Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA PN. MAIMUNAH BT. HASSAN


PENGETUA SMK RAWANG
PEMBUGARAN PROGRAM NILAM DAN 1BESTARINET VLE-FROG 2016
Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Saudara Pengacara Majlis.
Yang Dihormati Puan Nooruslaini bt Mohd Nor, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum,
Yang Dihormati Puan Hjh Nor Azian bt Osman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Puan Anita bt Tajuddin, Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang Dihormati Puan Marhaini bt Dasiron, Penolong Kanan PPKI,
barisan guru kanan mata pelajaran
AJK-AJK Program NILAM dan BESTARINET VLE-FROG
guru-guru
dan para pelajar yang disayangi sekalian.

Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul lagi pada pagi yang
indah ini untuk Program Pembugaran NILAM dan VLE-FROG peringkat SMK Rawang tahun
2016.
Guru-guru & murid-murid yang dikasihi sekalian,
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk membugarkan kembali NILAM dan

VLE-FROG

kepada guru dan murid. NILAM adalah singkatan dari Nadi Ilmu Amalan Membaca yang
merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di
kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya
membaca dan budaya ilmu. Manakala VLE FROG adalah salah satu dari kaedah pengajaran
baru yang akan dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia. Oleh yang demikian, semua warga

SMK Rawang perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu Teknologi Maklumat dalam menyahut
cabaran VLE-FROG ini.

Untuk pengetahuan guru-guru dan murid-murid semua, program NILAM ini merangkumi
rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktivitiaktiviti galakan membaca di sekolah. Ia merupakan program penilaian pembacaan yang
berterusan sepanjang tahun. Program ini telah mula dilaksanakan bermula dengan Tahun
Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada 1999
dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Sifat suka membaca ialah satu amalan mulia dan seharusnya dijadikan budaya seumur hidup.
Membaca adalah langkah untuk menimba ilmu, memperkayakan maklumat, ilmu pengetahuan
dan kebolehan dalam pelbagai bidang. Dalam erti kata yang lain, melalui membaca kita boleh
mendidik diri sendiri dalam pelbagai aspek. Ilmu pengetahuan dan maklumat membolehkan
kita mempertingkatkan taraf hidup, mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam dunia
kini yang semakin mencabar dan berteknologi tinggi. Rakyat yang suka membaca
merupakan aset kerajaan yang tidak terhingga nilainya kerana kehidupan pada hari esok
banyak bergantung kepada apa yang kita pelajari pada hari ini.

Saya menyeru kepada semua pelajar dan guru-guru untuk berkunjung ke perpustakaan dan
menyertai program-program dan aktiviti yang dirancang sempena bulan membaca ini. Selain
daripada itu, gunakanlah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan dengan
sebaik mungkin dalam menimba ilmu-ilmu yang baru.

Manakala Frog adalah VLE atau Virtual Learning Environment yang dipilih bagi projek
1BestariNet.

Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga

sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu

sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar


dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.

Sebagai

contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya,
sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah
dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G,
pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang
berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah
ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Dengan kata yang lebih mudah, FROGVLE ini boleh digambarkan sebagai BLOG atau laman web peribadi yang mana semua murid
dan guru akan menggunakan ia sebagai medium perhubungan untuk berinteraksi,
menghantar/menyemak tugasan, membuat tempahan, takwim dan calendar dan sebagainya.
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian,
Pelaksanaan FROG-VLE pula setiap guru dan murid akan diberikan ID dan katalaluan yang
unik untuk mengaktifkan akaun FROG VLE ini. Latihan secara kumpulan kecil akan
dilaksanakan secara berperingkat yang mana ia meliputi penggunaan dashboard untuk
memperoleh maklumat, menghantar & membuat tugasan kepada guru-guru dan sebagainya.

Sebelum mengakhiri ucapan ini saya ingin mengucapkan syabas kepada semua AJK NILAM
dan VLE-FROG tahun 2016 serta semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.
Tanpa dedikasi dan keringat yang telah anda curahkan program pada hari ini tentu sekali
sukar untuk dilaksanakan.

Akhirkata, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Program Pembugaran


NILAM dan VLE-FROG peringkat SMK Rawang tahun 2016.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai