Anda di halaman 1dari 6

8.1KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR 1.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Contohnya : Pembuangan sampah seperti plastik, kaca, bahan kimia dan seumpamanya ke dalam sungai boleh mengakibatkan sungai tercemar. Begitu juga pembuangan atau pelepasan asap dari kenderaan bermotor boleh mencemarkan udara manakala pembuangan sampah domestik ke merata tempat akan menyebabkan pencemaran bau dan mengalakkan pembiakan kuman serta berbagai jenis penyakit. 2. Pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan. Contohnya : Pembuangan sisa-sisa toksid dari kilang kelapa sawit ke sungai akan mengakibatkan hidupan akuatik di tempat tersebut terjejas dan pupus. 8.2JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR Pencemaran air berlaku apabila berl aku perubahan keadaan di suatu tempat penampungan air seperti danau, sungai, laut dan air tanah akibat daripada aktiviti manusia. Namun begitu, perubahan kualiti air yang disebabkan oleh fenomena alam seperti gunung berapi tidak dianggap sebagai pencemaran. Pencemaran air akan menyebabkan peningkatan kandungan nutrien yang mengarah kepada berlakunya eutrofikasi. Eutrofikasi merupakan masalah alam sekitar yang disebabkan oleh limbah fosfat khususnya di dalam ekosistem air tawar. Hal ini berlaku kerana kandu ngan nutrien di dalam ekosistem air melebihi tahap yang sepatutnya. Air dikatakan sebagai eutrofik apabila kepekatan total phosporus (TP) di dalam air berada pada paras 35 -100 g/L Pencemaran tanah adalah keadaan di mana bahan kimia buatan manusia masuk dan merubah persekitaran tanah semulajadi. Pencemaran ini biasanya terjadi kerana kebocoran air kumbahan atau bahan kimia industri atau kemudahan komersial; penggunaan pestisid,

kemasukan air permukaan tanah yang ttercemar ke dalam lapisan sub-permukaan, kemalangan kenderaaan pengangkut minyak, zat kimia, atau limbah; air limbah dari tempat penimbunan sampah serta kumbahan industri yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi syarat .Pencemaran tanah ini akan memberi impak yang negatif kepada kesihatan manusia. Kromium yang terdapat di dalam pestisid dan herbisid merupakan bahan karsinogenik untuk semua populasi. Ia sangat berbahaya kepada kanak-kanak kerana dapat menyebabkan kerosakan otak, serta kerosakan ginjal pada seluruh populasi. Pencemaran udara berlaku apabila terdapat satu atau lebih kandungan fizik, kimia dan biologi di atmosfera dalam jumlah yang akan membahayakan kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan, mengganggu estetika dan keharmonian atau merosak properti. Punca pencemaran udara dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pencemar primer dan pencemar sekunder. Pencemar primer ialah bahan pencemar yang terhadil secara langsung dari punca pencemaran udara. Karbon monoksida adalah salah satu contoh pencemar primer. Pencemar sekunder pula ialah bahan pencemar yang terbentuk hasil daripada reaksi pencemar-pencemar primer di atmosfera. Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai kerana memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran. Secara saintifik, ia didefinisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa.Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil perhatian secara serius namun ia juga memberi kesan buruk terhadap dunia pada masa kini. Pencemaran bunyi berpunca daripada kenderaan, perindustrian, pembinaan, persekitaran dan sebagainya.

8.3PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR KENDERAAN Pada dunia yang semakin moden ini, hampir setiap masyarakat menggunakan pengangkutan pada setiap hari untuk melakukan aktiviti harian. Tapi kita perlu ingat bahawa asap yang terhasil daripada kenderaan juga menjadi punca dan penyumbang utama dalam pencemaran udara. Hampir kesemua kenderaan yang bermotor akan menggunakan tenaga yang banyak

dan majoritinya akan dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, sekaligus mampu menghasilkan bunyi bising dan asap yang akan kesan negatif pada masyarakat setempat. PEMBAKARAN TERBUKA Tidak dinafikan pembakaran terbuka juga mampu menjadi penyumbang kepada pencemaran udara yang semakin kritikal pada akhir-akhir ini. Sebagai contoh ada pihak membakar hutan untuk dijadikan projek penanam semula. Ini sebagai zahirnya adalah baik pada pandangan mata kasar manusia. Tetepi hakikat disebaliknya ini adalah satu aktiviti yang mampu menjadi punca pada pencemaran udara dengan membakar hutan. PERLOMONGAN Buangan dari perlombongan permukaan dan bawah tanah yang aktif antara faktor lain bagi pencemaran air bawah tanah.Serapan air melalui lombong bawah tanah , menghakis logam toksik dari bijih dan bahan mentah yang terdedah.Pengoksidaan dan perturasan bagi lombong arang batu menghasilkan sebatian tinggi Fe dan S serta pH yang rendah dalam air bawah tanah. SAMPAH SARAP Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Tindakan tidak bertanggungjawab penduduk terutama penghuni perumahan setinggan yang membuang sampah sarap telah menyebabkan pencemaran air yang serius. SISA DOMESTIK Air kumbahan dari kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan setinggan sering dialirkan ke sungai yang berhampiran. Penggunaan tandas tradisional yang menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan najis juga menyumbang kepada pencemaran air sungai. 8.4KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR JEREBU

Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan,pneumonia dan penyakit paru-paru. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka. HUJAN ASID Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesanya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. PENYAKIT(KESIHATAN MANUSIA) Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru dan keupayaan bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan. HIDUPAN AKUATIK TERANCAM Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemaran organik serta peningkatan keledak dalam air . Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat kelautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar

mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama-kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk manusia. KEROSAKAN TANAH DAN KUALITINYA Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkutan menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayursayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang. 8.5CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR ~Penggunaan petrol tanpa plumbum Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan. ~penguatkuasaan undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana -mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya. ~Kempen Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati

supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang. ~Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.

Anda mungkin juga menyukai