Anda di halaman 1dari 3

KEPENTI

NGAN
PAYA
BAKAU
Apakah itu paya bakau

 Hutan paya bakau terletak di kawasan air di tepi laut.


Hutan paya bakau menyumbang kepada ekonomi
dengan sumber lautnya yang kaya serta kayu yang
bermutu tinggi, menyelamatkan harta benda dan nyawa
dengan menghalang proses hakisan pantai dan menapis
bahan cemar dari laut dan sebaliknya. Namun, desakan
pembangunan membuatkan kawasan ini menjadi
rebutan untuk ditimbus kembali atau dijadikan kawasan
akuakultur. Akibatnya, banyak kawasan hutan bakau
musnah.
MENGAPAKAH PAYA BAKAU PERLU
DI PELIHARA DAN PULIHARA???
 Pokok bakau yang hidup di kawasan berpaya tepi pantai melindungi ekosistem
hidupan akuatik kerana ia menjadi habitat bagi udang, ikan dan ketam termasuk
haiwan lain seperti kera serta burung.
 Kelebihan lainnya, pokok ini juga bertindak sebagai penampan semula jadi bagi
mencegah hakisan kawasan pesisiran pantai akibat ombak, angin dan arus.
Peranan pokok bakau dalam menjaga keseimbangan ekosistem dan
menstabilkan kawasan pantai amat penting untuk dikekalkan serta dipelihara.

 Sifat daun pokok bakau yang menyerap dan memerangkap habuk di udara dapat
mengurangkan pencemaran udara. Lazimnya di tapak pembinaan habuk tanah
berterbangan di udara menyebabkan udara yang dihirup tidak selamat kepada manusia,
tetapi dengan adanya pokok bakau habuk tanah tersebut diserap dan dijatuhkan ketanah
semula dan seterusnya ke sungai berhampiran ketika hujan turun.

Anda mungkin juga menyukai