunya alam
yang kita boleh diami demi generasi masa hadapan. Ketamakan dan kerakusan ini
perlu dihentikan kerana pelbagai bencana alam dan kejadian yang luar biasa telah
berlaku serta meragut nyawa-nyawa yang tidak berdosa. Perindustrian yang tidak
menitik beratkan kesannya terhadap alam sekitar bukan sahaja mengancam planet ini
tetapi juga semua penghuninya termasuklah kita. Oleh yang demikian, penting untuk
kita jelaskan kesan-kesan terhadap manusia dan alam sekitar akibat pencemaran agar
perkara ini dapat diubah dengan tindakan dan kesedaran daripada semua pihak.

Antara kesan utama pencemaran alam sekitar kepada manusia adalah terdedah
kepada pelbagai masalah kesihatan. Salah satu pencemaran yang mengakibatkan
pelbagai masalah kesihatan kepada kita adalah pencemaran udara. Sebagai manusia,
kita bergantung kepada udara untuk membekalkan oksigen yang optimum bagi proses
pernafasan. Apabila udara yang kita hirup dicemari dengan gas-gas kimia yang
berbahaya, kita akan jatuh sakit kerana badan kita tidak boleh memproses kandungan
udara yang telah tercemar.

Di samping itu, pencemaran alam sekitar juga akan mengancam punca rezeki
masyarakat kita khususnya bagi golongan nelayan dan para petani. Hal ini demikian
kerana pencemaran sering kali berlaku di kawasan sungai dan pantai yang merupakan
lokasi pertanian serta penangkapan hasil laut. Tumpahan minyak daripada kapal
komersial di laut akan mencemari hidupan akuatik yang berpotensi menjadi punca
rezeki kepada nelayan-nelayan yang menangkap ikan di laut lepas.
Tegasnya, pencemaran alam sekitar meninggalkan kesan yang teruk seperti nelayan
dan petani hilang punca pendapatan mereka.

Dari sudut alam sekitar pula, pencemaran akan mengakibatkan tragedi bencana alam
berlaku dengan lebih kerap. Saban tahun kita digelumangkan dengan kejadian banjir
kilat dan banjir besar yang menimpa kawasan tertentu. Mangsa akan kehilangan
tempat tinggal, kenderaan dan harta benda dalam sekelip mata sahaja. Jika bencana
ini berlaku pada setiap tahun, mangsa yang terjejas tidak akan mempunyai masa untuk
memulihkan keadaan hidup mereka dan menanggung kerugian sepanjang tahun.

Pada masa yang sama, pencemaran alam sekitar akan mengakibatkan pemanasan
global atau kenaikan suhu bumi. Kerancakan sektor perindustrian dunia yang semakin
pesat telah mencemari kandungan udara di dalam atmosfera sehingga menyebabkan
penipisan lapisan ozon. Kesannya, cahaya matahari yang menembusi atmosfera akan
terus sampai ke permukaan bumi. Selain meningkatkan suhu bumi, pancaran matahari
ini akan mengakibatkan radiasi UV yang boleh menjadi asbab kepada penyakit kanser
kulit dalam kalangan manusia.Natijahnya, pencemaran alam sekitar menyumbang
kepada pemanasan global dan kenaikan suhu bumi.
Sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang
semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai
permasalahan yang mengancam khazanah negara kita iaitu alam sekitar. Kekayaan flora dan
fauna yang dimiliki negara kita seperti kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air semakin
diancam pencemaran dek kerana pembangunan sosioekonomi yang berlangsung bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Kesan daripada kecuaian manusia mengejar kekayaan tanpa
memikirkan akibat terhadap alam sekitar telah menyebabkan insiden atau bencana berlaku yang
mengancam nyawa manusia. Justeru, kita perlu sedar bahawa demi kelangsungan tamadun
manusia sejagat dan habitat yang kita huni, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu
menjadi agenda utama pada masa kini.

Perkara utama dalam mendepani cabaran yang melibatkan setiap pihak adalah bermula dengan
polisi yang digunakan oleh negara serta mampu menjadi model kepada negara serantau. Sebagai
pihak berkuasa, anjakan paradigma perlu diambil bagi memastikan kemajuan masyarakat
tempatan berlaku dari semasa ke semasa. Penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui
wajar diperkenalkan dan diperkasa dalam industri-industri yang berisiko mengancam
pemeliharaan alam sekitar di negara ini.

Langkah alternatif yang boleh dilakukan dalam membuka mata masyarakat tentang isu ini adalah
dengan melaksanakan kempen secara konsisten. Apabila pihak berkuasa mula mengorak langkah
yang jitu dalam menjaga kekayaan alam sekitar negara, media massa perlu memainkan peranan
penting untuk menyampaikan mesej kepada setiap golongan masyarakat. Semua pihak perlu
mengkaji dan mengaplikasikan norma masyarakat umum pada masa ini yang menggunakan
media sosial sebagai medium utama dalam komunikasi antara satu sama lain.
Selain itu, langkah-langkah untuk menjaga alam sekitar yang boleh disertai oleh ahli masyarakat
adalah melakukan aktiviti sukarelawan membersihkan kawasan sekitar. Persis kata peribahasa,
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Hal ini demikian kerana masih terdapat segelintir pihak
yang tidak bertanggungjawab membuang sisa-sisa yang tidak sepatutnya ke dalam sungai atau
laut. Pemerkasaan undang-undang juga mungkin tidak diendahkan atau meninggalkan kesan
kepada mereka. Oleh itu, kita sebagai warganegara yang cinta akan negara seharusnya
menyertai aktiviti-aktiviti sukarelawan yang berusaha membersihkan kawasan yang dicemari
seperti kawasan sungai dan pantai. Pencemaran sampah dan sisa lain yang sering berlaku di
negara kita perlu diambil serius oleh semua pihak.
Program dan aktiviti yang disertai dalam pemulihan alam sekitar di tempat tinggal atau
sekolah.

Gambar

Isi Kandungan
1. Pengenalan kepada Alam Sekitar
2. Punca-punca pencemaran alam sekitar
3. Kesan-kesan pencemaran alam sekitar
4. Pemulihan alam sekitar
5. Program dan aktiviti yang telah disertai.

Pengenalan Diri
Nama Penuh
No K/P
No keahlian Puteri Islam : SKRJ/279/2022
Umur
Jantina
Alamat
Sekolah
Tahun
Nama Bapa
Nama Ibu
Bilangan adik beradik
Hobi
Cita-cita
Moto Hidup

( Gambar diri, keluarga dan rakan-rakan puteri )

Anda mungkin juga menyukai