Anda di halaman 1dari 3

“WARISAN NEGARA IDENTITI KITA”

      Teringat ketika tangan ini menyelak sebuah buku atlas di perpustakaan, mengamati
betapa kerdilnya Malaysia yang terpelosok di tenggara dunia. Namun, jangan disangka
cili tidak berapi, kini Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang gah di seantero dunia
hanya kerana warisan dan pusaka yang ditinggalkan. Bak kata orang tua-tua “ berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah”. Fikir-fikirkan...

     Bermulanya bunyi menjadi aksara, daripada aksara terbentuklah kata, kata
membuka bicara, menguak makna sebagai lambang yang merakam citra, terbinalah
ilmu yang diikat oleh akal budi dan bicara, melalui bicara bahasa, kata- kata, tinta dan
pena membina tamadun bersama.
 
     Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis, saf hakim yang sentiasa cakna dengan
keadilan dan berintegriti, saudara penjaga masa yang semestinya menjunjung prinsip
Al-Asr, barisan warga pendidik budiman, seterusnya generasi pendukung wacana
wawasan negara.

      Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam perdana lakaran 1


Malaysia.

     “ Warisan Negara Identiti Kita” , begitulah murninya mauduk pidato yang akan saya
hidangkan kepada hadirin untuk menjadi santapan minda di pagi yang gemilang ini.
Sebelum, menjelmakan butir-butir bicara bermadah, mohon diizinkan untuk melakukan
pendefinisian terhadap mauduk pidato saya daripada aspek hurufiah mahupun secara
generalisasi. Warisan merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4 merupakan harta peninggalan
ataupun pusaka yang ditinggalkan kepada pewaris. Sementara itu, Identiti pula
merupakan sifat-sifat yang terdapat pada seseorang yang dapat mengasingkan dirinya
dengan orang lain. Oleh itu, secara holistiknya, Malaysia di Pentas Dunia membawa
konotasi yang mendalam iaitu, keadaan Negara yang kita cintai ini semakin dipandang
tinggi oleh masyarakat dunia lantaran keberjayaan Malaysia dalam menjaga warisan
dan pusaka yang menjadi identiti rakyat sejagat.

      Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi,

      Indikator saya yang pertama di bawah lembayung kata, “Seni Warisan Seiring
Kemajuan Zaman” . Pada era globalisasi yang kompetitif ini,  kita sering mengejar
pembangunan fizikal dan material, masyarakat Malaysia kita makin alpa terhadap
kepentingan menjaga seni warisan dan budaya bangsa kita. Lakaran kemurnian seni
warisan yang diwarisi sejak turun - temurun dan budaya bangsa amalan kita semua
merupakan akar tunjang kepada kehidupan yang sebenar. Justeru, kita wajar
menyuburkan kembali penghayatan masyarakat terhadap seni warisan dan budaya
bangsa, sekaligus mempertahankan nilai- nilai murni yang disanjung sejak zaman
nenek moyang kita. Walaubagaimanapun, bagi mengekalkan warisan ini, terdapat
pelbagai rintangan dan halangan yang perlu diharungi dengan kesungguhan yang
tinggi. Bak kata pusaka, “ nak seribu daya, tak nak seribu dalih “

     

 Sidang hadirin warga dewan budiman,

     “Budaya bangsa pencetus keamanan negara” menjadi indikator saya yang kedua. 
Konsep gagasan terhebat Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak iaitu “Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan” telah pun  berjaya memupuk perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana konsep ini berteraskan nilai-nilai murni
yang menjadi amalan rakyat Malaysia. Jika dahulu timbulnya cakap-cakap belakang,
“Melayu itu kaya, Cina itu hina, India pula teraniaya” , tetapi kini perbezaan mentaliti
berdasarkan etnik nyata dihapuskan sama sekali. Dalam erti kata lain, budaya bangsa
yang diterapkan dalam konsep 1Malaysia menuntut rakyat Malaysia agar sama- sama
berganding bahu menggembleng tenaga dalam membantu memastikan aspirasi negara
iaitu wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan
oleh segenap lapisan masyarakat. Inilah yang kita inginkan, satu budaya bangsa dan
masyarakat yang berpadu.

     Sidang hadirin yang santun budi,

      Indikator saya yang ketiga di bawah kata kunci “seni warisan meninggkatkan kualiti
insani”. Hakikat dan lumrah kehidupan yang dapat kita saksikan di negara kita pada hari
ini,anak-anak muda kita umpama tidak mengenali salahsilahnya. Tanpa kita sedar,
pemikiran mereka sedang dijajah oleh barat walaupun sudah lama kita merdeka.
Sejarah kesenian tidak mahu lagi mereka cari atau dalami kerana dalam benakfikiran
mereka itu semua kolot dan ketinggalan zaman, kalau tidak masajan potret Monalisa
yang pada awalnya hanya berharga beberapa pound kini telah mencecah hampir
1billion pound. Boleh kita lihat perbezaan antara anak-anak kita yang mengamalkan
budaya warisan dan mereka mengamalkan budaya- budaya barat yang ternyata
biadap. Itukah yang kita panggil sebagai kemajuan insaniah. Terbuktilah budaya
warisan kita jauh lebih baik kerana mengamalkan nilai-nilai murni dan adab sopan.

    Sidang saksi yang bervisi,

 “Seni warisan dan budaya harus dilindungi” menjadi indikator saya yang
keempat .Kekayaan seni dan budaya bangsa harus dipelihara agar tidak hilang ditelan
zaman kerana ia melambangkan identiti sesuatu bangsa, kata Timbalan Ketua Menteri
Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang. “Program merakyatkan seni dan budaya
harus dilakukan sebagai satu usaha murni yang dilihat boleh mendekatkan kegiatan
seni dan budaya kepada masyarakat di Negara kita. Secara tidak langsung usaha ini
dapat mendedah dan mempopularkan khazanah ini agar terus mendapat tempat di hati
mereka terutama para remaja. Bak kata perpatah, “biar mati anak, jangan mati adat”.
Justeru itu, katanya anak-anak muda perlu dididik supaya mengenali seni dan budaya
bangsa mereka malahan jika perlu dididik mengenaibudaya kaum yang lain di negara
kita. Kita tidak perlu berasa malu dan curiga untuk mempertahan keunikan dan
kelebihan seni budaya bangsa sendiri meskipun kita mahu pergi jauh dalam bidang
ekonomi, sosial dan material.

    Sidang pendengar yang setia

Sebelum saya menoktahkan kata-kata sakti ini, kita perlu sedar, pembudayaan warisan
dan pusaka negara semakin pudar dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini akan
menyebabkan rakyat melupakan warisan bagai “kacang melupakan
kulitnya” .Beringatlah, jangan pisang berbuah dua kali, apabila kita sentiasa mengejar
budaya kuning barat, menjadikan kita melupakan budaya sendiri seperti dahulukala .
Tanamkan tekad di dalam hati, bulatkan azam penuh bermisi, kekalkan semula warisan
Negara Malaysia, biar Negara tersohor di mata dunia.

Anda mungkin juga menyukai