Anda di halaman 1dari 5

Perang dahagi ini tercetus disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan luaran di India itu

sendiri. Setiap peperangan dan pemberontakan yang berlaku sudah pasti ada punca yang

menyebabkan peperangan tersebut berlaku. Untuk di India, telah berlaku satu rusuhan yang

dikenali sebagai Dahagi India pada tahun 1857 dan rusuhan ini berlaku adalah untuk menentang

pihak British yang cuba masuk campur dan membawa perubahan dalam pentadbiran India.

Ketidakpuasan Hati Sepoi-Sepoi India.

Ketidakpuasan hati askar upahan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang terdiri daripada orang

tempatan di India atau lebih dikenali sebagai sepoi-sepoi menjadi faktor berlakunya Dahagi India

ini. Mereka merupakan askar tempatan yang diupah untuk membantu British dan menjaga

keamanan India. Pada mulanya mereka hanya berkhidmat dan berbakti pada negara mereka

sahaja. Tetapi pihak British mula masuk campur dalam bidang ketenteraan kerana telah

mendapat hak untuk menghantar beberapa sepoi untuk bertugas di luar dari negara mereka.

sepoi-sepoi ini tidak mahu dihantar ke negara luar dengan terpaksa berjauhan dengan keluarga

mereka. hal ini akan menyukarkan mereka untuk pulang kepangkuan keluarga mereka jika

berlaku masalah di dalam kalangan keluarga mereka. Selain itu, mereka juga tidak puas hati

dengan cara British yang menghantar mereka bertugas di luar negara dan tidak diberikan

sebarang elaun. Tentera yang dihantar sepatutnya diberikan elaun tetapi mereka hanya dihantar

begitu sahaja. Hal ini telah menyebabkan tentera India mula memberontak dengan keputusan

pihak British yang tidak sesuai untuk mereka dan tidak mendatangkan faedah kepada golongan

tentera.

Di samping itu, ketidakpuasan hati ini juga tercetus apabila berlakunya diskriminasi antara sepoi

India dan tentera British tentang isu penggajian, dan layanan. Gaji tentera India dan British jauh
berbeza dan gaji tentera British lebih tinggi berbanding tentera India. Mereka tidak puas hati

kerana kerja-kerja yang mereka lakukan lagi berisiko dan sentiasa menjadi orang suruhan tetapi,

gaji tidak berpatutan. Seterusnya, urusan kenaikan pangkat juga menjadi isi ketidakpuasan hati

mereka berlaku mengikut jangka masa perkhidmatan dan bukannya mengikut kebolehan

seseorang dan hal ini menyebabkan mereka berasa kecewa dengan isu ini sehingga menjadi salah

satu faktor tercetusnya Dahagi di India. Pengenalan senapang Rifle Royal Enfield

menyemarakkan lagi perasaan tidak puas hati di kalangan sepoi India kerana tersebarnya khabar

angin peluru-peluru yang hujungnya terpaksa digigit sebelum diisi ke dalam senapang telah

disapu dengan minyak Iembu dan babi. Sepoi-sepoi India dan Muslim menganggap ini sebagai

satu muslihat pihak Inggeris untuk menentang kebudayaan tradisional mereka. Walaupun peluru-

peluru itu ditarik balik tetapi perasaan tidak puas hati terhadap pihak Inggeris telah memuncak

sehingga mereka percaya bahawa perbuatan tersebut adalan percubaan untuk mengkristiankan

mereka.1

1
Philip B. Calkins, (2020), Frank Raymond Allchin, India, Encyclopædia Britannica, inc.
Faktor Pembaharuan Dalam Sistem Sosial.

Perang Dahagi juga berlaku disebabkan oleh perubahan sosial yang dilaksanakan oleh pihak

British. Masyarakat India, tidak berpuas hati terhadap pembaharuan sosial yang dibuat oleh

pihak British. Pihak British membawa masuk perubahan sosial ala barat. Hal ini kerana,

masyarakat India tidak senang jika adat tradisi mereka diganggu oleh pihak luar. Mereka

mempunyai adat yang sememangnya diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka lagi.

Antara adat tradisi mereka ialah, amalan Suttee dan Thugge. Dua amalan ini menjadi

amalan yang penting kepada mereka. Suttee, ataupun dalam bahasa sanskritnya ialah sati yang

membawa maksud wanita baik dan wanita suci. Suttee merupakan adat istiadat India dimana

seorang isteri perlu membakar dirinya sama ada pada api pengebumian suaminya yang sudah

mati atau dengan cara lain selepas kematian suaminya. 2 Walaupun tidak pernah diamalkan secara

meluas, suttee adalah pengabdian seorang wanita yang dipegang oleh Brahman dan kasta

kerajaan. Amalan ini kadang-kadang dikaitkan dengan mitos dewi Hindu Sati, yang membakar

dirinya hingga mati dalam api yang diciptakannya melalui kekuatan Yogic setelah ayahnya

menghina suaminya, dewa Siwa - tetapi dalam mitos ini Siwa tetap hidup dan membalas

kematian Sati .

Manakala amalan Thuggee merupakan aktiviti merompak dan pembunuhan jalanan yang

dilakukan oleh kumpulan- kumpulan agama yang bersenjata terhadap saudagar dan pengembara.

Kumpulan ini menyamar dan membunuh atas nama Dewi Kali. 3 Walaupun amalan ini

menimbulkan ketakutan dan kebimbangan namun amalan ini mendapat sokongan daripada

golongan agama. Lord William Bentinck telah menghapuskan suttee (sati), iaitu adat Hindu

2
Wendy Doniger, 2019, Suttee, Encyclopædia Britannica, inc.
3
The Editors of Encyclopaedia Britannica. Thug. Encyclopædia Britannica, inc.
membakar janda yang hidup dengan mayat suami mereka. Gabenor jeneral sebelumnya telah

mengabaikan larangan sebagai campur tangan dalam agama dan yang mungkin akan

mengganggu tentera India, tetapi Bentinck mengatasi keraguan ini tanpa menghadapi banyak

halangan. Dia juga bertanggungjawab atas tindakan-tindakan yang diambil untuk menekan

pembunuhan anak-anak yang tidak diinginkan, pengorbanan manusia, dan kelompok-kelompok

perompak, yang diikat oleh sumpah dan ritual, yang membunuh pelancong yang tidak curiga atas

nama dewi Kali.4 Hal ini mengakibatkan masyarakat India amat marah disebabkan perubahan

sosial yang dibuat oleh Bentinck.

4
Philip Mason, Encyclopædia Britannica, inc, https://www.britannica.com/biography/Lord-William-Bentinck

Anda mungkin juga menyukai