Anda di halaman 1dari 8

SEJARAH DAN ADAT RESAM ORANG BANJAR DI MALAYSIA.

Masyarakat Malaysia terkenal kerana sifat majmuknya. Salah satu golongan


etnik yang ada ialah orang Banjar. Seperti golongan etnik lain, orang Banjar juga
merupakan satu golongan yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di
negara ini. Orang Banjar adalah tergolong dalam rumpun bangsa Melayu, walaupun
begitu, tidak banyak yang diketahui tentang masyarakat ini. Keadaan ini agak berbeza
dengan orang Jawa yang lebih dikenali walaupun kedua-dua masyarakat ini
mempunyai latar belakang penghijrahan yang hampir sama dan berasal dari negara
yang sama iaitu Indonesia.
Satu hal yang agak menarik juga, kedua-dua masyarakat tersebut tinggal
berdekatan di Malaysia, contohnya di daerah Batu Pahat, Johor,daerah Sabak Bernam
dan Tanjung Karang, Selangor dan daerah BaganDatoh di Perak. Sehingga kini, belum
ada penulisan yang benar-benar lengkap tentang sejarah kedatangan atau
perkembangan masyarakat tersebut di negara ini, walaupun sumbangan mereka dalam
bidang sosial,ekonomi dan politik bangsa Melayu khasnya di negara ini secara
keseluruhannya tidak kurang pentingnya.

Asal-usul kedatangan orang Banjar ke Tanah Melayu.
Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dariKalimantan,
Indonesia, di kawasan selatan Basin Barito, terutama sekali dari daerah Banjar Masin,
iaitu pusat bandar daerah itu.Kawasan ini adalah terletak di bahagian tenggara Borneo.
Di antara daerah-daerah utama tempat asal orang Banjar tersebut ialah dari daerah
Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margasari dan Martapura. Sebahagian dari mereka
juga berasal dari Sumatera Tengah di kawasanBukit Tinggi dan Sepat. Daerah-daerah
tersebut merupakan kawasan penanaman padi. Oleh demikian, mereka yang berhijrah
ke Tanah Melayu adalah merupakan petani-petani yang mahir dalam penanaman padi.
Disamping itu, pekerjaan khusus seperti melukis, tukang permata dan berniaga
juga ditekankan oleh mereka. Pekerjaan inilah yang membezakan mereka dari suku-
suku bangsa lain di daerah orang-orang Dayak yang tinggal lebih ke utara barat Banjar
Masin. Masyarakat ini juga dikenali dengan kemahiran membuat peralatan dari besi,
seperti peralatan pertanian dan senjata. Kebanyakan mereka suka tinggal dilembah
beberapa buah sungai seperti di sepanjang lembah Sungai Baritodari Banjar Masin
hingga ke Asuntai dan Tanjung di utara., Tenom,Keningau dan Tawau. Orang Banjar ini
pula terbahagi kepada beberapa puak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan
Kalua dari daerahBalangan, Amuntai dari daerah Amuntai, Barabai dari daerah
Alai,Nagara dan Kandangan dari daerah Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan
Martapura dari daerah Martapura. Masyarakat ini sering mengidentifikasikan diri
mereka berdasarkan daerah tempat asal-usul mereka di Tanah Banjar.
Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu tidak dapat dipastikan dengan
tepat,tetapi, menurut Afred Bacon Hudson seorang pengkaji orang Banjar,migrasi ini
bermula dalam pertengahan abad ke 19. Penempatan yang awa lsekali dapat dikesan
ialah di Batu Pahat, Johor. Pada masa itu, mereka sering berulang alik berdagang dan
berniaga kelapa kering melaluiSiak, Bentan, Inderagiri terus ke Batu Pahat dan
Singapura. Selain daripada itu Bagan Datoh di Perak juga dikatakan tempat pertapakan
awal masyarakat ini di Tanah Melayu.
Dari Batu Pahat, mereka berpecah ke kawasan lain. Mereka masih lagi
menjalankan aktiviti yang serupa seperti bertani, berkebun getah,kelapa dan
sebagainya. Pada masa kini, masyarakat Banjar bolehdidapati di beberapa kawasan
pantai barat, terutamanya di kawasan penanaman padi seperti di daerah Kerian, Sungai
Manik dan Bagan Datoh di Perak, Sabak Bernam dan Tanjong Karang di Selangor
serta Batu Pahat di Johor. Di Sabah pula, orang Banjar terdapat di Sandakan
Selain daripada faktor perdagangan, kemiskinan yang mencengkam kehidupan
orang Banjar di tempat asal mereka juga telah mendorong penghijrahan mereka ke
Tanah Melayu. Keadaan mereka di Tanah Banjar agak sukar kerana tanah pertanian
mereka sering menghadapi ancaman binatang buas. Faktor ini ditambah lagi dengan
kemelaratan yang dihadapi dibawah pemerintahan penjajah Belanda yang terlalu
menindas masyarakat tempatan dengan pelbagai cukai dan peraturan yang tidak
munasabah. Disamping itu, mereka tertarik dengan kemakmuran kehidupan di
TanahMelayu pada masa itu yang dikhabarkan oleh pedagang-pedagang yang
berulang-alik ke Tanah Melayu.
Pihak penjajah British di Tanah Melayu pula amat menggalakkan penghijrahan
masyarakat dari Indonesia untuk membuka dan mengerjakan kawasan pertanian yang
baru kerana masyarakat tersebut amat terkenaldengan sifat tabah dan gigih dalam
menghadapi cabaran hidup.

Ciri-ciri awal orang Banjar di Tanah Melayu.
Apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri awal ini ialah sosio-budaya orang Banjar
pada tahap awal pertapakan mereka di tanah Melayu iaitu sekitar pertengahan abad ke-
19 sehingga pertengahan abad yang ke-20.Terdapat ciri-ciri yang dominan dan ketara
pada masyarakat ini yang membezakannya dengan masyarakat Melayu tempatan pada
masa itu. Diantara ciri-ciri awal yang dapat diperhatikan dalam masyarakat ini pada
masa itu ialah, fahaman kesukuan, teguh pegangan agama dan cara hidup sederhana,
berani dan panas baran.

Fahaman kesukuan.
Perkara ini adalah berkait rapat dengan keadaan mereka yang baru berhijrah
dari Tanah Banjar ke Tanah Melayu yang masih asing bagi mereka. Jadi, bagi
memastikan kebajikan mereka terjaga, mereka sentiasa tinggal dalam satu kelompok.
Salah satu ciri terpenting wujud pada masyarakat tersebut pada masa itu ialah
mendalamnya fahaman kesukuan. Bagi mereka, orang-orang selain dari suku mereka
dianggap sebagai orang luar. Keadaan ini telah mempengaruhi
pergaulan,perkembangan pemikiran dan seterusnya keperibadian mereka. Fahaman
kesukuan ini juga telah menjadikan masyarakat ini pada masa itu sebagai sebuah
masyarakat tertutup. Jarang-jarang benar berlaku perkahwinan di luar suku Banjar.
Justeru itu, faktor ini telah dapat mengekalkan beberapa ciri-ciri keperibadian yang
tersendiri masyarakat ini. Contoh yang nyata ialah pengekalan bahasa pertuturan
sehari-hari iaitu dialek Banjar dan kawasan tempat tinggal yang berkelompok.

Teguh pegangan agama dan cara hidup sederhana.
Kebanyakan orang Banjar yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah
terdiridaripada mereka yang kuat pegangan agama Islam dan mengamalkan cara hidup
yang sederhana. Maka, tidak hairanlah bahawa masyarakat ini amat condong terhadap
perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dalam kehidupan seharian
mereka.
Keadaan ini ditambah lagi dengan corak pekerjaan mereka yang berbentuk
pertanian dan lokasi petempataan mereka yang agak terpencil daripada bandar, telah
menyebabkan peluang untuk mereka mengikuti kemudahan-kemudahan seperti
pelajaran, kesihatan, dan lain-lain amat terhad. Perkembangan pendidikan secara
formal yang wujud dalam masyarakat ini hanyalah berupa kelas membaca al-Quran,
mempelajari hal-ehwal syariat Islam sama ada di sekolah-sekolah agama rakyat
mahupun di madrasah-madrasah. Bagi golongan yang berkemampuan pula,mereka
menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah-sekolah arab mahupun pondok-pondok
di tempat lain. Bagi yang lebih berkemampuan, mereka juga turut menghantar anak-
anak mereka ke Tanah Suci Mekah untuk mendalami ilmu agama. Amat kurang sekali
yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah kerajaan mahupun ke sekolah
Melayu kerana mereka berpendapat mata pelajaran yang di ajar tidak sesuai dan
semata-mata hal-ehwal duniawi sahaja. Begitu juga dengansekolah-sekolah Inggeris
mereka khuatir anak-anak mereka akan terpengaruh dengan dakyah Kristian jika
menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah tersebut. Walaupun pada umumnya,
fahaman sebegini wujud di kalangan masyarakat Melayu yang lain, tetapi keadaan yang
wujud di kalangan orang Banjar amat ketara sekali.
Sebagai buktinya, sehingga awal tahun 60an, amat kurang sekali pegawai-
pegawai kerajaan mahupun kakitangan yang berketurunan Banjar.Kalau ada pun,
hanya pegawai-pegawai agama atau guru-guru agama.Ringkasnya mereka lebih
berminat untuk bergiat dalam bidang-bidang yang bersangkutan dengan hal-ehwal
agama Islam sahaja. Kesan lain yang dapat diperhatikan dan masih kekal sehingga kini
ialah terdapat banyak sekali sekolah-sekolah agama rakyat, madrasah mahupun
pondok-pondok dikawasan-kawasan yang majoriti penduduknya orang Banjar seperti di
daerah Kerian, Perak mahupun di daerah Sabak Bernam,Selangor.
Keadaan kehidupan mereka juga amat sederhana, rumah mereka
dikatakankosong kerana tidak mempunyai alat-alat perabut seperti kerusi, meja dan
almari. Peralatan yang ada seperti tikar mengkuang yang dibentangkan ketika tetamu
datang dan lain-lain peralatan yang mustahak sahaja.
Satu hal yang agak menarik juga ialah, masyarakat ini tidak suka bekerja makan
gaji dengan kerajaan kerana mereka lebih suka bekerja sendiri khasnya dalam bidang
pertanian. Perkara ini juga berkait dengan kebebasan untuk mereka membuat perkara-
perkara sampingan khasnya untuk mendalami ilmu-ilmu keagamaan. Pekerjaan bertani
seperti, penanaman padi mempunyai ruang masa yang banyak dan bebas untuk
mereka melakukan perkara-perkara tersebut, seperti ketika menunggu musim menuai
dan seumpamanya.
Kedudukan seseorang yang tinggi ilmu agama juga amat dihormati dan
mendapat tempat yang istimewa di kalangan orang Banjar. Nilai yang diberikan ke atas
seseorang individu dalam masyarakat ini adalah berdasarkan keahliannya dalam ilmu-
ilmu agama Islam. Nilai-nilai seperti ini menjadikan masyarakat ini begitu kuat dan taat
berpegang kepada ajaran Islam dan kepada kepimpinan yang ahli dalam bidang agama
Islam. Perkara ini jelas dilihat daripada kemenangan calon parti yang menjadikan Islam
sebagai dasar perjuangan pada Pemilihan Umum Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1955 Kawasan Kerian, Perak yang telah diketahui majoriti daripada penduduknya
terdiri daripada orang Banjar. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Haji Ahmad
Haji Hussein, keturunan Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari,seorang tokoh ulama
besar berasal dari Tanah Banjar, KalimantanSelatan, Indonesia.


Berani dan pemanas.
Salah satu sifat yang agak ketara terdapat dalam masyarakat Banjar ialah
bersifat berani dan pemanas. Masyarakat ini pantang dicabar dan bersifat panas baran.
Penggunaan senjata seperti pisau (biasanya disebut lading), parang panjang atau badik
(sejenis pisau juga), tidak asing lagi bagi mereka terutama ketika berlaku pergaduhan.
Dipercayai juga setiap keluarga orang Banjar pasti menyimpan sebilah parang panjang
di rumah masing-masing untuk menjaga keselamatan mereka. Orang Banjar sering
dianggap sebagai masyarakat yang gemar bergaduh oleh masyarakat lain.
Sebenarnya, sifat ini telah timbul secara turun temurun semenjak mereka menetap di
Tanah Banjar lagi. Keadaan alam sekeliling di Tanah Banjar yang penuh dengan hutan
belukar dan binatang buas menjadikan mereka sentiasa berhadapan dengan cabaran
dan halangan dalam meneruskan kehidupan mereka.
Orang-orang yang berniaga pula sering berhadapan dengan lanun dan
perompak yang memerlukan mereka sentiasa bertenaga dan bersedia untuk bertarung
dengan pihak musuh.Perkara ini juga telah menyebabkan mereka suka menuntut ilmu-
ilmu persilatan daripada pendekar-pendekar tempatan mahupun luar. Keadaan ini
terbawa-bawa dan akhirnya telah menjadi sifat dan perangai mereka sehingga
sekarang walaupun semakin berkurangan. Ciri-ciri ini jugalah yang sebenarnya menjadi
penyebab kepada pergaduhan yang telah timbuldi kawasan petempatan orang Banjar
seperti di Sungai Manik, Teluk Intan, Perak pada tahun 1940an dan 1960an mahupun
di Batu Pahat,Johor pada 13 Mei 1969, atas gabungan sifat mereka yang kuat
pegangan agama dan berani serta pemanas.





Orang Banjar kini.
Kini, orang Banjar di Malaysia sebagaimana masyarakat-masyarakat penghijrah
dari Indonesia yang lain seperti orang Jawa, Bugis,Mendailing, Rawa, Kerinchi, Batak,
Minangkabau dan lain-lain lagi,telah mengalami arus perubahan yang pesat seiring
dengan kepesatan pembangunan di negara ini sendiri. Proses asimilasi yang berlaku
keatas masyarakat ini amat ketara terutama apabila mereka sudah tidak tinggal lagi
bersama-sama dalam kelompok mereka mahupun apabila berlakunya perkahwinan
campur. Program pendidikan di negara ini juga sedikit sebanyak telah
mengasimilasikan masyarakat ini ke dalam masyarakat Melayu tempatan. Generasi
muda masyarakat ini sudah agak kurang mahupun tidak tahu atau malu untuk bertutur
dalam bahasa Banjar walaupun ketika berbicara sesama mereka.
Sifat mereka yang suka merantau masih membara dijiwa mereka.
Buktinya,apabila adanya pembukaan tanah-tanah rancangan sama ada oleh
FELDAmahupun FELCRA, mereka akan memberikan sambutan yang menggalakkan
untuk menjadi peserta. Kini, orang Banjar juga banyak didapati dikawasan-kawasan
tanah rancangan contohnya di negeri Pahang.
Di petempatan yang majoritinya adalah terdiri daripada masyarakatBanjar,
Perpaduan mereka masih erat dan mereka masih terus memelihara dan menggunakan
bahasa Banjar dalam pertuturan harian. Namun, dari segi pengamalan adat resam dan
organisasi sosial orang Banjar serta prasangkanya terhadap orang bukan Banjar sudah
agak berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi.
Sikap mereka terhadap pendidikan juga telah jauh berubah di mana anak-anak
mereka juga telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading dan
menjawat jawatan-jawatan yang tinggi di sektor awam mahupun swasta. Namun begitu,
pendidikan agama masih tetap menjadi pilihan utama kebanyakan dari mereka dan
buktinya dapat di perhatikan daripada ramainya anak-anak masyarakat ini yang
mempunyai kelulusan agama yang tinggi terutama orang Banjar dari daerah Kerian,
Perak dan daerah Sabak Bernam di Selangor.

Anda mungkin juga menyukai