Anda di halaman 1dari 2

Faktor Pencemaran Alam Sekitar dan Langkah Mengatasinya.

    "Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya
daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat
menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar
merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus globalisasi,
setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset
pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Oleh yang
demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca berlakunya alam sekitar dapat
dibejat.

   Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan kepada tiga perkara iaitu pencemaran udara,
pencemaran air dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara nyata memberikan heterogen impak
kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus dihumban ke dalam punca utama
aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul ghalibnya akan menyekat aliran air
lantas menyumbang kepada takungan air. Hal ini berpotensi menyebabkan banjir kilat. Selain itu,
sisa toksik dan minyak daripada kilang menyebabkan ekosistem organisma marin terganggu
apabila disalurkan ke sungai atau laut. Lebih ruwet lagi, pencemaran air memberikan kesan
yang eksplisit terhadap kesihatan manusia kerana hal ini seolah-olah menjadi medium penyebar
penyakit-penyakit seperti taun dan juga denggi. Ironinya, semua golongan harus mengenepikan
sifat nafsi dan mulalah menjaga alam sekitar.

   Tambahan lagi, minda manusia berjiwa rakus seperti golongan pemaju perumahan masih
dangkal kerana asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini menyebabkan pencemaran
udara. Hal ini kerana, semakin banyak pokok-pokok ditebang bagi memberikan medan kepada
kemajuan sektor pembangunan. Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang
dibebaskan oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana populasinya kian
merudum. Proses perumahan di kawasan lereng bukit juga harus dihentikan kerana menyoroti
peristiwa lampau, tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 menjadi indikator yang
jelas bahawa hal ini tidak harus dimanifestasikan.

   Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan pencemaran bunyi.
Hal ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan perindustrian. Banyak aduan yang
disiarkan di media apabila ketenteraman penduduk diakui terganggu dengan bunyi bising yang
terhasil daripada pengilangan berskala besar seperti kilang kelapa sawit dan sebagainya.
Rentetan daripada itu, asap yang dibebaskan tanpa tapisan menyebabkan pencemaran
pencemaran udara yang izhar. Oleh yang demikian, pengusaha kilang harus bersifat inovatif
dan pragmatis agar pencemaran tersebut dapat dikekang.
  
Namun begitu, sekiranya pencemaran-pencemaran tersebut terus menggugat keindahan alam
sekitar, kita haruslah memikirkan mangkin yang efektif agar pidana ini tidak bermaharajalela.
Langkah yang boleh diambil adalah proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang berterusan.
Cara ini dapat meningkatkan kandungan gas oksigen dalam udara selain kelebihan menahan
tanah daripada runtuh sekiranya penanaman di lereng-lereng bukit dilakukan secara progresif. Di
samping itu, pemaju perumahan yang masih tegar menjalankan projek di kawasan yang tidak
diluluskan harus menjalani hukuman berat. Hal ini bagi memartabatkan kesedaran mereka
bahawa alam sekitar amat penting. Bagi memastikan langkah ini menjadi, pihak berkuasa
tempatan harus melakukan observasi dengan kerap. Sekiranya pihak berkuasa tempatanlah yang
menjadi petualang dengan menerima suapan, maka benarlah pepatah, "harapkan pagar, pagar
makan padi". Mereka harus dihukum.

   Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan keindahannya.
Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit untuk tegar menjadi evasif.
Seharusnya, kita hendaklah mengetahui bahawa jika alam sekitar terus dicemari, generasi akan
datang akan kehausan signifikan alam sekitar terhadap masyarakat di dunia.

Anda mungkin juga menyukai