Anda di halaman 1dari 3

Pertembungan budaya barat dengan budaya tempatan merupakan salah satu factor tercetusnya

peristiwa dahagi di India pada tahun 1857.

Pada tahun 1857, berlakunya penentangan terhadap pemerintahan British yang di kenali
sebagai Dahagi India. Dahagi India merupakan pemberontakan yang di lancarkan oleh sepoi –sepoi
yang menentang pemerintahan British di India. Org India menganggap Dahagi sebagai perjuangan
untuk membebaskan Negara daripada pemerintahan British. Selain sepoi, golongan putera,nawad,
dan pembesar yang kehilangan gelaran tanah dan kuasa ,turut menyertai pemberontakan ter
sebut . Dahagi berlaku secara setempat dan hanya melibatkan beberpa buah kawasan tertentu
sahaja. Sebahagian besar penduduk tidak terlibat dalam pemberontakan tersebut. Dalam pada itu
,bukan semua askar bangkit menentang bitish. Askar-askar sikh dan rejimen tempatan yang lain
bertindak menyebelahi British.

Faktor yang tercetusnya Prenag Dahagi di India terhadap pemerintahan British ialah
penghapusan amalan suttee. Amalan suttee adalah amalan yang di amalkan oleh penduduk
beragama hindu sejak turun-temurun lagi. Mengikut adat ini,balu yang kehilangan suami akan
dibakar bersama-sama mayat suaminya semasa upacara pengebumian. Pada tahun 1828,LORD
WILLIAM BENTICK merupakan Gabenor Jeneral British di India telah menggubal undang-undang
untuk mengharamkan amalan ini. Tindakan British menimbulkan kemarahan penduduk yang
beragama hindu terhadap pemerintahan British.

Faktor seterusnya yang mencetusnya peristiwa Dahagi India ialah tindakan bitish menghapuskan
amalan Thuggee. Amalan thuggee merupakan aktiviti merompak dan pembunuhan yang dilakukan
oleh kumpulan –kumpulan agama yang ersenjata terhadap saudagar dan pengembara. Kumplan ini
menjalankan kegiatan mereka,iaitu menyamar dan melakukan pembunuhan atas nama Dewi Kali.
Amalan ini menmbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk ,tetapi amalan ini
mendapat sokongan dari pada golongan agama. LORD WILLIAM BENTICK bertindak mengharamkan
amaan ini ,menimbulkan kemarahan golongan agama yang menyokongnya.

Salah satu factor yang Diamalkan oleh masyarakat India sejak turun-temurun. Mereka
menganggap bayi perempuan adalah beban kepada mereka apabila besar kelak. Hal ini disebabkan
keluarga anak perempuan terpaksa membayar dowri (mas kawin) yang tinggi kepada bakal suami
mereka. Lord William Bentick mengharamkan amalan ini kerana di aggap tidak berperikemanusiaan.

Berikutnya, Lord Dalhousie telah meluluskan akta kahwin semula bagi balu-balu hindu. Mendapat
penentangan daripada penduduk tempatan kerana dalam perkhawinan semula adalah tidak di
benarkan sama sekali dalam masyarakst hindu. Tindakan memperkenalkan akta ini menyebabkan
penduduk tempatan mengaggap British menghina amalan trdisi mereka.

Pengenalan system Pendidikan barat menimbulkan rasa tidakpuas hati dalamkalangan


masyarakat terhadap penjajah. British menjadikan bahasa Inggeris sebagai kata penghantar bagi
sekolah dan kolej. Bahasa Inggeris jiga dijadikan bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran dan
kehakiman. Jawatan-jawatan pengting di berikan kepada yang berpendidikan Inggeris. Perubahan
ini tidak di senangi oleh penduduk tempatan kerana jawatan tinggi tidak di berikan kepada
penduduk tempatan yang tidak berpendidikan Inggeris. Pendidikan yang disebarkan oleh orang
Inggeris dianggap sebagai percubaan menyebarkan agama kristian.
Pemerintahan British memperkenalkan sistem perhubungan dan pengankutan moden seperti
pembinaan landasan keretapi dan sistem telegraf telah mengancam amalan tradisi masyarakat India.
Pengenalan sistem pengangkutan barat turut mengancam amalan kasta yang di warisi sejak turun-
temurun oleh masyarakat India. Masyaraat India hanya dibenarkan menaiki gerabak kelas ke-3
manakala kelas 1 dan 2 pula untuk pegaai-pegawai Inggeris. Perkembngan ini menjejskan pendidikan
masyarakar India daripada kasta tinggi kerana mereka juga terpaksa menaiki gerabak kelas ke3
bersama dengan penduduk kasta rendah. Pengenalan teknolog ibarat di anggap sebagai satu
langkah British untuk mencemarkan adat resam dan agama hindu.

Dasar pengilhakan yang diperkenalkan oleh Lord dalhausie merancakkan penentangan penduduk
India terhadap penjajahan British. Menurut dasar ini, lord Dalhausie telah merampas hak dan
kedaulatan pemerintah tempatan dengan mengilhakan wilayah-wilayah yang ditadbir oleh mereka.
Dasar pengilhakan ini dilaksanakan berpandu pada tiga alasan, iaitu undang-undang lesap waris, hak
menakluk kuasa agung dan salah tadbir tempatan. Menerusi dasar ini , Lord Dalhausie mengilhakan
bebrapa buah wilayah seperti Punjab, karnatik, tanjor, Jhansi, baghat, jaitpur, oudh, dan
sambalpur.Dasar ini menjejaskan maruah pemerintah tempatan hingga menyebabkan putra-putra
raja tempatan seperti nana sahed, nawab dari karnatik dan raja tanjor menyertai penentanagn
terhadap penjajah British. Nana sahed merupakan anak angkat baji rao (pemerintah wilayah
Peshawar) tidak berpuas hati dengan tindakan British membatalkan bayaran pencen yang patut
diberikan kepadanya serta merampas tanah milik ayahnya. Manakala nawab menentang tindakan
British meletakkan wilayah oudh dibawah pentadbiran mereka atas alasan keadaan huru hara di
oudh dan amalan rasuah eka atas alasan keadaan huru hara di oudh dan amalan rasuah berleluasa
dalam kalangan pemerintah oudh.

Faktor serta merta yang menyebabkan Dahagi India tercetus ialah perasaan tidak puas hati
dalam kalangan sepoi-sepoi India. British telah melantik sepoi-sepoi daripada kalangan kaum
Brahmin dan rajput yang terdiri daripada golongan berkasta tinggi di Wilayah oudh. Tindkan British
menghantar sepoi-sepoi India ke luar Negara menimbulkan kemarahan kerana tindakan tersebut
mencemarkan imej dan maruah mereka yang berkasta tinggi.Malah terdapat kepercayaan dalam
penganut agama hindu bahawa kesucian kasta mereka akan hilang apabila mereka melintasi lautan.
Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi India daripada rejimen 47 yang diarahkan untuk
berkhidmat di Myanmar enggan mematuhi arahan hingga menyebabkan rejimen tersebut terpaksa
dibubarkan.

Penentangan terhadap pemerintahan British juga disebabkan oleh pengenalan dasar dan
peraturan baharu oleh British. Salah satu peraturan yang menimbulkan rasa tidak puas hati
penduduk terhadap pemerintahan British ialah akta penjajahan Punjab 1907. Menerusi akta ini,
kerajaan British bertindak meninggikan cukai tanah dan mengenakan bayaran bagi bekalan air.
Tindakan ini telah menambahkan beban golongan petani dan mereka terpaksa menaggung hutang
serta hidup dalam keadaan miskin. Selain itu, pihak pemerintah British juga tidak menggalakkan
kegiatan mengimport barangan dari Negara luar.

Semasa pentadbiran Lord canning akta pengambilan khidmat awam memberikan kuasa kepada
pihak British untuk menghantar tentera berkhidmat dalam dan luar Negara. Akta ini tidak disokong
oleh tentera India kerana mereka tidak mendapat elaun tambahan. Tentera India juga menentang
amalan diskriminasi yang diamalkan oleh pentadbiran Britsh dalam soal kenaikkan pangkat dan
jawatan . Tentera India diberi gaji yang rendah dan mendapat layanan yang kurang baik.

Kemarahan tentera terhadap pentadbiran British memuncak apabila sepoi-sepoi India mendapat
tahu bahawa minyak yang digunakan untuk membersihkan senapang riffle royal enfield
mengandungi lemak babi dan lemak lembu. Selain itu, tersebar berita bhawa sepoi-sepoi India yang
menggunakan senapang tersebut perlu minggit hujung peluru yang telah disapu dengan lemak babi
dan lemak lembu.Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi yang beraga hindu dan islam
merasakan bahawa pentadbiran British segaja melakukan hal-hal yang demikian untuk menghina
kedua-dua agama.

Selepas menumpaskan Dahagi, British melakukan rombakan dalan sistem pentadbiran di India.
British membubarkan SHTI dan meletakkan pentadbiran India dibawah mahkota British.Peristiwa ini
juga menyebabkan pemerintahan Mughal di India berakhir apabila Maharaja Bahadur Shah II
ditangkap dan dibuang negeri ke Myanmar.

Anda mungkin juga menyukai