Anda di halaman 1dari 24

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA
KAMPUS KENT TUARAN SABAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK

NAMA: UMMUL KHAIRUNNISA BINTI SATUNG

NOMBOR KAD PENGENALAN: 880305-12-5786

UNIT/OPSYEN: PISMP IPGM PRASEKOLAH

AMBILAN: JANUARI 2008

PENSYARAH PEMBIMBING: ENCIK SAIMIN GINSARI


NAMA : UMMUL KHAIRUNNISA BINTI SATUNG

NO KAD PENGENALAN : 880305-12-5786

UNIT / PENGKHUSUSAN : PISMP PRASEKOLAH

TARIKH LAHIR : 05 MAC 1988

TEMPAT LAHIR : HOSPITAL QUEEN ELIZABETH, KK

ASAL : TUARAN

BANGSA : BRUNEI

AGAMA : ISLAM

SEKOLAH TERDAHULU :

 SJK(C) CHEN SIN, TUARAN

 SUIS PEKAN TUARAN

 SMK SAINT JOHN, TUARAN

NO TELEFON : 0168259415

MENTOR (SEKARANG) : CIK LEE SOW YING

MOTTO : “FAILURE IS THE WAY TO SUCCESS”

2
KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 4

2.0 ETNIK BANJAR: 5


2.1 Sejarah Asal-usul
2.2 Adat dan Budaya
2.3 Kepercayaan dan Agama
2.4 Keistimewaan Banjar
2.5 Orang Banjar Kini
2.6 Rumusan

3.0 BIBLIOGRAFI 24

3
1.0 PENGENALAN

Masyarakat Malaysia terkenal kerana sifat majmuknya. Salah satu golongan etnik
yang besar ialah orang Banjar. Seperti golongan etnik lain, orang Banjar juga
merupakan satu golongan yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di
negara ini.

Walaupun orang Banjar tergolong dalam rumpun bangsa Melayu, namun,


tidak banyak yang diketahui tentang masyarakat ini. Keadaan ini agak berbeza
dengan orang Jawa yang lebih dikenali walaupun kedua-dua masyarakat ini
mempunyai latar belakang penghijrahan yang hampir sama dan berasal dari negara
yang sama iaitu Indonesia. Kedua-dua masyarakat tersebut tinggal di kawasan
petempatan seperti daerah Batu Pahat di Johor, daerah Sabak Bernam dan Tanjung
Karang di Selangor dan daerah Bagan Datoh di Perak.

Sehingga kini, belum ada penulisan yang benar-benar lengkap tentang


sejarah kedatangan atau perkembangan masyarakat tersebut di negara ini,
walaupun sumbangan mereka dalam bidang sosial, ekonomi dan politik bangsa
Melayu khasnya di negara ini secara keseluruhannya tidak kurang pentingnya

4
2.0 ETNIK BANJAR
2.0.1 Sejarah Asal Usul

Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimantan,
Indonesia, di kawasan selatan Basin Barito, terutama sekali dari daerah Banjar
Masin, iaitu pusat bandar daerah itu. Kawasan ini adalah terletak di bahagian
tenggara Borneo.

Banjarmasin adalah sebuah ibu kota


Kalimantan Selatan, Indonesia. Kota ini
memiliki luas wilayah 72 km² atau
0,019% dari luas wilayah Kalimantan
Selatan. Jumlah penduduk di kota ini
adalah sebanyak 527,250 orang
(2000) dengan kepadatan
penduduk berjumlah 7,325/km².

Di antara daerah-daerah utama tempat asal orang Banjar tersebut ialah


dari daerah Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margasari dan Martapura.
Sebahagian dari mereka juga berasal dari Sumatera Tengah di kawasan Bukit
Tinggi dan Sepat. Daerah-daerah tersebut merupakan kawasan penanaman padi.
Oleh demikian, mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah merupakan petani-
petani yang mahir dalam penanaman padi.

Di samping itu, pekerjaan khusus seperti melukis, tukang permata dan


berniaga juga ditekankan oleh mereka. Pekerjaan inilah yang membezakan mereka
dari suku-suku bangsa lain di daerah orang-orang Dayak yang tinggal lebih ke utara
barat Banjar Masin. Masyarakat ini juga dikenali dengan kemahiran membuat
peralatan dari besi, seperti peralatan pertanian dan senjata.

5
Kebanyakan mereka suka
tinggal di lembah beberapa buah
sungai seperti di sepanjang
lembah Sungai Barito dari Banjar
Masin hingga ke Asuntai dan
Tanjung di utara.

Rumah Pinggiran Sungai

Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu tidak dapat dipastikan, tetapi
menurut Afred Bacon Hudson seorang pengkaji orang Banjar, migrasi ini bermula
dalam pertengahan abad ke 19. Penempatan yang awal sekali dapat dikesan ialah
di Batu Pahat, Johor. Pada masa itu, mereka sering berulang alik berdagang dan
berniaga kelapa kering melalui Siak, Bentan, Inderagiri terus ke Batu Pahat dan
Singapura. Selain daripada itu Bagan Datoh di Perak juga dikatakan tempat
pertapakanawal masyarakat ini di Tanah Melayu.

Dari Batu Pahat, mereka berpecah ke kawasan lain. Mereka masih lagi
manjalankan aktiviti yang serupa seperti bertani, berkebun getah, kelapa dan
sebagainya. Pada masa kini, masyarakat Banjar boleh didapati di beberapa
kawasan pantai barat, terutamanya di kawasan penanaman padi seperti di daerah
Kerian, Sungai Manik dan Bagan Datoh di Perak, Sabak Bernam dan Tanjong
Karang di Selangor serta Batu Pahat di Johor. Di Sabah pula, orang Banjar terdapat
di Sandakan, Tenom, Keningau dan Tawau. Orang Banjar ini pula terbahagi kepada
beberapa puak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah
Balangan, Amuntai dari daerah Amuntai, Barabai dari daerah Alai, Nagara dan
Kandangan dari daerah Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari
daerah Martapura. Masyarakat ini sering mengidentifikasikan diri mereka
berdasarkan daerah tempat asal-usul mereka di Tanah Banjar.

Selain daripada faktor perdagangan, kemiskinan yang mencengkam


kehidupan orang Banjar di tempat asal mereka juga telah mendorong penghijrahan
ke Tanah Melayu. Keadaan mereka di Tanah Banjar agak sukar kerana tanah
pertanian mereka sering menghadapi ancaman binatang buas. Faktor ini ditambah
lagi dengan kemelaratan yang dihadapi di bawah pemerintahan penjajah Belanda
yang terlalu menindas masyarakat tempatan dengan pelbagai cukai dan peraturan

6
yang tidak munasabah. Di samping itu, mereka tertarik dengan kemakmuran
kehidupan di Tanah Melayu pada masa itu yang dikhabarkan oleh pedagang-
pedagang yang berulang-alik ke Tanah Melayu.

Pihak penjajah British di Tanah Melayu pula amat menggalakkan


penghijrahan masyarakat dari Indonesia untuk membuka dan mengerjakan kawasan
pertanian yang baru kerana masyarakat tersebut amat terkenal dengan sifat tabah
dan gigih dalam menghadapi cabaran hidup.

2.0.2 Penghijrahan Orang Banjar

Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para
penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar.

Pertama, pada tahun 1780 terjadi penghijrahan besar-besaran ke pulau


Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong
Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran
Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana
sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati.

Kedua, pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-besaran ke pulau


Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para pendukung Pangeran
Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat
pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas alasan yang sama. Pasukan
Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah
menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar.

Ketiga, pada tahun 1905 etnik Banjar kembali melakukan penghijrahan


besar-besaran ke pulau Sumatera. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana
Sultan Muhammad Seman yang menjadi Raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati
syahid di tangan Belanda.

Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri


Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan Sultan Isa, raja Indragiri sebelum raja
yang terakhir. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari daerah ini ialah Syeikh

7
Abdurrahman Siddiq Al Banjari yang berasal dari Martapura, Banjar yang
memegang jawatan sebagai Mufti Kerajaan Indragiri.

Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara


lain ke negeri Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak
Bernam, Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat) dan juga negeri Sabah (Sandakan,
Tenom, Keningau, Tawau) yang dikenali sebagai Banjar Melau. Tokoh etnik Banjar
yang terkenal dari Malaysia adalah Syeikh Husein Kedah Al Banjari, iaitu bekas
mufti Kerajaan Kedah. Salah seorang etnik tokoh Banjar dari Malaysia yang terkenal
ketika ini ialah Dato Seri Harussani bin Haji Zakaria yang menjadi Mufti Kerajaan
Negeri Perak.

Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah
Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan. Organisasi suku Banjar di Malaysia adalah
Pertubuhan Banjar Malaysia.

2.2 ADAT DAN BUDAYA

2.2.1 Fahaman Kesukuan

Perkara ini adalah berkait rapat dengan keadaan mereka yang baru berhijrah dari
Tanah Banjar ke Tanah Melayu yang masih asing bagi mereka. Jadi, bagi
memastikan kebajikan mereka terjaga, mereka sentiasa tinggal dalam satu
kelompok. Salah satu ciri terpenting wujud pada masyarakat tersebut pada masa itu
ialah mendalamnya fahaman kesukuan.

Bagi mereka, orang-orang selain dari suku mereka dianggap sebagai 'orang
luar'. Keadaan ini telah mempengaruhi pergaulan, perkembangan pemikiran dan
seterusnya keperibadian mereka. Faham kesukuan ini juga telah menjadikan
masyarakat ini pada masa itu sebagai sebuah masyarakat tertutup. Jarang-jarang
benar berlaku perkahwinan di luar suku Banjar. Justeru itu, faktor ini telah dapat
mengekalkan beberapa ciri-ciri keperibadian yang tersendiri masyarakat ini. Contoh
yang nyata ialah pengekalan bahasa pertuturan sehari-hari iaitu dialek Banjar dan
kawasan tempat tinggal yang berkelompok.

8
2.2.2 Kehidupan Orang Banjar

Keadaan kehidupan mereka juga amat sederhana, rumah mereka dikatakan


kosong kerana tidak mempunyai alat-alat perabut seperti kerusi, meja dan almari.
Peralatan yang ada seperti tikar mengkuang yang dibentangkan ketika tetamu
datang dan lain-lain perkakas yang mustahak sahaja.

Satu hal yang agak menarik juga ialah, masyarakat ini tidak suka bekerja
makan gaji dengan kerajaan kerana mereka lebih suka bekerja sendiri khasnya
dalam bidang pertanian. Perkara ini juga berkait dengan kebebasan untuk mereka
membuat perkara-perkara sampingan khasnya untuk mendalami ilmu-ilmu
keagamaan.

Pekerjaan bertani khasnya penanaman padi mempunyai ruang masa yang


banyak dan bebas untuk mereka melakukan perkara-perkara tersebut seperti ketika
menunggu musim menuai dan seumpamanya. Kedudukan seseorang yang tinggi
ilmu agama juga amat dihormati dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan
orang Banjar.

Nilai yang diberikan ke atas seseorang individu dalam masyarakat ini adalah
berdasarkan keahliannya dalam ilmu-ilmu agama Islam. Nilai-nilai seperti ini
menjadikan masyarakat ini begitu kuat dan taat berpegang kepada ajaran Islam dan
kepada kepimpinan yang ahli dalam bidang agama Islam. Perkara ini jelas dilihat
daripada kemenangan calon parti yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan
pada Pemilihan Umum Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 Kawasan
Kerian, Perak yang telah diketahui majoriti daripada penduduknya terdiri daripada
orang Banjar. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Haji Ahmad Haji Hussein,
keturunan Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari, seorang tokoh ulama besar berasal
dari Tanah Banjar, Kalimantan Selatan, Indonesia.

9
2.2.3 Bahasa Banjar

Bahasa Banjar merupakan bahasa Austronesia yang dipertuturkan


sesetengah tempat di Semenanjung Malaysia dan di provinsi Kalimantan Selatan,
Indonesia.

Bahasa Banjar merupakan salah satu cabang bahasa yang berkembang dari
Bahasa Melayu. Asal bahasa ini berada di provinsi Kalimantan Selatan yang
terbahagi kepada Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua, Alai dan lain-lain.
Bahasa Banjar dihipotesakan sebagai bahasa proto Malayik, seperti halnya bahasa
Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu).

Bahasa Banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu, Jawa dan bahasa
Dayak. Bahasa Banjar atau sering pula disebut Bahasa Melayu Banjar terbahagi
kepada dua kelompok dialek iaitu:

i. Bahasa Banjar Hulu


ii. Bahasa Banjar Kuala

Bahasa Banjar Hulu hanya mempunyai tiga vowel iaitu /i/ dan variasi yang
panjang /i:/, /u:/, dan /a/. Apabila menyebut perkataan yang mengandungi vowel
selain dari tiga ini, vowel itu akan diganti dengan tiga di atas berdasarkan mana
yang lebih dekat. Contohnya perkataan "logo" akan disebut "lugu". Perkataan "enak"
akan disebut "inak", "ke mana" pula menjadi "ka mana". Ciri lain adalah perkataan
yang dimulakan dengan vowel selalunya disebut dengan bunyi /h/ pada awalan.

Bagi bahasa Banjar Kuala, ia mempunyai lima vowel, /a, i, u, e, o/.

Orang-orang Banjar yang berada di Sumatera dan Semenanjung Malaysia


majoritinya berasal dari wilayah Hulu Sungai (Banua Enam), maka bahasa Banjar
yang dipakai merupakan campuran dari dialek Bahasa Banjar Hulu menurut asal
usulnya di Kalimantan Selatan.

10
2.2.4 Adat Perkahwinan

Dari segi adat perkahwinan pula, berbeza sedikit dari adat perkahwinan di Jawa.
Dimana upacara merenjis air ke atas pasangan yang baru berkahwin dilaksanakan
oleh pegawai agama dan keluarga.

Turut menyerikan suasana perkahwinan masyarakat Banjar ialah satu


permainan yang disanjung tinggi iaitu 'Orung-Orung Batang'. Keseluruhannya ,
unsur-unsur ini adalah diadaptasi suku kaum Dayak dan Jawa.

Baju pengantin lelaki bernama Teluk Belangga


dan baju pengantin perempuan namanya
Kembang Goyang (hiasan di kepalanya
goyang-goyang). Kembang Goyang juga nama
judul lagu wajib pengiring pengantin Banjar.
Nama kostum pengantin ini ialah “Baamar
Galung Pancar Matahari".

Urutan proses pernikahan yang umum terjadi di kalangan keluarga calon pengantin :

BASASULUH

Berasal dari kata suluh, merupakan proses pencarian maklumat mengenai gadis
yang diingini, hal ini dilakukan secara senyap oleh pihak lelaki. Pada masa lalu
perkahwinan lazimnya terjadi atas perjodohan atau pilihan orang tua, sehingga
tradisi ini merupakan kewajipan. Biasanya dilanjutkan dengan “Batatakun” iaitu
pencarian maklumat secara terbuka melalui kedua pihak keluarga, dengan tujuan
meyakinkan perihal asal-usul keluarga, kemampuan ekonomi, dan seterusnya.

BADATANG

Acara meminang secara rasmi oleh keluarga calon mempelai wanita. Secara tradisi,
dalam acara ini terjadi dialog dengan bahasa Banjar disertai dengan berbalas
pantun antara dua keluarga. Apabila lamaran diterima, mereka mula ditetapkan

11
beberapa kesepakatan antara lain mengenai besarnya jujuean (mas kawin), hari
menghantar mas kahwin, serta menetapkan hari perkahwinan.

MAANTAR JUJURAN ATAU MAANTAR PATALIAN

Sebagai pangikat atau bukti telah bertunangan, calon pengantin lelaki harus
memberikan “jujuran/patalian” atau hantaran kepada calon pengantin wanita. Benda-
benda patalian diantaranya berupa seperangkat perlengkapan perhiasan, wangi-
wangian, perlengkapan kamar tidur, perhiasaan dan sejumlah wang.

Mataar Patalian ini dilakukan oleh rombongan yang terdiri dari ibu-ibu
sebanyak sepuluh sampai dua puluh orang dan biasanya diterima dengan upacara
sederhana. Kesempatan ini digunakan oleh keluarga untuk mengumumkan kepada
para tetamu tentang hubungan calon pengantin yang disebut balarangan atau
pertunangan. Dalam acara tersebut kedua calon pengantin harus menghadirkan diri.

BAPINGIT

Merupakan salah satu tahap yang harus ditempuhi oleh seorang gadis menjelang
hari pernikahannya. Calon pengantin wanita “dikurung” selama seminggu dengan
maksud untuk menghindarkan dari hal-hal yang tidak diinginkan. Sesuai
perkembangan masa, acara bapingit kini dipersingkat antara dua sampai tiga hari
saja. Pada masa bapingit, calon mempelai wanita tidak diperkenankan dikunjungi
oleh calon mempelai lelaki atau pemuda yang lain.

Selama masa bapingit, calon pengantin wanita benar-benar harus


mempersiapkan zahir dan batin untuk mengarungi mahligai rumah tangga. Kegiatan
yang dilakukan dalam masa bapingit adalah :

a.Batamat Quran

Kerana majoriti suku Banjar beragama Islam, maka ketaatan calon mempelai wanita
dalam menjalankan ibadahnya akan ‘diuji’ melalui proses Batamat Qur’an, yakni
menamatkan pembacaan kitab suci Al Qur’an disaksikan oleh guru mengaji dan
kaum kerabat.

12
b.Bakasai dan batimung

Inilah saat intensif melakukan perawatan dan membersihkan diri calon mempelai
wanita agar kelihatan cantik dan segar. Sesuai dengan adat dan tradisi, ritual
perawatan menggunakan ramuan khusus berupa ‘kasai’ yakni seperti cairan
pembersih dari beras ketan yang telah digoreng kering secara berulang-ulang.
Selain itu calon pengantin melakukan ritual mandi wap air wewangian, dalam istilah
Banjar disebut Batimung, agar pada hari pernikahan tubuh menjadi bersih dan tidak
banyak mengeluarkan peluh.

c. Bapacar atau bainai

Acara menghias kuku dengan pacar atau inai yang ditumbuk halus, sehingga
meninggalkan warna merah. Proses bainai semacam ini juga menjadi tradisi
kalangan masyarakat Minang mahupun Betawi.

BADUDUS

Merupakan proses mandi untuk menyucikan diri calon pengantin. Menggunakan air
dicampur bunga-bunga dan air jeruk, dilengkapi dengan mayang dan air kelapa
gading. Proses badudus dilakukan selepas bapingit, dua atau tiga hari sebelum
upacara perkahwinan. Ritual tersebut boleh dijalankan serentak oleh kedua calon
pengantin atau dirumah masing-masing. 5 atau 7 orang wanita tua dari keluarga
terdekat dipilih untuk memandikan calon pengantin.

Rangkaian proses ini diwarnai dengan detil perlengkapan dan dekorasi


berwarna kuning. Antara lain pada ‘lalangitan’ berupa kain kuning yang direntangkan
pada bagian atas lokasi berlangsungnya acara tersebut. Bagi masyarakat Banjar,
warna kuning selain merupakan warna yang memiliki erti kebesaran dan keluhuran,
juga dipercaya boleh menjadi ‘alat’ untuk melindungi dari pengaruh roh jahat.
Dengan demikian, calon pengantin juga memakai sarung warna kuning ketika
melakukan ritual badudus untuk ‘melindungi’ diri dari hal-hal buruk yang tidak
diingini.

Acara adat badudus juga disertai oleh perlengkapan yang penuh dengan
makna. Antara lain ialah tebu kuning melambangkan harapan agar kehidupan rumah
tangga selalu manis dan teguh, daun beringin sebagai lambang pengayoman, daun

13
kambat sebagai penolak bala, daun linjuang sebagai penolak setan, ketupat
berbentuk burung agar calon pengantin boleh terbang tinggi mencapai harapan
rumah tangga. Disertakan pula pagar mayang sebagai pembawa keberuntungan
dan penangkal segala yang buruk. Acara badudus diakhiri dengan pembacaan doa
selamat dan batamat Al Qur’an bagi calon pengantin wanita mahupun lelaki.

AKAD NIKAH

Dalam pengertian orang Banjar, terdapat perbezaan nikah dengan kahwin. Nikah
dilakukan didepan penghulu sesuai dengan aturan agama, sedangkan kahwin
dilakukakan setelah nikah, sewaktu pengantin lelaki secara rasmi dihantar beramai-
ramai menuju ke rumah pengantin wanita. Proses perkahwinan adat Banjar meliputi
tiga bahagian, yakni Manurunkan pengantin lelaki, Maarak pengantin lelaki, dan
Mempelai Batatai Bapalimbaian.

i, MANURUNKAN DAN MAARAK PENGANTIN LAKI-LAKI

Merupakan upacara di rumah pihak keluarga pengantin lelaki untuk dipersiapkan


dan dibawa ke rumah pengantin wanita. Diawali dengan doa selamat kecil,
kemudian mempelai lelaki turun keluar rumah sambil mengucap doa keselamatan
diiringi Selawat Nabi oleh para sesepuh serta taburan beras kuning sebagai
penangkal bala dan bahaya. Meskipun acara nampak sederhana dan sangat mudah
namun acara ini harus dilakukan untuk memastikan tidak terjadi hal-hal yang tidak
diingini dan menyebabkan kegagalan upacara pernikahan.

Setelah doa dan harapan keselamatan, rombongan pengantin kemudiannya


menuju ke kediaman pengantin wanita. Ketika berada beberapa puluh meter
didepan rumah pengantin wanita, perbagai jenis kesenian akan ditampilkan untuk
menyambut kehadiran rombongan pihak pengantin lelaki. Diantaranya, Sinoman
Hadrah (seni tari masal sambil mempermainkan bendera-bendera diiringi pukulan
rebana), Kuda Gepang (hampir sama dengan kuda lumping), juga muzik Bamban
(sejenis Tanjidor Betawi). Pengantin lelaki melalui barisan Sinoman Hadrah,
dilindungi oleh Payung Ubur-Ubur yang akan terus berputar-putar melindungi
pengantin sambil rombongan bergerak menuju rumah mempelai wanita.

14
ii, PENGANTIN BATATAI

Kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin wanita untuk “bertatai” atau duduk
bersanding, adalah acara kemuncak dari setiap upacara perkahwinan Banjar. Acara
ini terdiri dari beberapa versi berdasarkan kebiasaan sub-etnik masing-masing.

ii.a. Versi Banjar Kuala

Pengantin lelaki masuk ke rumah pengantin perempuan dan terus menuju ke bilik
untuk menjemput pengantin dan kembali menuju ke Balai Patataian yang biasanya
terletak diruangan tengah untuk duduk bersanding (batatai). Proses yang harus
dilakukan :

 Bahurup Palimbaian; sewaktu masih dalam kedudukan berdiri kedua-


dua pengantin bertukat bunga tangan. Maknanya: kedua mempelai
optimis terhadap hari-hari mendatang yang akan mereka jalani dengan
penuh keceriaan, bagai harumnya bunga tangan mereka.
 Bahurup Sasuap; kedua mempelai duduk bersanding lalu saling
menyuapkan sekapur sirih (terdiri dari sirih, pinang, kapur, gambir).
Maknanya: mereka sudah saling membulatkan tekad untuk menempuh
pahit, getir, manis dan peritnya kehidupan dan mengatasinya dengan
seia sekata.
 Bakakumur; setelah mengunyah sekapur sirih, kedua mempelai
berkumur dengan air putih, lalu air bekas kumur dibuang ke dalam
tempolong. Maknanya: segala hal yang kurang baik segera di buang,
sehingga dalam memasuk alam perkahwinan dalam keadaan bersih
dan ikhlas.
 Batimbai Lakatan; pengantin perempuan melemparkan segenggam
nasi ketan ke pangkuan pengantin lelaki, lalu dilemparkan kembali ke
pangkuan pengantin perempuan. Maknanya: Agar tali perkahwinan
yang mereka bina akan erat, dapat memberikan keturunan yang baik
dan unggul. Selanjutnya nasi ketan tadi dilemparkan ke hadirin untuk
direbut oleh remaja perempuan. Dipercaya remaja yang mendapatkan
nasi ketan tersebut akan cepat mendapat pasangan.

15
 Batapung atau batutungkal; orang tua dari kedua keluarga
memberikan sentuhan dengan memercikan ramuan (air bunga, minyak
likat baboreh dan minyak wangi) pada ubun-ubun, bahu kiri dan kanan,
dan pangkuan mempelai. Maknanya: agar perjalanan perkahwinan
pengantin selalu mendapat dorongan, bimbingan dan berkat dari pihak
keluarga serta saudara.

ii.b. Versi Banjar Pahuluan (1)

Pengantin perempuan memasuki rumah pengantin perempuan disambut dengan


Selawat Nabi dan taburan beras kuning, apabila pengantin perempuan sudah
berada diambang pintu, kemudian mereka bersama-sama dibawa untuk duduk
bersanding di atas Geta Kencana, sejenis tempat peraduan (tempat tidur). Proses
seterusnya hampir sama dengan versi Banjar Kuala.

iii.c. Versi Banjar Pahuluan (2)

Pengantin lelaki masuk ke rumah pengantin perempuan dan disambut dengan


Selawat Nabi dan taburan beras kuning. Pengantin perempuan menanti di depan
pintu, dan kemudian pasangan pengantin dibawa menuju ke Balai Laki dengan
berjalan kaki maupun dengan cara Usung Ginggong. Selama bersanding di Balai
Laki, pasangan pengantin menyaksikan aksi kesenian, dan harus menerima godaan
atau olok-olok dari undangan yang hadir dengan senyum. Setelah selesai pasangan
dibawa kembali ke rumah pengantin perempuan dan diiringi tetabuhan kesenian
tradisional.

16
2.2.5 RUMAH ADAT BANJAR

Rumah Adat Banjar adalah rumah tradisional suku Banjar. Arkitektur tradisional ciri-
cirinya yangmempunyai perlambang, mempunyai penekanan pada atap, ornamental,
dekorasi dan simetris.

Menurut Idwar Saleh (1984:5): Rumah tradisonal Banjar adalah jenis-jenis


rumah khas Banjar dengan gaya dan ukirannya yang tersendiri mulai sebelum tahun
1871 hingga tahun 1935. Umumnya rumah tradisional Banjar dibangun dengan
beranjung (ba-anjung) iaitu sayap bangunan yang menjorok dari samping kanan dan
kiri bangunan utama kerana itulah disebut Rumah Baanjung. Anjung merupakan ciri
khas rumah tradisional Banjar, walaupun ada pula beberapa jenis Rumah Banjar
yang tidak beranjung. Jenis rumah yang paling
bernilai tinggi adalah Rumah Bubungan Tinggi
yang biasanya dipakai untuk bangunan keraton
(Dalam Sultan). Jadi nilainya sama dengan rumah
joglo di Jawa yang diguna sebagai keraton.
Keagungan seorang pemimpin pada masa
pemerintahan kerajaan diukur oleh jumlah ukuran
Rumah Bubungan Tinggi
dan kualiti seni serta kemegahan bangunan-
bangunan kerajaan khususnya istana raja (Rumah
Bubungan Tinggi). Dalam suatu perkampungan suku Banjar terdiri dari pelbagai
jenis rumah Banjar yang mencerminkan status sosial mahupun status ekonomi
pemilik rumah. Dalam kampung tersebut rumah dibangun dengan pola linear
mengikuti arah aliran sungai mahupun jalan raya terdiri dari rumah yang dibangun
mengapung di atas air, rumah yang didirikan di atas sungai mahupun rumah yang
didirikan di daratan, baik pada lahan basah (alluvial) mahupun lahan kering.

2.3 KEPERCAYAAN DAN AGAMA

Menurut Alfani Daud (1997:6):

17
"Islam telah menjadi ciri masyarakat Banjar sejak berabad-abad yang silam. Islam
juga telah menjadi identiti mereka, yang membezakannya dengan kelompok-
kelompok Dayak yang ada di sekitarnya, yang umumnya masih menganut agama
sukunya. Memeluk Islam merupakan kebanggaan tersendiri, setidak-tidaknya
dahulu, sehingga berpindah agama di kalangan masyarakat Dayak dikatakan
sebagai "babarasih" (membersihkan diri) di samping menjadi orang Banjar."

Menurut Irfan Noor dalam "Islam dan Universum simbolik Urang Banjar"
bahwa : Masyarakat Banjar bukanlah suatu yang hadir begitu saja, tapi ia
merupakan konstruksi historis secara sosial suatu kelompok manusia yang
menginginkan suatu komunitas tersendiri dari komunitas yang ada di kepulauan
Kalimantan.

Selain itu, menurutnya : Etnik Banjar merupakan bentuk pertemuan berbagai


kelompok etnik yang memiliki asal usul beragam yang dihasilkan dari sebuah proses
sosial masyarakat yang ada di daerah ini dengan titiuk berangkat pada proses
Islamisasi yang dilakukan oleh Demak sebagai syarat berdirinya Kesultanan Banjar.

Menurutnya lagi : "Banjar" sebelum berdirinya Kesultanan Islam Banjar


belumlah boleh dikatakan sebagai sebuah kesatuan identiti suku atau agama,
namun lebih tepat merupakan identiti yang merujuk pada kawasan teritorial tertentu
yang menjadi tempat tinggal. Kebanyakan orang Banjar yang berhijrah ke Tanah
Melayu adalah terdiri daripada mereka yang kuat pegangan agama Islam dan
mengamalkan cara hidup yang sederhana. Maka, tidak hairanlah bahawa
masyarakat ini amat cenderung terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan
agama Islam dalam kehidupan seharian mereka.

Keadaan ini ditambah lagi dengan corak pekerjaan mereka yang berbentuk
pertanian dan lokasi petempataan mereka yang agak terpencil daripada bandar,
telah menyebabkan peluang untuk mereka mengikuti kemudahan-kemudahan
seperti pelajaran, kesihatan, dan lain-lain amat terhad. Perkembangan pendidikan
secara formal yang wujud dalam masyarakat ini hanyalah berupa kelas membaca

al-Quran, mempelajari hal-ehwal syariat Islam sama ada di sekolah-sekolah agama


rakyat mahupun di madrasah-madrasah.

18
Bagi golongan yang berkemampuan pula, mereka menghantarkan anak-anak
mereka ke sekolah-sekolah arab mahupun pondok-pondok di tempat lain. Bagi yang
lebih berkemampuan, mereka juga turut menghantar anak-anak mereka ke Tanah
Suci Mekah untuk mendalami ilmu agama. Amat kurang sekali yang menghantar
anak-anak mereka ke sekolah-sekolah kerajaan mahupun ke sekolah Melayu kerana
mereka berpendapat mata pelajaran yang di ajar tidak sesuai dan semata-mata hal-
ehwal duniawi sahaja. Begitu juga dengan sekolah-sekolah Inggeris mereka khuatir
anak-anak mereka akan terpengaruh dengan dakyah Kristian jika menghantar anak-
anak mereka belajar di sekolah tersebut. Walaupun pada umumnya, fahaman
sebegini wujud dikalangan masyarakat Melayu yang lain, tetapi keadaan yang wujud
dikalangan orang Banjar amat ketara sekali.

Sebagai buktinya, sehingga awal tahun-tahun 60an, amat kurang sekali


pegawai-pegawai kerajaan mahupun kakitangan yang berketurunan Banjar. Kalau
pun ada, hanya pegawai-pegawai agama atau guru-guru agama. Ringkasnya
mereka lebih berminat untuk bergiat dalam bidang-bidang yang bersangkutan
dengan hal-ehwal agama Islam sahaja. Kesan lain yang dapat diperhatikan dan
masih kekal sehingga kini ialah terdapatnya dengan banyak sekali sekolah-sekolah
agama rakyat, madrasah mahupun pondok-pondok dikawasan-kawasan yang
majoriti penduduknya orang Banjar seperti di daerah Kerian, Perak mahupun di
daerah Sabak Bernam, Selangor.

19
2.4 KEISTIMEWAAN BANJAR

2.4.1 SIFAT ORANG BANJAR

Salah satu sifat yang agak ketara terdapat dalam masyarakat Banjar ialah
bersifat berani dan pemanas. Masyarakat ini pantang dicabar dan bersifat panas
baran. Penggunaan senjata seperti pisau (biasanya disebut lading), parang panjang
atau badik (sejenis pisau juga), tidak asing lagi bagi mereka terutama ketika berlaku
pergaduhan. Dipercayai juga setiap keluarga orang Banjar pasti menyimpan sebilah
parang panjang di rumah masing-masing untuk menjaga keselamatan mereka.

Orang Banjar sering dianggap sebagai masyarakat yang gemar bergaduh


oleh masyarakat lain. Sebenarnya, sifat ini telah timbul secara turun temurun
semenjak mereka menetap di Tanah Banjar lagi. Keadaan alam sekeliling di Tanah
Banjar yang penuh dengan hutan belukar dan binatang buas menjadikan mereka
sentiasa berhadapan dengan cabaran dan halangan dalam meneruskan kehidupan
mereka.

Orang-orang yang berniaga pula sering berhadapan dengan lanun dan


perompak memerlukan mereka sentiasa bertenaga dan bersedia untuk bertarung
dengan pihak musuh. Perkara ini juga telah menyebabkan mereka suka menuntut
ilmu-ilmu persilatan daripada pendekar-pendekar tempatan mahupun luar. Keadaan
ini terbawa-bawa dan akhirnya telah menjadi sifat dan perangai mereka sehingga
sekarang walaupun semakin berkurangan. Ciri-ciri ini jugalah yang sebenarnya
menjadi penyebab kepada pergaduhan yang telah timbul di kawasan petempatan
orang Banjar seperti di Sungai Manik, Teluk Intan, Perak pada tahun 1940an dan
1960an mahupun di Batu Pahat, Johor pada 13 Mei 1969, atas gabungan sifat
mereka yang kuat pegangan agama dan berani serta pemanas.

20
2.4.2 SOTO BANJAR

Apa yang istimewanya orang banjar ialah mereka mempunyai masakan yang
tersendiri yang mengambil gelaran bersempena dengan etnik ini iaitu soto banjar.

2.5 Orang Banjar Kini

Kini, orang Banjar di Malaysia sebagaimana masyarakat-masyarakat


penghijrah dari Indonesia yang lain seperti orang Jawa, Bugis, Mendailing, Rawa,
Kerinchi, Batak, Minangkabau dan lain-lain lagi, telah mengalami arus perubahan
yang pesat seiring dengan kepesatan pembangunan di negara ini sendiri. Proses
asimilasi yang berlaku ke atas masyarakat ini amat ketara terutama apabila mereka
sudah tidak tinggal lagi bersama-sama dalam kelompok mereka mahupun apabila
berlakunya perkahwinan campur. Program pendidikan di negara ini juga sedikit
sebanyak telah mengasimilasikan masyarakat ini ke dalam masyarakat Melayu
tempatan. Generasi muda masyarakat ini sudah agak kurang mahupun tidak tahu
atau malu untuk bertutur dalam bahasa Banjar walaupun ketika berbicara sesama
mereka.

Sifat mereka yang suka merantau masih membara dijiwa mereka. Buktinya,
apabila adanya pembukaan tanah-tanah rancangan sama ada oleh FELDA
mahupun FELCRA, mereka akan memberikan sambutan yang menggalakkan untuk

21
menjadi peserta. Kini, orang Banjar juga banyak didapati di kawasan-kawasan tanah
rancangan contohnya di negeri Pahang.

Di petempatan yang majoritinya adalah terdiri daripada masyarakat Banjar,


perpaduan mereka masih erat dan mereka masih terus memelihara dan
menggunakan bahasa Banjar dalam pertuturan harian. Namun, dari segi
pengamalan adat resam dan organisasi sosial orang Banjar serta prasangkanya
terhadap orang bukan Banjar sudah agak berkurangan dan mungkin sudah tiada
lagi. Sikap mereka terhadap pendidikan juga telah jauh berubah di mana anak-anak
mereka juga telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading dan
menjawat jawatan-jawatan yang tinggi di sektor awam mahupun swasta. Namun
begitu, pendidikan agama masih tetap menjadi pilihan utama kebanyakan dari
mereka dan buktinya dapat diperhatikan daripada ramainya anak-anak masyarakat
ini yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi terutama orang Banjar dari daerah
Kerian, Perak dan daerah Sabak Bernam di Selangor.

22
2.6 RUMUSAN

BANJAR… kaum yang baru sahaja saya kenali. Jikalau dahulu, saya terpinga-pinga
mendengar nama kaum ini, namun sekarang, sedikit sebanyak input diterima dan
dipelajari.

Walaupun cara hidup orang Banjar dahulu kelihatan agak kolot, tetapi kini,
orang-orang kaum ini semakin maju dan giat dalam mempertahankan adat dan
kebudayaan kaum mereka ini. Sebagai contoh, orang Banjar Malaysia kini telah
banyak membuat blog dan berbicara hal-hal dan isu mengenai kaum ini termasuklah
resepi masakan turun-temurun. Bukan sahaja orng-orang banjar Malaysia, malahan,
orang banjar Indonesia juga turut berdiskusi mengenai kaum mereka.

Remaja banjar seharusnya mengamalkan serta mengekalkan keunikan kaum


mereka agar kaum ini tidak ditelan oleh arus pemodenan. Rumah adat banjar juga
seharusnya dibina atau sekurang-kurangnya diletakkan di muzium di Malaysia. Hal
ini bagi membolehkan anak-anak zaman sekarang dapat melihat keindahan seni
bina rumah adat banjar sambil mempelajari adat dan budaya banjar. Perkara ini
dapat menjadikan tarikan pelancong luar Negara untuk bercuti di Malaysia dan
meningkatkan lagi ekonomi Negara ini.

Justeru itu, kebudayaan kaum di Negara ini haruslah dipelihara agar menjadi
faktor pemangkin tarikan pelancong serta pegangan remaja-remaja agar tidak
terikut-ikut budaya barat dan melupakan budaya sendiri.

23
3.0 BIBLIOGRAFI

SUMBER INTERNET

Dilayari pada 20 Febuari 2009, jam 4.00 petang. Suku Banjar,


http://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Banjar

Dilayari pada 20 Febuari 2009, jam 4.00 petang. Bahasa Banjar,


http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Banjar

Dilayari pada 20 Febuari 2009, jam 4.00 petang. Bahasa Austronesia,


http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Austronesia

Dilayari pada 20 Febuari 2009, jam 4.00 petang. Penyebaran suku bangsa
Banjar, http://id.wikipedia.org/wiki/Penyebaran_suku_bangsa_Banjar

Dilayari pada 20 Febuari 2009, jam 4.00 petang. Hikayat Banjar,


http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Banjar

Dilayari pada 20 Febuari 2009, jam 4.00 petang. Banjarmasin,


http://ms.wikipedia.org/wiki/Banjarmasin

Dilayari pada 25 Febuari 2009, jam 3.00 petang. Banjar,


http://maydi.wordpress.com/banjar/

Dilayari pada 25 Febuari 2009, jam 3.00 petang. Rumah Banjar,


http://maydi.wordpress.com/banjar/rumah-banjar/

Dilayari pada 25 Febuari 2009, jam 3.00 petang. Peribahasa Banjar,


http://maydi.wordpress.com/banjar/pribahasa-banjar/

24

Anda mungkin juga menyukai