Anda di halaman 1dari 1

KEBAIKAN BERSUKAN

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,  yang


dihormati Tuan Pengetua, para hakim yang bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan yang dikasihi.          

Tajuk syarahan saya ialah Faedah Bersukan. Bersukan merupakan


aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah seperti bermain bola sepak,
bola jarring dan sebagainya,

Hadirin yang dihormati,          

Apabila kita bersukan, badan kita akan menjadi sihat. Dengan gerakan
yang banyak dilakukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. Peluh
yang dikeluarkan itu mengandungi bahan kumuhan yang tidak
diperlukan oleh badan.          

Selain mendapat badan yang sihat , kita dapat juga mencerdaskan


otak. Dengan bersukan, oksigen lebih banyak sampai ke otak.  Otak
yang cerdas membantu pelajar lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan. Hadiri yang dihormati,          

Selain itu, kita dapat mengenali lebih ramai kawan atau merapatkan
hubungan dengan kawan. Apabila mendapat ramai kawan, kita
tidaklah kekok untuk berinteraksi dengan orang lain. Ini menjadikan
kita seorang yang aktif.          

Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang dengan bersukan. Aktiviti


bersukan banyak memberi faedah kepada kita. Oleh itu, masa lapang
kita tidak berlalu dengan sia-sia apabila kita bersukan.          

Saya menyeru kepada hadirin agar menyertai kegiatan sukan yang


ternyata banyak memberi faedah kepada kita.

Sekian saya syarahan saya kali ini, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai