Anda di halaman 1dari 16

Apakah itu "ADHD"?

Selalunya ibubapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah


terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Istilah
gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional
dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan
berpanjangan pada kanak-kanak.
Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang
tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya,
kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan
mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali
tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi
istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD.

Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan


ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik
darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak lelaki berbanding
dengan kanak-kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD tanpa
hiperaktiviti lebih berpengaruh dalam diri kanak-kanak perempuan dan tidak
didiagnosa dengan tepat.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami gangguan ini hanya mendapat
bantuan pada usia 6-9 tahun walaupun kebanyakanibu bapa menegaskan
masalah yang dihadapi anak mereka mula dikesan pada usia yang lebih muda.
ADHD dianggap sebagai penyakit yang akan kekal sepanjang hayat dan sedikit
sebanyak dibawa ke alam dewasa.

Apakah tanda-tanda ADHD?


Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam tiga
kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di
rumah, di sekolah dan sebagainya :-

1. Hiperaktiviti
Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk
Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas Selalu berlari ke sana ke
mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok Kerap
menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara
senyap Selalu banyak bercakap Sering bergerak cergas atau kerap bertindak
seolah-olah digerakkan oleh motor

2. Tempoh tumpuan yang singkat


Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau
cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktivitiaktiviti lain Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah,
kerja harian atau tugas Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan
aktiviti-aktiviti Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan
sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau
kerja rumah) Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau
tugasan sekolah, mainan dan sebagainya) Tumpuan mudah bertukar dari satu
aktiviti ke satu aktiviti lain Mudah pelupa walaupun tidak sepaatutnya jika
mengikut usia dan keupayaan

3. Tingkah laku impulsif


Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan Kurang sabar dan
hadapi masalah ketika menunggu giliran Sering mengganggu atau mencelah
perbualan atau aktiviti orang lain Sering membuat pertimbangan yang salah
dan mudah mengalami kemalangan

Apabila anak anda gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau
tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan anak anda
menghadapi masalh tingkahlaku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak yang
hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ada
kalanya menunjukkan tingkahlaku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus
berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka
hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka
bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap
pertumbuhan mereka. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor anda untuk penilaian
selanjutnya.

Bolehkah gangguan lain mengiringi ADHD?


ADHD sukar hendak didiagnosa kerana ADHD kerap disertai dengan masalahmasalah lain.-Gangguan perkembangan seperti kelewatan pertumbuhan global
(misalnya kerencatan mental) atau gangguan spektrum autistik.-Kesukaran
pembelajaran secara khusus iaitu kanak-kanak menghadapi masalah untuk
menguasai bahasa atau kemahiran akademik yang tertentu misalnya membaca
dan matematik.-Masalah emosional dan tingkah laku; orang lain mungkin akan
menganggap kanak-kanak ini sebagai kanak-kanak yang terganggu emosinya.
Pada hakikatnya, kanak-kanak itu sendiri sentiasa bergelumang dengan
kekecewaan dan terpaksa meluahkan emosi mereka.

Masalah ADHD :
Masalah sosial. Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan
sebaya. Mereka juga kerap berdepan dengan masalah akademik.
Masalah keluarga. Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada
mereka yang tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi
dengannya sehingga menimbulkan kedaan tegang. Ibu bapa sering salahkan diri
kerana tingkah laku anak-anak mereka. Beban rasa salah ini boleh menjadi
ringan jika ibu bapa memahami keadaan sebenar yang dialami oleh anak
mereka.
Apakah yang boleh disalah tafsir sebagai ADHD?
Pencapaian akademik rendah yang disebabkan masalah pembelajaran yang
lain Kurang daya tumpuan kerana epilepsi atau sawan jenis petit mal Infeksi
atau jangkitan telinga yang menjejaskan pendengaran sesekali Suka
memusnahkan barang atau tidak responsif akibat keresahan atau kemurungan
Menghadapi masalah di rumah

Punca ADHD
Tiada siapa tahu apakah punca ADHD. Punca ADHD tidak dapat dikenal pasti
dengan tepat kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti ADHD
bukan disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

Menonton televisyen Alah pada makanan Gula yang berlebihan Keadaan


hidup yang miskin Sekolah bertaraf rendah. Ibu bapa tidak sepatutnya mencari
alasan-alasan yang mungkin menjadi punca ADHD. Sebaliknya, setiap keluarga
haruslah mengorak langkah ke hadapan sekali gus mengenal pasti cara-cara
yang boleh membantu anak-anak mereka mendapatkan bantuan sewajarnya.

Diagnosis dan rawatan ADHD


Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar
yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh
menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan
perhatian. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal
pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan
mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu
bapa dan guru sekolah. Kerapkali rawatan berkesan untuk ADHD melibatkan
pendekatan multidisiplin yang melibatkan bidang perubatan, psikologi, sosial dan
pendidikan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ADHD memerlukan
rawatan.

Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi tidak bermakna
akan pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak ADHD menjadi
tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak
hati. Pada jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanakkanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran
yang baru. Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan
orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik
dan mampu mengawal diri sendiri. Ubat stimulan yang utama untuk merawat
ADHD adalah methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan
ubat dijangka bermula dalam masa 30-60 minit dan keberkesanan ubat ini akan
luput selepas 3-4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua
hingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Kesan
sampingan yang biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh tidur dan
kurang selera makan.

Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah sakit kepala, pitam atau
mengantuk, sakit perut dan biasanya semua ini dirasai apabila dos ubat semakin
luput. Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau terlalu diam, ini
menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu dikurangkan. Ubat
stimulan adalah tidak memadai untuk merawat ADHD. Rawatan untuk ADHD
perlu diselitkan dengan program psikologi, sosial dan pendidikan yang boleh
membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikao dan tingkah laku
yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup.

Bolehkah ADHD sembuh?


Dengan bantuan yang sewajarnya dari ibu bapa, guru-guru, para doktor, kanakkanak ADHD akan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif
mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku
hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan fizikal atau
senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan yang memberi
mereka kebebasan bergerak. Walaupun sebahagian kanak-kanak ADHD akan
terus menunjukkan tanda atau masalah sehingga dewasa namaun dengan
menjalani rawatan perubatan dan terapi yang diikuti semasa kanak-kanak dapat
membantu mereka ketika dewasa

Rujukan/sumber:
http://www.blogger.com/www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/apakah
_ADHD.htm
PINTAR CERDAS

Maksud Pintar Cerdas

Definisi dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang
ditujukan kepada kanak-kanak,pelajar atau belia adalah mereka yang
mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti
intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat
dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan
aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak
dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.

Definisi bagi Negara Kanada,pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah


keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman
pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa
untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka.

Di England, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah
di dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari
semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi
untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi
pintar untuk semua subjek.

Ciri-Ciri Pintar Cerdas

Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi
sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan.Ciri-ciri positif dari aspek fizikal,
psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas :Pengamatan tinggi.
Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang
sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang.

Keinginan untuk tahu tinggiIngin mengetahui semua hal seperti objek, idea,
keadaan situasi atau sesuatu acara
Minat mendalam. Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam
jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau
dalam hal tersebut
Menerima infomasi dengan pantas. Selalu diandaikan seperti span,menyerap
segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi. Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang
luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat.

Mungkin dapat membaca lebih awal. Kebanyakannya dapat membaca sebelum


umur 5 tahun. Kerap membaca serta meluas Suka membaca bacaan yang
meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas. Tatabahasa yang
tinggi. Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka
menggunakan perkataan yang baru dan unik.

Tahap penumpuan yang lama. Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat
memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti
tersebut tidak menggunakan daya pemikiran. Kebolehan menyelesaikan
masalah. Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah
yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi.

Suka bertanya dengan lebih teliti. Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap
sesuatu benda yang berlaku
Keupayaan imaginasi yang tinggi. Mampu untuk membayangkan sesuatu
samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh
menyatakan segala kebimbangannya.

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosialSebagai contoh, perjalanan


galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia, isu-isu alam sekitar.

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah lakuMudah kecewa walaupun
dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat
keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk
berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan
Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan. Sangat teliti dalam hal-hal betul atau
salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain.

Bersemangat dan bertenaga. Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya
mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan
kehidupan seharian.

Pandai berjenaka. Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka
yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami.

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan. Tidak suka melakukan kesilapan


dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai
contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun
inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya kanak-kanak 6 tahun
dari segi emosinya.

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Permasalah dari segi perkembangan asynchronousKanak-kanak pintar cerdas ini


boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi
tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang
mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa
hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain.

Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan


perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran
intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong
mereka ke arah kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang
dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan
menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang ke hadapan dan kebolehan memberi


alasan. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah
dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan
memerlukan disiplin yang betul sungguhpun mereka itu bijak. Mereka boleh
mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil
berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang
lain kearah keburukkan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap
ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang
sensitif . Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap
kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa. Mereka ini

memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang


diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana
mereka malas untuk bersosial. Sikap sensitif dan juga perkembangan minda
mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran,
pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan
isu-isu ini mereka akan mengalami masalah introverted dan mungkin menjurus
kearah existential depression.
SINDROM DOWN

Apa itu Sindrom Down?


Sindrom Down disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah
merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan
manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat
seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu
hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap
terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21
menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh
melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).

Apakah yang menyebabkan Sindrom Down?


Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai
risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom
Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh
"non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa
proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku
dengan sempurna. Di kalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan
oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku
oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21.
Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46
kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang
lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang
dinamakan "mosaic".

Apakah ciri-ciri Sindrom Down?


Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik. Sifat pada
kepala, muka dan leher
Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol.
Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di
sudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan
lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga

adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian
depan ke belakang. Lehernya agak pendek.Sifat pada tangan dan lengan
Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang
pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka
biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease".Sifat pada
kaki
Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh
terpisah dan tapak kaki. Sifat pada otot
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka
menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor
kasar.

Masalah-masalah yang berkaitan:


Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ
dalaman terutama sekali jantung dan usus.
Masalah jantung
Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti
Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik jantung kiri
dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang diantara atria
kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan
(Patent Ductus Ateriosis / PDA).

Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung berlubang


jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas.Masalah usus

Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti:


a. Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali
di bahagian tertentu esofagus. Biasnya ia dapat dekesan semasa berumur 1 - 2
hari dimana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau di kesan oleh
doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk
menyedut air perut semasa baru lahir.

b. Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan
"Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di
bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan
seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang
air besar.

c. Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak
terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease".
Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum.
Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas
kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar.

Masalah perubatan yang lain


Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu
kurang hormon tairoid. Masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak
Sindrom Down. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di
tulang-tulang kecil di bahagian lener bolih menyebabkan berlakunya penyakit
lumpuh (atlantoaxial instability) dimana ianya berlaku di kalangan 10% kanakkanak Sindrom Down. Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk
mengalami kanser sel darah putih iaitu leukimia.

Masalah perkembangan pembelajaran


Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan
perkembangan dan kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka
mengalami masalah lambat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat
untuk berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap. Perkembangan sosial
mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga.
Mereka juga mempunyai sifat periang. Perkembangan motor kasar mereka
lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi mereka akhirnya berjaya
melakukan hampir semua pergerakan kasar.Apakah kaitan usia ibu bapa dengan
sindrom down?
Terdapat satu perkaitan antara usia ibu yang lanjut dengan Sindrom Down :Umur
ibu Risiko mendapat anak Sindrom Down25 1:150030 1:1000
35 1:360
40 1:100
45 1:50

Tiada kaitan Sindrom Down dengan usia bapa setakat ini.


Apakah punca kematian kanak-kanak sindrom down?
Kadar kematian kanak-kanak Sindrom Down adalah paling tinggi pada umur 2
tahun yang pertama. Punca kematian yang paling ketara ialah akibat penyakit
jantung kongenital dan sistem pernafasan.Lebih kurang 40-60% kanak-kanak

Sindrom Down berpenyakit jantung kongenital dapat hidup hingga umur 10


tahun. Tanpa penyakit kardiak, jangka umur hidup mereka ialah 40 tahun.Lainlain penyakit serius termasuk dislokasi atlantoaksial (tulang belakang di antara
rangka kepala dengan leher) khususnya dengan aktiviti sukan yang cergas dan
menyebabkan lumpuh akibat saraf tunjang tertekan. Penyakit leukemia juga
meragut nyawa sebanyak 5% daripada kanak-kanak Sindrom Down.

Bolehkah kanak-kanak sindrom down dapat hidup berdikari?


Kebolehan kanak-kanak Sindrom Down amat berbeza, daripada yang cukup
serba boleh kepada yang terencat serius. Oleh yang demikian, kebolehan setiap
kanak-kanak Sindrom Down harus ditentukan secara kes demi kes. Kebanyakkan
kanak-kanak Sindrom Down dapat hidup berdikari, kalau mereka mendapat
sokongan dan peluang yang mencukupi. Mereka seperti manusia lain, juga perlu
mengatasi masalah kehidupan sehariannya. Mereka juga harus diberi segala
kasih sayang dan kepercayaan yang ibu bapa dan kakitangan perubatan
sanggup berikan, untuk membolehkan mereka terus berkembang maju.

Suasana membesarkan kanak-kanak SD:


-Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak-kanak SD.
Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan
pembelajaran lebih cepat.-Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia
perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.-Kanak-kanak SD perlu
berasa selamat, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini
membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar.-Disiplin
perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak
dibenarkan.
-Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.
Membantu kanak-kanak SD bertuturLangkah perlu diambil:
-Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian
mereka.-Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka.-Jangan
terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang
menjawab.-Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami.-Sambil bertutur,
buat aksi atau lakonan.-Latihan berterusan.-Pilih masa sesuai, terutama ketika
mereka masih segar dan aktif.-Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang
dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.-Guna setiap peluang,
berinteraksi dengan mereka.-Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan
mereka.

Peringatan kepada ibu bapa:

-Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.-Pilih


alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak.-Sedia bahan
sampingan untuk permainan khayalan.-Jangan terlalu memaksa mereka
melakukan sesuatu.-Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan
pendorong.-Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan
mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian.-Jangan biar kanak-kanak SD
bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas
daripada rakan.

AUTISME

Autisme
Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk pintu rahsia anak sebelum boleh mendekati
dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak
anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya
sendiri.Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil,
berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran
dalam pelajaran.Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah
terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki
kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal.

Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa
yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula buat
perangai, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara
sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.

Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan


sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta
menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat,
aktiviti dan perangai.Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia
mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000
penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima
orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan
mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri.
Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap
berbeza.

Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah


berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.Kekurangan dialami kanak-kanak ini
menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha

menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.Pun


begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana
ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok
dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom
Asperger iaitu sejenis autisme.Individu autisme menunjukkan perlakuan yang
sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.

Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah


Tidak mampu bersosial Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat
perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan
menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:- Tidak
menghiraukan orang lain.- Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan
pemikiran orang lain.- Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi
muka apabila bercakap.- Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau
dipegang).- Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.- Lebih suka
bermain sendiri.- Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan
imaginasi.b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi - Lambat bercakap.Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.- Tidak boleh
berkomunikasi dengan baik.- Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi
atau bercakap macam robot.- Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual
hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).- Mungkin mengulang
perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.- Kanak-kanak autisme dengan
sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka
kedengaran seperti orang dewasa.c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan
perlakuan- Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima
perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau
roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.- Sangat sensitif terhadap
rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar
kawalan.- Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulangulang.- Tidak boleh duduk diam.- Menunjukkan keinginannya dengan tangan
orang dewasa.d. Masalah tingkah laku- Suka mengasingkan diri biasanya
kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marahmarah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang
merosakkan seperti mencederakan diri.- Bersikap pasif tidak faham keadaan
semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka
biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.- Tidak tahu
bersosial jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.- Aktif tetapi
berperangai pelik kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian
orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.Memiliki ciri
yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati.
Ada ibu bapa kecewa selepas gagal mengubah anak mereka dan membiarkan
kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan,
ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh.Kanak-

kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa
tidak tahu cara mendekati mereka.

Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai
bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan
daripada kanak-kanak normal.Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu
autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya
kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak
autisme membesar di bawah paras kemampuan, kata Pengerusi Persatuan
Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi
praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya.

Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen


Underwood, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun,
biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia
tiga tahun.Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan
dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan
baik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutama
kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri.

Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini
hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah.
Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun
yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan
memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanakkanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.Panduan
membentuk hubungan sosialBagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti
tidak pandai berkawan, mementingkan diri sendiri dan sukar mengekalkan
tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat pra sekolah
lagi.Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh
menjemput kawan datang ke rumah.

Ini membuatkan anak berasa diterima, lebih yakin serta dapat mengelak mereka
menjadi mangsa buli.Setiap kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang
mereka dilakukan. Ini membuatkan kanak-kanak autisme berasa tertekan dan
mula menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi sombong, berlagak dan lebih
susah berkawan. Kanak-kanak autisme, terutama perempuan, ada
kecenderungan meniru perbuatan orang lain bagi membolehkan mereka diterima
sebagai kawan.Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis
permainan yang dimainkan rakan sebaya anak. Belajar cara dan peraturan
permainan supaya anda boleh bermain dengan anak.

Ini membolehkan anak belajar untuk menunggu giliran dan berinteraksi.Kaedah


lain ialah merakam suasana permainan di sekolah. Oleh kerana anak autisme
ada masalah lambat belajar, dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di
rumah, katanya.Pada masa sama, galak anak menjadi peramah dan mudah
didekati. Jangan kritik jika anak tidak melakukan perkara sepatutnya kerana
mereka tidak tahu apa yang salah atau betul. Sebaliknya, galakkan mereka
dengan cara positif seperti membuat diari persahabatan atau carta markah
bersosial (beri satu markah apabila mereka melakukan usaha berkawan,
terutama ketika kecil iaitu pada umur empat atau lima tahun).Sebagai ibu bapa,
anda juga perlu menjadi model dan kawan kepada anak, terutama apabila
mereka meningkat umur enam hingga sembilan tahun kanak-kanak autisme
mula ada minat sama dengan rakan sebaya.

Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap kerana kanak-kanak
autisme sangat jujur dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan.Pada
umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh menggunakan rancangan
televisyen seperti Mr Bean untuk mengajar anak apa yang tidak boleh dilakukan
kerana pada ketika ini anak autisme mula mengambil kira pandangan orang
terhadap diri mereka dan sedar wujudnya perbezaan jantina.Kanak-kanak
autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa buli. Mereka
masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang
dipulaukan. Rata-rata berasa rendah diri, cepat resah, mudah tertekan dan
pencapaian akademik juga lemah.Walaupun mula pandai berkawan tetapi
dalam kebanyakan kes, persahabatan itu biasanya berakhir di pintu pagar
sekolah. Antara cara membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran
berkawan ialah menggalakkan mereka terbabit dalam pementasan drama atau
aktiviti berkumpulan serta membuat sistem mentor, katanya.Perlu diingat,
bukan semua anak autisme ada masalah pembelajaran.

Ada yang cerdas otaknya seperti kanak-kanak yang alami Sindrom Asperger.
Bagi yang tidak berjaya dalam hubungan sosial, pencapaian akademik menjadi
agenda penting untuk meningkatkan keyakinan diri anak autisme.Corak
pemikiran dan pembelajaran mereka berbeza daripada kanak-kanak normal.
Mereka ada kemahiran memahami logik, dapat mengingat sesuatu secara
terperinci dan boleh menyusun fakta secara sistematik.Masalah sering dihadapi
golongan ini ialah pencapaian akademik tidak konsisten kerana mereka
mengalami kesukaran memanipulasi minda, terutama dalam perkara yang
perlukan penumpuan fikiran.

Kanak-kanak Sindrom Asperger bijak bercakap dan pandai memberi alasan.


Kemahiran ini bertambah jika mereka rajin membaca dan sifat ini membolehkan

mereka bersembang panjang dari satu topik ke topik lain.Bagaimanapun, kata


Underwood, kira-kira 75 peratus kanak-kanak Sindrom Asperger juga mengalami
Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Jadi mereka susah untuk
menumpukan perhatian, mudah terganggu dan sukar mengingat fakta
penting.Yang boleh dilakukan ibu bapa ialah menggaris atau menandakan
maklumat penting, memberi tugasan pendek (atau pecahkan satu tugasan
kepada beberapa bahagian untuk membentuk sifat tanggungjawab), sentiasa
memantau perkembangan anak dan memberi maklum balas secara aktif bagi
mengekalkan daya tumpuan anak.Mereka juga cepat lupa apa yang dipesan
guru di sekolah. Bagi guru yang ada murid autisme, minta pelajar tulis pesanan
atau buat senarai kerja rumah. Ibu bapa juga boleh bekalkan anak dengan kaset
rakaman atau buku nota khas untuk mencatat pesanan. Kaedah ini boleh
membantu pengurusan dan pembelajaran anak autisme.Apabila semakin besar,
kebanyakannya bimbang melakukan kesalahan kerana tidak mahu diejek atau
ditertawakan rakan sebaya.

Anda mungkin juga menyukai