Anda di halaman 1dari 11

HASIL KAJIAN

8.1 KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

8.2 JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR

a) PENCEMARAN UDARA Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.

b) PENCEMARAN AIR Hampir semua aktiviti yang di lakukan memerlukan air. Dalam erti kata lain, air merupakan keperluan asas yang amat penting . Pada suatu masa dahulu punca-punca air bersih boleh diperolehi dari sungai dan tasik. Selain diperolehi dari dua punca utama ini, air juga boleh diperolehi dari air mata air atau lebih dikenali sebagai air bumi. Tapi malang sekali punca air bersih pada masa sekarang amat sukar diperolehi kerana berlakunya pencemaran. Bila pencemaran air berlaku maka sukarlah untuk kita menggunakan air secara terus seperti suatu masa dahulu, sebaliknya air kini perlu dirawat dahulu sebelum selamat digunakan. Air yang telah tercemar ini akan berubah sifatnya dari segi fizikal, kimia dan biologinya. Air tidak menjadi jernih lagi seperti asal akibat hadirnya bahan-bahan koloid tidak tulen seperti besi dan mangan dan juga kehadiran bahan-bahan organik yang terhasil akibat dari pereputan tumbuh-tumbuhan. Air yang tercemar ini sangat berbahaya bukan hanya kepada manusia tetapi juga terhadap ekosistem.

c) PENCEMARAN TANAH Pencemaran tanah adalah keadaan dimana bahan kimia buatan manusia masuk dan mengubah lingkungan tanah alami. Pencemaran ini biasanya terjadi kerana kebocoran limbah cair atau bahan kimia industri atau fasilitas komersial penggunaan pestisida, masuknya air permukaan tanah tercemar ke dalam lapisan sub-permukaan, kecelakaan kendaraaan pengangkut minyak, zat kimia atau limbah, air limbah dari tempat penimbunan sampah serta limbah industri yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi syarat (illegal dumping). Ketika suatu zat berbahaya/beracun telah mencemari permukaan tanah, maka ia dapat menguap, tersapu air hujan atau masuk ke dalam tanah. Pencemaran yang masuk ke dalam tanah kemudian terendap sebagai zat kimia beracun di tanah. Zat beracun di tanah tersebut dapat berdampak langsung kepada manusia ketika bersentuhan atau dapat mencemari air tanah dan udara di atasnya.

d) PENCEMARAN BUNYI Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. Sumber kebanyakan bunyi di luar rumah adalah sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api. Perancangan bandar yang lemah menimbulkan pencemaran bunyi, kerana bangunan kilang dan rumah kediaman bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman.

8.3 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN BUKIT RAHMAN PUTRA

a) PERKILANGAN Industri perkilangan yang berlaku di kawasan Sungai Buloh adalah satu punca terbesar berlakunya pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran bau. Asap yang dikeluarkan dari kilang-kilang tersebut telah mengeluarkan gas karbon dioksida gas-gas berbahaya lain yang boleh menipiskan lapisan ozon. Asap yang dikeluarkan juga boleh memudaratkan kesihatan manusia dan juga menyebabkan pelbagai penyakit seperti lelah dan sebagainya.

b) KENDERAAN Pencemaran udara yang berlaku di sekitar Bukit Rahman Putra juga disebabkan oleh Asap yang dikeluarkan dari kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan sebagainya. Bukan sahaja asapnya yang berbahaya, malah boleh meningkatkan suhu udara kawasan tersebut.

c) RACUN SERANGGA/RUMPAI Pencemaran tanah yang berlaku di kawasan Bukit Rahman Putra adalah disebabkan penyemburan racun serangga yang kebiasannya dijumpai di kawasan perniagaan pokok bunga. Contohnya nursery bunga di sekitar Bukit Rahman Putra atau di sekitar Kampung Melayu, Sg. Buloh.

d) PERNIAGAAN Sampah sarap yang dibuang merata-rata di kawasan perniagaan seperti di BRP1 yang sering dilakukan terutamanya semasa bulan ramadhan telah mengundang bau busuk dan pemandangan persekitaran yang kotor kerana para peniaga yang tidak bertanggungjawab. Ia telah mengundang rasa ketidakselesaan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan tersebut.

KESIMPULAN Penduduk Bukit Rahman Putra perlulah lebih peka terhadap alam sekitar. Kita harus prihatin terhadap kawasan Bukit Rahman Putra ini kerana punca-punca berlakunya pencemaran-pencemaran ini adalah disebabkan oleh kita sendiri. Sikap cinta akan alam sekitar juga harus diterapkan dalam diri masing-masing tidak kira tua atau muda supaya kita dapat hidup dalam keadaan sihat dan bebas dari pencemaran yang membahayakan kesihatan.

8.4 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN BUKIT RAHMAN PUTRA

a) JEREBU Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Kejadian jerebu kerap berlaku di kawasan Bukit Rahman Putra kerana kawasan tersebut adalah kawasan perindustrian. Bukan itu sahaja, jerebu juga berpunca daripada asap yang keluar dari kenderaan bermotor dan pembakaran terbuka. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. Ia juga menyebabkan cuaca kering dan panas berpanjangan.

b) AIR TERCEMAR Sungai Buloh merupakan salah satu kawasan yang mempunyai bukti air tercemar. Ini kerana tindakan masayarakat itu sendiri yang membuang sampah ke dalam sungai dan limpahan sisa toksik dari kilang perindustrian. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air atau meminum serta menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

c) HIDUPAN AKUATIK TERANCAM Hidupan akuatik di kawasan kajian amat terancam kerana perbuatan tidak bermoral sesetengah pihak. Ini juga adalah kerana sikap masyarakat Bukit Rahman Putra yang mengamalakan sikap tidak endah akan perbuatan mereka. Haiwan yang hidup di dalam air tersebut akan mati apabila termakan bahan beracun daripada sumber yang tercemar ini. Hidupan akuatik yang lain juga akan terkena kesannya. Jika kita tidak bertindak sekarang, tidak mustahil generasi akan datang tidak akan berpeluang melihat hidupan-hidupan akuatik yang ada di muka bumi ini.

d) BAU BUSUK Bau busuk yang datang dari tapak pelupusan sampah yang bertempat di sekitar Bukit Rahman Putra telah mengundang ketidakselesaan penduduk Bukit Rahman Putra. Ini adalah disebabkan kawasan tapak pelupusan sampah tersebut adalah terbuka dan tidak mempunyai sistem yang berkualiti. Udara yang berbau busuk juga mengundang haiwan seperti lalat ke kawasan restoran atau gerai-gerai makanan.

e) SUHU MENINGKAT Suhu yang meningkat di sekitar kawasan kajian terutamanya Sg. Buloh dapat dirasai kerana kawasan tersebut sedang rancak dibangunkan. Banyak pokok ditebang untuk membuat bangunan atau kawasan perumahan. Ini menyebabkan oksigen tidak dapat dihasilkan lantas meningkatkan suhu udara. Ini juga menyebabkan demam panas terutama sekali kepada bayi yang baru lahir.

KESIMPULAN Penduduk Bukit Rahman Putra perlulah menjaga alam sekitar daripada sebarang pencemaran dengan baik. Kesan buruknya kepada Bukit Rahman Putra dan juga kepada kita sendiri mungkin akan menjadi lebih teruk jika tidak dibendung dari awal. Oleh itu, kita sebagai penghuninya perlu mempunyai sikap mengambil berat terhadap alam sekitar, kasih sayang, prihatin, bersyukur akan sumber semulajadi yang diberi dan berbagai lagi sikap-sikap positif yang lain.

8.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN BUKIT RAHMAN PUTRA

a) MENGADAKAN KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR - Pihak Jabatan Alam sepertiSekitar perlu mengadakan kempen cintai alam sekitar di sekolah. Selain itu, pihak berkuasa perlu menasihati para pelajar supaya mencintai alam sekitar. Seterusnya, pihak sekolah perlu menubuhkan Kelab Pencinta Alam Sekitar. Akhir sekali, pihak sekolah juga perlu menyediakan tong sampah kitar Semula supaya mudah untuk pelajarmengitar semula barang buangan seperti tin, botol, botol kaca, plastik dan kertas.

b) PELAJARAN MENGENAI ALAM SEKITAR - Pihak berkuasa perlu memasukkan tajuk mengenai alam sekitar ke dalam buku teks seperti pelajaran Geografi, Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dan sebagainya. Dengan cara ini, para pelajar dapat mempelajari kepentingan alam sekitar serta keburukan pencemeran alam sekitar.

c) PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG - Pihak berkuasa perlu menguatkuasa undang-undang yang berkaitan alam sekitar. Pihak yang bertanggungjawab di kawasan Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh, Selangor ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Pihak MBSA perlu sentiasa memantau keadaan alam sekitar di kawasan penjagaannya. Jika ada yang melanggar undang-undang, mereka patut dikenakan denda yang berat. Dengan cara ini, semua orang tidak akan berani melakukan perkara yang boleh mencemarkan alam sekitar.

d) PETROL TANPA PLUMBUM - Kerajaan perlu menyediakan petrol tanpa plumbum seperti petrol 95 dan 97. Kebanyakan penduduk di kawasan Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh, Selangor, menggunakan petrol pada kenderaan untuk pergi ke tempat kerja ataupun pergi beriadah bersama keluarga. Dengan cara ini, ia boleh mengurangkan kadar pencemaran dengan sungguh efektif.

KESIMPULAN Kita perlulah mencuba sedaya upaya mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar agar dapat membendung masalah pencemaran ini pada masa hadapan. Sikap sayang pada bumi boleh menyelamatkan bumi dari kemudaratan.

Anda mungkin juga menyukai