Anda di halaman 1dari 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/317511244

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

Conference Paper · April 2014

CITATIONS READS

0 5,854

1 author:

Fathi Yusof
Universiti of Technology Malaysia, Kuala Lumpur
17 PUBLICATIONS   27 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Critical Study on Malaysian Electoral System View project

The Application of Islamic Criminal Law in Malaysia View project

All content following this page was uploaded by Fathi Yusof on 11 June 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Prosiding Bicara Dakwah kali ke 15: Pengurusan Dakwah Kontemporari
Disunting oleh: Muhamad Faisal Ashaari, Abu Dardaa Mohamad, Ahmad Irdha Mokhtar.
© Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

Muhammad Fathi bin Yusof, Mohd Al-Ikhsan Ghazali & Nik Mohd Zaim Nik Abdul Rahim

Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST),


Universiti Teknologi Malaysia, UTM KL, 54100 Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

ABSTRAK: Pada dasarnya terdapat banyak isu perlembagaan dan hak asasi yang berkaitan dengan
dakwah. Masyarakat secara umumnya belum benar-benar memahami isu perlembagaan dan hak
asasi yang berkaitan dengan dakwah. Oleh itu kadang-kadang wujud pertikaian dan ketegangan di
kalangan masyarakat berkaitan dengan beberapa isu seperti isu hak asasi, kebebasan beragama,
kebebasan berkaitan moral dan seumpamanya. Polemik dalam isu ini memberi kesan kepada
dakwah kerana ia boleh menyebabkan sasaran dakwah mempunyai perasaan prejudis yang kuat
terhadap Islam dan orang Islam. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti cabaran kepada usaha
dakwah di samping untuk meningkatkan kefahaman terhadap mauduk dakwah serta untuk
memahami sensitiviti dan tahap kefahaman sasaran dakwah. Objektif penulisan ini adalah untuk
menganalisis isu-isu perlembagaan dan hak asasi yang menjadi cabaran kepada gerakan dakwah,
menganalisis persepsi masyarakat terhadap isu-isu perlembagaan dan hak asasi yang berkaitan
dengan dakwah serta mencadangkan beberapa pendekatan untuk menghadapi cabaran berkenaan.
Kaedah yang digunakan adalah berasaskan kajian perpustakaan terhadap isu-isu perlembagaan dan
hak asasi yang menjadi cabaran kepada usaha dakwah di Malaysia. Selain itu kajian terhadap
kandungan media berkaitan isu ini juga dijalankan bagi meninjau pandangan awam terhadap isu
berkaitan. Kertas kerja ini memberikan fokus kepada tiga isu dalam konteks keperlembagaan dan
hak asasi iaitu: (a) Isu penyebaran ajaran lain di kalangan umat Islam (b) isu Syiah; (c) isu
perlaksanaan hudud. Beberapa saranan bagi menangani isu untuk maslahat gerakan dakwah juga
dikemukakan.

PENDAHULUAN pendirian, pendekatan serta bentuk aktiviti


dakwah. Memahami isu keperlembagaan dan hak
Dakwah tidak boleh dipisahkan dengan asasi juga termasuk dalam konteks memahami
perkembangan semasa. Apa yang berlaku dalam sasaran dakwah. Bahkan, memahami
masyarakat mempunyai kaitan yang amat dekat perlembagaan tentunya amat penting jika dilihat
dengan para pendakwah. Para pendakwah bukan peranannya yang amat besar sebagai rujukan
sahaja perlu mempunyai persiapan ilmu dan kelompok tertentu masyarakat dalam negara.
kemahiran, bahkan juga mampu memahami
persekitaran yang banyak mempengaruhi Pemahaman kepada isu keperlembagaan dan hak-
kejayaan dakwah. Antara persekitaran yang perlu hak asasi menjadi semakin penting jika kita
difahami ialah berkaitan dengan peranan memahami akar kepada konsep keperlembagaan
perlembagaan dalam sistem sosial serta berkaitan dan hak asasi secara lebih mendasar. Kadang-
dengan isu-isu yang berlegar di sekitar kadang wujud perbezaan ketara antara kelompok
keperlembagaan dan hak asasi. dakwah dak aktivis hak asasi atau pengamal
undang-undang sivil yang menjadikan
Selain itu, perlembagaan jaga banyak perlembagaan sebagai rujukan yang utama.
mempengaruhi ruang dan pendekatan dakwah. Perbezaan, yang boleh membawa konflik ini,
Perlembagaan merupakan dokumen perundangan bukannya berpunca dari perbezaan tafsiran ayat-
terpenting dalam kerangka pentadbiran undang- ayat perundangan bersifat ranting, tetapi ia adalah
undang negara. Garis sempadan yang disediakan satu pertembungan yang berakar umbi dari aliran
oleh perlembagaan perlu difahami oleh para falsafah yang berbeza tentang konsep kehidupan,
pendakwah dalam menentukan langkah, kebenaran dan kemanusiaan. Oleh yang
PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

demikian, perbahasan tentang isu-isu Sesebuah perlembagaan mengandungi garis


perlembagaan dari sudut dakwah merupakan satu panduan kepada struktur serta kuasa politik
yang amat penting dalam menyorot asas kepada sesebuah negara, dan juga menentukan had
perbezaan ini. penggunaan kuasa itu dari sudut prosedur dan
substantif. Selain itu ia juga mengandungi perkara
Keberkesanan dakwah amat bergantung kepada asas berkaitan dengan sistem perundangan
kemampuan para pendakwah menggarap sesebuah negara (Vago, 2009). Perlembagaan
persoalan kehidupan dan realiti sesuai dengan bukannya satu dokumen yang beku dan kaku
tahap kefahaman sasaran dakwah. Pendakwah tetapi sebaliknya ia mempunyai ciri-ciri yang
juga perlu memahami sensitiviti sesetengah dinamik bagi mencapai tujuannya memberikan
kelompok yang sebahagiannya bersandarkan keadilan kepada rakyat. Oleh yang demikian,
kepada cara berfikir yang jauh berbeza daripada dalam perbahasan perlembagaan, para ilmuwan
para pendakwah. Sebahagian mereka menjadikan perundangan tidak boleh mengabaikan konsep
falsafah, budaya dan pemikiran Barat sebagai keperlembagaan (constitutionalism) iaitu satu
landasan hidup. Bagi melindungi hak dan konsep yang asas yang mendasari kewujudan
kepentingan mereka, Perlembagaan Persekutuan perlembagaan iaitu kerajaan yang demokratik,
dijadikan sebagai sandaran. Dalam konteks ini, kedaulatan undang-undang, agihan kuasa dan
para pendakwah perlulah memahami prinsip- hak-hak asasi (Harding, 1996).
prinsip asas perlembagaan serta konsep hak asasi
bagi memahami jalur pemikiran serta landasan Dakwah merupakan usaha untuk mengajak
hidup mereka. Dari sudut yang lain pula, manusia mendekati, menghayati dan beramal
kegagalan para pendakwah memahami perkara ini dengan amalan Islam. Sasaran dakwah adalah
boleh membawa kepada sikap prejudis mereka luas meliputi muslim dan bukan muslim, rakyat
kepada para pendakwah, serta kepada ajaran dan juga pembesar, orang yang berilmu serta
Islam. yang kurang ilmunya. Aktiviti dakwah meliputi
dakwah secara lisan, tulisan, dan sebagainya.
Terdapat beberapa isu perlembagaan dan hak Abdul Karim (2002) menegaskan bahawa kaedah
asasi yang berkaitan dengan dakwah. Antaranya dakwah yang berkesan ialah dengan melihat
yang berkaitan dengan kebebasan beragama, kepada sasaran dan masalah yang dihadapi secara
kebebasan berkaitan moral, penguatkuasaan khusus, ibarat doktor yang merawat pesakit yang
undang-undang, ajaran sesat, perbezaan mazhab mesti mengetahui secara jelas pesakitnya dan
dan seumpamanya. Kertas ini akan memberikan jenis penyakit yang dideritai.
fokus kepada empat isu iaitu: (a) isu kebebasan
beragama dan bermazhab (b) isu kalimah Allah Melihat kepada tabiat dakwah yang berbentuk
dalam konteks kebebasan beragama dan ‘out-reaching’ iaitu dengan menyebarkan mesej
keselamatan; (c) Isu tuntutan kebebasan Islam kepada kelompok luar, maka usaha dakwah
kumpulan LBGT; (d) isu perlaksanaan hudud. tentunya turut menyentuh kepentingan dan hak
Bagi memberikan gambaran umum, perbahasan pihak lain. Tambahan pula soal dakwah tidak
berkenaan hubungan antara dakwah dan boleh dipisahkan dengan tanggungjawab untuk
perlembagaan serta hak asasi dikemukakan mencegah kemungkaran (Hasan, 1990). Oleh
terlebih dahulu. yang demikian, dalam proses melaksanakan usaha
dakwah ini para pendakwah tidak boleh terlepas
DAKWAH DAN KEPERLEMBAGAAN dari persoalan yang berhubung dengan isu
perlembagaan seperti hubungan antara rakyat dan
Perlembagaan merupakan dokumen perundangan kerajaan, kedaulatan undang-undang, bidang
yang paling utama dalam kerangka sistem kuasa pentadbiran negara dan seumpamanya.
perundangan negara. Di Malaysia perlembagaan
yang utama ialah Perlembagaan Persekutuan yang Selain itu ciri-ciri khusus perlembagaan seperti
mula berkuat kuasa ketika negara mencapai kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, hak
kemerdekaan pada tahun 1957. Terdapat juga keistimewaan Melayu, kedudukan bahasa
perlembagaan-perlembagaan negeri yang menjadi Melayu, hak perlindungan kepada Bumiputera
undang-undang utama di negeri masing-masing. dan masyarakat asal, kedudukan Raja-raja
Namun demikian, perlembagaan negeri tidak Melayu, amalan demokrasi berpilihan raya dan
boleh bercanggah dengan peruntukan seumpamanya juga mempunyai perkaitan tidak
Perlembagaan Persekutuan.

288
PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

langsung dengan dakwah. Ciri-ciri istimewa ini, mengikat sesetengah negara yang
berserta dengan ciri-ciri umum yang telah menandatangani perjanjian berkenaan.
dibincangkan di atas merupakan sebahagian dari
prinsip yang dipersetujui bersama oleh rakyat Di Malaysia, hak asasi dilindungi melalui
Malaysia, yang juga disebut sebagai kontrak peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Bahagian
sosial (Mohd Rizal, 2014). Hakikatnya kerangka 2 Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan
perlembagaan yang wujud ini sedikit sebanyak beberapa hak asasi yang dilindungi oleh undang-
membentuk wajah masyarakat dan negara kita, undang. Secara ringkasnya hak-hak tersebut
serta mempengaruhi sikap dan tingkah laku adalah seperti berikut:
rakyatnya. Oleh yang demikian, menjadi
kemestian kepada para pendakwah untuk a. Hak untuk hidup iaitu untuk bebas merdeka
memahami perlembagaan negara agar dakwah dan tidak diancam nyawanya. Ini termasuk
yang dilaksanakan selari dengan kehendak hak-hak berkaitan orang yang tertuduh dan
Perlembagaan. orang yang ditangkap (Perkara 5).
b. Hak untuk tidak dipaksa dalam pekerjaan
Para pendakwah juga wajar mengambil tahu isu- atau perhambaan (Perkara 6).
isu yang berlegar di sekitar kerangka c. Hak untuk tidak diadili lebih dari sekali atas
Perlembagaan. Saban hari rakyat Malaysia tuduhan yang sama berkaitan kesalahan yang
didedahkan dengan pelbagai konflik, pertikaian, sama kecuali dalam kes rayuan atau
perbahasan dan perbincangan berkaitan dengan penilaian semula oleh mahkamah (Perkara
Perlembagaan. Isu-isu seperti amalan demokrasi, 7).
peranan kerajaan, kedudukan Sultan dan Raja, d. Hak persamaan iaitu sama di sisi undang-
hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan, undang serta tiada diskriminasi berasaskan
kebebasan kehakiman, kuasa untuk membuat agama, kaum, keturunan, tempat lahir dan
undang-undang, kebebasan beragama, bidang jantina kecuali dalam beberapa keadaan yang
kuasa Mahkamah Syariah, skop undang-undang dibenarkan oleh Perlembagaan seperti dalam
jenayah Islam, keistimewaan orang Melayu, dan perkara berkaitan hal ehwal agama Islam,
banyak lagi isu berkaitan Perlembagaan menarik keistimewaan bumiputera, kebajikan orang
minat sasaran dakwah. Sebahagian dari isu ini asli dan lain-lain (Perkara 8).
menyentuh sanubari dan nasib kehidupan e. Hak bersuara, berhimpun dan berpersatuan
seharian mereka. Mereka amat tertarik untuk tertakluk kepada sekatan-sekatan yang
memahami dengan lebih mendalam tentang isu ditetapkan oleh undang-undang (Perkara 10).
ini. Dalam hal ini menjadi tugas para pendakwah f. Kebebasan beragama iaitu untuk menganuti
untuk menghuraikan isu-isu ini dari perspektif dan mengamalkan. Hak untuk menyebarkan
Islam agar mereka bukan sahaja memahami agama boleh dihadkan oleh kerajaan jika ia
pendirian agama berkaitan isu berkenaan, bahkan melibatkan penyebaran ajaran di kalangan
juga mampu melihat keindahan Islam dalam penganut Islam (Perkara 11).
merungkaikan masalah yang dihadapi oleh g. Hak untuk mendapat pelajaran dan
masyarakat. menubuhkan institusi pelajaran (Perkara 12).
h. Hak memiliki harta secara bebas tanpa
DAKWAH DAN HAK ASASI gangguan kecuali dalam kes pengambilan
yang sah menurut undang-undang dengan
Hak asasi merupakan satu konsep yang pampasan yang setimpal (Perkara 13).
berasaskan keyakinan bahawa setiap manusia
secara semula jadi mempunyai hak-hak yang
mesti dilindungi. Hak dan kebebasan ini Prinsip kebebasan atau hak asasi ini bukan
membolehkan manusia membangunkan bakat, perkara baru. Falsafah hak asasi manusia bukan
kemahiran dan kebijaksanaan untuk memenuhi baru bermula selewat penulisan Thomas Hobbes
keperluan rohani dan jasmani (U-En & Caroline, dan John Locke pada abad ke-17 dan ke-18.
2004). Hak asasi diiktiraf di peringkat antara Sebenarnya prinsip hak asasi manusia telah pun
bangsa melalui beberapa instrumen seperti dikemukakan oleh Nabi Muhammad S.A.W
Pengisytiharan Hak Asasi Sedunia 1948 dan melalui wahyu dari Allah. Ini bermakna, konsep
beberapa perjanjian yang sebahagiannya kebebasan atau hak asasi telah lama dikemukakan
oleh Islam sebelum dipopularkan oleh Barat.

289
PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

Prinsip hak asasi ini bukan sahaja dikemukakan meliputi hak untuk menganuti, mengamalkan dan
secara teori di dalam Al-Quran dan Hadis, bahkan menyebarkan. Walau bagaimana pun kebebasan
melalui contoh teladan praktikal yang dibuktikan menyebarkan agama tertakluk kepada kawalan
di dalam pemerintahan Rasulullah dan para yang boleh dibuat ke atas penyebaran apa-apa
khalifah selepasnya. ajaran di kalangan penganut beragama Islam
(Perkara 11). Prinsip ini meletakkan Islam pada
Bahkan konsep hak asasi dalam Islam lebih luas kedudukan yang lebih tinggi dari agama lain. Ia
skopnya. Ia terbina di atas konsep kemuliaan juga menunjukkan bahawa agama Islam
manusia atau karamatul insan. Allah mengangkat dilindungi dari gangguan atau pengaruh yang
darjat manusia sebagai makhluk yang mulia dan tidak baik yang boleh meresap di kalangan umat
diberikan tugas untuk mengabdikan diri kepada Islam. Peruntukan perlembagaan ini perlu dibaca
Allah dan berperanan sebagai khalifah di atas bersama-sama dengan Perkara 3 yang
muka bumi ini. Islam menekankan soal tugas dan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama
tanggungjawab berbanding soal hak. Islam persekutuan dan agama-agama lain bebas untuk
melihat manusia dari sudut fitrahnya untuk dianuti oleh rakyat Malaysia.
beribadat dan berbakti, sedangkan pemikiran
Barat cenderung untuk memfokuskan kepada hak Dalam konteks ini perlu difahami bahawa
dan kepentingan diri sendiri. perlindungan khas ini berasaskan kepada latar
belakang sejarah dan politik negara. Pertamanya,
Perjuangan hak asasi di Barat sebenarnya timbul kedudukan Islam yang sejak dari sebelum
dari hasrat yang baik untuk menentang penjajah lagi sebagai agama teras kepada
perhambaan, kezaliman dan penindasan. Ia empayar atau negeri-negeri Melayu. Islam bukan
sebagai tindak balas terhadap golongan penindas sahaja agama yang dianuti, bahkan menjadi asas
yang menjadikan hawa nafsu sebagai teraju penting kepada dasar pemerintahan pada zaman
kehidupan mereka. Tetapi, apabila penindasan itu. Selain itu, peranan penjajah dari agama
yang dahulu telah berjaya dimusnahkan, maka berbeza juga merupakan ancaman kepada
berlaku pula nafsu-nafsu jahat yang mendorong penduduk Islam. Oleh yang demikian,
kepada kejahatan bentuk baru. Antaranya ialah perlindungan khas sedemikian akan dapat
dengan menggunakan konsep hak asasi itu untuk mengukuhkan peranan Islam sebagai agama
memaksa nilai satu bangsa lain dipakai ke atas utama dalam negara.
bangsa lain (Hamka, 2002).
Berasaskan peruntukan di atas, terdapat beberapa
Latar belakang kemunculan konsep hak asasi ini undang-undang di peringkat negeri dan juga akta
perlu difahami oleh para pendakwah. Sebahagian untuk wilayah persekutuan yang
dari anggota masyarakat termasuklah dari memperuntukkan kawalan ke atas penyebaran
kalangan aktivis sosial, pemimpin politik dan ajaran lain di kalangan umat Islam. Peraturan ini
sebahagian ilmuwan begitu kagum dan taasub antara lain menganggap pihak yang memujuk,
dengan konsep hak asasi acuan Barat. Ini mempengaruhi, memaksa atau menghasut orang
menjadikan mereka menilai sesuatu isu seperti isu Islam agar memeluk agama lain atau membenci
penggunaan kalimah Allah, isu serbuan kelab Islam adalah satu kesalahan. Demikian juga
malam, isu LBGT dan seumpamanya dari kaca tindakan menganjurkan aktiviti, hiburan atau
mata hak asasi semata-mata sehingga persembahan yang mempunyai tujuan yang sama
mengabaikan konsep kemuliaan insan dan juga dianggap satu kesalahan.
peranan manusia di atas muka bumi ini.
Peraturan ini telah dikuatkuasakan di beberapa
Berbahasan berikutnya akan meneliti secara lebih negeri bagi mengawal penyebaran agama lain di
dekat beberapa isu perlembagaan dan hak asasi kalangan umat Islam. Antara yang terbaru ialah
yang mempunyai kaitan rapat dengan cabaran serbuan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas
dakwah di Malaysia. Bible Society of Malaysia di Damansara. Dalam
serbuan tersebut 10 naskhah Bible Iban dan 20
ISU PENYEBARAN AGAMA LAIN DI Gospel Luke berbahasa Melayu dirampas.
KALANGAN UMAT ISLAM Serbuan ini mempunyai kaitan dengan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin penguatkuasaan larangan penggunaan kalimah
kebebasan beragama. Kebebasan beragama ini Allah dalam Bible (The Star, 2 Januari 2014).

290
PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

Tindakan ini menimbulkan kritikan dan bantahan Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut
oleh banyak pihak. Tindakan bukan sahaja ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli
merujuk kepada kaedah rampasan dan serbuan, Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah
bahkan juga menyentuh soal undang-undang dan Akhlak. Muzakarah juga memperakukan
kawalan penyebaran agama lain kepada umat bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan
Islam (Thomas, 2014). Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah
dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang
Mungkin ada yang mempertikaikan peraturan dan Islam dan demikian penyebaran apa –apa ajaran
penguatkuasaan seumpama ini sebagai yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal
menghalang kebebasan beragama. Hakikatnya Jamaah adalah dilarang. Selain itu muzakarah
peruntukan ini menepati kehendak prinsip Islam. juga telah memansuhkan keputusan Muzakarah
Islam menjamin kebebasan beragama kepada Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24
bukan Islam. Ini bermakna mereka berhak untuk dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84,
mengamalkan ajaran mereka dan tidak akan Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang
dipaksa untuk memeluk Islam. Prinsip ini berdiri menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang
di atas konsep untuk menjamin keadilan bukan dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa
sahaja terhadap orang yang berbeza agama, telah mengambil keputusan bahawa hanya
bahkan juga terhadap musuh (Muhammad Asad, Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan
1980). Jika diteliti sekatan yang dikenakan itu, ia Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di
langsung tidak menjejaskan kebebasan beragama. Malaysia.”
Ia hanya berperanan untuk mengawal masyarakat
Islam agar tidak terjebak dengan ajaran yang Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa agama
bertentangan agama. Dalam konteks kebebasan mengambil tindakan tegas ke atas aktiviti
untuk memeluk dan mengamalkan agama, semua pengikut Syiah iaitu di antaranya tangkapan ke
penganut agama di Malaysia sama ada orang atas 16 orang aktivis Syiah, siasatan ke atas 120
Islam atau bukan Islam menikmati hak yang sama kes (The Star, 25 September 2013) serta
dan serupa. merampas buku-buku termasuk novel yang
mengandungi elemen penyebaran ajaran syiah
Dari sudut ini para pendakwah perlu melihat isu (The Star, 2 Mei 2014). Tindakan-tindakan ini
penyebaran agama lain di kalangan umat Islam menimbulkan pertikaian dari pihak antarabangsa
ini dari beberapa aspek. Pertamanya, dari sudut dan tempatan. Beberapa badan hak asasi
sejarah negara yang sejak dari awal memberikan antarabangsa seperti Freedom House dan Badan
keutamaan kepada agama Islam. Keduanya, dari Hak Asasi Amerika Syarikat, serta badan-badan
sudut peruntukan yang terdapat dalam hak asasi tempatan seperti Aliran telah
perlembagaan iaitu Perkara 3 dan 11. Peruntukan memberikan pandangan bahawa tindakan
ini sebenarnya wujud berasaskan kontrak sosial berkenaan bertentangan dengan hak asasi
yang tidak wajar dipertikaikan. Ketiga, para khususnya berhubung kebebasan beragama.
pendakwah juga perlu menekankan soal Alasan yang sama digunakan oleh Majlis Syiah
keamanan negara yang memerlukan kepada Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam
kawalan tertentu bagi mengurangkan risiko memorandum yang dikemukakan kepada Yang
ketegangan kaum dan agama. Keempat, dalam hal Di-Pertuan Agong pada 6 Jun 2011.
tertentu terdapat kelemahan-kelemahan dari sudut
penguatkuasaan undang-undang yang perlu Dalam konteks ini perlu ditegaskan bahawa
diakui jika benar-benar wujud. Namun begitu, Malaysia menjamin kebebasan beragama, tetapi
kelemahan itu tidak sepatutnya menjadi alasan mempunyai beberapa mekanisme kawalan
untuk menafikan keperluan kawalan kepada tertentu bagi mengelakkan berlaku perkara yang
penyebaran agama lain di kalangan umat Islam. boleh menjejaskan kestabilan negara. Mana-mana
kumpulan agama minoriti selain Ahli Sunnah
ISU SYIAH bebas mempercayai, menganut dan mengamalkan
ajaran mereka, namun mereka tidak boleh
Di Malaysia Syiah dianggap sebagai termasuk menyebarkan ajaran tersebut dan tidak boleh
ajaran yang dilarang. Muzakarah Khas menjejaskan kepentingan awam, kesihatan,
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal moral, keteraturan dan kestabilan negara. Ezad
Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang Azraai (2011) berpendapat apa yang
pada 5 May 1996 telah memutuskan bahawa umat

291
PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

diperuntukkan dalam perundangan Malaysia Walau bagaimana pun, hasrat untuk


adalah suatu yang unik, bersandarkan kepada menguatkuasakannya tidak tercapai kerana tidak
sejarah dan ciri negara Malaysia itu sendiri. Oleh mendapat kerjasama dari pemimpin negara pada
itu, sebarang kritikan terhadap sistem waktu itu. Perdana Menteri Dr Mahathir
perundangan di Malaysia perlulah bersandarkan Mohamad telah menulis satu surat bertarikh 15
kefahaman yang jelas tentang struktur Julai 1994 yang meminta agar enakmen itu tidak
sosiobudaya dan agama masyarakat di Malaysia. dikuatkuasakan. Usaha yang serupa dilakukan
Malahan, sekiranya sebarang pelanggaran hak oleh kerajaan negeri Terengganu di bawah
asasi berlaku, sewajarnya ia ditangani sendiri oleh pemerintahan PAS (1999-2004) apabila Enakmen
sistem perundangan dalaman di Malaysia. Jenayah Syariah 2002 telah diluluskan. Undang-
undang ini telah diperkenankan oleh DYMM
Tegasnya, para pendakwah perlu memahami Sultan Terengganu pada 2 September 2002,
hujah-hujah pihak yang menyokong Syiah dan disiarkan dalam warta pada 23 September 2002
pihak yang mengkritik tindakan pihak berkuasa dan diisytiharkan berkuat kuasa pada 27 Oktober
ke atas aktivis penyebar ajaran Syiah. Hujah 2003. Namun, ia tidak dapat dikuatkuasakan juga
berkaitan hak di bawah perlembagaan dan kerana tiada kerjasama dari kerajaan Persekutuan
kebebasan bersuara digunakan untuk menarik Malaysia.
simpati agar masyarakat menganggap mereka
sebagai mangsa ‘kezaliman’ pihak berkuasa yang Pari sudut perlembagaan, timbul persoalan sama
bermazhab Sunni. Walau pun pada asalnya isu ada hudud bercanggah dengan perlembagaan atau
Syiah ini adalah isu akidah, namun apabila ia tidak. Dalam konteks ini para pendakwah perlu
menyentuh soal tindakan kawalan, maka soal hak membezakan antara hudud dan qisas sebagai
asasi serta prinsip asas Perlembagaan perlu hukum yang terkandung dalam Al-Quran dan
diambil kira. Para pendakwah mesti mempunyai Hadis dengan undang-undang hudud yang diolah
pendedahan tentang konsep hak asasi dan melalui instrumen perundangan seperti enakmen
bagaimana ia beroperasi di dalam sesebuah bagi tujuan penguatkuasaan. Hudud dalam
negara moden. Para pendakwah mesti memahami konteks hukum Allah tentunya tidak bercanggah
konsep kepentingan keamanan dan kepentingan dengan Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan
umum serta peranan kerajaan dalam negara secara nyata meletakkan Islam sebagai
menanganinya secara tegas dan berhemah. agama Persekutuan. Ia tidak dilaksanakan selama
ini bukan kerana percanggahannya dengan
ISU PELAKSANAAN HUDUD Perlembagaan, tetapi kerana ia tidak
dikuatkuasakan melalui sistem perundangan
Di Malaysia undang-undang jenayah syariah telah secara rasmi.
pun terlaksana melalui enakmen jenayah syariah
di negeri-negeri dan juga akta tertentu untuk Isu percanggahan yang timbul sebenarnya dari
Wilayah Persekutuan. Kuasa untuk membuat konteks enakmen-enakmen jenayah syariah di
undang-undang ini sedia termaktub di dalam Kelantan dan Terengganu seperti yang dinyatakan
Perlembagaan dan tidak pernah dipertikaikan oleh di atas. Titik perbahasan adalah dari sudut bidang
mana-mana pihak. Walau bagaimanapun terdapat kuasa negeri dan Persekutuan. Persoalannya
Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) ialah, jika kerajaan negeri menguatkuasakan
1965 yang mengehadkan bidang kuasa hukuman enakmen berkenaan, apakah ia boleh dianggap
mahkamah syariah kepada penjara 3 tahun, denda sah atau tidak dengan mengambil kira skop kuasa
RM5,000 dan enam kali sebatan. Tentunya had kerajaan negeri. Perbahasan ini tentunya lebih
ini menjadikan undang-undang hudud tidak dapat berbentuk aspek tafsiran undang-undang dari
dikuatkuasakan seperti yang termaktub di dalam sudut bidang kuasa.
hukum Syarak.
Oleh yang demikian, para pendakwah haruslah
Usaha penguatkuasaannya menjadi ketara apabila hati-hati dalam membahaskan isu hudud dalam
kerajaan Kelantan pada tahun 1992, telah konteks perlembagaan ini. Perlembagaan secara
mewujudkan satu pasukan khas untuk merealisasi umumnya tidak menghalang perlaksanaan hudud.
hasrat melaksanakan undang-undang hudud dan Selama ini hudud tidak dilaksanakan dalam
qisas. Hasilnya pada tahun 1993, satu Rang negara bukan kerana sekatan Perlembagaan,
Undang-undang Jenayah Syariah II telah tetapi kerana ketetapan politik.
diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

292
PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

Dari sudut hak asasi pula, tiada asas kukuh untuk perlembagaan untuk mentafsir dan memahami
menganggap hudud sebagai bertentangan dengan perlembagaan, kita dapati sebahagian besarnya
hak asasi. Keseluruhan hak asasi yang berkaitan dengan ilmu falsafah yang berkembang
diperuntukkan dalam Perlembagaan tidak terjejas di Barat. Mereka banyak merujuk kepada konsep-
sedikit pun jika hudud dilaksanakan. Bahkan konsep politik dan keperlembagaan moden seperti
hudud juga tidak mempunyai percanggahan hak asasi, persamaan, demokrasi, keadilan semula
dengan peruntukan undang-undang hak asasi jadi dan seumpamanya. Walau pun sebahagian
antarabangsa seperti Perkara 7 ICCPR para pendakwah mempunyai maklumat asas
(International Covenant on Civil and Political tentang perkara ini—bahkan sebahagiannya
Rights) atau Perkara 16 CAT (Convention against dibahaskan dengan mendalam dalam khazanah
Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading ilmu Islam—namun sudut pandangan prinsip-
Treatment or Punishment) seperti yang digembar- prinsip ini dari sisi tamadun Barat tidak boleh
gemburkan (Alfitri, 2009). Kritikan bahawa ia diabaikan. Bagi memahami dengan baik isu-isu
pertentangan dengan nilai hak asasi sejagat perlembagaan, para pendakwah wajar juga
hanyalah berbentuk pandangan dan tafsiran yang meneliti falsafah politik dan undang-undang
tidak disokong dengan hujah yang kuat. Barat yang hakikatnya mencengkam sistem
bernegara di sebahagian besar negara-negara
CABARAN KEPADA PENDAKWAH umat Islam.
Isu berkaitan perlembagaan dan hak asasi adalah Misalnya untuk memahami isu tuntutan
antara yang semakin mendapat perhatian kelompok LGBT atau lesbian, gay, biseksual dan
masyarakat di Malaysia. Masyarakat ingin tanseksual, para pendakwah bukan sahaja perlu
mengetahui pandangan Islam berkaitan dengan melihat dari aspek hukum-hukum bahkan perlu
perkara-perkara menjadi kontroversi seperti isu memahami asas pergantungan mereka dari sudut
kalimah Allah, isu hudud, isu hubungan antara hak perlembagaan. Pada asalnya perjuangan
kaum, isu perebutan penjagaan anak bila salah mereka berasaskan hawa nafsu, tetapi bagi
seorang ibu bapa yang memeluk Islam dan isu membolehkan mereka mendapat legitimasi,
penyebaran ajaran Syiah. Isu-isu ini bukan sahaja mereka berpaut kepada falsafah hak asasi dan
menyentuh soal akidah dan syariah, bahkan juga kebebasan Barat. Pendekatan falsafah ini
berkaitan dengan perlembagaan negara. Oleh itu sebenarnya diterajui antaranya oleh kelompok
para pendakwah perlu mampu menganalisis isu liberal yang menjadikan kebebasan individu
ini secara menyeluruh bagi membolehkan mereka sebagai fokus utama dalam kehidupan, manakala
memberikan pandangan yang mantap dan tepat. sebarang bentuk dogma, suruhan atau ketetapan
yang bertentangan dengan kebebasan individu
Persoalan perlembagaan sebahagiannya berkaitan dalam melakukan apa sahaja yang diingini
dengan sistem undang-undang. Namun begitu, ia dianggap satu bentuk paksaan (Khalif, 2006).
sebenarnya berasaskan kepada falsafah Inilah di antara cabaran besar yang dihadapi para
kenegaraan, politik dan perundangan. Oleh itu pendakwah hari ini dalam mendepani isu
bagi memahami secara menyeluruh tentang perlembagaan dan hak asasi.
perlembagaan, para pendakwah perlu juga
meninjau aspek-aspek ini. Misalnya, isu berkaitan Cabaran yang dihadapi oleh para pendakwah
penyebaran agama lain yang telah dibincangkan semakin rencam dan kompleks pihak pendokong
sebenarnya berkaitan dengan falsafah berkaitan falsafah Barat ini cuba untuk mengembangkan
kebebasan manusia untuk menganut, aliran pemikiran ini di tengah-tengah masyarakat
mengamalkan dan menyebarkan agama. Namun di Malaysia. Beberapa pertubuhan bukan
begitu falsafah ini perlu juga dianalisis bersama- kerajaan, termasuk yang diterajui oleh orang
sama dengan konsep maqasid syariah yang Islam dan menggunakan perkataan Islam,
mendasari syariat Islam. Oleh yang demikian, kelihatan menjadi juara dalam usaha ini.
para pendakwah perlu mempunyai kemampuan Penyokong pemikiran ini mempunyai tanggapan
menggabungjalinkan ilmu syariah yang dipelajari yang sama dengan tokoh-tokoh di Barat yang
dengan isu falsafah yang biasanya menjadi menyangka bahawa konsep hak asasi dan
rujukan pengamal undang-undang negara. keadilan serta kebebasan yang mereka
kemukakan itu merupakan konsep yang universal.
Jika diteroka dengan lebih mendalam dasar Pelopor falsafah perlembagaan dan hak asasi
falsafah yang digunakan oleh pakar pengkaji

293
PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

Barat cuba menggunakan badan antarabangsa, Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1978. Islam
kawalan media, tekanan politik dan ekonomi serta and Secularism. Kuala Lumpur: Art
segala upaya yang mereka miliki untuk membuat Printing Work
propaganda seolah-olah itulah konsep yang mesti Alfitri. 2009. Can the Requirements of Shariah
diguna pakai oleh semua manusia termasuk umat Law Regarding Criminal Punishments be
Islam. Apa yang malang terdapat segelintir Interpreted in a Way that is Compatible
aktivis masyarakat yang terpesona dengan idea with the ICCPR and CAT?. Indonesian
dan pemikiran Barat ini, lantas cuba untuk Journal of International Law 07/2009;
mempromosinya di pentas politik dan pentadbiran 6(4).
negara. Hakikatnya, apa yang didakwa oleh Barat Thomas, Tommy. 2014. Jais Raid: Governmental
itu sebenarnya tidak layak untuk dianggap Failure over Religious Issues. Aliran.
sebagai universal atau sejagat. Ia hilang nilai http://aliran.com/thinking-allowed-
kesejagatannya kerana ia mengabaikan ciri online/2014-ta-online/jais-raid-
manusiawi itu sendiri yang mempunyai roh dan governmental-failure/
jiwa di samping fizikal dan pemikiran. Mana Azhar Ibrahim. 2014. Contemporary Islamic
mungkin idea yang bertentangan dengan hakikat Discourse in The Malay-Indonesian
kemanusiaan boleh menjadi prinsip yang mesti World: Critical Perspectives. Petaling
dipegang oleh manusia di seluruh dunia (Al- Jaya: Strategic Information and Research
Attas, 1978) Development (SIRD) Centre.
Bureau of Democracy, Human Rights and Labor,
PENUTUP International Religious Freedom Report
for 2012. United States Department of
Isu perlembagaan dan hak asasi merupakan isu State(http://www.state.gov/documents/
yang penting kerana ia berkaitan dengan struktur organization /208456.pdf)
asas negara yang menjadi tapak kepada sistem Hamka. 2002. Hak Asasi Manusia Dalam Islam
perundangan dan politik dalam sesebuah negara dan Deklarasi PBB. Kuala Lumpur:
moden. Isu ini kerap menjadi bahan perbincangan Pustaka Dini.
di kalangan masyarakat sama ada ketika bertemu Harding, Andrew. 1996. Law, Government and
antara satu sama lain, atau melalui pentas media the Constitution in Malaysia. Kuala
baru. Tahap pengetahuan dan kesedaran Lumpur: Malayan Law Journal.
masyarakat terhadap isu ini semakin meningkat Harding, Andrew. 2002. The keris, the crescent
dengan adanya kemudahan internet yang and the blind goddess: the state, Islam
membolehkan mereka mencari maklumat and the constitution in Malaysia. (2002) 6
berkaitan dengannya di alam maya. Para Singapore Journal International &
pendakwah hari ini, tidak lagi boleh hanya Comparative Law. 167.
bergantung kepada perbahasan isu-isu ini dari Hasan Al-Banna. 1990. Majmu’at Rasa’il Al-
sudut akidah, fikah atau akhlak, bahkan perlu Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna,
juga menyentuh aspek perundangan, hak asasi Iskandriah: Dar Al-Dakwah.
dan perlembagaan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM.
2013. Penjelasan Terhadap Fahaman
Syiah. Putrajaya: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia.
Ezad Azraai Jamsari et all. 2011. Penetapan
RUJUKAN
Mazhab Ahli Sunnah Wa al-Jamaah
Sebagai Definisi Islam di Malaysia: Hak
Penyebaran Agama bagi Kumpulan
Abdul Karim Zaidan. 2002. Islam dan Dakwah.
Agama Minoriti. Jurnal Undang-undang
Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
dan Masyarakat. (2011) 15 JUUM 31-42.
Abdul Halim El-Muhammady. 2005. Undang-
Bangi: UKM.
undang Jenayah Syariah dan
Khalif Muammar. 2006. Atas Nama Kebenaran:
Perlaksanaannya di Malaysia. Malaysia
Tanggapan Kritis Terhadap Wacana
Sebagai Sebuah Negara Islam. Kuala
Islam Liberal. Kajang: Akademi Kajian
Lumpur: Institut Kefahaman Islam
Ketamadunan.
Malaysia. 373-419

294
PROSIDING BICARA DAKWAH KALI KE 15, 6 MEI 2014.

Maududi, S. Abul A’la. 1986. Hak Asasi Manusia Mujahid Yusof Rawa. 2013. Berdialog Dengan
Dalam Islam. Shah Alam: Dewan Gereja. Shah Alam: ILHAM Centre.
Pustaka Fajar. Nurjaanah Abdullah. 2007. Legislating Faith in
Mat Saad Abdul Rahman. 1995. Kedudukan Malaysia. Singapore Journal of Legal
Orang Bukan Islam Dalam Sejarah Studies. SJLS 275
Pemerintahan Islam. Putrajaya: Jabatan Raus Sharif, Rights to Religious and Other
Kemajuan Islam Malaysia. Minorities in Malaysia. Kertas kerja
Mohammed Imam. 1994. Freedom of religion dibentangkan di 17th Commonwealth Law
under federal constitution of Malaysia - a Conference 2011, Hyderabad, India.
reappraisal’ Current Law Journal. [1994] U-En Ng & Caroline Yap. 2004. Get It Right.
2 CLJ lvii (Jun). Kuala Lumpur: Suhakam.
Mohd Aizam bin Mas’od. 2013. Diskusi Isu Ugi Suharto. 2007. Pemikiran Islam Liberal:
Aqidah dan Pemikiran Semasa di Pembahasan Isu-isu Sentral. Shah Alam:
Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Dewan Pustaka Fajar.
Islam Malaysia. Vago, Steven. 2009. Law and Society (9th
Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu A. Aziz. Edition). New Jersey: Pearson.
2014. Kontrak Sosial Perlembagaan Yusof Al-Qaradhawi. 1989. Kedudukan Non-
Persekutuan 1957: Pengikat Jatidiri Muslim Dalam Negara Islam, Shah
Bangsa Malaysia Merdeka. Kuala Alam: Penerbitan Hizbi..
Lumpur: Institut Terjemahan & Buku
Malaysia Berhad.
Muhammad Asad. 1980. The Principles of State
and Government in Islam. Kuala Lumpur:
Islamic Book Trust.
Muhammad Fathi Yusof. 2005. Institusi
Perundangan. Institusi-institusi Islam.
Kuala Lumpur: Syarikat Meza.

295

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai