Anda di halaman 1dari 2

Bahagian C : Rumusan [ 30 markah ]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang


mengotorkan alam sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa
ini, era pemodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi
dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa
tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.

Pada kebiasaannya manusia sering kali melakukan pencemaran alam sekitar dalam
keadaan sedar ataupun tidak seperti udara, air, tanah, bunyi dan radiasi. Kesan terhadap
pencemaran alam sekitar sudah pun disebarkan melalui media massa. Terdapat individu yang
mengambil mudah tentang aspek kebersihan lalu membuang sampah ke dalam sungai yang
akan menyebabkan sungai dipenuhi dengan sampah sarap lalu sungai menjadi kotor. Selain
itu, perbuatan membuang puntung rokok ke dalam semak pula akan menyebabkan kebakaran
yang boleh mencemarkan udara.

Minda manusia berjiwa rakus seperti golongan pemaju perumahan yang asyik
memikirkan keuntungan dengan menebang pokok-pokok bagi memberikan medan kepada
kemajuan sektor pembangunan. Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang
dibebaskan oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana populasinya kian
merudum. Proses perumahan di kawasan lereng bukit juga harus dihentikan kerana tragedi
tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 menjadi indikator yang jelas bahawa hal ini
tidak harus dimanifestasikan. Malahan, sikap pekerja di sektor pertanian dan industri juga
boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Terdapat segelintir pekerja di sektor pertanian
yang membuang sisa racun rumpai ke dalam sungai dan perbuatan ini boleh menyebabkan air
sungai tercemar.

Kesan pencemaran alam sekitar yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan
oleh seluruh warga dunia ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah
hijau. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang
terkumpul di dalam udara yang menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu
bumi meningkat. Kesan seterusnya berlakunya pencemaran alam sekitar ini menyebabkan
terbentuknya hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan
nitrogen oksida dengan air hujan.

Kesimpulannya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi


pencemaran terhadap alam sekitar seperti penguatkuasaan undang-undang, kempen-kempen
kesedaran, pameran yang berkaitan dengan alam sekitar dan sebagainya. Namun, usaha-usaha
kerajaan itu ibarat mencurah air ke daun keladi tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan
masyarakat di negara ini.

(Sumber:http://khairulhshm.blogspot.com/2015/04/
karangan-tentang-pencemaran-alam-sekitar.html?m=1)

Bahan 2

Anda mungkin juga menyukai