Anda di halaman 1dari 3

Hutan paya bakau terletak di kawasan air di tepi laut.

Hutan paya bakau menyumbang kepada ekonomi dengan


sumber lautnya yang kaya serta kayu yang bermutu tinggi, menyelamatkan harta benda dan nyawa dengan
menghalang proses hakisan pantai dan menapis bahan cemar dari laut dan sebaliknya. Namun, desakan
pembangunan membuatkan kawasan ini menjadi rebutan untuk ditimbus kembali atau dijadikan kawasan
akuakultur. Akibatnya, banyak kawasan hutan bakau musnah.
Hutan paya bakau di Malaysia
Hutan paya bakau di Malaysia seluas 637,164 hektar di mana 70 peratus daripadanya (446,000 hektar) diwartakan
sebagai Hutan Simpan Sementara dan 30 peratus adalah kawasan bakau negeri. Dalam tempoh 10 tahun dari
1980-1990, Malaysia kehilangan 12 peratus hutan paya bakaunya, daripada kira-kira 505,000 hektar kepada
446,000 hektar. Dalam tempoh itu juga, kejadian hakisan pantai dikesan berlaku agak serius.
Kabinet Malaysia pada tahun 1996 telah mengarahkan supaya kawasan paya bakau dalam jarak 400 ela dari pantai
tidak diusik, dan ekoran arahan ini beberapa buah negeri telah memberhentikan kegiatan akuakultur atau
pembangunan lain di kawasan bakau.
Tanah lembab berperanan membekalkan air untuk kegunaan manusia , sebagai penebat banjir (menyimpan air dan
mengalirkannya dalam jumlah yang lebih sedikit) dan menggantikan simpanan air bawah tanah yang telah
digunakan.
Pokok Bakau merujuk kepada tumbuhan yang hidup di kawasan berpaya di muara sungai, antara pertembungan
air tawar dan air laut. Pokok bakau terdiri daripada pelbagai spesies antaranya termasuk spesies Api-api Avicennia
spp., bakau Kurap Rhizophora spp., Perepat Sonneratia spp. dan Berus Bruguiera spp.
Pokok Bakau biasanya memiliki buahnya yang berbulu dan bahagia bawah daun yang berbulu. Bulu pada daun
menyimpan air dengan memerangkap lapisan udara dan dengan itu mengurangkan kehilangan air melalui
penyejatan.
Di sesetengah tempat,buahnya direbus dan dimakan, kadang kala ia dijual sebagai sayuran. Bunganya wangi dan
menghasilkan madu dan didebungakan oleh serangga. Avicennia menghasilkan antara madu yang terbaik.
Di Malaysia, hutan Bakau biasanya dilindungi dan kawasan hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan
oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan. Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem
penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun.
Kepentingan
Pokok bakau ini merupakan salah satu spesies cepat tumbuh dan yang digunakan dalam penanaman semula hutan
bakau bagi melindungi persisiran pantai (yang lain adalah Sonneratia dan Rhizophora). Ia jarang dijadikan arang
dan biasanya digunakan bagi menyalai ikan atau getah.
Hutan bakau juga merupakan sumber balak kayu bakau yang tahan bagi pembinaan di kawasan lecah dan dalam
air. Kayu bakau tanah mampu berendam dalam air tanpa rawatan rumit dan tahan lama.
Hutan bakau penting sabagai tempat anak ikan berlindung. Sekiranya kawasan hutan bakau di sesuatu tempat itu
pupus atau tercemar, keseluruhan populasi ikan dan industri nelayan di kawasan tersebut akan terancam kerana
tiada lagi tempat bagi anak ikan berlindung dan membesar. Selain itu hutan bakau turut digunakan oleh beratus
jenis burung berhijrah sebagai tempat perlindungan untuk bertelur dan berehat. Selain itu ia menjadi habitat
penting bagi pelbagai jenis ketam seperti ketam Nipah, dan udang. Di Sabah, hutan bakau juga merupakan habitat
Kera Bekantan dan Sabah mempunyai kawasan bakau terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Hutan bakau juga bertindak sebagai pemampan hakisan ombak. Ini kerana akarnya yang berceranggah membantu
mengukuh dan mengikat tanah daripada hakisan ombak, malah mampu meluaskan lagi kawasan tanah kerana
daun dan sampah sarap yang terperangkap pada akarnya yang berserabut mendap dan menimbun. Kawasan hutan
bakau biasanya tumbuh rapat dan padat dan memiliki akar udara yang berceranggah menonjol dari dalam air.
Hutan bakau ini mampu memperlahankan aliran air, dengan itu membenarkan bendasing dan lumpur halus yang
terapung dalam air untuk mendak membentuk kawasan berlumpur. Proses ini mampu untuk menebus guna tanah
dan menghasilkan pantai baru.
Hutan bakau juga terbukti mampu bertindak sebagai pemampan tsunami kerana sifatnya yang tumbuh secara
padat dan akarnya yang kukuh dipersisiran kuala.Oleh itu hutan bakau turut ditanam semula di Malaysia, dan
Indonesia.
Lokasi
Hutan bakau di Malaysia hidup subur di muara dan delta yang terlindung.
Keluasan
Terdapat 586,036 hektar hutan bakau di Malaysia;
57 % di Sabah
26 % di Sarawak
17% di Semenanjung Malaysia.
Pulau-pulau berhampiran pantai yang paling banyak ditumbuhi bakau ialah 6 buah pulau yang merangkumi
gugusan Pulau Klang dan Pulau Kukup di Johor.
Hutan Bakau Simpan Matang
Hutan Bakau Simpan Matang di Perak (40,151 ha) merupakan salah sebuah kawasan bakau yang mempunyai
sistem pengurusan yang terbaik di dunia dan membekalkan sumber-sumber seperti arang, kayu api dan bahan
binaan bangunan seperti tiang.






Nilai ekologi
Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai :
Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantaidan angin
pantai yang kencang.
Hutan bakau menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut
taufan.
Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian
yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.
Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-
burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang .
Hutan bakau mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai di utara Kedah,
Perlis dan Perak
Masalah hutan bakau
Hutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif terhadap :
penukaran tanah
penebangan hutan
penebusgunaan
pencemaran.
Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan :
akuakultur
ternakan ikan dalam sangkar
kolam ternakan udang dan ikan air masin
Zon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhan
Pembinaan kawasan pangkalan nelayan
Pelabuhan dan tapak gudang kontena-kontena
Perbandaran dan perkampungan nelayan poinggir pantai.
Tempat pembuagan sisa cecair ole kapal dagangan dan bot nelayan.
Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi atau taman alam.
Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam
diri kita untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia
yang terancam.
Pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan wujud di dalam dan di sekitar hutan bakau. Namun begitu ia juga
merupakan ekosistem tanah bencah yang paling produktif. Tahap kemasinan yang tinggi, kandungan oksigen yang
rendah di dalam air dan tanah, keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok-pokok besar
adalah di antara beberapa aspek persekitaran ini.
Walau bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan bakau telah menyesuaikan diri
dengan persekitaran sebegini dengan membentuk beberapa ciri penyesuaian yang istimewa.
Tumbuh-tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen yang rendah dengan akar udara khas yang dikenali
sebagai pneumatofor iaitu akar yang tumbuh secara menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan
oksigen.
Kawasan bakau mempunyai tanah lembut yang seakan-akan tanah liat dan tumbuh-tumbuhan bakau dapat tumbuh
dengan tegap dengan menggunakan akar banir dan akar sokong.
Tanah yang berkelodak dan perubahan pasang surut (air pasang surut) tidak sesuai bagi perkembangan anak
pokok bakau. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuh-tumbuhan bakau mempunyai kaedah percambahan biji benih
yang unik yangdikenali sebagai vivipariti.Tumbuh-tumbuhan vivi parus mempunyai biji benih yang boleh
membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda semasa ia masih lagi berada bersama pokok induk. Anak
benih ini kemudiannya akan jatuh daripada induknya dan tertanam di dalam tanah. Ia akan terus membesar atau
kekal dorman sehinggalah dihanyutkan arus ke tempat yang lebih sesuai untuk membesar.
Kepelbagaian biologi
Hutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan. Empat jenis utama yang
mempunyai penyesuaian paling ketara ialah :
Avicennia (Api-api)
Rhizophora (Bakau)
Sonneratia(Perepat)
Bruguiera (Berus/Tumu)
Habitat bakau
Habitat bakau menampung jumlah haiwan yang besar, daripada yang paling halus (zooplankton) sehinggalah
kepada reptilia yang besar :
Buaya Muara.
Ketam Rebab
Ketam Lumpur
Ikan Belacak
Udang Kara
Ular Bakau
Lotong Kelabu
Memerang Licin
Berok
Kelawar.
Hidupan hutan bakau
Banyak spesies ikan , krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air pasang untuk mencari makan.
Haiwan ini merupakan hidupan yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung yang dijumpai di akar dan
pokok bakau. Contohnya ;
Siput
Tiram
Teritip
Haiwan yang paling menarik di kawasan bakau dan dataran lumpur berhampirannya ialah spesies burung air dan
burung pantai. Burung-burung ini memakan pelbagai jenis makanan, termasuklah plankton , tumbuh- tumbuhan
air, cacing, krustasia, moluska dan ikan. Burung-burung ini mempunyai ciri-ciri penyesuaian khas yang
merangkumi saiz dan bentuk paruh, leher, kaki dan kibaran sayap yang disesuaikan dengan tabiat pemakanan
yang tertentu.

Antara burung yang berterbangan di hutan bakau ialah :
Burung Bangau (Burung Bangau Kecil dan Burung Bangau Putih Besar)
Burung Pucung (Burung Pucung Keladi dan Burung Pucung Seriap)
Burung Botak Upeh
Burung Helang Merah
Burung Helang Siput
Burung Pacat Bakau
Burung Murai Bakau
Burung Sambar Biru Bakau
Burung Pekaka Sungai
Kesemua burung ini lazim dijumpai di kawasan hutan bakau







Kegunaan Hutan Bakau
Banyak spesies ikan, udang dan ketam yang bernilai komersial hidup di kawasan bakau dan
persekitarannya. Keuntungan daripada kegiatan perikanan di kawasan bakau mencecah berjuta-juta
ringgit setahun.
Penduduk setempat dan lain-lain kawasan turut menggunakan pokok bakau sebagai sumber kayu
balak.
Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu bakau untuk membina rumah dan bot (sebagai
rasuk, alang, pelancar dan tiang)
.Kayu bakau juga digunakan untuk membuat perangkap ikan
Arang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan api
Kraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan perabot).
Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan untuk mewarnakan jaring ,kain layar dan
pelekat plastik.
Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan sememangnya dijadikan makanan oleh
penduduk setempat
Ubat-ubatan (contohnya dedaun , tunas , buah-buahan dan bijibenihnya).
Daun-daun Nipah yang bersaiz besar digunakan dalampembuatan atap dan rokok daun serta
penganyaman bakul dan tikar.

Anda mungkin juga menyukai