Anda di halaman 1dari 8

Kepentingan hutan paya bakau:

1. Daun-daun yang mereput membekalkan nutrien kepada plankton,


invertebrata dan alga yang menjadi makanan ikan.
2. Sistem akarnya yang kompleks dapat menyekat lumpur dan mendapan
sungai untuk memastikan kejernihan air yang mengalir ke laut.
3. Hutan paya bakau menjadi habitat kepada pelbagai spesies akuatik dan
haiwan daratan yang wujud dalam rantai makanan.
4. Menjadi tempat persinggahan burung-burung yang berpindah ketika
musim sejuk selain menjadi sarang kepada pelbagai jenis burung
tempatan.
5. Pelbagai hidupan laut membiak di sini.
Kepentingan hutan bakau boleh dibahagikan kepada kepentingan ekologi dan
biodiversiti, kepentingan fizikal dan akhir sekali kepentingan ekonomi.

KEPENTINGAN EKOLOGI DAN BIODIVERSITI


Hutan bakau penting untuk ekosistem pantai. Detritushutan bakau yang terdiri
daripada daun-daun yang gugur dan dahan-dahan pokok bakau,
menyumbangkan nutrien untuk persekitaran marin. Detritus ini turut menjadi
asas makanan dalam jaringan makanan di hutan bakau yang menyokong
pelbagai jenis hidupan laut yang melibatkan spesies pemakan detritus seperti
ikan belanak dan udang penaeid.

Selain daripada peranannya sebagai asas makanan, hutan bakau juga


merupakan habitat dan kawasan nurseri untuk ikan-ikan kecil, ketam, udang dan
moluska. Banyak ikan dan kerang-kerangan yang bernilai komersial
menggunakan hutan bakau dalam sebahagian kitar hidupnya. Ini termasuklah
udang putih (Penaeus merguiensis, P. indicus, P. vannemei), ikan kerapu
(Epinephelus tauvina), ikan siakap (Lates calcarifer), ketam lumpur (Scylla
serrata) dan belanak (Mugil spp.).

Kawasan ini juga digunakan oleh beratus jenis burung berhijrah untuk bertelur
dan berehat. Di samping itu, dugong, monyet pemakan ketam, biawak dan
penyu turut menggunakan kawasan ini untuk mencari makanan. Hutan bakau
turut menjadi habitat untuk beberapa spesies haiwan yang diancam kepupusan
seperti harimau.

KEPENTINGAN FIZIKAL
Hutan bakau memainkan peranan penting dalam melindungi kawasan pantai dari
daya-daya hakisan dan kerosakan akibat bencana ribut taufan. Kehadiran satu
kawasan bakau yang luas di tepi laut dapat mengurangkan tenaga angin, ombak
dan arus.

Kepentingan hutan bakau kepada masyarakat yang tinggal di kawasan bakau


cukup dirasai. Bertindak sebagai satu zon penampan kepada ribut, kerosakan
harta benda dan kehilangan nyawa akibat dari bencana semulajadi ini dapat
dikurangkan. Di kawasan yang hutan bakaunya telah ditebang, kemusnahan
harta benda akibat ribut adalah tinggi. Di samping itu, masalah hakisan dan
pemendakan yang teruk turut berlaku.

Melalui sistem akar yang cetek, bakau mempunyai keupayaan untuk


memerangkap dan menstabilkan sedimen pantai dan muara. Hutan bakau
sangat berkesan memerangkap sedimen sehingga berjaya menebus gunatanah
dari laut dengan membentuk satu kawasan delta yang luas.

Pemendakan sedimen di kawasan bakau boleh mengurangkan beban sedimen


yang dibawa oleh sungai ke laut. Dengan terperangkapnya sedimen di kawasan
hutan bakau, kualiti air di persekitaran pantai dapat diperbaiki dan habitat
sensitif seperti kawasan terumbu batu karang dapat dilindungi

Hutan bakau bersama-sama substrat selutnya mampu menyerap nutrien


seperti nitrogen dan fosforus dalam kuantiti yang besar. Keupayaan merawat
efluen ini dapat menghalang perairan pantai daripada dicemari oleh nutriennutrien ini. Secara tidak langsung, kejadianeutrofikasi dan ombak merah sedikit
sebanyak boleh dihindari. Selain daripada itu, bahan-bahan toksin turut juga
dikekalkan dalam kawasan bakau. DianggarkanRhizophora boleh menyerap
lebih kurang 219 kg nitrogen dan 20 kg fosforus sehektar setahun. Di samping
itu, kuantiti besar bahan organik (terutamanya dalam bentuk daun dan ranting)
dieksport dari kawasan bakau ke kawasan pantai yang berdekatan. Bahan
organik ini menjadi sumber makanan untuk pelbagai jenis spesies hidupan di
pantai.

KEPENTINGAN EKONOMI
Di kawasan tropika terutamanya di kawasan Indo-Pasifik, ekosistem bakau telah
digunakan sebagai kawasan penempatan manusia sejak dahulu lagi.
Memandangkan kedudukannya yang terlindung, manusia terawal telah melihat
kesesuaian kawasan ini untuk dijadikan tempat tinggal. Di samping itu, hutan
bakau juga menyediakan beberapa keperluan asas manusia seperti sistem
pengangkutan yang cekap, sumber bahan binaan, bahan api, kulit kayu dan
ubatan. Kesemua keperluan ini boleh didapati dengan mudah di hutan bakau.
Selain daripada itu, kawasan ini juga menyediakan persekitaran yang baik untuk
mendapat makanan dalam bentuk ikan, moluska dan krustasea dan menjalankan
kegiatan memburu binatang dan menangkap ikan.

Pada masa sekarang, berjuta-juta penduduk pantai terutamanya


di Asia bergantung kepada hutan bakau untuk kehidupan sehari-hari. Pelbagai
produk bakau telah digunakan oleh masyarakat tempatan sejak turun temurun.
Banyak kegiatan-kegiatan tradisi seperti mengumpul daun nipah untuk membuat
atap, mengumpulkan kulit kerang untuk menghasilkan kapur dan mengumpul
madu lebah masih diteruskan oleh generasi sekarang.

Ekosistem bakau telah digunakan oleh masyarakat tempatan untuk


mendapatkan makanan, ubatan, tanin dan hasil hutan (bahan api, arang dan
bahan binaan). Di Bangladesh hutan bakau merupakan sumber kayu yang
terpenting. Hasil kayu daripada hutan bakau di negara ini telah melebihi
300,000 padu meter setiap tahun. Di tempat lain, kayu bakau digunakan
sebagai bahan api (terutama dalam bentuk arang). Kayu dari
pokokRhizophora didapati sesuai dijadikan arangmemandangkan sifat kayunya
yang lambat terbakar.

Kulit kayu bakau terutamanya Rhizophora juga boleh digunakan untuk


mendapatkan tanin. Tanin telah digunakan di India dan Bangladesh secara
meluas untuk mengawet kulit dan jaring-jaring menangkap ikan. Di Asia Tengah
dan Asia Selatan, daun pokok Avicenniadikumpulkan untuk menjadi makanan
haiwan.

Masyarakat tempatan juga bergantung pada bakau untuk mendapatkan bekalan


madu, buah-buahan hutan dan juga sumber ubatan. Rhizophora
mucronata danSonneratia alba misalnya telah digunakan sebagai sumber ubat
untuk penyakit cirit birit, bahan astringen dan ubat tahan muntah. Pemburuan di
hutan bakau turut menjadi kegiatan yang penting.

ANCAMAN KEMUSNAHAN
Pada masa sekarang, hutan bakau merupakan habitat di dunia yang paling
terancam. Hutan ini lenyap pada kadar yang tinggi tetapi tidak diketahui
umum. Thailandtelah hilang lebih daripada setengah hutan bakaunya semenjak
1960. Di Filipina pula, keluasan hutan bakau telah menurun daripada 448,000
hektar pada tahun 1920 ke 110,000 hektar pada tahun 1990. Di Ecuador,
dianggarkan 20% ke 50% bakau telah lenyap dari muka bumi disebabkan oleh
kegiatan manusia. Kawasan Muisne di Ecuador telah hilang hampir 90% hutan
bakaunya. Secara sejagat, lebih kurang 50% kemusnahan bakau sejak
kebelakangan ini diakibatkan oleh pembersihan hutan bakau untuk tujuan
menternak udang.

Kemusnahan hutan bakau boleh dibahagikan secara umum kepada perkara. 1)


kemusnahan akibat kegiatan manusia dan 2) Kemusnahan akibat bencana dan
kejadian semulajadi.

KEMUSNAHAN AKIBAT KEGIATAN MANUSIA.


Semenjak turun temurun, masyarakat yang hidup di kawasan hutan telah
mengeksploit pokok hutan bakau untuk dijadikan kayu api, arang, sumber tanin
dan bahan binaan. Di Vietnam misalnya, 90% bahan api adalah terdiri daripada
pokok bakau.

Dengan meningkatnya bilangan penduduk, eksploitasi secara berlebihan telah


berlaku. Dari hari ke hari, lebih banyak kawasan hutan bakau telah musnah
untuk memenuhi tuntutan-tuntutan manusia yang bertambah ini. Sekiranya
kegiatan ini tidak dibendung, lebih banyak kawasan hutan bakau akan musnah.

3.1

Tubus guna tanahProses tebus guna tanah di kawasan hutan bakau telah
menyebabkan kawasanhutan bakau kian terancam. Proses tebus guna
tanah banyak dilakukan bagi memberilaluan kepada proses pembangunan
yang kian pesat kini. Banyak hutan bakauditebusguna atau diubahsuai untuk
kegunaan lain seperti akuakultur, pertanian,perindustrian atau perumahan,
resort pesisiran pantai, pelabuhan, jalanraya, lapanganterbang dan penggalian
minyak. Kesemua aktiviti ini menyebabkan kehilangan besarhabitat semulajadi
untuk haiwan dan tumbuhan di kawasan hutan bakau. Selain daripadaitu juga,
proses tebus guna tanah hutan bakau akan mendatangkan pelbagai
pencemaranalam sekitar yang serius dan kehilangan khazanah alam semulajadi
yang unik (AhmadSanusi Hassan, 2005).Kebanyakan pengurangan tanah paya
juga berlaku disebabkan oleh ditebus
gunauntuk tujuan pembangunan bandar. Berdasar laporan tahun 1996
,
sebanyak 540kilometer persegi hutan paya bakau pupus di Malaysia dalam
tempoh 10 tahun (daritahun 1980

1990). Jumlah kawasan ini bersamaan dengan 12% dari kawasan payayang
sedia ada. Pembangunan terkawal adalah penting untuk meminimumkan
perkara inidaripada terus berlaku, lebih-lebih lagi Asia Tenggara memiliki hampir
40% daripadakeseluruhan hutan paya bakau di dunia (Rohana binti Omar dan
Halimah binti Mat,2006). Contohnya pengurangan tanah paya untuk
pembangunan industri, perumahan danbandar banyak berlaku di bahagian
utara Sungai Juru, Pulau Pinang. Akibatnya timbulmasalah pemendapan tanah
hakisan di Kuala Juru ini dan di kawasan pantai yangberhampiran.
Kebanyakkannya mempunyai tanah paya selut lebih daripada 1 kilometer

yang dapat dilihat dari pantai atau muara semasa air surut (Rohana binti Omar
danHalimah binti Mat, 2006).3.2

Pembalakan secara berleluasaProses pembalakan secara berleluasa tidak


terkecuali bagi hutan paya bakau juga.Hal ini adalah kerana terdapat sesetengah
pihak yang tidak bertanggungjawabmenjalankan kegiatan pembalakan di hutan
ini bagi mendapatkan kayu bakau untuk kepentingan
ekonomi mereka. Pembalakan bakau yang tidak mapan
boleh mengancamhabitat flora dan fauna marin. Sejumlah besar flora dan fauna
yang endemik atau yangsukar dijumpai mungkin akan lenyap dari muka bumi ini
akibat daripada kegiatan yangtidak terkawal ini. Apabila tanah bakau
mula berkurangan maka alam akan mulabertindak balas kerana
keseimbangan semulajadi sungai telah terjejas. Tindak balas inimenyebabkan
bencana alam yang bukan sahaja akan memusnahkan kehidupan
manusiamalahan turut melibatkan ekologi haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang
akanmemusnahkan sistem ekologi habitat marin (Ahmad Sanusi Hassan, 2005).
Gambarajah : Pembalakan di Hutan Paya BakauSumber : Google Image
3.3

Masalah pencemaran

Masalah pencemaran hutan paya bakau juga merupakan satu masalah


yangmendatangkan kesan yang buruk kepada hutan paya bakau. Hal ini adalah
kerana, hutanbakau memainkan peranan penting dalam proses kitaran
semulajadi dan mengawal tahapkemasinan air laut. Tahap keseimbangan
kandungan air ini berubah mengikut perubahanair pasang dan surut. Tanah paya
mengawal tahap air masin daripada masuk lebih jauhke daratan melalui saluran
sistem sungai semasa air pasang. Kawalan dilakukan denganmenyerap
sebahagian air masin ke kawasannya. Oleh sebab itu, kandungan air
masindapat dihalang supaya tidak menganggu kehidupan
dan alam persekitaran. Namundemikian, masalah pencemaran telah menganggu
proses kitaran semulajadi di kawasanhutan bakau ini. Hutan bakau digunakan
sebagai tempat pembuangan sisa toksik samaada yang pejal atau cecair. Bahan
kimia beracun yang mengalir ke dalam hutan bakauboleh membunuh tumbuhan,
haiwan dan organisma halus yang hidup di sekitar
hutanbakau. Malahan, masalah pencemaran ini turut mengakibatkan kemusnaha
n dankepupusan hidupan di hutan bakau (Rohana binti Omar dan Halimah binti
Mat, 2006).
Gambarajah : Masalah pencemaran di hutan paya bakau.Sumber : Google image

Anda mungkin juga menyukai