Anda di halaman 1dari 2

Instrumen Contoh Soalan 1 : Kesalahan Bahasa

1. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut
dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

i) Warga emas perlu berjumpa dengan doktor dari masa ke semasa demi menjaga
kesihatan mereka.
…………………………………………………….
ii) Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di Ahmad Restoran.
……………………………………………………

iii) Kebanyakan kanak-kanak amat sukakan rancangan televisyen yang berbentuk animasi.
……………………………………………………

iv) “Saya akan melaksanakan titah perintah tuanku,” sembah Panglima Awang kepada
baginda sultan.
…………………………………………………
[Maksimum 8 m]

Teknik Menjawab:

1. Soalan ini memerlukan dua tugasan iaitu gariskan kesalahan dan tulis jawapan pada
ruangan yang disediakan.
2. Kesalahan tatabahasa tidak semestinya satu perkataan tetapi mungkin kesalahan rangkai
kata/frasa.
3. Pemarkahan : Kesalahan yang digaris 1 markah, jawapan yang ditulis 1 markah.

i) Warga emas perlu berjumpa dengan doktor dari masa ke semasa demi menjaga kesihatan
mereka.
dari masa ke masa / dari semasa ke semasa
ii) Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di Ahmad
Restoran.
Restoran Ahmad

iii) Kebanyakan kanak-kanak amat sukakan rancangan televisyen yang berbentuk


animasi.
suka akan

iv) “Saya akan melaksanakan titah perintah tuanku,” sembah Panglima Awang kepada
baginda sultan.
Patik
1

Anda mungkin juga menyukai